Ibu pernah menyuarakan hasrat untuk lihat seisi keluarga pakai baju raya warna putih pada Hari Raya tahun ini. Gadis ini tak kongsi tanda ibunya mahu pergi

Kehidupan Viral

SEORANG anak tidak menyangka kegembiraan menyaksikan wajah ibu yang ceria pada Sabtu lalu bertukar duka apabila ibunya kemudian dijemput ilahi pada hari yang sama.”Pagi tadi mak gelak-gelak, happening dengan kami dan tak sangka pagi tadi kali terakhir Isha salam mak, berlari-lari nak salam mak dan dalam sekelip mata semuanya berubah.

“Semoga mak tenang kat sana ye, Isha sayangkan mak. Mohon semua sedekahkan al-Fatihah untuk mak saya,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan.Pengguna Twitter berkenaan, Ainol Nalissa Mohd Nazri berkata, ibunya, Mazlina Abdullah Aziz pergi buat selamanaya pada usia 52 tahun akibat str0k.

Perkongsian Nalissa di laman Twitter.“Saya dan beberapa adik-beradik pergi jalani ujian berkomputer untuk lesen memandu pada hari tu. Tapi mak yang paling happy, siap bergurau dengan kami pagi tu.”Mak sempat berpesan kepada kami supaya buat elok-elok dan Aalhamdulillah saya lulus dalam ujian berkomputer tu,” katanya yang berusia 21 kepada mStar.

Lebih mesra disapa Nalissa, katanya, sebaik pulang ke rumah, ibunya memasak juadah kari ayam kesukaan keluarga pada waktu makan tengah hari.Nalissa mengiringi ibunya untuk pengbmian.“Kari ayam ni adalah masakan mak yang paling istimewa, sebab paling sedap dan menjadi kegemaran kami. Patutnya kami makan sekali, tapi mak makan dulu selepas masak.Menurut anak keenam daripada 11 adik-beradik itu, ibunya pernah menyuarakan hasrat untuk melihat seisi keluarga memakai baju raya warna putih pada Hari Raya tahun ini.”Awal bulan ni mak pernah cakap teringin nak tengok kami semua pakai putih di pagi raya tahun ni. Tapi tak sangka mak yang pakai putih (kain kafn) dulu,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu di Universiti Malaya (UM).

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang ceria, tegas dan disenangi ramai, Nalissa turut berkongsi tanda-tanda lain yang baru disedari selepas pemergian itu.”Baru-baru ni mak ada gosokkan baju Melayu dan baju kurung kami adik-beradik yang tinggal serumah. Tak tahu pula nak kami pakai baju tu pada hari dia pergi buat selamanya.

“Yang paling terkesan apabila suatu hari tu saya masak bihun, dan mak puji sedap dan kata lepas ni bolehlah masak untuk ayah dan adik-beradik lain,” tambahnya.Nalissa yang mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu berkata, ibunya turut berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan selain menjaga bapa dan adik-beradik lain.

“Mak merupakan seorang yang begitu mementingkan kekeluargaan. Kalau dulu setiap kali makan bersama memang kami akan dahulukan ayah dan mak.”Tapi sekarang sudah berbeza sebab tiada lagi mak bersama kami. Semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan tanpa mak,” katanya.

Jual Kerepek Dan Pakaian Terpakai Bagi Menampung Perbelanjaannya. Kisah Pakcik Ini Undang Sebak Bila Dia Dapat Tahu PKP Bakal Bermula

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai BilFami, berkongsi satu video yang membuatkan ramai orang sebak. Video tersebut menunjukkan dia sedang bersembang dengan seorang peniaga yang berusia 50-an.Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu, seorang lelaki merakamkan dari jauh aktiviti seorang pakcik yang dipercayai sedang menjual barangan di tepi jalan. Pakcik itu dilihat hanya mengharapkan lampu jalan bagi menerangi barangan jualannya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila lelaki ini menggambarkan kesan yang bakal diterima oleh pakcik ini, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.Ketika disapa, pakcik ini memberitahu dia menjual kerepek dan pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaannya. Lelaki ini turut memaklumkan PKP bakal bermula Rabu dan reaksi pakcik ini cukup menyedihkan. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu menceritakan kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan keadaan pakcik itu. Tambahan pula, mereka turut mendoakan supaya pakcik ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ini Respon Peniaga Goreng Pisang Bila Timb Menteri Datang Dan Pegang Kuihnya Yang Nak Dijual Dengan Tangan.

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan. Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor. “Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang warganet tentang pendapatnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut. Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kritikan.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.Kredit : Malaysia Dateline

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Tular Apabila Seorang Remaja Kayuh Basikal Semata Mata Untuk Meniaga Teh Di Tepi Jalan. Kini Dia Jelaskan Kenapa Dia Memilih Kerja Ini.

” Sudah menjadi cita-cita saya sejak kecil mempunyai perniagaan sendiri. Berniaga dengan konsep seperti ini membuka mata saya mengenai dunia sebenar.” Itu kata-kata seorang pemuda yang berniaga dengan mengayuh basikal sambil membawa tong air panas berisi minuman teh Masala seberat 20 liter di sekitar Brickfields setiap hari.

Meskipun tidak mudah, namun, S Kavievanan, 23, cekal mencari rezeki dengan konsep perniagaan sebegitu walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Bagi Kavievanan, ia satu cabaran dalam mencari rezeki selain menimba pengalaman sementara menunggu peluang pekerjaan dalam bidangnya.

” Konsep dan idea perniagaan ini muncul selepas saya tamat pengajian Februari lalu di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Saya bermula pada awal Mei lalu dengan menjual minuman teh Masala dengan harga RM1 secawan bermula jam 3 hingga 5 petang. Pada awalnya saya hanya dapat menjual 30 cawan sehari dan selepas dua bulan hasil jualan semakin meningkat kepada 100 cawan sehari,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan pekerjaan yang dilakukannya dan menganggap bapanya yang berniaga kacang putih di Masjid India, di sini, sebagai inspirasi.

” Saya ada merancang untuk mengajak lebih ramai rakan melakukan konsep perniagaan ini supaya sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan. Sekarang, konsep perniagaan seperti saya ini sudah diusahakan oleh rakan seusia, Arvind Ratnakumar di sekitar Masjid India,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai proses pembuatan teh Masala, Kavievanan berkata, resepi minuman itu dibuatnya sendiri. ” Teh Masala mengandungi serbuk teh dari India dan rempah ratus iaitu buah pelaga, kayu manis, halia, lada hitam, bunga cengkih dan dididihkan selama dua jam.

” Selepas siap, saya akan menuangnya ke dalam tong air panas dan membawanya menaiki motosikal manakala basikal pula saya letak dan kunci di belakang kedai di sini. Perlu berhati-hati ketika membawa tong itu disebabkan ianya pernah terjatuh sebelum saya sempat memulakan jualan,” katanya. Kavievanan berkata, kos ubahsuai basikal supaya sesuai digunakan untuk perniagaan memakan hampir RM500 dan tong pula dibeli dengan harga RM150.

” Walaupun begitu, saya tetap bersyukur dengan hasil jualan apatah lagi sudah ada pelanggan tetap,” katanya. Menurutnya, selain pengusaha restoran, kakitangan pejabat dan pekerja kedai adalah pelanggan tetapnya.

Katanya, dia juga tidak menyangka perniagaan kecil-kecilannya itu tular di media sosial dan akan meneruskan perniagaannya itu memandangkan permohonan kerjanya dalam bidang kejuruteraan belum mendapat respon positif.

” Buat masa ini, saya merancang untuk meneruskan dan mengembangkan lagi perniagaan menjual teh Masala ini. Lebih enam bulan berniaga di sini banyak yang saya pelajari mengenai erti kehidupan terutamanya apabila mendengar perkongsian mereka yang lebih tua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *