Tular video di laman Tiktok apabila seorang wanita yang sedang asyik menari. Sekali ada sesuatu yang melintasi di ruang tangganya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Tidak dinafikan di muka bumi, manusia berkongsi dengan makhluk halus. Namun, kehadiran mereka tidak sewenang-wenangnya boleh dilihat melainkan seseorang itu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang tersebut. Seperti tular video di laman TikTok, yang dikongsi oleh seorang gadis di luar negara, menunjukkan terdapat ‘entiti’ misteri yang dirakam di dalam video tersebut.

Tengah leka menari

Menerusi video TikTok berdurasi 15 saat itu, menunjukkan seorang gadis yang asyik menikmati lagu sambil menari. Namun, pada saat ke 13-14 terdapat satu ‘entiti’ misteri yang berada di tangga rumahnya dan berjaya dirakam pada video tersebut. Difahamkan ketika kejadian dia bersendirian di rumah tanpa ahli keluarga yang lain.

Gadis itu dikenali sebagai Chloe Hartley menjelaskan, perkara tersebut hanya disedari apabila salah seorang pengikutnya di laman tersebut menegur melihat ‘kelibat’ tersebut. Dalam video tersebut, dapat dilihat ‘kelibat’ itu sedang berlari dengan laju untuk turun daripada tangga rumahnya. Namun, ada juga yang mendakwa itu hanyalah cahaya yang dipantulkan berikutan tangannya yang bergerak sewaktu menari.

Kejadian sebelum ini

Jelas gadis itu lagi, perkara seperti ini bukan kali pertama yang terjadi di rumahnya. Malahan, sebelum ini anak saudaranya yang pernah datang ke rumahnya pernah secara tiba-tiba menjerit tanpa sebarang sebab. Ketika kejadian, ahli keluarga yang lain sedang berada di ruang tamu terkejut dengan jeritan tersebut. Jangan, saya tidak mahu bermain dengan kamu. Jangan, mummy tolong, saya tidak mahu main. Jeritan itu seolah-olah memberi gambaran terdapat ‘entiti’ misteri yang turut berada di rumah tersebut. Sumber: Daily Star

Wanita Ini Mulai Rasa Seram Sejak Percutian Sekeluarganya Bertukar Jadi Kenangan Pahit. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Kelibat ‘wanita’ yang bertenggek di atas pokok membuatkan Munirah sekeluarga berasa seram. Percutian ke Kelantan baru-baru ini sepatutnya menjadi kenangan manis buat Munirah sekeluarga apatah lagi selepas beberapa bulan tidak dapat ke mana-mana akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Paling teruja adalah anak-anaknya memandangkan ini adalah kali pertama mereka ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Munirah memberitahu mereka sekeluarga memilih ntuk menginap di salah sebuah homestay di Kota Bahru memandangkan adik-beradiknya yang lain turut mengikuti rombongan ke Kelantan.

“Masa sampai ke homestay itu, kami memang puas hati sebab rumahnya besar dan cantik. Tambahan pula ia terletak dekat dengan bandar, jadi mudah untuk bergerak ke mana-mana. Bagaimanapun, ketika melihat kawasan sekitar homestay itu, saya baru perasan yang rumah itu terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan lama. Tembok simen yang agak tinggi turut dibina pada bahagian menghadap tanah perkuburan, mungkin pemilik rumah tidak mahu penyewa berasa takut,” katanya.

Pada malam pertama menginap di homestay itu, Munirah memberitahu selepas makan malam dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya di tingkat atas rumah manakala ahli keluarga yang lain masih berbual-bual di ruang tamu. Munirah memberitahu dia yang pada awalnya hanya ingin berehat tidak menyedari dia tertidur sebelum terjaga selepas terasa seperti ada seseorang menyentuh hujung kakinya. “Sentuhan itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Saya ingat suami, tapi apabila saya bangun tiada sesiapa dalam bilik. Dalam keadaan mamai memikirkan siapa yang menyentuh kaki saya, tiba-tiba saya lihat ada kelibat melintas di tingkap bilik.

Kelibat itu bejalan ke arah tanah perkuburan. – Gambar sekadar hiasan

“Peliknya saya tidak pernah buka tingkap itu… dan lebih pelik langsir turut terselak. Jantung sya memang berdegup laju memikirkan ada sesuatu menggangu saya,” katanya. Munirah memberitahu dalam berasa takut, dia memberanikan diri menutup tingkap yang terbuka sebelum tercium bau yang sangat wangi. Langkahnya juga tiba-tiba rasa lemah dan mulutnya terasa berat untuk menjerit memanggil suaminya apabila terlihat jelas kelibat seorang wanita berkebaya dan berselendang putih memandangnya sambil tersenyum.

“Renungan matanya tajam. Walaupun dia tersenyum pada saya, tetapi senyuman itu menyeramkan. Saya hanya mampu memejamkan mata dan membaca ayat al-Quran sebagai pelindung diri. Saya baca sepenuh hati dan Alhamdulillah kaki saya tiba-tiba boleh bergerak seperti biasa. Bila saya buka mata, kelibat itu sudah tiada,” ceritanya.

Keesokan harinya, Munirah memberitahu ketika sedang berehat di ruang tamu, adik iparnya bertanya sekiranya ada yang tidak kena dengan homestay mereka. Munirah terkejut apabila adik iparnya memberitahu dia turut melihat seorang wanita berkebaya dan memakai selendang putih ketika menutup pagar sebelum kelibat itu berjalan menuju ke tanah perkuburan.

“Dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa tetapi berasa pelik kerana dia berjalan masuk ke kawasan perkuburan pada waktu malam. Tapi membuatkan dia mula berasa takut apabila melihat kelibat itu tiba-tiba terbang dan bertenggek di atas pokok, sebelum adik ipar lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan ketakutan,” jelasnya. Meskipun tiada gangguan buruk terjadi kepada mereka sekeluarga, Munirah memberitahu ia pengalaman tidak boleh dilupakan kerana itulah kali pertama dia melihat kelibat menakutkan.

DJ Terkenal Terkena Panggilan Misteri Pada Tengah Malam Untuk Menceritakan Satu Kisah Ini. Ramai Yang Tertanya Tanya Apa Kesudahan Panggilan Itu.

Sebut sahaja Lebuhraya Karak, pasti ramai yang biasa mendengar kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sepanjang jalan tersebut. Antara yang menjadi sebutan adalah kereta Volkswagen kuning yang memotong kenderaan lain secara tiba-tiba.

Selain itu, muncul seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya di tengah-tengah jalan raya sunyi sebelum ‘lesap’ menghilangkan diri. Apa yang menggerunkan lagi, seorang penyampai radio popular dikatakan pernah menjadi mangsa gangguan pemanggil ‘misteri’ pada waktu malam. Pemanggil tersebut menceritakan kisah kemalangan membabitkan keluarganya di Lebuhraya Karak.

‘Mak saya sudah tiada, isteri saya juga sudah tiada’

Memetik daripada sebuah video, DJ radio mengimbau kembali kejadian seram ketika dia bersiaran pada suatu malam. Dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak dikenali menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas keluarganya.

Mereka sekeluarga menaiki van menuju ke Kuantan sebelum kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam gaungg. Tambah pemanggil misteri itu lagi, kesan daripada kemalangan tersebut seluruh ahli keluarganya tercampak ke dalam gaung.

Sebagai wakil pendengar, DJ radio mempersoalkan jika semua ahli keluarga terjatuh ke dalam gaungg, ia bermakna pemanggil turut terjatuh dan juga telah tiada. Selepas daripada itu, panggilan tiba-tiba sahaja diputuskan.

Dia nak bagi peringatan dikawasan tersebut perlu berhati hati jika bersua van berkenaan. Jika kita terlalu taksub dgn hal yg demikian hal begitulah yg mudah berlaku kepada kita.

“Sy pernah kerja dkt lebuh raya karak bahagian periksa kualiti jalan,sepanjng saya kerja ganggu tak pernah kena cuma,stiap hari ada sahaja kemalangan ..kerja kadang-kadang lewat malam,kadang-kadang tidur pun tak menentu ..tp ganggu tu tak pernah kena. Saya pun ada dengar panggilan ni..masa tu duk study lewat mlm..sambil layan lagu isna halil.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Sanggup Buat Seorang Doktor Tempat Bayar 335000 Dolar Semata Untuk Lampu Ajaib. Namun Akhirnya Terbongkar Aktiviti Mereka Setelah Doktor Itu Buat Sesuatu Ini

Dilaporkan dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditngkap minggu ini kerana didkwa mnipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika mengunjungi rumah pesakit untuk memberikan rawatan luka setelah operasi.

Suatu hari, ketika berada di rumah pesakit, doktor itu menemui  ‘tantrik’ yang digambarkan mempunyai kekuatan magisnya, dan kemudian berjanji untuk menjadikan doktor tersebut sebagai jutawan. Tantrik tersebut segera memperkenalkan doktor itu kepada pasangannya dan kedua mereka menawarkan untuk menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) untuk memenuhi hajat dalam kehidupan sebenar dengan hanya 2.5 juta ($ 335,000). Doktor itu pun bersetuju.

Tert1pu kerana membeli lampu Aladdin, doktor tersebut mendkwa bahawa kedua-dua mereka itu sangat meyakinkan, kerana menggunakan minyak wangi untuk men1pu dia untuk berfikir bahawa jin (jin) keluar dari lampu.Dia kemudian menyedari bahawa jin ajaib itu sebenarnya seorang individu, tetapi pada masa itu dia telah membayar secara ansuran hampir semua wang yang telah mereka persetujui .

Setelah membuat berkali-kali pembayaran, doktor itu meminta untuk membawa pulang lampu Aladdin tersebut bersamanya, tetapi kedua lelaki itu terus memberitahunya bahawa itu adalah pntang larang, jika seseorang menyentuh lampu aladdin itu, maka akan menyebabkan perkara buruk terjadi kepadanya. Setelah permintaannya ditolak beberapa kali, doktor tersebut akhirnya menyedari dia dit1pu dan membuat laporan polis untuk menahan kedua-dua orang itu.

Individu serta seorang rakannya ditngkap polis, dan lampu “ajaib” itu dirmpas. Malangnya, polis tidak dapat ‘meyakinkan jin untuk keluar dari benda tersebut’. Mereka kini mencari seorang lagi individu, yang ternyata adalah isteri individu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *