Selama 21 tahun bela buaya macam bela kucing. Rupanya ada cerita di sebalik cerita tentang tuan dan buaya tersebut

Viral

Beberapa tahun lepas, tular tentang sebuah keluarga yang membela seekor haiwan peliharaan yang ‘bukan kelang-kaleng’ dan mendapat perhatian satu dunia.Muhammad Irwan dan keluarga bukan membela kucing seperti kebiasaan yang selalu kita lihat, tetapi sebaliknya mereka menjadikan buaya sebagai haiwan peliharaan. Banyak foto tersebar di internet menunjukkan bagaimana buaya yang dinamakan Kojek itu dalam kehidupan seharian keluarga Irwan.

Ada pelancong nak beli dengan harga 1 bilion!Selepas foto-foto Kojek dan keluarga itu tular di internet, ramai orang bertandang ke rumah mereka termasuklah pelancong dari Australia, Amerika dan Eropah. Mereka berkunjung ke rumah Irwan untuk melihat sendiri Kojek yang dikatakan jinak itu dengan lebih dekat. Kata Irwan,Kojek memang nampak menakutkan tapi suka berinteraksi dengan manusia. Saya sukakan buaya dan ambil berat tentang Kojek. Mungkin ia anggap saya bapanya. Dia haiwan yang baik.”Kalau nak tahu, ada seorang pelancong pernah menawarkan 1 bilion rupiah (RM286,949.90) kepada Irwan untuk membeli Kojek daripadanya. Namun kerana sayang dan menganggap Kojek sebagai ahli keluarga, mereka tidak bersetuju dan menolak tawaran itu.

Rupanya ada kisah sedih di sebaliknya…Mungkin ramai berasa terkesima dan pelik kenapa buaya menjadi pilihan keluarga Irwan untuk dibela sedangkan ada banyak lagi jenis haiwan yang boleh dijadikan haiwan peliharaan. Namun, rupanya ada kisah dan kejadian yang berlaku lebih 2 dekad lalu yang membuatkan Irwan bertindak membawanya pulang sekaligus membelanya.

Pada tahun 1997, Irwan yang berasal dari Bogor, Indonesia itu sedang melalui kawasan Cianjur di Jawa Barat. Pandangannya kemudian beralih kepada sekumpulan kanak-kanak yang dilihat sedang mend3ra seekor buaya.Irwan kemudian tekad untuk menyelamatkan buaya itu dengan membayar 20,000 rupiah (RM5.74) kepada seorang nelayan untuk menngkap sebelum membawa haiwan itu pulang. Sejak itu, Irwan membela dan menamakannya Kojek yang ketika itu hanya berukuran 10cm.

Langsung saya bayarin seharga Rp 20 ribu. Lalu saya masukin ke kantong celana untuk dipelihara di rumah.”Bela macam kucing,Kata Irwan dan keluarganya, Kojek sememangnya buaya yang manja dan suka berinteraksi selain memahami bahasa tubuh manusia.Memang benar Kojek sudah seperti keluarga dan dibela seperti kucing kerana mereka akan memandikannya, menggosok gigi dan membersihkan badannya.Suka dimandiin juga, seminggu sekali, pakai sabun cuci piring. Soalnya badannya suka lumutan, nempel-nempel dari kolam. Enggak berontak kok pas dimandiin.”

Salah seorang penduduk kampung yang rapat dengan keluarga Irwan turut membantu memandikan, membersihkan mulut, leher dan kepada Kojek. Katanya,Sudah 11 tahun saya ikut ngurus dia. Kojek enggak pernah ngamuk.”Akhirnya terpaksa berpisah jua.Hubungan akrab yang terjalin antara Kojek dan Irwan sekeluarga bagaikan dilanda badai apabila pihak berkuasa membuat keputusan untuk meletakkan buaya itu di zoo. Kisah tentang Kojek yang menjadi tular itu telah sampai ke telinga pegawai Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) di Jawa Barat, Indonesia yang memberi arahan kepada pihaknya untuk memindahkan Kojek ke Taman Safari.

Ini kerana buaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang Indonesia dan tidak boleh dijadikan binatang peliharaan.  Ketika itu, berat Kojek mencecah 200kg dan berukuran 2.64 meter. Proses pemindahan Kojek pada 4 Februari 2018 mendapat perhatian di seluruh negara dan turut disiarkan di kaca TV serta media.Bagaimanapun, pihak berwajib masih membenarkan Irwan berjumpa dengan haiwan kesayangannya itu. Melalui Instagram, Irwan dilihat pernah melawat Kojek di Taman Safari Indonesia yang terletak di Bogor.

Tular Nenek Berdiri Depan Buaya Besar. Dan Ada Yang Gelar The Power Of Emak Emak. Ternyata Ini Rupanya Kisah Sedih Di Sebalik Video Yang Tular Ini

Walaupun ketika tidak berbuat apa-apa, buaya sememangnya antara haiwan yang paling digeruni dan tidak berani untuk didekati oleh ramai orang. Selalunya, kita tengok buaya dalam kandang di zoo je dan bila pekerja bagi makan kita sendiri rasa seriau tengok betapa agresifnya haiwan tu.Tapi, tular di TikTok sebuah video yang mendapat lebih 1.5 juta tontonan menunjukkan seorang nenek berdiri betul-betul di hadapan seekor buaya besar. Haiwan itu dilihat hanya terdampar dalam keadaan mulut ternganga dan orang kampung boleh didengari menjerit dan meminta agar buaya itu ‘diselamatkan’.

Ramai yang tonton video itu memuji keberanian luar biasa wanita berkenaan kerana langsung tidak ‘goyang’ berhadapan dengan seekor buaya. Namun, di sebalik buaya ‘berantaikan’ tayar yang terdampar itu, ada kisah sedih di sebaliknya.Melalui sebuah video lain, pemilik akaun TikTok bernama Mustika itu telah menjelaskan bahawa buaya itu sebenarnya dalam keadaan yang tidak baik kerana tayar tersebut sudah terlilit di lehernya selama lebih kurang 1-2 tahun.Difahamkan, beberapa pihak pernah cuba tampil untuk menyelamatkannya dan mencabut tayar itu dari leher buaya terbabit namun tidak berjaya.Mustika turut mengingatkan kejadian malang menimpa buaya berkenaan adalah kerana sikap penduduk Kota Palu itu sendiri yang tidak mempunyai sivik membuang sampah di sungai.

Haiwan lah yang paling selalu menjadi bahan daripada aksi (buang sampah dalam sungai) tersebut.”Saiz buaya itu semakin membesar menjadikannya lebih terseksa kerana ‘terckik’ dan kesakitan dek kerana tayar yang terlilit itu boleh mengancam nyawanya. Video penjelasan itu membuatkan ramai warganet sebak dan tersentuh membayangkan penyksaan yang dirasai haiwan tersebut.

Individu Paling Chill Lepas Terlibat Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini. Orang Lain Pergi Report Tapi Tindakan Yang Diambil Oleh Individu Terbabit Luar Biasa

Seorang lelaki terlibat dalam kejadian yang tidak dingini akibat terlelap ketika memandu kereta jenis Audi A6, lapor Harian Metro. Lelaki tersebut dilaporkan termasuk ke dalam Sungai Linggi, Seremban jam 5 pagi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke rumahnya.Sumber: Oriental Daily

Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja restoran yang berdekatan dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pelanggan mereka. Dia kemudian ke lokasi kejadian dan periksa kereta tersebut dan terus hubungi pihak bomba. Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, sepasukan 3 pegawai bersama 18 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, ketika sampai di sana tiada kelibat pemandu tersebut dan kereta tersebut berada di dalam sungai dalam keadaan enjin yang masih hidup.“Setiba di lokasi mendapati sebuah kereta berada dalam sungai. Bagaimanapun individu yang terlibat tiada di dalam kereta walaupun enjin kenderaan masih hidup. Individu terbabit didapati sudah pulang ke rumahnya di Rahang, yang tidak jauh daripada lokasi kejadian.Sumber: Facebook. Menurut sebuah portal, pihak bomba kemudian mendapat maklumat tentang pemilik Audi tersebut dan segera ke rumahnya. Ketika ditanya, pemandu lelaki tersebut berkata dia terlalu mengantuk ketika kejadian itu berlaku dan mahu tidur dulu. Katanya, dia berniat untuk membuat laporan tentang kejadian tersebut kemudian pada waktu petang.Memang betul betul ngantuk ni….-lobakmerah

Sanggup Berjalan 10km Setiap Hari. Budak Ini Nekad Jadi Maskot Cari Rezeki Untuk Keluarga Sehinggakan Terus Raih Perhatian Masyarakat Malaysia

Demi memenuhi keperluan hidup, terdapat segelintir kanak-kanak terpaksa meng0rbankan zaman kecil dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga.Itu pengrbanan dilakukan seorang budak lelaki dikenali sebagai Rehan yang rela memakai kostum maskot di jalanan dengan berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari.

Kisah Rehan tular setelah dikongsi pengguna laman Instagram @rhmadii_ atau Rahmadi yang menceritakan kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan.Budak tersebut perlu bangun seawal pagi bagi menghiburkan orang awam di pinggir jalan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan.

Pada usia yang begitu muda, keputusan menjadi maskot dilakukan selepas mengambil kira faktor ekonomi bagi memenuhi keperluan harian keluarganya.Rehan juga tampil dengan beberapa pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber : @rhmadii_k

PERHATIAN: Pihak ERAKINI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ERAKINI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Balik sehari awal, rupa-rupanya kepulangan terakhir… video call sebelum bapa didatangi dugaan undang sebak – “Ayah susah nak senyum, tapi masa tu berbeza”

PEMERGIAN insan tersayang ternyata memberi tmparan hebat buat seseorang dalam meneruskan kehidupan.Sesungguhnya perginya seseorang itu adalah ketentuan Tuhan.Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang berkongsi paparan berita yang melaporkan tentang kisah bapanya sudah tiada selepas terbabit dalam kejadian jalan raya.

Love you forever and always, daddy (menyayangimu selama-selamanya, ayah),” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau hampir 5,000 kali.Wanita berkenaan, Iylia Nur Batrisyia Ahmad Azhar berkata, bapanya yang berusia 58 tahun hembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Pahang pada Rabu malam lalu.

Keadaan kereta yang dinaiki oleh bapa Trisyia yang terlibat dalam kejadian jalan raya.Menurut wanita berusia 21 tahun itu, ketika kejadian bapanya yang bekerja sebagai kontraktor di Johor dalam perjalanan pulang ke kediaman keluarganya di Kuantan.

“Ayah saya kerja di Johor, dan balik ke rumah setiap minggu. Kebiasaannya, ayah akan balik pada Khamis atau Jumaat memandangkan cuti hujung minggu di Johor bermula Jumaat.”Tapi hari kejadian, ayah pulang ke Kuantan sehari lebih awal pada Rabu. Dan ayah tak maklumkan kepada kami sekeluarga yang dia akan pulang pada hari berkenaan.

“Saya sempat membuat panggilan video (video call) dengan ayah pagi tu, dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp tengah hari. Tapi ayah tak cakap pun nak balik, ayah balik senyap-senyap sehinggalah kami dapat berita mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin panggilan video terakhir bersama bapa dan adik bongsu (gambar kecil) pada hari kejadian.Lebih mesra disapa Trisyia, dia turut mendedahkan mengenai dirinya tergerak hati untuk membuat panggilan video dengan bapanya pada hari kejadian.

“Bukanlah pertama kali buat video call tapi ayah baru saja balik hujung minggu. Tapi pagi itu saya tergerak hati buat video call semasa nak siapkan adik bongsu yang berusia genap dua tahun bulan depan, sebelum hantar ke Taska.

Ayah selalu belanja orang makan. Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau lapar.

“Saya juga tergerak hati nak buat screenshot (tangkapan skrin) semasa adik buat video call dengan ayah. Selama ini saya tak pernah buat screenshot bila video call.”Itulah video call terakhir dengan ayah, dan sebak tengok screenshot video itu sebab ada kenangan dengan ayah,” ujar anak ketiga daripada lapan beradik itu.Menurut Trisyia, bapanya sukar untuk senyum ketika bergambar.

Trisyia yang merupakan lepasan graduan Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik METro Kuantan menyifatkan bapanya seorang yang tegas dan penyayang.”Ayah ni nampak je garang sampai buat ramai takut. Sebab ayah susah sangat nak senyum. Gambar kahwin saya tahun lepas pun muka ayah nampak serius, tak senyum.

“Tapi masa video call tu muka ayah agak berbeza. Sebab ayah lebih banyak senyum, nampak lebih ceria. Saya dapat melihat senyuman terakhir ayah,” katanya yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 15 September.

Trisyia (dua, kanan) pada hari perkahwinannya, September tahun lalu.Tambah Trisyia, sifat penyayang bapanya itu bukan sahaja terhadap keluarganya, bahkan orang di sekeliling termasuk rakan-rakannya.”Ayah selalu belanja orang makan. Dengan kawan-kawan saya masa belajar pun ayah akan tanya dah makan atau belum.”Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau lapar. Keprihatinan ayah tu membuatkan dia disenangi termasuk dalam kalangan rakan-rakan saya,” katanya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *