Tular di laman sosial media aksi seekor monyet ini yang lakukan sesuatu ini semasa bantu potong sayur. Ia buatkan ramai terhibur.

Dunia Haiwan Uncategorized Viral

Monyet adalah salah satu haiwan yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Malah dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di kawasan kampung, monyet dibela dengan tujuan sebagai pembantu di kebun termasuklah memanjat pokok untuk memetik buah.

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seekor monyet belaan yang kelihatan sedang membantu tuannya di dapur. Namun apa yang begitu mencuit hati warganet adalah riak muka monyet tersebut ketika mematahkan sayur-sayur yang dihulurkan tuannya. Monyet ini menunjukkan reaksi muka yang ‘begitu bersungguh-sungguh’ mematahkan setiap batang sayur itu, seolah-olah ianya terlalu keras.

Mari ikuti video tular di bawah ini. Dipetik daripada akaun Tiktok @gaitlyn.rae, dipercayai warganet inilah tuan kepada monyet tersebut. Difahamkan, rakaman ini dipercayai bukan di Malaysia. Malah di akaun Tiktok tersebut terdapat banyak lagi video lain berkenaan monyet yang sama. Video tersebut tular di merata media sosial termasuk Facebook dan Twitter serta telah ditonton sebanyak lebih enam juta kali setakat ini. Sumber: Tiktok gaitlyn.rae

Haiwan Peliharaannya Sampai Merajuk Sebab Tahu Memang Nak Kena Tinggal. Tuannya Pun Lebih Sedih Dan Akui Memang Rindukan Rocky.

Video TikTok yang menunjukkan seekor beruk kelihatan seperti merajuk. Danil begitu sayangkan beruk bernama Roky. Seekor anak beruk yang memakai lampin menjadi perhatian di media sosial kerana gelagatnya seolah-olah merajuk dengan tuannya.

Video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok danil_abl123 itu menunjukkan anak beruk berkenaan mendekati seorang pemuda sebelum memeluknya. Namun, video tersebut disusuli pula rakaman drama air mata seorang pemuda yang mengangkut sebuah beg yang membawa anak beruk tersebut.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan Danil menangis untuk meninggalkan Roky.

“Saja aku jalan kaki, tak guna motor pun sebab aku nak habiskan masa lebih lama dengan Roky. Kalau aku dah balik KL, aku tak tahu bila nak balik Pahang untuk tengok Rocky,” kata pemuda berkenaan sambil mengalirkan air mata di dalam rakaman itu.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Danil mendedahkan bahawa dia menjaga seekor anak beruk jantan yang diberi nama Roky. Danil yang berusia 25 tahun itu turut menjelaskan bahawa lelaki di dalam video ‘beruk merajuk’ itu merupakan sepupunya.

“Roky (nama panggilan beruk) tu saya dah jaga dia sejak empat bulan lalu. Masa tu, saya masih berada di rumah keluarga di Kuantan, Pahang. Tapi minggu ini saya perlu kembali ke Kuala Lumpur untuk menguruskan bisnes secara kecil-kecilan. Kami dah terlalu rapat, jadi mungkin dia merajuk sebab tahu saya nak tinggalkan dia,” katanya kepada mStar.

Roky dibela Danil sejak empat bulan lalu.

Danil yang juga berasal dari Kuantan berkata, dia sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebelum diberhentikan pada tahun lalu akibat pandemik Covid-19. “Jadi, saya bekerja di sebuah kedai makan di Kuantan dan berdekatannya ada tempat penempatan beruk. Tapi Roky selalu datang ke kedai makan. Saya kemudian jaga Roky, beri dia makan minum. Bila dah terlalu rapat dan jaga dia dengan baik, sudah tentu saya sayangkan dia,” ujanya.

Roky seekor beruk yang jinak.

Menurut Danil, dia pernah menghantar semula beruk belaannya ke tempat asal haiwan itu beberapa kali, tetapi ia masih kembali ke kedai makan untuk menemuinya. “Sejak sebulan lalu hingga ke seminggu terakhir sebelum saya balik ke Kuala Lumpur, saya ada lepaskan Roky ke tempat asalnya untuk ajar dia berdikari, tetapi dia masih datang semula.

Saya sayang sangat dengan dia tapi saya perlu ke Kuala Lumpur untuk cari duit.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan Roky kepada sepupu untuk menjaganya. Saya rakam Roky merajuk tu, tapi dia ni sebenarnya mudah jinak,” tambahnya. Mengakui sukar untuk berjauhan dengan beruk kesayangan itu, Danil berharap sepupunya dapat menjaga haiwan tersebut dengan baik sebagaimana dia menjaganya sebelum ini.

Danil (kiri) begitu sayangkan Roky.

“Tak tahulah berapa lama saya boleh bertahan tanpa perlu bersedih fikir pasal Roky. Tapi sepupu ada juga hantar video-video Roky untuk mengubat rindu saya. Apa pun, saya berharap Roky sentiasa sihat dan lebih berdikari selepas ini. Jujurnya, saya sayang sangat dengan dia tapi saya perlu ke Kuala Lumpur untuk cari duit. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan pulang ke Kuantan untuk berjumpa dengan Rocky,” katanya yang menjual produk tenaga batin.

Lepas Sahaja Abah Pergi Mak Pula Baru Bersalin. Bila Dia Lapar Nenek Dia Akan Bagi Sisa Makanan Haiwan Peliharaannya Pada Dia.

Cerita hidupku yang aku kira, tiada seorang manusia pun layak diperlakukan seperti aku dan keluargaku. Cerita bermula di tahun 1996. Tahun 1996 ini tahun permulaan derita buat keluarga aku.

Untuk pengetahuan korang, mak bukanlah menantu pilihan. Dari mula2 kawin, keluarga abah memang tak suka mak. Entahlah aku pun tak paham kenapa tak suka mak. Mak aku adalah manusia paling baik dalam dunia ni.

Solat mengaji tak tinggal, cakap dengan orang lemah lembut, Aku tak pernah dengar mak cakap buruk pasal orang lain, tak pernah mengumpat mengata. Karekter mak aku macam Nayang Timah dalam citer P. Ramlee, tu lah sbijik mak aku… So, bila tak suka mak tu dengan anak2 sekli pun dorang benci lah. Rupa rupanya, nak sangat kami balik ke pangkuan keluarga sebab nak bolot harta abah yang sekangkang kera dalam bank tu. Duit2 epf, dan makcik aku yang andartu tu datang maki2 aku, dan tutup lampu. Dia cakap, ayah kau dah mati, sapa nak bayar bil api rumah aku ni?

Aku tabah, sebab aku nak hantar kerja sekolah esok tu, aku gigihlha pergi nyalakan lilin, sambung buat kerja sekola, tapi makcik aku datang balik, dia tarik rambut aku, hempaskan muka aku ke meja, terasa kebas hidung aku, berpinar2 mata, terasa peritnya rambut, lilin di padamnya… Aku merangkak sambil menahan sakit dalam kegelapan malam, sambil dalam hati, hati aku merintih, abah…. abah…. abah…. kami rindukan abah…. mana abah? ,

abah janji nak balik… abah… hati aku merintih, (mak tak tahu, sebab mak baru bersalin masa ni. Aku makan smbil berlinang air mata… tiada lagi yang akan mengambil berat tentang makan aku, jadi aku terpaksa makan aje apa yang ada. Paling tragis, nenek aku ni ade seekor kera yang suka makan asam pedas petola. Memang nenek aku ni, akan masak asam pedas petola ni kat kera dia.

Lebih2 dia bagi kera makan, asam pedas petola tu lah yang dia bagi kami adik beradik makan, Allahu, (Abah… bila lah kita akan jumpa lagi? Ni nak cerita kat abah, apa yang mereka semua buat kat anak2 abah….) Mak lagi menderita, tiap hari nenek akan minta duit dengan mak, nak beli beras seguni yang 10kg tu…tak nak beli yang murah2, dipaksanya mak kuarkan simpanan mak, bagi kat dorang, buat makan katanya.

Di rumah itu lah, menjadi saksi berapa banyak penderitaan mak, membesarkan kami adik beradik. Mak berkerja sebagai tukang sapu di sekolah, gaji mak RM450, dengan 450 itu lah mak membesarkan kami 7 beradik. Sampailah aku berjaya masuk universiti.

Tiba masa aku nak masuk universti pon, sorang pon sedara mara tak nak tolong. Mak merayu kat pakcik aku yang kaya raya, nak pinjam duit beli tiket flight untuk aku belajar, tapi pakcik cakap tak ada duit. Mak balik dengan tangisan. Aku nekad tak nak sambung belajar, tapi ditakdirkan, masa tu aku dapat cek dari ptptn.

Hujung minggu, aku akan bagi RM5 balik kat mak, mak beli ikan, telur buat makan kami adik beradik. Kadang2, cikgu aku hulur RM2 kat aku, dia bisik, nie amik duit ni, pergi makan ek, aku angguk2, senyum, tapi aku simpan.. nak bagi mak, Kat sekolah, aku ade seorang cikgu, dia ni kawan abah. Dia memang sayang kat aku. Macam anak dia sendiri. Dia tahu semua derita aku.

Dialah banyak tolong keluarga kami. Saat mak kehabisan duit, kami terpaksa makan bihun 3, 4 hari dah makan bihun, aku tetap amanah menjaga duit cikgu. Cikgu ni ade buat tuisyen kat sekolah. So, aku lah kerani dia, yang tukang collect duit tuisyen.

Sampai aku maati, aku tak mungkin dapat memafkan mereka, Sekian cerita aku, semoga menjadi iktibar pada kawan2 di luar sana. Hidup kita tak lama. Gunakanlah sebaiknya sisa sisa hidup yang masih ada untuk membela nasib mereka yang tidak bernasib baik. Aku dulu tak bernasib baik. Saat kami sangat2 susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan tangan, tapi kami tetap bangun, mak tetap kuat demi anak2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *