Tauke kedai dikenakan kompaun hanya kerana beri sesuatu ini semasa PKP. Sekali ini respons pelanggan.

Amalan Covid 19 ISU SEMASA Kehidupan KESIHATAN Uncategorized

Dua peniaga makanan di sini, dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur 0perasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. Lelaki dan wanita berusia 58 dan 36 tahun itu didapati membenarkan pelanggan makan dan minum di gerai mereka.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mohd Azmir Abd Razak berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalankan tugas pemantauan PKP di kawasan berkenaan. Katanya, hasil pemeriksaan di sebuah gerai makanan di Membakut didapati peniaga itu membenarkan pelanggan makan di gerainya.

“Seterusnya pemeriksaan di sebuah gerai makanan di Kampung Tinambak, Kuala Penyu, mendapati beberapa pelanggan sedang minum. Susulan itu, pemilik gerai didapati melakukan kesa.lahan membenarkan pelanggan duduk makan dan minum di gerainya ketika PKP dikuatkuasakan,” katanya di sini, hari ini. Susulan itu pengunjung membayar denda untuk dua restoran yang membenarkan orang ramai menjamu selera dalam premis mereka di Beufort, Sabah pada Jumaat.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 58 tahun dikenakan kompaun setelah didapati membenarkan pelanggan makan dalam restoran, kira-kira pukul 1 tengah hari. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mohd Azmir Abd Razak berkata, lelaki itu ditahan ketika polis melakukan pemeriksaan dan pemeriksaan rutin ke atas prosedur 0perasi standard (SOP) memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang dilaksanakan.

Dalam k3ss kedua, seorang wanita berusia 36 tahun dikenakan d.enda yang sama kerana membenarkan orang makan dan minum di dalam restorannya di Kg Tinambak, Kuala Penyu sekitar jam 9 malam. “Terdapat beberapa pelanggan di restoran ketika kejadlan,” katanya. Difahamkan, pelanggan turut menyumbang wang untuk dua pemilik restoran berkenaan membayar dend4 sebanyak RM 1,000 dalam kedua-dua kess tersebut. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus patuh SOP sepanjang PKP. Kredit : Mstar/Hmetro

Masa PKP 1.0 Hilang Kerja Dan Lebih Teruk Bila PKP 2.0. Doktor Ini Luah Rasa Kagum Dengan Seorang Pesakit Kental Minta Ubat

Seorang pesakit berkongsi kisah mengalami luka ketika menyelamatkan kambing ternakannya, daripada banjir.MUSIM banjir bukan sahaja boleh membahayakan nyawa dan merosakkan harta benda, malah manusia juga terdedah kepada sakit bawaan air seperti sakit kulit.

Individu yang terkena banjir boleh mengalami sakit kulit yang mengakibatkan gatal-gatal atau mungkin masalah kesihatan lebih teruk lagi.Seorang doktor berkongsi mengenai seorang pesakit lelaki datang ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi menghilangkan rasa gatal.

“Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal. Gatal dekat mana?”Dekat sini, doktor. Katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar. Ni kena luka-luka ni?” tulis Dr Kamarul Arifin Nor Sadan di laman Facebook milik beliau.

Dr Kamarul melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit. – foto facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan.Soalan itu ditanya ketika kulit kaki pesakit itu dibelek-belek doktor itu.Dr Kamarul berkata, beliau memeriksa kulit kaki pesakit itu sebelum diperjelaskan bahawa kesan luka tersebut berlaku ketika mahu menyelamatkan kambing daripada banjir, baru-baru ini

Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.”Bagus betul. Kambing pun awak tolong. Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada,” ujar beliau mengimbas semula perbualannya bersama pesakit itu.

Pesakit berkenaan kemudian berkongsi kisah mengenai dirinya yang dilanda kesusahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.”Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.”Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya.”Mulanya, semua nampak okay. Namun, sepantas kilat, semua berubah,” tambah beliau.

“Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah. Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hnyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka.”Kebun sayur pun dah tenggelam dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelm buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia,” ujar Dr Kamarul.

Walaupun dihimpit dengan kesulitan, wajah pesakit itu kelihatan tersenyum apabila mengenangkan masih ada sesuatu yang bernilai yang dimiliknya.”Kecuali satu sahaja, doktor! Keluarga saya! Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk mereka.

“Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baru sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia,” kata doktor itu.Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.Menurut Dr Kamarul, walaupun masih mempunyai simpanan dan pekerjaan, beliau sebenarnya tetap bimbang dengan keadaan yang berlaku pada masa ini.

“Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.”Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu,” katanya.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *