Shuib Sepahtu tak lepaskan peluang untuk bantu individu yang terlibat dengan banjir. Ramai yang turut menyokong tindakan Shuib ini.

artis Dunia Kehidupan Uncategorized

Kini ramai rakyat yang ingin mengambil peluang untuk bantu individu yang terlibat dengan banjir. Tak terlepas peluang, Shuib Sepahtu iaitu pelakon dan pelawak terkenal juga mengambil peluang ini untuk menderma kelengkapan buat mereka yang telah terjejas dengan sangat teruk di negeri Pahang yang berupa tilam dan juga toto.

Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun merupakan musim tengkujuh sudah tiba. Sudah pastinya rakyat di beberapa buah negeri akan membuat persiapan untuk menghadapi musim banjir. Dan tahun ini merupakan tahun yang paling teruk buat penduduk di negeri Pahang. Dan paling mendukacitakan lagi, negeri Pahang merupakan antara negeri yang paling teruk berbanding negeri lain.

Tidak asing juga, Shuib Sepahtu telah sumbang bersama Bubblebee antara cawangan minuman yang cukup terkenal buat penggemar madu miliknya. Yang setakat ini, telah menyumbang tilam dan toto untuk kegunaan individu yang terlibat dengan banjir yang telah berpindah ke beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara.

Usaha sebegini yang diharapkan daripada golongan artis supaya lebih banyak rakan2 artis yang sama2 menolong m4ngsa2 banjir yang terjejas di beberapa tempat lain selain negeri pahang. KOMEN WARGANET:

Orang ramai mengharapkan supaya usaha positif ini boleh beri pengajaran buat orang lain yang berkemampuan untuk memberi sedikit sumbangan. Dan juga berharap supaya individu yang terlibat dengan banjir itu dapat bersabar dan sentiasa tabah di atas dugaan yang menimpa pada musim tengkujuh ini. Sumber : Ig ShuibSepahtu via LM

Bakal Mengadakan Sidang Media Bagi Menjelaskan Isu Yang Pernah Tular Sebelum Ini. Siti Sarah Dan Shuib Tampil Jelaskan Punca Mereka Membuat Sidang Media Tersebut

Pasangan suami isteri selebriti, Siti Sarah dan Shuib bakal mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontr0versi melanda susulan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) dalam membantu siastan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram pada awal Oktober lalu.

Siti Sarah berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.“Sebenarnya saya masih tidak boleh berikan sebarang kenyataan. Tapi, Insya-Allah dalam masa terdekat akan selesai. Sikit saja lagi. Kami akan buat sidang media termasuk pihak SPRM,” katanya.

Siti Sarah yang ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman berkata, sepanjang perkara itu hangat diperkatakan dia dan suami hanya berfikiran positif selain sabar dengan ujian diberikan.

“Sebenarnya tahun ini banyak mengajar saya erti sabar. Ia memang sabar yang luar biasa. Namun, saya sangat bersyukur kerana dalam apa keadaan yang terjadi tahun ini terhadap kami, tapi Allah meletakkan kita di tempat yang paling baik. Alhamdulillah.

“Dalam apa juga keadaan, kami sentiasa positif. Shuib seorang yang sangat tenang. Kami tahu di mana kami berdiri dan tahu dalam apa juga dilakukan, Allah ada bersama,” katanya.Mengenai pelbagai spekulasi yang timbul, Siti Sarah berkata, dia tidak mampu menghalang warganet untuk berkata-kata.

“Sebenarnya saya tidak boleh buat apa-apa mengenai orang yang buat spekulasi. Walaupun belum diberitahu apa-apa, dia sudah buat spekulasi sendiri, saya tak dapat nak buat apa-apa mengenai itu. Namun, mereka harus tahu sekiranya mereka tersalah bual ia sudah jatuh ftnah. Kalau sudah ftnah, dosa itu macam mana?” katanya.

Siti Sarah mengakui, apa yang berlaku membuatkan dia semakin kenal erti persahabatan.“Dalam keadaan sekarang terutama apabila perkara ini terjadi, terus terang saya cakap saya tahu siapa yang betul-betul berkawan dengan kita sebab kawan atau dia dekat dengan kita sebab ada kepentingan. Perkara ini Allah tunjuk.

“Saya sangat bersyukur sebab Allah jadikan perkara ini. Mungkin untuk buat pembersihan juga pada orang sekeliling saya sebelum kita nak pergi lebih jauh,” katanya.Terdahulu, pada 1 Oktober Harian Metro melaporkan pasangan selebriti suami isteri dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Kemudian, syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah hanya menemani suaminya hadir ke ibu pejabat SPRM.Dalam satu kenyataan lain juga, peguam yang mewakili pasangan itu iaitu, Muhammad Fadhli M Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan reman SPRM.

Pelakon dan pelawak, Shuib mengakui ada individu yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan yang dilaluinya kini.Jelasnye kepada MH, dia rasa lebih terkilan apabila pihak berkenaan merupakan orang yang tergolong dalam kalangan individu yang sering berada di sekelilingnya.

“Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka kita. Tapi itulah hukum alam, adat dalam berbisnes.“Bila kita berada di bawah orang mencuck-cuck, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,” katanya jujur.

Shuib berkata demikian sebagai mengulas apa yang dimaksudkannya terhadap satu entri di Insta Stories baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Shuib memilih untuk pendam sahaja hal berkenaan.

“Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka berbalah.“Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,” katanya lagi.Shuib ditemui sewaktu pelancaran cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan. Ia merupakan cawangan pertama yang dibuka di luar Lembah Klang.

“Saya sasarkan sebanyak 100 cawangan sebelum penghujung tahun ini, insya-Allah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi juga.“Saya tak sangka sambutan yang diberikan oleh pembeli di luar Lembah Klang cukup luar biasa.“Malah saya difahamkan, sampai ada yang sanggup beratur selama tujuh jam”, katanya yang turut memperkenalkan rakan kongsinya di cawangan tersebut Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi pada sesi berkenaan.

Anak Bongsu Nak Adik. Siti Sarah Jelaskan Perancangannya Dengan Bersyarat Susulan Permintaan Yang Dibuat Oleh Anaknya Meraih Perhatian Warganet

Masih ada beberapa minit sebelum Sepahtu Reunion Live 2020 bersiaran secara langsung. Ketika itu Shuib sedang bersedia untuk menjadi pembuka pentas. Tiba-tiba matanya terpandang pada sang isteri, Siti Sarah yang duduk di kerusi hadapan.

Di dalam dewan yang masih suram, mata mereka saling berpandangan. Shuib tersenyum dan melambai kepada Sarah. Dia cuba membuat isterinya ketawa dengan mengenyit mata dan bermain sorok-sorok. Kemudian terdengar jeritan daripada pengurus pentas, 30 saat lagi untuk bersiaran langsung. Shuib kembali mengambil tempatnya.

Tanpa perlu penonton dan tidak pula berselindung, mereka ini umpama pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kemesraan dan kasih sayang mereka jelas dan ikhlas. Dan sebaik sahaja rancangan tamat, Shuib menuju ke arah isterinya dan mencium dahi Sarah.Melihat situasi mereka bersama, Gempak terus meminta izin untuk menemu bual dan bertanyakan soalan tentang anak bongsu mereka, Ariq Matin yang menginginkan adik seperti yang dikongsi Sarah di Instagram miliknya.

“Sebenar-benarnya kalau ditanya saya memang inginkan anak lagi. Kalau ikutkan jarak umur mereka dekat-dekat, 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Berbeza dua tahun antara mereka. Sekarang ni yang bungsu jaraknya dah jauh sangat.”Jadi kalau ada rezeki memang teringin nak ada cahaya mata lagi. Di rumah pun ada anak adik ipar dan saya pun macam seronok bila ada budak-budak ramai di rumah,” kata Shuib memulakan bicara.

Tambah Shuib, suatu ketika dulu dia tidak begitu menyukai kanak-kanak dan perkara tersebut turut diakui oleh isterinya, Siti Sarah.”Shuib ni dulu bukannya suka budak. Nak pegang budak pun dia tak tahu, budak umur 5 tahun pun dia tak pandai nak pegang. Tapi sejak mempunyai cahaya mata sendiri, dia dah jatuh cinta dengan budak-budak,” ucap Sarah.

Diusik dengan pertanyaan sama ada Siti Sarah sudah bersedia untuk hamil lagi, dia tampak sedikit gelisah.”Saya takut sebenarnya. Saya takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin nanti. Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan.

“Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.”Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman,” kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.

Tambah Sarah, jika rezeki telah ditetapkan dia masih sanggup melalui semua proses kehamilan dan melahirkan cahaya mata mereka tetapi masih lagi dengan syarat bahawa Shuib mesti ada bersama di sisinya. “Kalau ikutkan masa awal-awal kahwin dulu memang kita merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata, tapi itu semua perancanganlah. Semuanya terletak pada rezeki daripada Yang Maha Esa,” kata Shuib.

“Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.”Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab yang perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri,” sambung Sarah.

Menurut Sarah lagi, mereka memang sudah mempunyai beberapa orang anak angkat tetapi tidak tinggal bersama mereka.Ditanya tentang tanggungan anak-anak tersebut, Sarah tersenyum tetapi tidak mahu melanjutkan lagi perbualan mengenai anak-anak angkat mereka.

“Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan,” kata Sarah tersenyum dan mengakhiri bicara kami.Perkahwinan pasangan romantis Shuib dan Sarah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah Raisuddin

Sebelum Ini Heboh Bila Shuib Memberi Hadiah Jam Tangan Kepada Naim Daniel. Ini Komen Naim Daniel Selepas Dikaitkan Dengan Shuib Gara Gara Isu SPRM Tempoh Hari.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu. Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram, Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan sedikit komen.

Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah. “Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.

“Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya. Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.- Gempak

Naim Daniel dapat jam Shuib

PELAKON yang juga penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel menerima hadiah jam tangan daripada pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu. Naim ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Shuib yang sanggup melepaskan jam tangan kesayangannya itu.

“Saya sendiri pun tak sangka akan terima hadiah daripada Abang Shuib. Katanya, dia selalu tengok saya bagi hadiah kepada peminat setiap kali buat persembahan di mana-mana lokasi. “Jadi, dia ambil semangat saya itu dan buat kejutan dengan memberikan jam tangan kesayangannya kepada saya. Memang saya rasa sangat gembira dengan hadiah ini,” katanya kepada Harian Metro.

Naim menerima hadiah itu pagi semalam ketika hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Selain itu, Naim kini sedang menyiapkan lagu baru untuk penyanyi, Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib.

“Insya-Allah, saya kini sedang siapkan lagu untuk Kak Sarah berjudul Sudah. Sebenarnya, ada rasa sedih juga kerana sepatutnya susunan muzik untuk lagu ini disusun oleh Lok U. “Namun, Allah lebih menyayanginya dan Insya-Allah, ia akan disiapkan selepas ini dengan susunan muzik oleh pengkarya yang lain,” katanya. Terbaru, Naim kini hadir dengan single baru berjudul Sembah hasil ciptaannya bersama komposer, Ikkie.-HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *