Ebit Lew merealisasikan impian remaja yang telah pergi selamanya untuk membina rumah buat seseorang yang istimewa ini.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pendakwah terkenal, Ebit Lew merealisasikan keinginan dan impian seorang remaja yang telah pergi akibat lem4s ketika membantu individu yang terlibat dengan banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. Menurut Ebit, Mohammad Hakimin Rahim, 20, pernah mengimpikan untuk mendirikan rumah untuk keluarganya.

“Cita-cita Hakimin nak buat rumah untuk mak ayahnya. Hari-hari doa. Saya lihat rumah keluarga yang tiada bilik dan tandas kecil diluar. Saya hadiahkan tunaikan cita-citanya belikan barang untuk tambah bina dua bilik dan tandas di dalam rumah. Terus belikan barang untuk binaan dan terus bayarkan. Berikan juga sedikit belanja,” katanya menerusi satu perkongsiannya di laman Instagram.

Terdahulu, Ebit bertandang melawat keluarga pemuda tersebut di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan.”Tadi dengar kisah adik ini kagum sangat. Cita-cita nak jadi polis. Umur baru 20 tahun. Maknya sedih sahaja sebab tempat lem4s dekat dengan rumah. Sempat ziarah tempat persemadian Hakimin dan berdoa bersama keluarga,” ceritanya.

Baru-baru ini, kisah Hakimin yang telah pergi akibat lem4s selepas terjatuh dari sampan mencuri perhatian ramai. Hakimin dikatakan kepenatan pengsan ketika mendayung perahu membawa orang kampung pindah ke pusat pemindahan sementara.

Semalam Tular Kisah Mak Cik Ini. Dan Hari Ini Je Ebit Lew Terus Datang Ziarah Rumahnya Dan Ini Respon Mak Cik Ini Yang Lebih Tersentuh.

Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyvt dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang.

Tular di media sosial

Pastinya gambar diperoleh dari Bernama dan dikongsikan semula oleh wartawan berita itu menyentuh hati warganet kerana sayu melihat kediaman yang hanya tinggal tapak serta serpihan-serpihan sisa rumah tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.

Ebit Lew datang beri sumbangan

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda yang sememangnya tidak asing lagi dalam urusan membantu masyarakat iaitu Ustaz Ebit Lew telah tampil menziarahi wanita terbabit yang dikenali sebagai Rafiah Jamaludin. Menurut Ebit Lew, ketika beliau sampai, wanita warga emas itu sedang mengutip barangan yang masih boleh dipakai untuk membina rumah di kebunnya di kawasan lain.

Dikesempatan itu, Ebit Lew telah memberikan sedikit sumbangan kepada makcik Rafiah bagi membolehkannya membeli barangan untuk membina kembali rumahnya yang sudah ranap itu. Walau bagaimanapun, wanita berusia 69 tahun terbabit tetap bersyukur kerana dengan musibah ini, dia dapat bertemu dengan pendakwah yang menjadi kesayangan warga Malaysia.

Sumber:Mohd Redzuan Abdul Manap, Ebit Lew

Ebit Lew Pinta Doa Untuk Pembukaan Elewsmart Di Danau Kota. Sekali Fedtri Yahya Harapkan Ebit Lew Dapat Buka Sesuatu Ini Pula.

Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi sebagai seorang dermawan yang sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Beliau juga seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri di bawah nama Elewsmart dengan memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut di Danau Kota. “Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah pelbagai bentuk bantuan diberi kepada golongan susah. Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut meninggalkan komen pada posting berkenaan terbabit. Dia meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri

Semoga dipermudahkan urusan ustaz

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial. Sumber: Instagram Ebit Lew

Tular Video Ustaz Ebit Lew Bantu Orang Yang Terlibat Dengan Banjir Mndatangkan Rasa Sebak Pada Warganet. Ustaz Ebit Lew Juga Akui Buatkan Dia Rasa Rindu Pada Seseorang Ini.

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak awal Januari 2021, banyak kawasan terjejas dan dinaiki air sehingga memutvskan jalan utama. Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew merupakan antara individu yang aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. Terbaharu, pendakwah berkenaan telah memuat naik satu video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau mengangkat seorang warga emas dengan tujuan membantunya.

“Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke hospital Kuantan. Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair,” tulisnya. Menurutnya, ramai yang berulang ke hospital dengan menaiki bot malah, kebanyakan klinik di sekitar Kampung Paloh Hinai Pahang turut ditenggelami air.

“Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu mak,” Pada akhir kapsyen yang ditulis, Ustaz Ebit Lew turut sempat mendoakan agar semua dalam keadaan selamat. Tinjauan pada komen yang ditinggalkan, ramai turut ikut sedih dan seb4k sejurus menonton video berkenaan selain mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Sudah 2 Hari Di Kuala Lipis Bersama 10 Biji Bot Dari KL. Ebit Lew Bawa Dan Beri Seribu Helai T Shirt Dan Telung Serta Duit Belanja Kepada Yang Memerlukan

Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun.Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu.

Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini Ebit Lew tampil meredah banjir untuk membantu kesemua mangsa di Kuala Lipis, Pahang.Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari KL. Sampai sini banyak jalan putus.Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Bawa seribu t-shirt dan telekung 1000 t-shirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap yang terlibat banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, TNB, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tnggelam ada yang tinggal bumbung jer.Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. Syukur dapat beri bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.

Tadi sempat juga lihat orang yang terkena banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang sudah tiada telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu orang yang terlibat banjir.Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah negeri Pahang, Johor, dan semua negeri yang banjir – ebitlew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *