Jurugambar ini mahu pekerja lori sampah jadi model. Tak sangka rupanya dia dah tunggu mereka berjam jam.

Amalan Dunia Hiburan Uncategorized

Ray merakam foto lima petugas pembersihan di kawasan kejiranannya pada Khamis lalu. Pekerjaan yang cukup mulia, namun jarang sekali kisah mereka diangkat dan menjadi sebutan antara kita. Namun, seorang jurufoto berbangsa Cina menjadi perhatian ramai apabila dia menzahirkan rasa apresiasi terhadap golongan pengutip sampah dengan karya-karya kreatif yang dihasilkannya. Menurut Loh Chong Kuan atau Ray, 32, foto-foto tular itu dirakam sewaktu para petugas berkenaan hadir memungut sampah menggunakan lori di sekitar kediamannya di Bagan Serai, Perak pada Khamis lalu.

“Ia merupakan satu tanda penghargaan buat golongan pekerja pembersihan. Saya shoot content ini sebagai tanda terima kasih atas segala kerja mereka. Jarang terserempak, saya biasanya dah keluar bekerja waktu mereka datang kutip sampah. Tapi ada masa sikit sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sempatlah rakam gambar mereka.

Ray memiliki 15 tahun pengalaman sebagai jurufoto.

“Saya nak sampaikan pada orang ramai bahawa mereka melakukan kerja yang mulia dalam keadaan yang panas dan memenatkan,” ujarnya kepada mStar. Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, sesi penggambaran itu dilakukan dalam masa 10 minit sahaja manakala video behind the scene pula dirakam oleh isterinya.

Saya minta izin dulu. Mereka nampak happy. Bila ajak ambil gambar, terus mereka setuju.

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu menerima reaksi positif rakyat negara ini. “Saya tunggu mereka tiga jam hari tu, sebab sebelum ini mereka datang pagi. Hari Khamis tu mereka datang dalam pukul 1.30 tengah hari. Sebaik sampai, saya ajak ambil gambar. Saya minta izin dulu. Mereka nampak happy, ajak je terus setuju.

Proses penggambaran mengambil masa sekitar 10 minit sahaja.

“Saya juga mahu mereka rasa dihargai. Saya gembira dapat kongsi sesuatu yang positif macam ni di TikTok. Gembira sebab ramai orang hargai mereka menerusi komen-komen di TikTok. Kalau fikir balik dari PKP tahun lepas, kita semua duduk rumah, banyak sampah… kalau tiada mereka, kawasan rumah kita pastinya kotor,” ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Ray yang sudah 15 tahun menjalankan khidmat fotografi banyak terlibat dengan acara perkahwinan kaum Melayu.

Antara foto yang dihasilkan oleh Ray.

Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menarik di TIkTok dalam usaha menyampaikan inspirasi dan semangat positif buat warganet. Sebelum ini, Ray pernah membuat video bersama peniaga mangga menerusi TikTok untuk memberikan promosi secara percuma kepada mereka. Sehingga kini, Ray memiliki lebih 144,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Jangan Ambil Barang Yang Kita Tidak Buat Sebarang Pesanan. Sekali Peguam Ini Tampil Buka Mata Orang Ramai Soal Ini.

Jangan terima barangan yang tidak kita pesan. Takut-takut ditipu. Semalam sekitar jam 2 petang, ada syarikat penghantaran yang menghubungi saya. Katanya hendak buat penghantaran di pejabat tetapi pejabat saya tutup kerana PKP. Saya tanya barangan apa yang hendak dihantar?

Saya memang ada buat pesanan tetapi bukan dihantar ke pejabat, sepatutnya dihantar ke rumah saya. Saya minta gambar bungkusan. Dia kata tak pasti dan biar dia semak semula dengan pengurusnya. Dia hantar gambar bungkusan. Katanya maaf gambar tidak berapa jelas dan hanya itu sahaja gambarnya. Dia beritahu lagi “Bungkusan ni kecik je”

Saya minta masa untuk saya semak semula, benarkah saya ada buat pesanan. Memang saya tidak pesan tapi manalah tahu anak saya tertekan skrin telefon atau mungkin saya tersalah tekan secara tidak sengaja. Manalah tau.

Saya semak, memang ada beli projector tetapi sebulan yang lalu. Barangnya pun sudah sampai dan sudah digunakan pun. Kemudian saya hantar voice note “Dik, confirm bukan akak punya jangan hantar. Entah orang lain punya. Boleh semak tak semula dengan platform tu barang apa?”

Penghantar ini semak dan kemudian hantar gambar projector yang kononnya dipesan oleh saya. Katanya “Ini fake order kak, barang ini RM1,324 untuk 5 unit. Akak order sampai 5 unit. Kalau akak nak cancel pun boleh. Betul ke akak order? Or saya cancel je”.

” Cancel je dik, akak memang tak nak ambil sebabnya, nanti kalau ada dekat tangan kita, kalau rosak atau apa-apa jadi. Kita pula ganti. Kalau kita terima pulak tapi tak order nanti kena bayar pula. Liabiliti ni semua”, sempat saya berhujah dari sudut pandangan undang-undang. Betul kak, manager saya pun cakap ini fake order kak. Barang ini kecik sangat, harga pula sampai RM1,300 lebih. Barang tu saya kasi cancel sahaja kak”

Fuh! Lega. Selesai satu masalah. Saya jadi lebih paranoid kerana scam pembelian online ini macam-macam. Ada pernah sekali dahulu, saya diminta nasihat oleh mangsa penipuan pembelian online. Dia beli laptop di platform e-dagang tetapi selepas pesanan masuk, penjual terus menghubunginya memaklumkan stok habis.

Penjual menawarkan model lain dan meminta pembeli batalkan pesanan di platform e-dagang tersebut. Selepas pesanan dibatalkan, penjual meminta agar segala urusan perlu diteruskan dengan penjual secara terus tanpa melalui platform itu. Pembeli pun percaya dan telah membuat bayaran beberapa ribu ringgit bagi pembelian laptop kepada penjual. Sudahnya penjual cabut lari dan barangan pun tak dapat. Kena tipu.

Sebab saya ini selalu dirujuk kes-kes penipuan dan sering memberikan nasihat, jadi level scam alert saya tinggi atau mudah kata saya jadi paranoid. Tambah-tambah lagi saya memang yakin tidak pernah buat pesanan.

Apa itu ‘fake order’?

Saya pun google lah “Apa itu fake order?” 2 3 kali juga budak penghantar itu sebut fake order. Rupa-rupanya teknik ini dipanggil sebagai Brushing e-commerce.

Caranya adalah peniaga akan menciptakan fake akaun dengan menggunakan butiran peribadi kita dan membuat pesanan online barangan yang hendak dibeli daripada kedainya sendiri di atas platform e-dagang. Kemudian apabila pesanan dibuat oleh fake akaun kita, mereka akan membuat penghantaran barangan kepada kita di alamat kita. Barang dihantar juga fake dengan menggunakan kotak kosong atau barangan yang kecil.

Apa faedahnya kepada penjual? Apa mereka dapat dengan membuat kegiatan ini. Begini, jumlah jualan boleh menaikkan rating sesuatu penjual dalam platform e-dagang. Lagi banyak fake order, lagi banyak nampak jualannya. Apabila rating adalah menaik, ini boleh meningkatkan jualan mereka berbanding penjual lain.

Jadi sebab itulah mereka sanggup hendak membuat kerja fake order ini. Pancingan atau taktik mereka selalu mengena. Yelah, siapa tak nak barang free. Dengar pula ribuan ringgit. Kita pun pakai terima sajalah. Sebab itu cara ini berkesan untuk mereka menunjukkan peningkatan barangan jualan sekaligus menaikkan rating. Rupa-rupanya di Amazon banyak kes begini. Banyak artikel dan pesanan dikeluarkan. Saya pula, kalau barang saya tidak pesan, entah free atau tidak, seram juga hendak ambil. Entah apa yang diisi dalam kotak.

Kalau jadi mangsa fake order ini, memanglah kerugian itu nampak tidak banyak, mereka hanya hendak menggunakan untuk rating tetapi kalau lebih dasyat cara ini berlarutan. Bagaimana? Misalnya selepas dapat bungkusan, anda dihubungi pula kononnya pemilik barangan. Pemilik ini meminta anda pulangkan semula barangan yang sepatutnya dibeli olehnya yang telah tersalah hantar kepada anda.

Kononnya, dia dapat makluman anda yang ambil barang itu. Yang kita pula bukan dapat barang tetapi kotak kosong sahaja. Kita bagi alasan kita tidak terima apa-apa, dia tak mahu terima dan bergaduh dan ugut ambil tindakan. Sudahnya kita takut, kita bayar. Manalah tahu. Kemungkinan itu ada. Siapa suruh setuju terima barang bukan milik kita? Cara ini semakin lama semakin macam-macam akalnya. Sebab otaknya itu memang bergeliga bab menipu, ada sahaja usaha dan kreativiti baru hendak menipu. Mereka boleh menyamar jadi polis, jadi kastam dan lain-lain.

Manalah tahu fake order ini, boleh sampai ke tahap ada yang hubungi itu barangnya dan minta pulangkan balik. Yang kita pun gatal tangan menerima. Yang menjadi persoalannya, bermakna segala data kita seperti nama penuh, alamat penghantaran dan juga nombor telefon boleh disalahgunakan. Itu yang sehingga boleh membuat pesanan fake menggunakan nama kita, dihantarkan ke alamat kita. Bahaya begini.

Hati-hati. Kalau cara itu penipu, biar otak kita lebih bergeliga selangkah lebih, supaya kita tidak mudah ditipu dan dijadikan mangsa. Sentiasa beringat. Sumber:fb Nor Zabetha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *