Viral satu gambar motosikal ini diletakkan di atas peti surat. Rupanya ini yang terjadi.

Amalan Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Tular di media sosial sejak semalam berkaitan isu sebuah motosikal ‘terbang’ di atas peti surat gara-gara menghalang laluan utama penduduk di sebuah flat di Blok Akasia, Bayan Lepas. Gambar motosikal jenis Yamaha LC itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh pengguna media sosial yang memperlihatkan motosikal tersebut diparkir di atas peti surat di flat berkenaan kira-kira pukul 10 malam.

Difahamkan, motosikal berkenaan adalah milik seorang lelaki warga asing yang dipercayai baru dibelinya pada tahun lepas.  Seorang penduduk flat berhampiran yang dikenali sebagai Ahmad, 45, mendedahkan kejadian berlaku bukan berpunca daripada ‘sikap’ tak bertanggungjawab pemilik motosikal berkenaan.  Sebaliknya, motosikal itu telah ditolak ke dalam petak kuning berkenaan oleh seorang pemilik motosikal lain yang mahu mengambil motosikalnya. Individu itu juga dikatakan tidak mengalihkannya semula ke tempat asal menyebabkan penduduk salah anggap dengan insiden tersebut.

Telah berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati dalam petak kuning. Walau bagaimanapun, ini bukanlah kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ sehingga menganggu laluan penduduk. Ada juga pemilik motosikal lain yang melakukan perkara sama.

Tindakan sedemikian memang mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan. Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan beberapa keping foto motosikal tersebut diangkut naik ke atas peti surat berserta caption. Dah lah parking kat line kuning, habis laluan pejalan kaki, lock moto pulak.  Nah ini ja jawabnya. Setel problem. Pandai-pandai fikir lah ye. 

Posting tersebut berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa bengang dan bersetuju dengan tindakan yang dilakukan ini dengan tujuan untuk memberi ‘peringatan’ kepada orang lain supaya tidak sesuka hati meletakkan kenderaan sehingga menyusahkan orang lain. Setuju, setuju jugak. Tapi kesian dekat owner tak bersalah tapi dituduh pulak. 

Suami Terlebih Bijak Sampai Basuh Motosikal Dalam Sungai. Isteri Geram Sebab Ramai Warganet Komen Negatif Tapi Ini Pula Yang Suami Dia Terima Keesokan Harinya

Seorang pemuda yang bernama Muhamad Shafiq dari Dunggun Terengganu dirakam isterinya sedang seronok membasuh motosikal di sungai. APLIKASI TikTok ini tidak asing dengan kandungan kreatif yang melucukan walaupun hakikatnya tak seindah yang dirasai.

Ada juga video-video menunjukkan kesedihan dan bukan niat merakam semata-mata untuk kandungan TikTok, tetapi menjadi sesuatu yang unik dan mencuit hati warganet apabila dimuat naik dan dikenakan dengan lagu tular di aplikasi tersebut.Ini termasuk satu video tular apabila seorang pemuda mengambil tindakan untuk membasuh motosikalnya di dalam sungai baru-baru ini.

“Nak basuh motor, last-last motor tak hidup,” tulisnya di kapsyen TikTok itu. Video yang tular tersebut adalah dari akaun TikTok isteri pemuda berkenaan yang merakam gelagat suaminya di Sungai Sura Hujung atau lebih dikenali sebagai Sungai Pacho di Dungun, Terengganu itu pada Jumaat lalu.

Nisa atau nama sebenarnya Anisa Suhaila Moktar berkata, asalnya video tersebut dirakam sekadar suka-suka dan tidak terfikir untuk di muat naik di TikTok.”Rakaman itu hanya biasa-biasa sahaja, tetapi apabila sebaliknya yang terjadi, saya sengaja masukkan dalam akaun TikTok saya dan kebetulan kena pulak dengan lagu Oh No tu,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Nisa dan suaminya baru sahaja berkahwin Ogos lalu.Berkongsi cerita kepada mStar, Nisa memberitahu dia terkejut apabila diajak suaminya untuk menemaninya membasuh motosikal di kawasan sungai. Sebelum itu katanya dia sudah menasihati suaminya kerana bimbang boleh menyebabkan motosikal itu rosak tetapi berdasarkan pengalaman motosikalnya tidak pernah berdepan masalah sekalipun meredah aliran air yang tinggi.”Setiap tahun banjir, motosikal suami saya tu memang tak pernah rosak walaupun air tinggi. Suami terlampau yakin dengan motosikal dia, dah lah terlebih bijak pula, itu yang basuh motosikal dalam sungai.

“Tengah seronok dok membasuh, tiba-tiba nak balik motosikal tak boleh hidup. Dah lah air tinggi dan nak tolak pun susah sebab berat sangat. Jadi saya lah kena tolong dia.”Nasib baik masa tu ada lagi seorang kawan perempuan saya, sesudah sahaja keluar dari sungai tu, kawan saya pun tolong tunda motosikal kami sampai ke rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nisa berkata, suaminya itu memang suka buat benda-benda pelik yang tak masuk akal.”Suami saya memang macam tu, suka buat benda pelik, kadang terhibur kadang sakit hati juga. Contoh macam motosikal ni, tak fasal-fasal kena baiki beratus ringgit.

“Motosikal mula tu tak hidup terus, lepas dah dia baiki sikit, motosikal itu boleh juga hidup dan bergerak cuma sekarang dia hantar bengkel untuk check balik.”Saya tak larat nak bebel bebel dah,” Nisa sempat berseloroh.Paparan skrin dalam video tular itu.

Malah tambahnya, dia tidak kisah warganet tinggalkan komen-komen negatif kerana akui tindakan suaminya itu memang sesuatu yang jarang dilakukan sesiapa sahaja.”Banyak yang komen kata dia bod0h dan sebagainya, saya tahu mereka pun macam saya geram dengan dia.

“Saya ada cakap, kalau 40 kali orang kata bod0h. Nanti jadi bod0h sungguh baru tahu,” ujarnya.Bagaimanpun, Nisa mendedahkan bahawa keesokkan harinya, mereka menerima panggilan memaklumkan motosikal yang sudah lama mereka tempah sudah sampai.

“Kami memang dah lama booking motosikal jenis Ysuku, tak sangka lepas kejadian di sungai, motosikal tu pun sampai keesokkan hari. Nasib baik la.”Saya rasa suami saya ni dapat agak yang motosikal baru nak sampai, sebab tu dia buat hal,” ujarnya

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.

Menurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.

“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

SYASYA

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.

Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.

Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *