Pemuda ini ditolak gajinya daripada RM 1.2k sampai RM 127. Boss beri alasan katanya lupa tolak KWSP.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian. Speaker r0sak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau r0sak je dialah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.

Tiba-tiba satu hari dia WhatsApp. “Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?” “Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?” “Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit” “Bereh”. Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberapa hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.

“Azri takde. Berhenti” “Bila bos?” “Saya tak tahu” Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecvt ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya. Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.

“Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je” Saya angguk dengar. “Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipls je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1,200. Aku terus p4tah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak KWSP aku. Jadi, kali ni gaji dia t0lak bulan-bulan yang dia tak carum”

Allahu. Terdiam saya. “Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?” “Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil, anak bini. Aku memang down sangat masa tu” Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun l4nggar je.

“Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan k0s hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127” Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa. Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangls sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal. Satu hari, tuan rumah datang ketvk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak h4lau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar.

“Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak h4lau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan” Azri bagitahu, “Masa tu aku m4lu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah”. Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.

Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia. “Assalamualaikum” “Waalaikumsalam” jawab Azri. “Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada” Azri tersenyum saja.

“Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?” Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan seb4k. Bertakung air matanya. “Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2,600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangls sungguh. Aku terduduk kat situ juga”

“Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hut4ng-hut4ng. Jangan ptus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.” Kalian, begitulah kasih sayang Allah pada kita. Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak mrah-mrah dengan ujian, nak menyal4hkan keadaan, buntu di mana nak mulakan, nak selesaikan mas4lah dan lain-lain, kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.

Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh keggalan! Kita semua sedar kalau ggal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna keder4t atau tul4ng empat ker4t itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi d0sa dan salah kita yang banyaknya.

Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayvan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersemb4m kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula. Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah. Sumber: Ustaz Abu Hurairah Asifa

Tular Di Media Sosial Apabila Pemuda Ini Dibayar Gaji Pokok Hanya RM550. Gaji Pengawal Keselamatan Ini Menjadi Persoalan Pada Warganet.

Tatkala dunia sedang berhadapan dengan pandemik ketika ini, mempunyai pekerjaan dan pendapatan untuk menampung kehidupan seharian boleh dikatakan sangat beruntung. Namun ada ketikanya  dan kelebihan yang tidak dapat dinikmati setiap orang ini terutamanya dengan ramai yang kehilangan sumber pendapatan ini adakalanya agak tidak setimpal dengan apa yang dikerjakan.

Seperti kisah seorang pengawal keselamatan dari utara tanah air ini yang v!ral di Facebook sebelum ini kerana bayaran gaji bulanan yang diterimanya menurut warganet dan rakannya sendiri yang berkongsikan perkara berkenaan adalah sangat rendah dan tidak berpatutan. Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Ahmad Fauzee Aziz, beliau menceritakan kisah rakannya (dengan izin) yang hanya menerima RM550 sahaja sebagai gaji pokok sebulan sebagai pengawal keselamatan.

“Bila saya tengok slip gaji dia, pertama sekali saya cakap dia dah jadi mngsa tipu. Saya pernah suruh berkali-kali sahabat saya berhenti dan cari kerja lain. Sebabnya tuan-tuan boleh tengok sendiri gambar. Gambar cukup menjelaskan kenapa,” jelasnya.

SLIP GAJI MENUNJUKKAN BAYARAN YANG DITERIMA RAKANNYA.

Menurut perk0ngsian berkenaan, rakannya itu bekerja selama enam hari seminggu dimana lima hari daripadanya beliau perlu bekerja selama 12 jam dan satu hari dalam seminggu diwajibkan untuk bekerja selama 24 jam sehari dan diberikan cuti sehari seminggu. Manakala untuk gaji yang diberikan pula adalah sebanyak RM550 sebagai gaji pokok dan pelbagai elaun sehingga RM575. Keseluruhan bayaran setiap bulan yang diterima rakannya itu adalah sebanyak RM1125.

“Kalau ada sesiapa yang mengenali kawan-kawan yang bekerja di pejabat buruh boleh mesej saya di Messenger bagi nombor telefon. Saya nak bertanya beberapa soalan. Adakah boleh diambil tindakan terhadap syarikat ini yang terang-terang menipu orang? Gaji basic yang ditetapkan di Malaysia sebanyak RM1200 bukannya RM 500+,” soalnya dalam perkongsian berkenaan.

Adakah gaji minimum termasuk elaun?

Perk0ngsian berkenaan seterusnya menerima pelbagai reaksi daripada warganet dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan ada yang menganggap ianya tidak berpatutan dan tidak sesuai seperti peraturan yang ditetapkan.

“Boleh terus pergi pejabat buruh buat aduan. Majikan gagal patuhi undang-undang gaji minimum. Boleh minta pembayaran semula utk gaji-gaji lepas selepas akta gaji minimum dikuatkuasakan,” komen seorang warganet. Manakala seorang lagi warganet menambah kebanyakan syarikat keselamatan memang menggunakan sistem yang lebih kurang sama.

“Kebanyakan syarikat keselamatan memang macam ini sebab depa ambil tender murah,” jelasnya. Bagaimanapun ada juga yang berpendapat ianya bergantung kepada jenis kontrak yang dipersetujui pekerja.

“Kita dekat Malaysia ada dua jenis kontrak. Kalau jenis ikut jam atau kita panggil kontrak untuk perkhidmatan sebab itu tak boleh nak lawan,” tambah seorang lagi warganet. Mengikut Perintah Gaji Minimum 2020, kadar gaji minimum yang perlu dibayar kepada pekerja di mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sehingga RM1,200 setiap bulan dan mereka yang tidak mempunyai gaji pokok (dibayar berdasarkan upah ikut kerja, berat, tan, dsb) juga harus dibayar dengan amaun yang sama.

Selain itu, pekerja yang berada di kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sama ada yang dibayar dengan gaji pokok atau mengikut kadar kerja ditetapkan pula adalah sebanyak Rm1,100. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gaji minimum seperti yang diwartakan dalam Perintah Gaji Minimum 2020 ini adalah dimaksudkan dengan gaji pokok sahaja atau pun tidak.

Tetapi apa yang pasti, menurut Soalan-Soalan Lazim Berhubung Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikeluarkan Urus Setia Majlis Perundangan Gaji Negara pada 17 Mei 2016 yang tersedia di laman sesawang Kementerian Sumber Manusia, gaji minimum merujuk kepada gaji pokok. Ianya tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *