Jon jandai tampil menceritakan kisah hidupnya dari kecil sehingga kini. Banyak yang kita perlu belajar amalkan dari hidupnya.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah Jon Jandai? Sejak dahulu lagi, Jon Jandai diajar untuk percaya bahawa nilai kejayaan yang dikira mengikut nilai kekayaan yang dimiliki. Untuk seseorang itu berjaya, Jon Jandai berasa seseorang itu tiada pilihan lain daripada pergi keluar berhijrah ke bandar Bangkok dan mencari pekerjaan. Pada ketika usianya 18 tahun, Jon Jandai berhijrah ke bandar Bangkok tanpa ada apa-apa sijil pendidikan dan terus mencari pekerjaan yang beliau rasa boleh lakukan. Seperti bekerja sebagai pengawal keselamatan, pekerja kilang dan pekerja buruh binaan.

Walau seberat mana pun kerja beliau, beliau tetap akan lakukannya sehabis baik untuk mendapatkan wang. Hasil hidupnya yang menumpang di kuil dan perolehi makanan percuma, beliau berjaya perolehi wang dan masuki kolej seterusnya terus sambung pengajiannya di Fakulti Undg-Undg Universiti Ramkhamhaeng. Selepas 7 tahun hidup bersusah payah di bangkok, beliau mula tertanya-tanya dalam dirinya apa yang rasanya beliau percaya soal kejayaan.

“Aku tak pernah ada makanan yang cukup untuk makan atau duit yang cukup untuk disimpan dan aku tidak bahagia dengan kehidupanku. Adakah ini bermakna impian Bangkok aku adalah satu kegagaIan?” Sedar bahawa kehidupannya di Bangkok tidak membentangkan kejayaan yang beliau jangkakan, Jon Jandai meninggalkan pekerjaannya dan berhenti belajar di kolej dan balik semula ke kampung halamannya di Yasothon.

Jon Jandai berasa hidup sebagai petani adalah salah satu kehidupan yang beliau ingin perolehi. Biarlah hasil yang beliau perolehi itu tidaklah sebanyak yang beliau perolehi di Bangkok. Merasakan hidupnya bersama keluarga lebih mudah. Dan akhirnya beliau sedar yang keadaan rumahnya sudah tidak sama lagi.

“Petani tidak dapat menikmati makanan yang bagus kerana mereka perlu berjimat untuk peIaburan kepada penanaman padi. Sementara pengilang mampu makan daging ayam, petani hanya mampu untuk mendapatkan kaki ayam. Kehidupan jenis apa ini?” Bermula dari itulah beliau mula mencari bahagia yang diinginkan dan kisah kejayaannya bermula. Empat tahun bekerja (1993-1997), Jon Jandai berjaya menyimpan wang yang cukup untuk mencapai impiannya memiliki rumah sendiri di mana beliau tinggal di sana dan boleh bercucuk tanam. Pada tahun 1997, beliau dijemput rakannya untuk melawat New Mexico di Amerika Sy@rikat dan ternspirasi dengan keunikan rumah bata.

Belajar lebih banyak teknik untuk membina rumah bata di sana sebelum pulang ke Thailand, Jon Jandai membina sebuah rumah bata untuk beliau tinggal bersama keluarganya. “Aku menyedari hanya enam bulan diperlukan untuk siapkan sebuah rumah dan ada seumur hidupku untuk menikmati kehidupan dalam rumah ku sendiri berbanding dengan orang lain yang memerlukan lebih 30 tahun untuk membayar hut@ng pinj4man rumah sebelum mereka boleh memilikinya.”

Selepas tanaman padi dan beralih kepada penanaman sayuran untuk hasil makan rumahnya, Jon Jandai mula menanam 50 jenis sayur-sayuran dengan lima setiap satu jenis untuk bereksperimen sama ada beliau mampu hidup hanya dengan bergantung kepada produk sayurannya tanpa perlu membeli dari pasar. Hasilnya, untuk pertama kalinya sayuran yang beliau petik cukup untuk dimakan enam ahli keluarganya. Selepas tiga bulan, ada lebihan daripada tanaman dan beliau jual di pasar berdekatan rumahnya dan mendapat pulangan antara 200 hingga 500 Baht sehari. Dengan bekerja satu jam sehari (berbanding di Bangkok selama lapan jam sehari) beliau dapat menikmati kehidupan bersama keluarganya dan itulah yang beliau cari selama ini.

Pendapatannya semakin bertambah apabila semakin ramai yang berminat dengan rumah batanya dan meminta beliau membinanya untuk mereka. Hanya belajar daripada buku tanpa bergantung kepada bahan-bahan mahal, 70% daripada pelanggan yang meminta Jon Jandai untuk membina rumah bata adalah orang asing.

Kejayaan demi kejayaan dicapai, Jon Jandai tidak menerima wang sebagai bayaran apabila dipanggil sebagai penceramah. Beliau hanya meminta untuk dibekalkan wang pengangkutan sahaja.

AJK Masjid Terima Duit Gulung RM100 Tapi Bila Sekali Tak Terima Orang Masjid Jadi Gelisah Menjadi Tanda Tanya Dan Rupanya Ini Sebabnya Mereka Gelisah. Penderma Misteri Ini Sering Gunakan Duit Lama Dan Akan Menderma Setiap Hari Jumaat.

Seorang remaja berkongsi pengalaman mengenai penderma misteri yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih rancak ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma. Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat. Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung. Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya kepada mStar sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Duit gulung RM1 yang sering dijumpai sewaktu mengira tabung derma.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama. “Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100. Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya. Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Bila tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu. Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1. Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Di sebalik gulung RM1, tersembunyi wang kertas RM100.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah. “Hampir setiap Jumaat ada gulungan RM1 tu, jadi bila kami kira duit selepas solat Jumaat tetapi tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid. Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada urusan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

Bapa 8 Anak Ini Beralih Kerjaya Sejak PKPB Bersama Rakan Suraunya Dengan Menjual Nanas. Ini Nasihatnya Buat Semua Yang Hilang Sumber Pendapatan.

Sallehuddin bersama Carl yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu mengusahakan perniagaan gerai berasaskan nanas. Dalam menghadapi era pandemik serba sukar ini, kita seharusnya bijak mencari peluang demi meneruskan kelangsungan hidup. Jika diamati sepanjang tahun 2020, ramai yang kehilangan kerja serta sumber pendapatan gara-gara Covid-19 yang melanda. Malah, impaknya juga tidak mengenal latar belakang bangsa, kerjaya mahupun usia.

Di Saujana Impian, Kajang, Selangor, seorang lelaki berusia 59 tahun turut berjinak-jinak dengan perniagaan nanas madu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula di beberapa negeri, baru-baru ini. Menurut Sallehuddin Shuib, dia mencuba peluang baharu itu setelah 13 tahun berkecimpung dalam perniagaan berkaitan suplemen kesihatan.

Sallehuddin berniaga menggunakan keretanya sahaja.

“Umur dah dekat 60, tak tahu nak buat apa. Jadi saya cari pembekal nanas dan cuba terokai peluang perniagaan ini. Ia bermula dengan jual dalam boot kereta sahaja. Saya buka boot, letak kerusi. Kemudian buka meja sebelum seterusnya jual di gerai pula. Dah dua bulan lebih saya berniaga nanas. Sebelum ini dah 13 tahun jual suplemen, sebagai perunding kesihatan,” ujarnya kepada mStar. Menurut Sallehuddin, perniagaan gerai nenas itu diusahakan bersama rakannya yang dikenali sebagai Carl, 48 tahun yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha.

Ujarnya, Carl merupakan rakan jemaah di Surau Ar Raudhah, Saujana Impian dan persahabatan itu kini bercambah menjadi rakan perniagaan pula. Biarpun tidak mempunyai pengalaman, Sallehuddin menyifatkan rakannya itu sebagai seorang individu yang cukup jujur dan amanah. Sementara itu, Sallehuddin yang juga bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, konsep perniagaan nanas juga sama sahaja seperti apa yang diusahakannya sebelum ini.

Dua sahabat ini merupakan rakan jemaah di sebuah surau di Kajang.

Namun katanya, setiap peniaga harus berusaha dan tiada kejayaan datang dengan mudah khususnya dalam zaman seperti ini. “Konsep berniaga yang sebelum ini dengan yang sekarang sama sahaja. Cuma kena sabar dan tabah. Mula-mula berniaga nanas pun sambutannya agak perlahan. Hanya orang berniaga yang akan faham. Tak ada benda datang bergolek. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Jadi kena selalu konsisten dan semak misi kita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sallehuddin mengakui dia juga peka dengan apa yang dilalui ramai individu di luar sana sejak Covid-19 melanda. Namun katanya, dia percaya setiap individu perlu mencari kekuatan diri dan harus percaya kepada konsep rezeki.

“Kena bangun dan lihat peluang yang ada. Tak boleh duduk bersedih semata-mata. Kena ada inovasi. Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha,” ujarnya lagi. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan terhadap perniagaan berkenaan dan berharap mereka berpuas hati dengan hasil yang dibeli.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *