Baru sahaja dirinya masuk ke Pusat Kurantin MAEPS tapi esoknya terus tengok senarai nama discaj. Gelagat suaminya ini mencuit hati warganet.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di sekitar Selangor, kali ini semakin membimbangkan rakyat. Susulan daripada kes yang berlaku, kebanyakan pesakit yang berisiko rendah akan ditempatkan di (PKRC) MAEPS, Serdang. Tapi lain pula di tiktok apabila ada seorang wanita bernama Putri Renaejon berkongsi video saat suaminya dibawa ke pusat kuarantin di MAEPS.

Husband kena kuarantin

Menerusi video itu, suaminya kelihatan tenang saat ambulans datang membawanya ke Pusat Kuarantin. Renaejon sempat menggalas beg dan lakukan panggilan video bersama-sama isteri dan anak-anaknya setibanya di pusat kuarantin.

Cepat pulang ke rumah

Lebih mencuit hati warganet ketika gelagat suaminya yang sedang fokus menyemak senarai nama yang dibenarkan discharge dari pusat kuarantin. Pastinya setiap orang yang dijangkiti, pasti akan sentiasa berharap dirinya kembali pulih dari penyakit itu. Wajahnya seakan-akan sangat berharap namanya ada terselit di dalam senarai nama tersebut. Gelagat itu telah mendapat hampir 500 ribu tontonan setakat ini.

Mana tahu nama terselit

Sumber: Renaejon

Kini Hari Demi Hari Kes Semakin Meningkat. Hospital Bersepadu MAEPS Bakal Dijalankan Pada 24 Januari.

Disebabkan bilangan kes pesakit positif Covid-19 saban hari semakin meningkat, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang akan mula beroperasi pada 24 Januari 2021 ini. Memetik laporan Harian Metro, hospital tersebut akan beroperasi bagi merawat pesakit C0vid-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi.

Menyediakan fasiliti yang sama

Tambah Menteri Kesihatan itu lagi, strategi tersebut adalah bertujuan bagi merawat kes-kes pesakit positif Covid-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan C0vid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 untuk kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima. Hospital berkenaan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekan4n dar4h dan negative pressure tent. Selain itu, ianya juga menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat dan di luar dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10 katil tersedia.

Diteliti rapi

Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan persiapan untuk Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia itu sudah diteliti rapi sebelum menempatkan pesakit-pesakit C0vid-19 di sana. Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit berjangkit dan intensivis yang boleh mengendalikan kes C0vid-19 yang lebih kompleks dan membabitkan rawatan rapi.

Saya sudah meninjau tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk keluarga yang positif C0vid-19. PKRC MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit C0vid-19 kategori satu dan dua yang sudah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di hospital C0vid-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

CAC bakal ditubuhkan di setiap daerah

Dr Adham Baba turut berkata Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bakal ditubuhkan di setiap daerah di seluruh negeri. Mereka yang asimpt0matik dan mempunyai tempat untuk dias1ngkan di dalam rumah akan dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah semp1t dan ses4k serta mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke hospital. Sumber: Harian Metro

PM Sudah Mengumumkan PKP Sudah Bermula Pada Hari Ini. Sekali Warganet Terus Siap Sedia Dengan Resepi Dalgona Versi Ini Pula.

Baru sahaja kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, media sosial sudah penuh dengan usikan kreatif warganet. Warga Twitter terutamanya sudah mula mengimbau semula memori PKP yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

“Usikan warga Twitter tidak pernah menghampakan”, itulah antara ayat yang boleh disimpulkan selepas melihat pelbagai tweet kreatif dan lucu warganet. Masih ingat kegilaan warganet terhadap resipi viral minuman, Dalgona Coffee? Kali ini Dalgona kembali tetapi dalam versi upgrade yang diberi nama Dalgona 2.0! Hebat betul kan?

Bagaimanapun versi kali ini menunjukkan kreativiti warganet ‘menaik taraf’ resipi tersebut dengan lebih baik. Antara menu baru yang diperkenalkan adalah Dalgona Horlick, Dalgona Oreo, Dalgona Teh Susu dan Dalgona Coklat. Dalgona 2.0 juga sudah mula trending di Malaysia sejak PKP diumumkan semalam (11 Januari 2021)

Jadi guys apa tunggu lagi, mungkin boleh cuba resipi warganet ni kan? Why not!

Jual Kerepek Dan Pakaian Terpakai Bagi Menampung Perbelanjaannya. Kisah Pakcik Ini Undang Sebak Bila Dia Dapat Tahu PKP Bakal Bermula

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai BilFami, berkongsi satu video yang membuatkan ramai orang sebak. Video tersebut menunjukkan dia sedang bersembang dengan seorang peniaga yang berusia 50-an.Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu, seorang lelaki merakamkan dari jauh aktiviti seorang pakcik yang dipercayai sedang menjual barangan di tepi jalan. Pakcik itu dilihat hanya mengharapkan lampu jalan bagi menerangi barangan jualannya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila lelaki ini menggambarkan kesan yang bakal diterima oleh pakcik ini, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.Ketika disapa, pakcik ini memberitahu dia menjual kerepek dan pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaannya. Lelaki ini turut memaklumkan PKP bakal bermula Rabu dan reaksi pakcik ini cukup menyedihkan. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu menceritakan kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan keadaan pakcik itu. Tambahan pula, mereka turut mendoakan supaya pakcik ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ini Respon Peniaga Goreng Pisang Bila Timb Menteri Datang Dan Pegang Kuihnya Yang Nak Dijual Dengan Tangan.

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan. Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor. “Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang warganet tentang pendapatnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut. Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kritikan.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.Kredit : Malaysia Dateline

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *