Syed Saddiq tampil untuk mempersoalkan isu waktu operasi kedai semasa PKP. Tak sangka ada yang turut menyokong tindakannya.

artis Covid 19 ISU SEMASA Uncategorized

Untuk sesetengah negeri yang mempunyai kes tertinggi, sudah hampir seminggu untuk mereka jalani Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Sejak PKP 2.0 diumumkan ramai pekerja, orang ramai dan peniaga mengeluh apabila waktu perniagaan terlalu singkat dan perlu ditutup pada jam 8 malam.

Disebabkan ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah tampil untuk mempersoalkan isu ini di laman Twitter peribadinya dan minta untuk Kerajaan memikirkan semula agar waktu operasi kedai makan, kedai runcit dan sebagainya dipanjangkan sedikit sekurang-kurangnya sehingga jam 10 malam.

Lagipun ramai orang yang tamat waktu kerjanya pada pukul 7 malam. Dan sudah tentulah, mereka tak sempat untuk membeli makanan ataupun barang dapur untuk makan malam. Malah perkara ini juga akan menjejaskan peniaga, penghantar makanan dan juga pelanggan. Mungkin ada diantara kita yang bekerja dari rumah, tetapi mereka juga tetap sibuk untuk mempersiapkan tugasan mereka. Dan mungkin habis je masa kerja waktu untuk keluar ataupun membuat tempahan makanan sudah pun hampir tamat.

Tambahan pula, waktu sebegini ramai yang sibuk untuk mempersiapkan diri mereka untuk solat Maghrib. Selain itu, frontliners yang terpaksa bekerja selama 12 jam juga turut akan rasa terjejas dengan SOP sebegini. Dalam ciapannya yang lain, Syed Saddiq turut menyuarakan tentang pelajar SPM dan STPM yang dibenarkan untuk ke sekolah walaupun berada di kawasan zon merah tapi gerai dan restoran tak boleh buka sebab nak kawal Covid. Sejak bila COVID jadi POWER waktu malam? Pelajar diwajibkan balik sekolah untuk SPM & STPM tak takut COVID pula?!” Dapat dilihat, ciapan-ciapan dari Syed Saddiq ini turut disokong oleh warganet. Apa pendapat korang, patut ke waktu operasi kedai makan dipanjangkan?

Sanggup Botakkan Rambut Demi Orang Muar. Syed Saddiq Sempat Berseloroh Orang Ramai Akan Memanggil Dia Dengan Satu Gelaran Ini Dan Ini Punca Dia Botakkan Kepala

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mengotakan janji untuk membotakkan kepala selepas kutipan dana kempennya mencapai sasaran.SEBAGAIMANA yang dijanjikan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membotakkan kepalanya selepas berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM200,000 bagi menjayakan kempen ‘1 Keluarga, 1 Laptop’ di daerah tersebut.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi ‘penghormatan’ untuk mencukr rambut beliau yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, sebentar tadi.Mantan Menteri Belia dan Sukan itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000.

Dana tersebut akan digunakan bagi membeli komputer riba untuk pelajar yang kurang bernasib baik di parlimennya.Syed Saddiq juga sempat berseloroh dengan mengatakan selepas ini orang ramai tidak akan memanggilnya sebagai ‘Yang Berhormat’ tetapi sebagai ‘yang botak botak’.

Syed Saddiq mengumumkan kempen untuk mengumpulkan RM200,000 dalam masa lima hari, pada 26 Disember lalu.Penyerahan komputer riba kepada pelajar yang kurang bernasib baik akan diadakan di Dewan Serbaguna Hajah Hasnah di Muar pada Khamis.

Ada Kesan Pada Muka Sebelah Kanan. Warganet Syak Muka Syed Saddiq Kena Sesuatu Dan Rata Rata Nasihatkan Dia Untuk Terima Rawatan Sewajarnya

Perkongsian foto terbaharu di media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengundang prihatin wargamaya.Mana tidaknya, biarpun hanya berkongsi foto selepas beriadah pada waktu pagi, kesan cakaran pada muka sebelah kanan beliau menjadi tumpuan ramai.

Dalam foto berkenaan, bahagian pipi beliau kelihatan bergores panjang hingga ke paras dagu, difahamkan telah dicakar oleh kucing peliharaan beliau sendiri.Melewati ruangan komen di akaun Twitter beliau, rata-rata tinggalkan komen yang mencuit hati dengan nasib yang menimpa Syed Saddiq.

“Apahal pipi calar tu YB? Kena cakar dengan kucing ker? Mesti oyen dia yang buat,” tulis seorang pengguna, @AronOsman.”Berline muka dibuatnya. Hantar kucing tu pergi market!” tulis @pedoqpop berseloroh.Tidak kurang juga yang turut menasihati beliau agar mendapatkan rawatan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kulit muka.Seperti ramai sedia maklum, Syed Saddiq antara ahli politik yang mencintai haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing kesayangan antaranya yang bernama Toby.

Baru Tamatkan Perkhidmatan Sebagai Pendidik Bulan Ogos Lalu. Perkongsian Syed Saddiq Raih Perhatian Bila Dia Buka Cerita Susulan Sakit Ibunya Datang Kembali

Mengagumkan sekali semangat kental ibu kepada empat anak ini. Baru sahaja tamatkan perkhidmatan sebagai pendidik pada Ogos lalu,Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sememangnya seorang pejuang. Meskipun knsr payudara yang berjaya diatasinya kira kira tujuh tahun lalu kini kembali datang,namun wanita hebat ini tabah menghadapi ujian dengan ceria di samping keluarga tersayang.

Kisah perjuangan Sharifah Mahani menghidap sakit tersebut mula mendapat perhatian umum apabila anak keduanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan perkara tersebut di media sosial miliknya. Menerusi posting bertarikh 27 Julai itu, pemuda berusia 26 tahun berkenaan memuatnaik gambarnya di samping ibu tersayang di sebuah hospital.Kongsi Syed Saddiq yang ketika itu menghadiri persidangan parlimen, dia terpaksa tinggalkan persidangan tersebut lebih awal kerana mahu pulang ke Johor untuk bertemu ibunya.

“My mum is a f1ghter. In 2013, she won the bttle against the disease. 2 weeks ago, we found out that the disease is back. Tomorrow mama will be going through her oper4tion to remove the disease cells. Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way.”

Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Seminggu selepas Sharifah Mahani selamat menjalani operasi untuk membuang sel tersebut di dalam badan, dia kemudian diraikan dalam satu majlis persaraan setelah lebih 30 tahun bertugas sebagai guru. Jadi, lepas ni bolehlah ibu Syed Saddiq dapat banyak berehat.

Biarpun baru seminggu menjalani prosedur operasi tapi Sharifah Mahani tetap gigihkan diri menyertai majlis persaraan berkenaan. Lebih istimewa, dia tampil menawan dalam persalinan songket kuning dan bertudung polos kelabu bak penampilan seorang puteri! Dari riak wajahnya, terpancar sinar bahagia walau kesakitan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.

“Selamat bersara mama. She has served as a teacher for 38 years. She’s not just my mum, but my teacher. Minggu lepas baru lepas operasi, berentap lawn sakit tu, hari ni dah kembali sebagai ‘Queen of the day’ untuk majlis persaraan. I love you ma.38 tahun mama berkhidmat sebagai seorang cikgu. Sekarang mama sudah berumur 60 tahun dan officially seorang pesara. I cannot ask for better parents than mama & abuyah. They dedicate their bl00d, swe4t & tears in making me a better person. I can only wish that I can match them as a responsible parent to my children in the future. InshaAllah.”

Mengikuti perkembangan Syed Saddiq, pemuda ini memang gemar berkongsi kisah dan aktiviti keluarga tercinta. Jelas terbukti betapa Syed Saddiq mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban demi kejayaan Ahli Parlimen Muar itu sehingga ke hari ini.

Buat ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani… semoga terus tabah dan kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya sudah pasti memberi inspirasi kepada seluruh wanita.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Sumber : Nona

Dua Kali Jalani Ujian COVID19. Syed Saddiq Selamba Buat Satu Perkongsian Kuarantin Di Rumah Sambil Pakai Gelang Pink

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunggu hasil ujian saringan COVID-19 sambil menjalani proses kuarantin di rumahnya. Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq memuat naik sekeping foto sedang membaca bagi mengisi masa lapang sewaktu menjalani kuarantin selama dua minggu itu. 

Difahamkan, Saddiq menjalani dua ujian saringan iaitu pada 26 September dan keputusannya adalah negatif. Kemudian dia mengambil lagi satu ujian saringan semalam dan sedang menunggu keputusan. “Kembali ke rumah dari Sabah. Alhamdulillah keputusan ujian COVID pada 26hb adalah negatif. 

“Ambil lagi satu ujian pada 29hb dan kini sedang menunggu keputusan. Tolong doakan semua baik baik sahaja.“Saya geng gelang pink. Masa lapang, masa membaca. Bangsa yang membaca, Bangsa yang berjaya,” tulisnya menerusi satu kicauan. Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang mengikuti langkah SOP yang telah ditetapkan. 

“Saya berdoa agar keputusan kedua juga negatif. Take care bro,” kata seorang wargamaya.“Terima kasih kerana menjalani proses kuarantin sendiri,” komen seorang wargamaya.“Moga dipermudahkan semuanya. Nanti YB share lah buku apa yang di baca tu,” pinta seorang wargamaya.

“Saya doakan YB sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan baik sahaja..amin,” doa seorang wargamaya.“Warganegara yang baik, pemimpin belia,” puji seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, kicauan tersebut telah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 10,000 tanda suka daripada warga Twitter. -gmpk

Syukur Dapat Tempat Dan Biasiswa Oleh Satu Universiti Di Luar Negara. Syed Saddiq Dedah Lanjut Pengajian Dan Pelbagai Reaksi Daripada Pengikutnya

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Twitter berserta gambar beliau bersama surat tawaran diterimanya dari universiti berkenaan petang semalam dan mendapat pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada pengikutnya.“Alhamdulillah, saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk mengikuti program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service,” katanya.

Beliau berkata, berita itu disimpan sejak Jun lalu tetapi disebabkan kelasnya akan bermula hari ini, ia dikongsikan dengan rakan-rakannya.“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.“Saya menolak menyambung pengajian di peringat Master di Universiti Oxford sebanyak dua kali disebabkan politik. Akhirnya, saya diberikan peluang untuk memantapkan kemahiran dasar awam sambil memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon untuk mendaftarkan parti baharunya minggu lalu dan mengasaskan gerakan lain, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) sebelum parti itu memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), sehingga kini beliau terus memilih untuk menyokong bekas Pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bersama Muhyiddin Yassin.-sh

Orang Muar Bagi Petai Percuma. Tetapi Tindakan Yang Dilakukan Oleh Syed Saddiq Ini Meraihh Perhatian Warganet Apabila Dia Buat Di Sebaliknya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali meraih tumpuan warganet apabila video terbarunya viral. Menerusi rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Twitter itu, Syed Saddiq pada awalnya telah menerima seikat petai daripada beberapa individu secara percuma.Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan Syed Saddiq yang masih cuba membayar pemberian itu.Biarpun pembelian itu ditolak beberapa kali oleh penjual petai tersebut, namun Syed Saddiq masih cuba memasukkan duit ke dalam poket individu terbabit sebagai tanda penghargaan.

“Cara dia letak duit dalam poket memang klasik, tersenyum saya,” kata seorang warganet.“Petai tu bukanlah Syed Saddiq nak sangat tapi lebih kepada sesuatu yang dia boleh bagi pada orang kampung,” kata seorang lagi warganet .“Pakcik sedekah, makcik sedekah, YB sedekah, Alhamdulillah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.-gmpk

Jodoh Syed Saddiq sebelum pilihan raya

MUAR: “Insya-Allah, kita doakan sebelum pilihan raya.” Demikian jawapan ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya mengenai jodohnya. Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu masih berteka-teki calon isterinya.“Kita doakan sebelum pilihan raya, itu sahaja saya boleh cakap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua kali selain turut menghantar mesej selepas kejatuhn Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.

Beliau menjelaskan, pertemuan itu menyentuh mengenai perbincangan peruntukan kepada Parlimen Muar yang ditarik dan usaha menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Saya tak nak kerana politk, jambatan silaturahim tertanaam terus. Lagi satu saya sebagai anak muda, masih terhutang budi kepada Tan Sri. “Ya, saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku tetapi sebagai anak muda, saya tidak boleh sombong, tidak boleh uu, tidak boleh saya kata sentiasa betul, kadang kala saya pun salah. Tetapi perbezaan politik itu perlu diraikan,” katanya.

Tanpa memperincikan tarikh pertemuan itu, Syed Saddiq berkata, ketika itu beliau masih ahli Bersatu dan Ketua Armada dan sedang mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan parti. “Komunikasi (dengan Muhyiddin) sentiasa ada, saya hendak kekalkan (silaturahim) sampai bila-bila,” katanya. Pada 28 Mei lalu, keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq terhenti serta-merta kerana tidak mengikuti perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *