Dengan berbekalkan duit sebanyak ini sahaja pemuda ini boleh transformasikan bilik gurunya menjadi seperti pejabat CEO. Rupanya dia selesaikan dalam masa 10 hari sahaja.

Amalan Dunia Hiburan

Foto: Facebook Nordin Ismail

Cikgu Nordin Ismail hanya menggunakan duit dalam RM1,200 dan melakukan transformasi terhadap bilik guru sekolahnya dalam masa 10 hari. Suruhlah apa sekalipun tugasan dekorasi pada guru pemuda ini pasti dia berjaya hasilkan dengan sangat mengagumkan. Sebelum ini, Encik Nordin Ismail telah ubahsuai dan turut lakukan dekorasi pada perpustakaan di sekolah itu. Tapi kali ini bilik gurunya pula menjadi tempat untuk dia luahkan hasil seninya.

Menerusi satu posting di Facebook, Nordin berkongsi gambar-gambar transformasi bilik guru di sekolahnya yang berubah sepenuhnya, hasil sentuhan magisnya Yang lebih mengagumkan, kos yang digunakan untuk lakukan dekorasi di bilik guru tersebut hanyalah RM1 200 sahaja.

“Feeling-feeling nak ada office macam office CEO syarikat besar dalam drama TV yang selalu aku layan. Tapi memandangkan bajet kurang dan masa pun terhad, dapat make over bilik guru yang ala-ala office CEO pun jadi la kan.

Pemilihan warna gelap untuk memberi mood ala-ala konsep pejabat CEO.

“Walaupun sedikit sedih sebab sesi persekolahan untuk sesi 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti yang aku harapkan disebabkan pendemik Covid-19 yang semakin menggila, tetap tak mematahkan semangat aku tuk make over bilik guru. Amukan dalam tempoh 10 hari dengan berbekal bajet RM1,200 hasil sumbangan cikgu-cikgu, bilik Guru SK Pak Ba, sebuah sekolah kurang murid (SKM) yang terletak di luar bandar Setiu, Terengganu berjaya di ‘make overkan’ dari keadaan macam tongkang pecah kepada bilik guru yang berkonsep hipster, kontemporari dan modern look,” tulisnya. Untuk dekorasi bilik guru ini, Nordin bereksperimen dengan menggunakan rona gelap iaitu warna coklat bagi merealisasikan konsep bertemakan bilik CEO.

Dekorasi pada bahagain pantri berkonsepkan hipster.

“Susunan perabot dan penyelarasan ruang juga penting memandangkan bilik guru kami agak kecil tapi nak diadakan macam-macam ruang seperti ngeteh corner, ruang pantri dan ruang ICT,” tulisnya. Sungguhpun dalam situasi masa dan bajet yang terhad, Nordin berjaya mentransformasikan bilik guru sekolahnya selepas berbelas tahun tidak berubah wajah.

Sudut yang dinamakan ngeteh corner untu para guru dan tetamu berdiskusi dalam suasana santai.

Menurut guru ini, projek dekorasi tersebut dilakukan dengan kerjasama dan bantuan guru-guru serta ‘orang kanan kesayangannya’ termasuk kerani, pengawal keselamatan dan tukang kebun. “Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan-rakan di luar sana jika terdetik nak deco bilik guru sekolah masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain cita’rasa,” tulisnya lagi.

Guru Ini Pegang Amanah Selepas Kongsi Kisah Ini. Tak Sangka 5 Beranak Ini Sanggup Jual Kelapa Terbiar Tapi Segalanya Berubah Lepas Ini Terjadi.

Kisah lima beranak menjual kelapa di tepi jalan beberapa bulan lalu sebagaimana yang dikongsikan Maisarah, mendapat perhatian insan dermawan. Kisah keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu.

Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan.

Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka.

Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan.

“Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu? Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian. Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya,” cerita guru ini.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan.

Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir. “Kami sampai di satu kawasan baru. ‘Kak, mungkin ini rumahnya’, kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. ‘Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran’, katanya. ‘Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu’. Part ni, aku dah mula terlebih teruja.

Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik.

“Semua serentak memandang ke pintu rumah. Ada seorang budak memerhatikan kami. Alhamdulillah, orang yang kami cari-cari. Bila yang dicari dengan sepenuh hati muncul depan mata, bahagianya lain macam. Lupa semua kesengsaraan melarikan diri daripada si anjing tadi,” tulis Maisarah lagi.

Menurut Maisarah, keluarga berkenaan tinggal di sebuah teratak kecil ihsan seorang insan baik hati yang memberi kebenaran kepada mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Aktivis sukarelawan yang turut serta bersama Maisarah menyampaikan sumbangan yang diamanahkan kepada mereka untuk keluarga lima beranak berkenaan.

“Keluarga ni baru saja tinggal di sini. Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik. Masa kami sampai pun si kakak sedang membersihkan rumah. Di sebalik urusan yang dipermudahkan, pastinya ada doa yang telah dikabulkan oleh-Nya. Terima kasih semua. Pasti semuanya ini doa kalian. Juga doa dari asnaf-asnaf yang pernah menerima sumbangan dari kalian,” tulisnya lagi.

Pelajar Ini Enggan Terima Bantuan Kerana Tidak Mahu Menyusahkan Mana-Mana Pihak. Ternyata Perkongsian Guru Ini Di FB Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Baru baru ini, kisah seorang pelajar daif sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini di Facebook begitu meruntun hati warganet.MENJELANG sesi persekolahan di tahun baharu 2021, seorang pendidik terpanggil untuk berkongsi kisah duka melibatkan pelajarnya.Hati mana yang tidak sedih apabila terkenangkan kesusahan anak murid sehinggakan tidak mampu ke sekolah kerana tiada wang untuk menampung kos tambang.

Perkongsian yang dibuat seorang guru yang berasal dari Tawau, Sabah menerusi laman sosial Facebook itu sangat menyayat hati sekaligus meraih perhatian warganet .Menurut guru tersebut, Maisarah Hannan Chong Abdullah, kisah itu sebenarnya berlaku tahun lepas tetapi baru sekarang dia tergerak hati untuk berkongsi dengan orang ramai.

Bercerita kepada mStar, Maisarah yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Sandakan berkata foto yang tular itu sebenarnya ketika dia melawat keluarga pelajarnya untuk menghulurkan bantuan baru-baru ini.”Mungkin disebabkan tahun baru, saya tengok ramai yang sibuk nak buka sekolah, jadi saya teringat dekat pelajar saya ini.

“Kebetulan baru-baru ini saya ada hantar bantuan barang makanan kering ke rumahnya, itu yang membuatkan saya kongsi kisah itu tak sangka pula sampai tular,” katanya yang berusia 35 tahun itu.Menyingkap tanggal 15 Disember tahun lalu, kata Maisarah, dia ke rumah pelajarnya yang dikenali sebagai Zaliza di Sandakan untuk menyampaikan barang makanan kering untuk keluarga daif itu.

Maisarah aktif melakukan kerja-kerja kebajikan sejak PKP, Mac lalu.“Dia pelajar saya dari tingkatan satu, tahun ini dia tingkatan tiga. Seperti yang ditetapkan kerajaan, pelajar tingkatan tiga akan bermula persekolahan pada bulan Mac dan untuk sementara waktu ini mereka akan belajar di atas talian.

“Pelajar saya ini anak kedua daripada lima beradik dan mereka sekeluarga memang hidup susah tetapi yang lebih merisaukan saya ialah dia langsung tak mahu bercerita dan sebolehnya enggan terima bantuan kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.”Jangan kata nak beli data untuk kelas online nanti, duit tambang pun dia tak ada nak ke sekolah.

“Bermula tahun 2019, saya memang setiap bulan bagi bantuan, contohnya projek makanan percuma dan sejak pandemik Covid-19 ini pula saya akan hantar barang makanan kering ke rumahnya.”Di sekolah pun dia diam sahaja, tetapi dia rajin belajar dan buat kerja sekolah walaupun pelajarannya agak lemah,” ujarnya menceritakan mengenai perilaku pelajarnya itu.

Tambah Maisarah lagi, dia terkejut apabila perkongsiannya itu mendapat perhatian sehinggakan ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.”Saya tak sangka perkongsian itu boleh mengundang sebak dalam kalangan warganet sampai ramai yang hantar friend request.”Sebagai guru, tanggungjawab memang besar terutama kepada pelajar kerana sayalah guru dan saya juga ibu bapa mereka ketika di sekolah.

“Sejak saya tahu Zaliza susah sampai tak ada tambang ke sekolah saya memang tak akan abaikan dia. Bukan hanya beri bantuan padanya, malah keluarga dia pun saya tolong,” katanya.Bagaimanapun, kata guru yang kerap melakukan kerja kebajikan ini, buat masa sekarang dia terpaksa menolak sumbangan itu kerana dana sedia ada masih banyak yang belum digunakan.

Maisarah yang berasal dari Tawau bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah pendalaman di Sandakan.“Cumanya saya tak nak orang di luar sana salah anggap apabila saya menolak sumbangan mereka buat masa sekarang.”Sebenarnya bukan apa, saya takut tak sempat jalankan amanah yang diberi, mana tahu pemergian saya sampai dulu sebab dana yang ada sebelum ini pun masih banyak lagi yang belum diagih-agihkan,” jelasnya.

Bermula dengan hanya RM20 pada 2017, Maisarah bergerak sendiri membantu golongan memerlukan dan hingga kini lebih ramai yang yakin dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya hingga memperoleh sumbangan berlipat ganda untuk disampaikan kepada kumpulan sasar.”Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. InsyaAllah nanti saya akan buka semula peluang untuk orang ramai menyumbang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *