Pasti ramai yang ingin untuk si comel anda memahami apa yang anda cuba sampaikan. Kini 4 tips untuk latih si bulus anda faham bahasa kita.

Dunia Haiwan Hiburan Uncategorized

Siapalah tak nak Si Comel yang jinak dan manja dengan kita kan? Ia dah menjadi satu terapi minda buat kita jika Si Comel itu datang ke tempat kita dan meminta untuk dimanjakan. Apatah lagi bila kita dapat lihat gelagat Si Comel ini yang boleh memecahkan kesunyian kita.

Boring juga kalau ada Si Comel tapi dia pasif tak faham bahasa kita kan? Jadi, kalau korang nak Si Comel korang faham bahasa macam video-video yang kita tengok dekat media sosial tu, meh sini min ajar. Mudah-mudahan bermanfaat dan berkesan sebab min dah cuba!

`1. Kalau boleh bela Si Comel yang masih kecil

Bagi korang yang ada niat nak bela Si Comel, kalau boleh cari Si Comel yang masih kecil.  Masa inilah korang akan jaga dan beri perhatian lebih kepada haiwan tersebut. Masa ini jugalah mudah kalau korang nak mandikan dia dan belai supaya mereka mudah kenal dengan tuannya kalau nak dibandingkan dengan Si Comel dewasa, lebih-lebih lagi kalau Si Comel dari jalanan, memang susah. Melainkan kalau korang dah pro dan banyak pengalaman dalam bab ni. Tapi kalau boleh, bela lah dengan ibu dia dan adik beradik dia sekali.

2. Rajin berkomunikasi dengan Si Comel

Waktu ini, kerapkan berkomunikasi dengan Si Comel, faham maksud-maksud yang Si Comel mahukan. Berikan layanan baik kepada Si Comel, korang rajin-rajinlah ‘bermain’ dengannya dan kerap usap Si Comel itu supaya dia selesa dan tak takut dengan kita dan di tempat baru.

Yelah, sebab bela dari kecil kan? Mesti nak perhatian lebih. 

3. Kerap panggil kucing dengan nama gelaran supaya dia faham

Berikan satu nama gelaran dan gunakan nama itu untuk panggil mereka. Dari situ, lama kelamaan Si Comel  akan faham. Kena ada kesabaran yang tinggi kalau Si Comel itu buat tak endah dan buat kerenah. Berikan reward kepada Si comel itu dengan makanan-makanan yang berkualiti supaya Si Comel akan selalu dekat dengan kita. Nak tahu makan apa yang bagus untuk Si Comel?

4. REFINE, Makanan Basah Premium sebagai pilihan Si Comel

Kesihatan Si Comel perlu dijaga, bagaimana? Faktor pemakanan! Ia juga memainkan peranan penting jika inginkan Si Comel yang kelihatan lebih sihat dan ceria. Kalau tak sihat mesti dia tak ada mood nak main dan mereka malas nak layan kita. Kenapa Tuna Putih? Menurut kajian, Isi Tuna Putih Premium Terpilih ada perbezaannya berbanding Isi Tuna Merah. Ini pengiraan untuk setiap 100g hidangan

Isi Tuna Putih :

Tahap kelembapan 70.94g, kandungan lemak hanya 3.056. Protein 18.90, karbohidrat 0.263 dan jumlah kalori hanya 104 sahaja

Isi Tuna Merah :

Kelembapan 69.37, lemak 4.631, Protein 18.28, karbohidrat 0.750 dan kalori sebanyak 120.

Jelaslah di sini bahawa isi tuna putih adalah makanan yang juicy, rendah lemak, kaya dengan protein, karbohidrat rendah dan paling penting sekali rendah kalori! Malah tekstur isi tuna putih juga lebih padat (seakan-akan dada ayam) jika dibandingkan dengan Red Meat Tuna yang seperti bahagian thigh ayam. Jadi isi tuna putih adalah pilihan bagus untuk diet Si Comel dan confirm Si Comel korang akan kenyang bila makan ni!

Malah REFINE juga menyajikan Daging Ayam Terpilih dalam resipi ini untuk menjadikannya lebih enak dan berkualiti tinggi dan sekaligus menjadikan ia santapan sempurna untuk Si Comel.

Untuk mendapatkan kualiti daging tuna yang terbaik, min gunakan satu produk makanan Si Comel daripada REFINE, Makanan Basah Premium

REFINE, Hidangan Mewah untuk Si Comel

REFINE ini menggunakan sumber daging tuna dan ayam yang berkualiti tinggi di mana ia menjadi satu makanan yang paling digemari ‘Si Comel gebu’ min. Dengan menggunakan Isi Tuna Putih Premium Terpilih & Daging Ayam Terpilih ini, ia mampu meningkatkan mutu penglihatan, meningkatkan imuniti dan paling penting lagi boleh membekalkan tenaga kepada Si Comel kesayangan korang sebab Si Comel akan jadi makin gebu!

REFINE juga didatangkan dengan beberapa pilihan yang pasti menaikkan selera Si Comel.  Dengan menggunaan Isi Tuna Putih Premium Terpilih dan Daging Ayam Terpilih, REFINE disediakan dalam bentuk dua variasi dengan pelbagai pilihan hidangan gourmet; REFINE dalam Tin dan REFINE dalam Pouch. Kiranya memang makanan ini dah level-level hidangan mewah untuk Si Comel kita.

Jadi, kalau nak reward Si Comel korang, pilihlah REFINE, Makanan Basah Premium  ni, mesti Si Comel akan makin suka dan sayang korang sangat-sangat. 

Banyak Perkara Yang Dibenci Oleh Kucing. Mungkin Ini Dapat Bantu Kucing Anda Daripada Stres.

Kucing tidak suka ditinggalkan bersendirian kerana ia boleh membuatkannya berasa tertekan. Menunjukkan rasa sayang kepada si bulus seperti memeluk, mencium dan mendukungnya adalah perkara biasa bagi pemilik kucing. Bagaimanapun kasih sayang yang ditunjukkan boleh ditafsirkan sebagai perkara berbeza oleh kucing. Malah ada beberapa perbuatan kita sebenarnya boleh membuatkan si bulus berasa marah dan jengkel. Pakar dalam perilaku kucing menjelaskan terdapat pelbagai perkara yang boleh mengganggu mood kucing termasuklah;

1. Kehadiran bayi

Perubahan besar dalam hidup kucing seperti berpindah rumah atau menyambut kehadiran bayi dapat membuatkan kucing berada dalam keadaan tertekan. Bagi mengelakkan si bulus berasa tertekan dengan suara bayi menangis, pemilik disarankan untuk memasang suara bayi di dalam rumah sebelum bersalin agar ia terbiasa. Pastikan juga pemilik meluangkan masa bermain dengan mereka sebelum ada bayi lain akan menggantikan tempatnya.

2. Perubahan kecil, kesan besar

Perubahan kecil seperti memindahkan tempat buang air, mengubah kotak makanan serta mengalihkan tempat tidurnya memberi kesan kepada kucing. Ia boleh membuatkan kucing melarikan diri dan sebab itu adakalanya mereka menyorok di bawah kerusi atau di celah almari. Apatah lagi jika pemilik berpindah rumah, ia memberi kesan lebih besar kepada emosinya. Jadi sebaik-baiknya, jika ingin mengubah kedudukan barang miliknya, lakukan secara berperingkat agar ia dapat membiasakan diri.

3. Kebosanan

Rutin yang sama boleh membuatkan kucing rasa bosan dan tertekan. Jadi untuk mengambil hatinya, belikan mainan baharu agar dapat membantu fikirannya lebih tenang dan gembira.

4. Aroma menyengat

Kucing mempunyai deria bau yang tajam sehinggakan aroma kuat seperti minyak wangi atau masakan boleh membuatkan ia berasa tidak senang. Biasanya ia akan melarikan diri bagi menenangkan diri. Jadi jangan kecil hati jika anda sudah pakai minyak wangi, tapi si bulus enggan mendekati anda. Tapi ada bau yang cukup digemarinya seperti catnip, lavendar dan buah anggur.

5. Kostum

Ramai yang gemar memakaikan kostum kepada kucing peliharaan mereka kerana ia nampak comel. Tetapi hakikatnya, kucing tidak gemar memakai pakaian dan sebab itu juga ia sering melarikan diri atau membuat muka monyok apabila dipakaikan kostum.

6. Membelai perutnya

Kebanyakan kucing tidak suka perut mereka dipegang dan kebiasaannya si bulus akan mencakar atau melarikan diri ketika kita cuba memegang perutnya. Bagaimanapun setiap kucing ada tarikan berbeza termasuklah ada yang suka perut mereka dibelai.

7. Berinteraksi dengan orang tak dikenali

Perhatikan reaksi kucing anda ketika seseorang tidak dikenali mendekatinya. Biasanya, ia akan melarikan diri atau tidak memberi respons apabila badannya diusap. Reaksi itu sebenarnya menunjukkan ia tidak selesa dengan orang yang tidak dikenalinya.

8. Ekornya dipegang

Kucing tidak suka ekornya dipegang atau ditarik kerana ia adalah bahagian sensitif. Bagaimanapun ia cukup suka jika bahagian leher atau badannya dibelai.

9. Bersendirian

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa sunyi dan bosan apabila ditinggalkan sendirian di rumah. Sebaik-baiknya, jika ia terpaksa ditinggalkan, sediakan makanan kegemaran atau permainan berkonsepkan penyelesaian masalah seperti puzzle bagi membolehkan ia fokus dan tidak memikirkan tentang rasa sunyi.

10. Makanan lama

Biasanya kita akan meletakkan semangkuk makanan kucing ketika keluar bekerja namun apabila pulang ia seolah-olah tidak berusik dan si bulus hanya makan dalam jumlah kecil. Sebenarnya, kucing tidak suka makanan yang terbiar lama dan sebaik-baiknya sediakan beberapa mangkuk dan isi makanannya dalam jumlah kecil.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *