Ayah Bob Lokman didenda RM4000 oleh mahkamah. Rupanya ini yang dia lakukan.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Kota Bharu – Seorang lelaki warga emas dijatuhkan hukvman dnda RM4,000 oleh mhkamah hari ini selepas mengaku bers4Iah atas pertduhan melakukan ugvtan serta mero-sakkan harta-benda masjid. Pertduhan dibuat di Mhkamah Majistret Kota Bharu.

Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukvman itu apabila Lokman Ahmad, 85, mengaku bers4Iah selepas pertduhan dibacakan dan dia memohon maaf. Bapa kepada pengacara, pelakon dan penulis lirik Bob Lokman itu didkwa melakukan kes4Iahan tersebut pada 21 Nov tahun lalu.

Tertduh yang tampil berjubah putih dan berkopiah serta ditolak dengan kerusi roda kelihatan tenang ketika pertduhan dibacakan. Pendkwaan dilakukan Timbalan Pendkwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertduh diwakili peguam Mohd Murtadza Mohd Mokhtar.

Dalam pertduhan pertama, Lokman didkwa mengeluarkan kata-kata ugvtan dengan memberitahu kepada Mohd Hanis Sulaiman, 34, yang dia ingin mene-t4k dan menem-b4k Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39. Ia sekali gus mendatangkan ketakvtan kepada pengadu dalam kjdian di Masjid Tok Kenali, Kubang Kerian, kira-kira jam 11 pagi. Bagi kes4Iahan itu, tertduh didkwa mengikut Sksyen 506 Knun Kesksaan yang membolehkan pes4Iah dipnjara sehingga dua tahun atau dnda atau kedua-duanya sekali jika sabit kes4Iahan.

Sementara itu bagi pertduhan kedua di lokasi, tarikh dan masa yang sama, Lokman didkwa melakukan khianat iaitu memecahkan pasu bunga serta memotong pokok bunga di kawasan masjid yang menyebabkan kerugian RM150. Kjdian itu didkwa berlaku kerana Lokman memarahi Muhammad Hafiz Hukmi.

Tertduh didkwa mengikut Sksyen 427 Knun Kesksaan yang memperuntukkan hukvman pnjara kurang satu tahun hingga lima tahun atau dnda atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, peguam tertduh memohon hukvman minimum dikenakan memandangkan dia mengaku bers4Iah dan mengalami penyak1t kncing mnis, drah tinggi serta msaIah pendengaran.

Bagaimanapun, Sharifah Amirda Shasha memohon hukvman setimpal dikenakan supaya kes itu menjadi pengajaran. Mohd Izuddin kemudian menjatuhkan hukvman dnda RM2,000 bagi setiap pertduhan dan jika gagal membuat bayaran boleh dipnjara selama setahun.

Reaksi warganet

Sementara iu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pesan agar tidak membuat sebarang andaian sendiri. “Kita tak tahu apa dan punca kjadian sebenar. boleh jadi sebab mrah tak boleh solat di masjid atau sebagainya, jadi janganlah tuding jari sangat..tak mungkin ayah bob saja2 nak mrah,” tulis Anep. “Kadang2 kalau ugvtan tu datang dari org yg tidak mampu melakukannya kita abaikan sajalah.. lain kalau kita betul2 rasa ter4ncam atau si pengvgut betul2 mampu melakukan perkara tersebut keatas diri kita..” tulis Khairul.

Sumber:maIaysiakini dan hmetro

Bob Lokman Syukur Dapat Berfikir Secara Rasional Selepas Operasi Selesai Dilakukan. Dan Dia Syukur Ada Pihak Ini Yang Sanggup Bantu.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas selamat menjalani operasi membetulkan degupan jantung, Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 2 Disember lalu.Pemilik nama Mohd Hakim Lokman itu berkata, seluruh anggota badan lebih stabil selepas menjalani operasi itu.

Ini membuatkannya, boleh berfikir secara rasional.Bagaimanapun, katanya, dia perlu mendapatkan rawatan susulan di HSB, Alor Setar setiap dua minggu, selain doktor menyarankannya menurunkan berat badan sebanyak sekilogram sebulan bagi mendapatkan berat seimbang iaitu 85 kilogram (kg).

“Saya perlu menjaga pemakanan dan mengelak mengambil makanan berminyak, masin dan bergula untuk kesihatan jantung. Bagi memastikan kadar denyutan jantung stabil, saya perlu perlu menggunakan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) yang dipasang di bahagian dada dan ianya akan ditukar setiap enam tahun sekali, seumur hidup,” katanya kepada BH Online.

Penulis lirik lagu berhantu, Isabella dan Taman Rashidah Utama itu berkata, kos rawatan susulan ditanggung sepenuhnya oleh HSB. Dia hanya mengeluarkan perbelanjaan menanggung kos penginapan dan perjalanan pergi serta balik setiap kali rawatan susulan.”Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave menghubungi saya dan akan menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM500 dalam tempoh masa terdekat ini.”Alhamdulillah, dapatlah saya menggunakan bantuan yang diberikan untuk menampung keperluan keluarga. Ini kerana saya perlu rehat yang mencukupi selama tiga bulan. Beban ditanggung juga sedikit sebanyak ringan apabila yuran pengajian tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 14 tahun yang belajar di pusat tahfiz menerima bantuan bulanan RM300 setiap seorang,” katanya.

Katanya, dia juga akan meneruskan perniagaan menjual dan mengambil tempahan membuat laksa bersama isterinya, Relawati Daud, 42, untuk menampung keperluan sekeluarga selepas kembali sembuh.Bob ditemui ketika menerima kunjungan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid menerusi program Ziarah FINAS Prihatin 2.0 di kediamannya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan, petang semalam.

Dalam masa sama, Bob turut dikunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.Selain Bob, menerusi program Ziarah FINAS Prihatin 2.0, rombongan FINAS turut menziarahi penyanyi yang popular menerusi lagu Nasi Dagang, Rosemaria di kediamannya di Jalan Sultanah Zainab.Sementara itu, Zakaria bersyukur Bob selamat menjalani pembedahan hampir dua minggu lalu.Sumber: Berita Harian

Bob Lokman Mengalami Sakit Teruk Ketika Ini. Dia Akui Boleh Pergi Bila Bila Sahaja.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman memaklumkan bahawa dirinya kini sedang bergelut dengan sakit teruk yang dialami sejak tahun 1988. Menurut Bob, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia pergi secara mengejut.

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman,56, ini turut mengambil kesempatan ketika ditemui media dengan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau perbuatannya pada ketika dahulu dan kini mengguris hati.

Dia yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah ditahan selama 2 hari akibat masalah jantung. Menceritakan keadaan ketika dibawa ke hospital, Bob mengatakan jantungnya berdegup kencang ketika mengambil wuduk dan kemudiannya pitam. Dadanya kemudian sakit sehingga ke belakang badan sebelum memanggil sepupunya untuk membawa dia ke hospital berdekatan.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk pergi secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah. Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca tv” Difahamkan dia kini memerlukan sejumlah dana bagi membantu kos perubatan yang hampir mencecah RM700 sebulan. Bob juga memerlukan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

– Sumber & foto dipetik dari Beautifulnara, Harian Metro

“Kali ini sakitnya agak serius, kaki bengkak kehitaman” – Bob Lokman dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang

Keadaan kesihatan Bob semakin serius.

Keadaan pelakon dan penulis lirik Bob Lokman difahamkan semakin teruk apabila dia dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini akibat masalah buah pinggang. Berita itu disahkan menerusi  akaun Facebook Dr Riduan Mohamad Nor yang tersebar di laman sosial pada Khamis.

Menurutnya, Bob, 56, yang sedang mengikuti aktiviti jelajah kuliah di Terengganu sepanjang minggu ini telah dikejarkan ke hospital selepas kesihatannya terjejas.

Antara rakan-rakan yang datang melawat.

“Minggu ini dia dalam jadual padat roadshow kuliah di Terengganu, badannya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu. Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah. Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang,” tulisnya.

Sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung dan paru-paru.

Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. 

Menerusi laporan mStar pada 20 September 2018, Bob memberitahu dia mengambil 13 jenis ubat-ubatan dengan kos berjumlah lebih RM1,000 sebulan. Dalam pada itu, Dr Riduan meminta mana-mana pihak yang prihatin dapat membantu Bob yang kini mengalami masalah kewangan.

“Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang. Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.  Saya merayu teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan bebannya kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” ujarnya.

Bob dan isterinya, Relawati Daud, 42, mempunyai lapan anak. Mohamad Adam, 27, (telah tiada), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari namun syukur… Allah masih sayang

Keadaan bob ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Rockdan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu,tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.

Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings)Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai. Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejutan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.

Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam. Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.

“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya. Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun. “Bermula daripada lumpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi. Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.

Selepas mengalami lumpuh, Bob diuji pula dengan keretakan rumah tangga. Baginya, ujian kesihatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehilangan seorang isteri.

“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

Perpisahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya. Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta.

“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya. Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.

“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular. Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya. Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.

“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang sombong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan. Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.”

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan. Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar sakit, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengalami sesuatu di bahagian otak ketika kecil telah pergi selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *