Air Terjun Tanjung Batu tidak lagi secantik dahulu hanya akibat Aktiviti Kuari. Orang ramai rasa sebak setelah melihat gambar terkini di sana.

Amalan ISU SEMASA Viral

Tidak ramai yang tahu soal wujudnya Air Terjun Tanjung Batu di Pantai Remis, yang mempunyai daya tarikannya tersendiri. Air terjun Tanjung Batu merupakan air terjun yang indah dan menjadi kawasan rekreasi kepada penduduk tempatan dan sekitar daerah Manjung, Perak. Terletak dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang, air terjun itu dianggap ‘permata tersembunyi’ yang sering menjadi lokasi penduduk setempat untuk menikmati keindahan alam sekali gus melakukan aktiviti mendaki di Bukit Segari.

Namun, sebaik sahaja terlihat gambar terkini di sana, perasaan orang ramai menjadi sebak dan negatif dengan apa yang berlaku. Keindahan dimiliki air terjun dan alam semula jadi kawasan sekitarnya itu semakin lenyap apabila aktiviti kuari mula dikesan di kawasan berkenaan sejak Julai tahun lalu. Difahamkan, aktiviti itu termasuk pembersihan hutan dilaksanakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Ismady Radzuan berkata, kegiatan itu menimbulkan kegusaran apabila pokok ditebang secara tidak terancang hingga memburukkan keindahan landskap air terjun berkenaan. Katanya, dia menyedari ada yang tidak kena di kawasan air terjun seluas hampir satu hektar dengan ketinggian 300 meter itu semakin serius ketika membuat tinjauan untuk penanaman pokok bakau di kawasan berhampiran pada 14 Januari lalu.

” Ini sangat mengecewakan kita kerana aktiviti itu memvsnahkan hampir 90 peratus air terjun yang sebelum ini mempunyai lubuk (kolam) hampir di setiap tujuh peringkat air terjun,” katanya ketika ditemui, hari ini. Wartawan yang berkesempatan mengikuti tinjauan bersama Kuasa ke lokasi berkenaan mendapati dakwaan mengenai kesan aktiviti itu yang memvsnahkan alam semula jadi ternyata benar.

Ismady berkata, mereka pernah membuat bantahan pada 2017 mengenai aktiviti kuari di kawasan itu dan kerajaan negeri didakwa bersetuju dengan cadangan untuk tidak mengeluarkan permit baharu untuk aktiviti berkenaan.

” Aktiviti sedia ada yang sebelum ini memang sudah tidak boleh buat apa, tetapi hari ini masih ada aktiviti baharu. Itu yang kita pertikaikan kerana dahulu (kerajaan negeri) kata tidak setuju. Kawasan ini menjadi tumpuan penggiat aktiviti luar biarpun tidak dibuka kepada awam kerana ia adalah HSK selain memerlukan permit untuk masuk ke sini,” katanya. Katanya, pihaknya bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pernah beberapa kali menggesa pihak berkuasa negeri mewartakan keseluruhan hutan simpan itu sebagai hutan perlindungan terutama sebagai Hutan Taman Negeri.

Sementara itu, penduduk Ishak Mohamad, 63, berkata keadaan di air terjun berkenaan ketika ini sangat menyedihkan berbanding 43 tahun lalu dan seharusnya khazanah alam semula jadi itu perlu terus dipelihara. “Air terjun ini dahulu memang sangat cantik, sebab itu saya berharap pihak berwajib dapat melihat keadaan ini supaya alam semula jadi terus terpelihara. Kami bukan membantah pembangunan dan sektor ekonomi, tetapi pihak berkaitan perlu prihatin dengan alam sekitar dan mempunyai tanggungjawab. Kita mahu ia kembali pulih dan tidak mahu lagi berlaku kerakusan manusia yang mencari kepentingan hingga menyebabkan alam semula jadi mvsnah dan perkara ini perlu diambil perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah diarahkan untuk membuat laporan berhubung keadaan itu.

” Sekiranya apa yang berlaku itu disebabkan kegagalan pematuhan dalam syarat lesen maka tindakan tegas akan diambil kepada pihak berkaitan. Kerajaan negeri memandang serius isu ini dan memberi jaminan untuk menyelesaikan dan mencari punca sebenar dalam masa terdekat,” katanya.

Suami Pesan Pakai Selipar Tapi Isteri Pakai Kasut Tumit Tinggi. Suami Pencinta Alam Sanggup Bawa Isteri Kaki Karaoke Bergambar Dalam Hutan

Fotografi bertemakan ‘In the woods’ menjadi pilihan buat pasangan pengantin ini ketika pandemik Covid-19. -foto instagram azyn_. MAJLIS perkahwinan pasangan ini terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 sehingga mencatatkan empat angka setiap hari.

Hanya melangsungkan akad nikah, pasangan tersebut sah disatukan suami isteri.Namun, tidak bermakna kenangan terindah tidak dapat dicipta meskipun majlis perkahwinan yang diidamkan terpaksa ditangguhkan.Berkonsepkan dalam hutan, pasangan Wahida Amalin Che Mohd Noor dan Muhamad Nur Haniff Mohd Zaid kelihatan berseri mengabadikan kenangan selepas akad nikah.

Props yang digunakan untuk tema dalam hutan. foto instagram azyn_.Menggunakan khidmat dan sentuhan kreatif jurugambar berusia 28 tahun, Azyan Syazwani Rozik, sesi fotografi diadakan di Pantai Mek Mas di Kota Bharu, Kelantan sejurus selepas pernikahan pengantin pada 31 Disember lalu.

“Ia dinamakan ala pasca-perkahwinan bertemakan ‘Into the woods’ (Ke dalam hutan), berinspirasikan daripada galeri Pinterest. Temanya berlatarkan vintaj, desa, misteri, gloomy.”Bersesuaian dengan keadaan hujan yang renyai-renyai. Gaya pengantin pula saya gunakan konsep secara minimal,” katanya yang berpengalaman sebagai jurugambar selama tujuh tahun kepada mStar.

Perkongsian Azyan di laman Twitter menjadi tular.Sementara itu, pengantin perempuan yang lebih mesra disapa Amalin berkata, tema tersebut bersesuaian dengan suami yang cintakan alam semula jadi.Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, suaminya juga sering melakukan aktiviti luaran (outdoor) semasa zaman bujangnya.

“Macam-macam aktiviti outdoor dia buat. Berbasikal, pendakian dan jungle trekking dalam hutan. Berbeza dengan saya yang gemar berkaraoke,” ujar pembantu tadbir yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.Bagi pengantin lelaki, Muhammad Nur Haniff, 27, pula, pengalamannya sebelum ini yang belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah membuatkannya lebih membiasakan diri dengan melakukan aktiviti riadah di dalam hutan.

Walaupun majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan, pasangan pengantin ini melakukan fotografi sebagai kenangan. foto instagram azyn_. Berkongsi pengalaman sewaktu sesi penggambaran, pemuda yang lebih mesra dengan panggilan Haniff cuba untuk menarik perhatian isterinya dengan alam semula jadi.

“Kawasan sesi fotografi ni macam hutan, ada belukar. Tapi berdekatan dengan pantai, jadi memang kena pakai selipar untuk masuk ke kawasan di sini.”Saya dah pesan kat isteri untuk pakai selipar. Ada ketika tu dia pakai kasut tumit tinggi, memang terbenam dalam pasir. Orang tak biasa masuk hutan kan,” ujarnya secara berseloroh.

Walaupun berbeza minat, Haniff bertuah kerana isterinya menyokong minatnya dalam aktiviti luaran selain pandai mengambil hatinya melalui masakan.”Syukur suami menyukai masakan saya, terutama ayam masak pedas dan ikan masak masam manis (sweet sour). Syukur juga suami okay dengan minat saya yang suka berkaraoke,” kata Amalin.

Konsep minimal yang diketengahkan dalam sesi fotografi. foto instagram azyn_.Menurut Amalin, sesi penggambaran pasca-perkahwinan di dalam hutan itu turut diserikan dengan busana tradisional dan dekorasi klasik yang menjadi impiannya.”Kiranya ini adalah gabungan cita rasa saya dan suami. Jujurnya saya memang tak biasa masuk hutan, apatah lagi banyak nyamuk masa fotografi petang tu.”Tapi saya akui tenang persekitaran dalam suasana hutan. Dulu mungkin tak biasa, tapi bila dah kahwin saya kenalah bersedia nanti ikut suami masuk hutan kan,” katanya.

Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid Yang Muda 10 Tahun Daripadanya. Tular Cikgu Cantik Ini Berkahwin Dengan Anak Murid Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Siapa sangka seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

” Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.” Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.” Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.” Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.

” Pada awalnya biasa-biasa saja, belum timbul perasaan lagi, kami berbual dan berbalas mesej pun seperti biasa saja ,” imbuhnya.” Semakin hampir dengan peperiksaan SMA, jadi makin dekat akhirnya.”” Tapi belum bercinta lagi, kerana masih menjaga hubungan sebagai seorang guru dan murid,” jelas Muhrianti.

Setelah Abdul tamat pengajian dan bekerja, dia akhirnya melamar wanita yang juga merupakan seorang Youtuber dikenali sebagai Miss Yanti itu.” Selepas tamat pengajian di SMA, dia mula mencari kerja.” Akhirnya dia melamar saya dan saya terima.

” Saya akhirnya sedar, saya juga suka sama dia,” luah Muhrianti.Dalam pada itu, kisah seorang guru wanita yang akhirnya berkahwin dengan pelajar sendiri pernah juga berlaku di negara kita.Sebelum ini, menerusi mStar Online pada 2018, Muhammad Hazim Shahidan menceritakan detik manis pertemuan bersama Cikgu Aishah.

Muhammad Hazim memberitahu perhubungan bermula hanya dengan usik mengusik di sekolah. Selepas tamat SPM pada 2015, episod cinta antara mereka mula hadir sewaktu dia mahu melanjutkan pelajaran ke sebuah koleh swasta di Bangi.” Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya.

” Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.” Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah.” ujar Hazim.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *