Luahan kakak pada ibu bapanya disebabkan sering rasa begini. Suratnya buatkan ibu rasa sebak.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Sebagai ibu bapa kadangkala kita terlepas pandang dengan kelakuan kita terhadap anak-anak. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah membeza-bezakan kasih sayang dan perhatian salah satu anak kita dengan anak yang lain. Keadilan dalam memberi kasih sayang amatlah penting bagi mengelakkan anak-anak daripada merasai diri mereka disisih. Begitulah yang dialami oleh seorang ibu, Nur Amira Jusoh apabila menerima satu nota dari anak sulungnya yang mendakwa dirinya seakan ‘dipinggirkan’ oleh kedua ibu bapanya.

Luahan si anak kecil

Nak share luahan anak sulung petang ni. Tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulungg bagi satu cebisan kertas yang sangat tersentuh hati saya. Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni. Kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang. Mama mintak maaf sayang. Mintak maaf ye, hanya orang terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni. Kami org terengganu.

Berdasarkan perkongsian Nur Amira Jusoh di Facebook, dia memuatnaik satu nota yang ditulis oleh anak sulungnya. Dalam nota tersebut terkandung luahan hati seorang anak kecil yang mendakwa dirinya seakan dipinggirkan oleh kedua ibu bapanya. Malah, anak kecil ini beranggapan ibu bapanya telah memberi kasih sayang yang lebih kepada dua orang adiknya berbanding dirinya.

Dalam kesempatan itu, Nur Amira sempat menasihati para ibu bapa diluar sana supaya lebih peka dan tidak terlepas pandang mengenai perkara ini. Hal ini kerana, kadangkala ibu bapa beranggapan bahawa mereka sudah memberikan kasih sayang yang seadilnya tetapi kemungkinan bagi anak-anak ianya masih kurang.

Nota anak sulung

Respon netizen

Sumber: Nur Amira Jusoh

Sebelum Ini Pernah Hidup Menumpang Di Sebuah Masjid Di Selangor. Kisah Ibu Tunggal Anak Lima Benar Benar Menyentuh Hati Warganet

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.Begitulah kisah seorang wanita muda yang terpaksa bersendirian menyara lima anaknya yang masih kecil dan menjaga ibu yang sedang sakit, selepas berpisah dengan suami.Kisah wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Zuriah dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, yang berkunjung ke terataknya baru-baru ini.

Menurut Natipah, sebelum keluarga tujuh beranak ini dirujuk kepadanya oleh ahli jawatankuasa masjid di qariah sebuah perkampungan di Kedah, mereka hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor.”Sebelum ini mereka tujuh beranak tinggal di Selangor. Rumah tangga Zuriah sudah tidak mampu diselamatkan lagi kerana suaminya yang juga seorang penagih dadah itu kerap memukulnya dan anak-anak.

“Setelah diceraikan suami, Zuriah pun dihalau keluar dari rumah. Sebelum balik ke Kedah, Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.

Anak sulung Zuriah yang berusia 14 tahun bekerja sebagai tukang cucu di R&R.“Pihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah,”ceritanya.Nasib keluarga malang ini mendapat perhatian seorang pemilik homestay dan membenarkan mereka tinggal di situ buat sementara waktu.

“Berbekalkan wang RM100 mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan Zakat Kedah. Bantuan selanjutnya sedang dalam proses.Dalam perkembangan terbaharu, Natipah memaklumkan pihaknya berjaya mencari rumah sewa buat keluarga ini membina kehidupan baharu.

“Kali pertama pergi menemui mereka, terbit rasa kasihan kerana anak-anak masih kecil. Lagi kesian anak sulungnya yang baru 14 tahun tapi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”Anak remaja ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R&R dengan gaji harian, RM25 sehari. Sebagai anak lelaki dialah yang harus memikul tanggungjawab… tapi dia harus kembali ke sekolah nanti.

“Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya,” cerita Natipah yang sudah 10 tahun bergiat aktif sebagai aktivis kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 10 tahun lalu.

Menurut Natipah, perkongsian kisah Zuriah bertujuan untuk meraih sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga ibu tunggal ini memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah sewa kelak.”Kita akan membayar sewa rumah selama dua tahun, membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergi bekerja di samping mendapatkan bantuan dari Zakat Kedah dan JKM.

“Kes seperti ini perlukan penglibatan masyarakat kerana melibatkan kewangan. Bantuan kewangan dari pihak berwajib harus melalui proses dokumentasi dan memakan masa. Justeru bantuan segera masyarakat akan meringankan beban mereka yang tersepit.Natipah (kiri) sudah lebih 10 tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

“Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai. Kita tidak menggalakkan bantuan dalam bentuk wang tunai yang banyak kerana biasanya wang habis tanpa dapat memenuhi objektif utama wang itu disumbangkan.”Untuk itu kita menyusun strategi bantuan dengan sistem sokongan bantuan bulanan dari pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga dengan sedekah yang kita niatkan akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji,”ujarnya lagi.

Tular Video Satu Pasangan Ini Apabila Isterinya Sampai Menangis Teresak Esak Di Restoran Makanan Korea Kerana Lagu Yang Dimainkan Itu Dianggap Sedih. Tak Sangka Reaksi Isterinya Yang Hamil Itu Benar Mengejutkan.

Zahin bersama isterinya yang hamil. Isterinya tiba-tiba menangis di kedai makan. Seorang suami sama sekali tidak menyangka isterinya secara tiba-tiba menangis di tempat awam.

“Punyalah power hormon masa hamil ni, isteri aku boleh nangis kat kedai makan sebab diorang (mereka) pasang lagu sedih,” tulisnya menerusi satu ciapan sehingga menjadi tular. Ketika kejadian, suami berkenaan, Amir Zahin Azham berkata, dia membawa isterinya menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea. Sementara menunggu pesanan, pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, satu lagu nyanyian kumpulan dari Korea Selatan yang dimainkan di restoran itu menarik perhatian isterinya.

Perkongsian Zahin mengenai isteri di laman Twitter menjadi tular.

“Isteri kata lagu ‘Because I am A Girl’ oleh kumpulan Kiss adalah kesukaannya. Tapi video muzik lagu berkenaan membuatkan dia rasa sedih. Tiba-tiba isteri kata dia nak menangis sebab teringat jalan cerita video muzik tu. Bila separuh lagu tu dimainkan, isteri dah tak tahan dan terus menangis teresak-esak,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Zahin, katanya, reaksi isterinya yang hamil anak pertama yang memasuki usia tujuh bulan itu mengejutkannya kerana benar-benar tidak pernah isterinya menangis di tempat awam.

Isteri Zahin kembali bertenang sebelum pesanan tiba.

“Isteri saya memang hati tisu, sensitif orangnya. Tapi tak pernah pula dia menangis secara tiba-tiba macam tu. Begitu hebat impak video muzik tu pada diri dia. Sebenarnya, pernah terjadi sebelum ni isteri menangis kerana lagu yang sama. Tapi ini pertama kali dia menangis di tempat awam sebab lagu tu,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mendirikan rumah tangga sejak 2018, dia menjelaskan bahawa video muzik itu membuatkan isterinya mengemukakan satu soalan yang tidak pernah difikirkannya selama ini. Menurut Zahin, video muzik itu mengisahkan seorang jurugambar yang meminati seorang gadis cantik dalam pertemuan yang tidak disengajakan ketika sesi fotografi.

Salah satu babak dalam video muzik lagu ‘Because I Am A Girl nyanyian kumpulan Kiss. sumber YouTube

“Mereka kemudian bercinta tetapi kejadian berlaku apabila mata gadis itu terkena bahan kimia yang digunakan untuk fotografi, sehingga merosakkan penglihatannya. Jurugambar itu kemudian mendermakan kedua-dua matanya bagi membolehkan kekasihnya itu melihat semula sebelum menjauhkan diri, sehingga sanggup meninggalkan kerjaya jurugambar dan minatnya dalam sukan permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *