Pekerja pembersihan ini dipaksa bekerja lebih masa tanpa memberitahu lebih awal. Sekali dia tampil untuk tuntut gaji kerja lebih masa yang tak berbayar.

Amalan Covid 19 ISU SEMASA

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan, Perak.

Menurut sumber, kemenangan kes tuntutan oleh pekerja itu menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat Edgenta UEMS yang merupakan kontraktor swasta untuk perkhidmatan pembersihan di hospital-hospital kerajaan di Utara Pantai Barat Semenanjung (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), yang menambahkan masa kerja sebanyak 1 jam setiap hari tanpa bayaran lebih masa (OT) itu adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @KesatuanPSHK itu, pekerja pembersihan berkenaan, S. Logiswaran, telah memfailkan kes untuk t-untutan OT tidak dibayar tersebut di Pejabat Tenaga Kerja Sitiawan pada 25 Ogos 2020. Majikannya telah mengarahkan semua pekerja syif untuk bekerja satu jam tambahan setiap hari.

Masa kerja syif pekerja-pekerja ini pada asalnya mempunyai 3 syif iaitu 7 pagi hingga 3 petang, 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 7 pagi, iaitu 8 jam setiap hari. Namun, pihak syarikat Edgenta UEMS telah menambahkan masa kerja 1 jam setiap hari secara tiba-tiba tanpa persetujuan pekerja.

Terdapat lebih kurang 60 orang pekerja pembersihan yang bertugas di Hospital Seri Manjung, dan antaranya separuh ialah pekerja syif. Majikan diarahkan oleh Mahkamah Buruh untuk membayar RM1,211 kepada pekerja tersebut dalam tempoh 14 hari

Logiswaran yang juga merupakan ahli Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) berkata, dia masih sentiasa menghadapi ‘g4ngguan’ daripada pihak pengurusan kerana keanggotaannya dalam kesatuan.

“Kesatuan kami ada lagi banyak kes perlu l4wan. Kami masih sangat sus4h. Saya berharap kemenangani kes ini boleh menguatkan lagi kesatuan kami,” katanya. Dalam mana-mana kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja yang sedia ada, sebarang pertukaran terma serta syarat dalam kontrak tersebut, perlu adanya persetujuan kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja

V. Selvam, Pegawai Perhubungan Perusahaan yang mewakili kesatuan KPSPSHKSM, berkata, kes itu adalah mengenai tuntutan bayaran kerja OT bagi kerja syif yang telah ditambah sewenang-wenangnya oleh majikan Edgenta UEMS, dari 8 jam ke 9 jam setiap hari tanpa persetujuan pekerja. Daripada keputusan kes itu, Makahmah Buruh dengan jelasnya telah menyatakan bahawa tindakan majikan Edgenta UEMS menambahkan waktu kerja sejam setiap hari tanpa persetujuan pekerja adalah salah.

Sementara itu, menurut L. Danaletchumi, seorang lagi Pegawai Perhubungan Perusahaan KPSPSHKSM, terdapat lagi pekerja-pekerja di 7 buah hospital yang memfailkan kes tuntutan OT tidak dibayar yang serupa. “Kemenangan kes di Sitiawan ini boleh memberikan keyakinan kepada kes-kes yang lain, dan juga memperkasakan pekerja-pekerja pembersihan hospital yang lain untuk memperjuangkan hak mereka. Kami memohon pada rakyat Malaysia supaya terus menyokong perjuangan pekerja-pekerja hospital yang juga merupakan petugas-petugas barisan hadapan ini,” katanya.

Pekerja pembersihan h0spital mahu diiktiraf sebagai ‘frontliner’

PETALING JAYA: Sebuah kesatuan sekerja menggesa Putrajaya mengiktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai ‘frontliner’ dalam memer4ngi C0vid-19 supaya mereka turut menerima manfaat pakej rangsangan kerajaan. Setiausaha eksekutif Kesatuan Nasional untuk Pekerja Sokongan Hospital dan Perkhidmatan Bersekutu (NUWHSAS), Sarasvathy Muthu berkata, pekerja terbabit terd3dah kepada j4ngkitan setiap hari dan beliau terkejut apabila kerajaan tidak memasukkan kumpulan itu dalam definisi petugas barisan depan.

“Tanpa mereka, semua usaha untuk mengekang C0vid-19 dan melandaikan keluk tidak akan berjaya,” katanya. Ya, doktor dan jururawat sangat penting. Tetapi pekerja terlibat secara langsung dalam pembersihan, sesuatu yang kerajaan sering gesa orang ramai untuk buat.”

Sarasvathy berkata, mereka yang didefinisikan sebagai “frontliner” mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi dan juga dilindungi dalam belanjawan kerajaan yang dibentangkan 2 minggu lalu. Katanya, pekerja pembersihan hospital berdepan banyak dugaan terhadap kehidupan mereka, seperti sistem kontrak yang tidak melindungi mereka. Kementerian Kesihatan (KKM) melantik sebuah syarikat baru untuk kontrak pemb3rsihan setiap 3 tahun. Sebuah kesatuan berkata pekerja hospital terdedah kepada j4ngkitan C0vid-19 setiap hari dan perlu diklasifikasikan sebagai ‘frontliner’.

“Mereka mesti dilindungi dan mesti diberi faedah. Kalau tidak, mereka menjadi h4mba abdi. Dalam sebuah negara maju seperti Malaysia, pekerja pembersihan yang bekerja lebih 20 tahun mesti diberi gaji yang setimpal.”

Sarasvathy berkata gaji bulanan RM1,200 terlalu sedikit dan mendakwa ramai yang hidup dalam “keadaan yang meny3dihkan”. Apabila mendapat gaji, mereka akan kehabisan wang pada hari ke-7 atau ke-8 dan perlu meminjam untuk pendidikan anak-anak, malah untuk makanan,” katanya, sambil menambah inilah antara sebab mereka selalu berhutang. Mereka tidak sepatutnya berdepan keadaan ini. Mereka mesti diberi gaji kehidupan asas supaya dapat menjalani hidup yang lebih baik.”

Jun lalu, ahli kesatuan itu mengadakan tunjuk perasaan di luar Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, dengan mendakwa mereka diancam dan kesatuan dirombak sejak awal tahun ini. Syarikat yang memegang kontrak membekalkan pekerja pembersihan hospital, iaitu UEM Edgenta Berhad, menafikan dakwaan itu, tetapi berkata, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menyi4sat dakwaan itu. Ia berjanji akan mengambil tindakan terhadap penyelia terbabit sekiranya dakwaan itu benar.

Beliau turut memberi komentar mengenai kenyataan ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Dr Chen Chaw Min sebelum ini bahawa elaun khas C0vid-19 untuk ‘frontliner’ hanya untuk pegawai kesihatan yang terlibat dalam tugas C0vid-19, dan tidak termasuk kakitangan yang tidak terlibat dalam mengendalikan pesakit C0vid-19.

Sarasvathy berkata, ia salah kerana pekerja lain di hospital juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mem3rangi C0vid-19. “Kerajaan mesti teliti isu ini dan berikan elaun kepada pekerja pemb3rsihan.” Katanya, walaupun pengambilan pekerja pemb3rsihan hospital diswastakan, namun masih menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewajibkan syarikat memberi mereka elaun khas. “Kesatuan sangat kecewa dengan kenyataan itu. Kerajaan tidak boleh lari daripada tanggungjawab.”

Pemuda Ini Ditolak Gajinya Daripada RM 1.2k Sampai RM 127. Boss Beri Alasan Katanya Lupa Tolak KWSP.

Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian. Speaker r0sak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau r0sak je dialah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.

Tiba-tiba satu hari dia WhatsApp. “Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?” “Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?” “Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit” “Bereh”. Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberapa hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.

“Azri takde. Berhenti” “Bila bos?” “Saya tak tahu” Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecvt ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya. Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.

“Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je” Saya angguk dengar. “Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipls je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1,200. Aku terus p4tah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak KWSP aku. Jadi, kali ni gaji dia t0lak bulan-bulan yang dia tak carum”

Allahu. Terdiam saya. “Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?” “Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil, anak bini. Aku memang down sangat masa tu” Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun l4nggar je.

“Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan k0s hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127” Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa. Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangls sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal. Satu hari, tuan rumah datang ketvk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak h4lau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar.

“Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak h4lau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan” Azri bagitahu, “Masa tu aku m4lu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah”. Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.

Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia. “Assalamualaikum” “Waalaikumsalam” jawab Azri. “Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada” Azri tersenyum saja.

“Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?” Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan seb4k. Bertakung air matanya. “Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2,600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangls sungguh. Aku terduduk kat situ juga”

“Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hut4ng-hut4ng. Jangan ptus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.” Kalian, begitulah kasih sayang Allah pada kita. Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak mrah-mrah dengan ujian, nak menyal4hkan keadaan, buntu di mana nak mulakan, nak selesaikan mas4lah dan lain-lain, kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.

Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh keggalan! Kita semua sedar kalau ggal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna keder4t atau tul4ng empat ker4t itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi d0sa dan salah kita yang banyaknya.

Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayvan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersemb4m kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula. Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah. Sumber: Ustaz Abu Hurairah Asifa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *