Jangan ambil barang yang kita tidak buat sebarang pesanan. Sekali peguam ini tampil buka mata orang ramai soal ini.

Amalan ISU SEMASA KESIHATAN Uncategorized

Jangan terima barangan yang tidak kita pesan. Takut-takut ditipu. Semalam sekitar jam 2 petang, ada syarikat penghantaran yang menghubungi saya. Katanya hendak buat penghantaran di pejabat tetapi pejabat saya tutup kerana PKP. Saya tanya barangan apa yang hendak dihantar?

Saya memang ada buat pesanan tetapi bukan dihantar ke pejabat, sepatutnya dihantar ke rumah saya. Saya minta gambar bungkusan. Dia kata tak pasti dan biar dia semak semula dengan pengurusnya. Dia hantar gambar bungkusan. Katanya maaf gambar tidak berapa jelas dan hanya itu sahaja gambarnya. Dia beritahu lagi “Bungkusan ni kecik je”

Saya minta masa untuk saya semak semula, benarkah saya ada buat pesanan. Memang saya tidak pesan tapi manalah tahu anak saya tertekan skrin telefon atau mungkin saya tersalah tekan secara tidak sengaja. Manalah tau.

Saya semak, memang ada beli projector tetapi sebulan yang lalu. Barangnya pun sudah sampai dan sudah digunakan pun. Kemudian saya hantar voice note “Dik, confirm bukan akak punya jangan hantar. Entah orang lain punya. Boleh semak tak semula dengan platform tu barang apa?”

Penghantar ini semak dan kemudian hantar gambar projector yang kononnya dipesan oleh saya. Katanya “Ini fake order kak, barang ini RM1,324 untuk 5 unit. Akak order sampai 5 unit. Kalau akak nak cancel pun boleh. Betul ke akak order? Or saya cancel je”.

” Cancel je dik, akak memang tak nak ambil sebabnya, nanti kalau ada dekat tangan kita, kalau rosak atau apa-apa jadi. Kita pula ganti. Kalau kita terima pulak tapi tak order nanti kena bayar pula. Liabiliti ni semua”, sempat saya berhujah dari sudut pandangan undang-undang. Betul kak, manager saya pun cakap ini fake order kak. Barang ini kecik sangat, harga pula sampai RM1,300 lebih. Barang tu saya kasi cancel sahaja kak”

Fuh! Lega. Selesai satu masalah. Saya jadi lebih paranoid kerana scam pembelian online ini macam-macam. Ada pernah sekali dahulu, saya diminta nasihat oleh mangsa penipuan pembelian online. Dia beli laptop di platform e-dagang tetapi selepas pesanan masuk, penjual terus menghubunginya memaklumkan stok habis.

Penjual menawarkan model lain dan meminta pembeli batalkan pesanan di platform e-dagang tersebut. Selepas pesanan dibatalkan, penjual meminta agar segala urusan perlu diteruskan dengan penjual secara terus tanpa melalui platform itu. Pembeli pun percaya dan telah membuat bayaran beberapa ribu ringgit bagi pembelian laptop kepada penjual. Sudahnya penjual cabut lari dan barangan pun tak dapat. Kena tipu.

Sebab saya ini selalu dirujuk kes-kes penipuan dan sering memberikan nasihat, jadi level scam alert saya tinggi atau mudah kata saya jadi paranoid. Tambah-tambah lagi saya memang yakin tidak pernah buat pesanan.

Apa itu ‘fake order’?

Saya pun google lah “Apa itu fake order?” 2 3 kali juga budak penghantar itu sebut fake order. Rupa-rupanya teknik ini dipanggil sebagai Brushing e-commerce.

Caranya adalah peniaga akan menciptakan fake akaun dengan menggunakan butiran peribadi kita dan membuat pesanan online barangan yang hendak dibeli daripada kedainya sendiri di atas platform e-dagang. Kemudian apabila pesanan dibuat oleh fake akaun kita, mereka akan membuat penghantaran barangan kepada kita di alamat kita. Barang dihantar juga fake dengan menggunakan kotak kosong atau barangan yang kecil.

Apa faedahnya kepada penjual? Apa mereka dapat dengan membuat kegiatan ini. Begini, jumlah jualan boleh menaikkan rating sesuatu penjual dalam platform e-dagang. Lagi banyak fake order, lagi banyak nampak jualannya. Apabila rating adalah menaik, ini boleh meningkatkan jualan mereka berbanding penjual lain.

Jadi sebab itulah mereka sanggup hendak membuat kerja fake order ini. Pancingan atau taktik mereka selalu mengena. Yelah, siapa tak nak barang free. Dengar pula ribuan ringgit. Kita pun pakai terima sajalah. Sebab itu cara ini berkesan untuk mereka menunjukkan peningkatan barangan jualan sekaligus menaikkan rating. Rupa-rupanya di Amazon banyak kes begini. Banyak artikel dan pesanan dikeluarkan. Saya pula, kalau barang saya tidak pesan, entah free atau tidak, seram juga hendak ambil. Entah apa yang diisi dalam kotak.

Kalau jadi mangsa fake order ini, memanglah kerugian itu nampak tidak banyak, mereka hanya hendak menggunakan untuk rating tetapi kalau lebih dasyat cara ini berlarutan. Bagaimana? Misalnya selepas dapat bungkusan, anda dihubungi pula kononnya pemilik barangan. Pemilik ini meminta anda pulangkan semula barangan yang sepatutnya dibeli olehnya yang telah tersalah hantar kepada anda.

Kononnya, dia dapat makluman anda yang ambil barang itu. Yang kita pula bukan dapat barang tetapi kotak kosong sahaja. Kita bagi alasan kita tidak terima apa-apa, dia tak mahu terima dan bergaduh dan ugut ambil tindakan. Sudahnya kita takut, kita bayar. Manalah tahu. Kemungkinan itu ada. Siapa suruh setuju terima barang bukan milik kita? Cara ini semakin lama semakin macam-macam akalnya. Sebab otaknya itu memang bergeliga bab menipu, ada sahaja usaha dan kreativiti baru hendak menipu. Mereka boleh menyamar jadi polis, jadi kastam dan lain-lain.

Manalah tahu fake order ini, boleh sampai ke tahap ada yang hubungi itu barangnya dan minta pulangkan balik. Yang kita pun gatal tangan menerima. Yang menjadi persoalannya, bermakna segala data kita seperti nama penuh, alamat penghantaran dan juga nombor telefon boleh disalahgunakan. Itu yang sehingga boleh membuat pesanan fake menggunakan nama kita, dihantarkan ke alamat kita. Bahaya begini.

Hati-hati. Kalau cara itu penipu, biar otak kita lebih bergeliga selangkah lebih, supaya kita tidak mudah ditipu dan dijadikan mangsa. Sentiasa beringat. Sumber:fb Nor Zabetha

Kerap Beli Belah Secara Atas Talian. Gadis Ini Kerap Terima Mesej Yang Sama Dan Banyak Penghantaran Parcel Diletakkan Di Rak Kasut Rumahnya. Rupanya Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Pengalamannya Itu

Izati (kiri) berkongsi pengalaman mengenai banyak penghantaran parcel yang diletakkan di rak kasut di rumahnya.DALAM norma baharu akibat pandemik Covid-19, trend pembelian kini beralih kepada dalam talian atau secara online.Laman web beli-belah bukan sahaja menerima lebih ramai pengguna, malah penghantar barang turut sibuk melakukan serahan terus ke rumah pelanggan.

“Hai Izzati Aqilah. Saya J&T. Barang saya letak atas rak kasut ya,” menurut tangkap skrin mesej seorang penghantar barang yang dikongsikan seorang gadis di laman Twitter.Menariknya, bukan satu mesej saja yang diterima gadis itu, tapi empat mesej dengan ‘skrip’ yang sama dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Antara mesej yang diterima daripada penghantar barang yang sama.Gadis berkenaan, Izati Aqilah Muhsin berkata, tiada kesilapan dalam mesej penghantar barang tersebut, sebaliknya ia merupakan penghantaran yang dibuat secara berasingan.Namun, gadis berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa bukan kesemua pesanan yang dihantar ke kediaman keluarganya di Taiping, Perak, untuk dirinya semata-mata.

“Sebenarnya, pembelian juga dibuat bagi pihak ibu dan kakak yang menggunakan akaun saya. Jadi setiap penghantaran dibuat di atas nama saya sebagai penerima.”Kami mula aktif buat shopping secara online ni sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Mac lalu, tapi kebanyakannya adalah pembelian saya,” katanya kepada mStar.

Selain Izati (kiri), pembelian dalam talian turut dibuat bagi pihak ibu (kanan) dan kakaknya. foto ihsan Izati Aqilah Muhsin.Lebih mesra disapa Izati, katanya, kedudukan rumahnya yang berkonsepkan banglo berkembar yang agak terpencil menyebabkan penghantar barang sukar untuk melakukan serahan.

“Lebih-lebih lagi rumah jiran kami tidak berpenghuni membuatkan penghantar terlepas pandang rumah kami. Cat nombor rumah kami juga luntur.”Sekarang ni pula ada pengubahsuaian yang dilakukan di bahagian depan dan dapur menanbahkan lagi kekeliruan penghantar barang,” ujarnya.

Kedudukan rak kasut yang boleh dilihat dari jauh di luar rumah.Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, pandemik Covid-19 juga membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk menerima sebarang bungkusan daripada pihak luar.”Jika sebelum ini, kita minta mereka tinggalkan saja di atas tembok pintu pagar, tapi cuaca hujan sejak kebelakangan ini membuatkan lokasi perlu diubah ke kawasan berbumbung.

“Jadi, setiap kali dimaklumkan mengenai penghantaran, kami akan membuka pintu pagar lebih awal bagi memudahkan mereka meletakkan parcel atau pesanan di atas rak kasut,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengangkutan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor.

Penghantaran kedua yang dibuat oleh penghantar yang sama pada hari yang sama.Dek kerana kerap membeli dalam talian bersama ibu dan kakaknya, masing-masing berusia 50 dan 23 tahun, Izati berkata, namanya cukup dikenali dalam kalangan penghantar barang.

“Nama saya bukan saja popular dalam kalangan mereka, bahkan rak kasut tu. Sebab tu skripnya sama saja setiap kali mereka nak hantar barang.”Walaupun bukan semua pembelian untuk saya seorang, tapi segan tu tetap ada sebab penghantar bukannya tahu parcel atau barang tu untuk siapa pun.”Pernah hari yang sama, orang yang sama tu datang ke rumah dua kali untuk hantar parcel, di sebelah pagi dan petang. Segan sangat, mujur ada rak kasut yang popular tu untuk dia tinggalkan parcel,” ujarnya secara berseloroh.

Beli Televisyen Masa Ada Sale 11.11 Tahun Lepas. Lepas 9 Bulan Baru Perasan Barang Yang Dipesan Langsung Tak Sampai Rumah. Satu Hari Akhirnya Terbongkar Keberadaan Televisyen Tersebut

Seperti yang kita tahu 11.11 adalah antara sale yang dinanti-nantikan ramai orang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang suka beli barangan online. Tapi rupanya, ada yang masih tak dapat lagi barang yang dorang dah beli masa sale ni tahun lepas!Ceritanya, seorang wanita dari Daerah Panyu di Guangzhou, China telah membeli sebuah TV semasa sale 11.11 tahun lepas melalui platform dalam talian yang menggunakan perkhidmatan SF Express untuk menghantar produk.

Menurut Oriental Daily, ketia wanita yang dikenali sebagai Ms Li ini membeli TV tersebut, dia tak rushing pun nak guna sebab tu dia tak kisah sangat bila barang yang dia beli ni sampai lambat.Hinggakan, bila dah masuk Julai 2020, baru wanita ni teringat yang dia ada beli TV tapi barang masih tak sampai-sampai.

Wanita ini kemudiannya menelefon perkhidmatan pelanggan dan mendapat tahu TV yang dibelinya itu telah pun dihantar kepada orang lain namun alamat tersebut berada di Daerah Tianhe, jauh dari tempat tinggalnya.Selepas membuat semakan lanjut, Ms Li dapat tahu semasa proses pembelian tersebut, suaminya tersalah masuk nombor telefon orang lain dan syarikat penghantaran tu telah menghubungi pemilik nombor tersebut.

Pemilik nombor telefon itu mengatakan, ketika dia mendapat panggilan dia telah meminta syarikat tersebut untuk hantar barang itu ke pemilik yang sepatutnya tapi perkhidmatan kurier tersebut tetap menghubunginya dan mendesak lelaki ini untuk tanda-tangan barang tersebut.Kerana tak tahan diganggu, lelaki ini telah menukar alamat dan tanda tangan barangan tersebut di bawah nama suami Ms Li dan memberikan TV tersebut kepada rakannya.

Selepas dihubungi Ms Li, lelaki ini telah pun mengambil semula TV tersebut dari rakannya tapi wanita itu tak mahu menerima barang itu kerana mengganggap nilai TV tersebut dan tak sama dengan harga yang dia beli. Dah jadi barang secondhand lah…Ms Li menganggap, walaupun lelaki tersebut telah menolak barang tersebut sebelum ini, tapi lelaki itu tetap tandatangan resit jadi lelaki itu perlu bayar semula harga asal.

Peguam terlibat dalam kes ini mengatakan yang Ms Li dan suaminya turut bersalah kerana tersilap letak nombor telefon tapi ia tak bermakna lelaki yang tandatangan dan syarikat kurier tersebut tak bersalah.Ini kerana, menurut undang-undang, lelaki ini sepatutnya memulangkan TV tersebut kepada pembeli asal dan syarikat kurier sepatutnya lebih berhati-hati dan menyemak dulu maklumat sebelum hantar barang.So, next time kenalah ingat bila beli barang tu, at least takdelah sampai dah jadi barang secondhand baru nak teringat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *