Boleh pula wali tersasul sebut nama kembar pengantin. Penganin perempuan siap bagi isyarat kat datuk lepas salah sebut

Viral

Bagi mereka yang mempunyai kembar, terutamanya nama pula dekat-dekat, sudah tentu seringkali menimbulkan kekeliruan kepada orang lain bukan? Nak ‘diseru’ kembar A, tersasul pula memanggil kembar B sehingga kadang-kadang menimbulkan situasi yang mencuit hati.

Namun, bagaimana pula kalau ‘kesilapan’ itu berlaku pula semasa majlis akad nikah sedang berlangsung? Sudah pasti huru-hara jadinya apabila si wali tersilap pula menyebut nama pengantin.Begitulah pengalaman lucu yang dikongsikan oleh seorang wanita ini ketika majlis akad nikahnya berlangsung dimana walinya tersasul pula menyebut nama kembar perempuannya sewaktu hendak diakadkan.

Menerusi posting yang dimuat naik Amira Farra di akaun Twitter @efficiancee, dia telah berkongsi sebuah klip video semasa suaminya berdepan dengan wali semasa melafazkan akad nikah.Apa yang menghiburkan hati, walinya yang merupakan datuknya sendiri telah tersasul pula menyebut nama adik kembarnya yang mempunyai nama yang agak serupa iaitu Amira Sara. 

Panik dengan kesilapan tersebut, pengantin perempuan laju sahaja ‘mengipas’ tangannya untuk memberi isyarat kepada si datuk bahawa dia tersalah menyebut nama pengantin perempuan.Aduhai, naya Pak Karim. 

Jelas wanita itu, datuknya itu sudah pun berusia 84 tahun dan dia tersasul menyebut nama adik kembarnya, Amira Sara disebabkan rasa ‘nervous’ dan keliru kerana mereka berdua duduk bersebelahan antara satu sama lain. 

Walau bagaimanapun, akad nikah tersebut diulang semula dan masing-masing hanya tersenyum lucu dan kembali tenang meneruskan majlis itu.Perkongsian lucu yang dimuat naik olehnya itu berjaya tular dan meraih perhatian warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan berjenaka dengan situasi tersebut. Tak kurang juga ada yang memuji reaksi ‘chill’ pengantin lelaki walaupun hampir sahaja ‘dinikahkan’ dengan orang lain. 

Baru Baru Ini Ramai Pasangan Pengantin Yang Tidak Mahu Lepaskan Peluang Untuk Bernikah Sebelum PKP. Termasuklah Juga Pasangan Pelajar Tingkatan 5 Ini Dan Ini Komen Dari Warganet.

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan untuk berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Tambahan pula, akhir-akhir ini ramai pengantin mengambil keputusan untuk berkahwin secara last minute sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 13 Januari 2021.

Seperti video seorang gadis muda dikenali sebagai AmyraHanifah di laman TikTok, berkongsi foto-foto hari bahagianya bergelar seorang isteri. Apa yang lebih menarik perhatian adalah umur pengatin itu sendiri. Itulah kalau dah jodoh kan?

Mendapat lebih 91k tanda suka, video tersebut menceritakan gadis muda berusia 17 tahun ini, menerima lamaran bakal suaminya. Namun, dia ketika itu sempat memberikan alasan masih bersekolah dan belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada 22 Februari nanti.

Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut menerima lamaran lelaki itu dan berkongsi beberapa keping foto mereka selepas sah bergelar suami isteri. Tambahan pula, gadis ini sempat menerangkan dia masih lagi ke sekolah walaupun sudah berkahwin.

Tidak berakhir di situ, menerusi kapsyen yang digunakan pada video tersebut, gadis ini sempat memberikan pesanan kepada warganet supaya tidak ‘menghebohkan’ perkahwinan mereka.

Pada masa yang sama, seorang wanita dipercayai ibu kepada gadis tersebut, sempat meminta supaya warganet mendoakan yang terbaik buat anaknya.Menjengah ke ruangan komen, warganet sempat ‘bergurau’ dengan menceritakan pengalaman mereka yang masih bujang. Tidak berakhir di situ, terdapat komen yang menarik perhatian, apabila seorang guru turut mengeluh pelajarnya sudah ramai mendirikan rumah tangga tetapi dia masih bujang dan sedang mencari calon.Sumber: AmyraHanifah

Pasangan Ini Memilih Untuk Berkahwin Di Usia Muda. Ramai Warganet Terkejut Dengan Keputusan Pengantin Ini Yang Memilih Untuk Disatukan Pada Umur 15 Tahun.

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi satu tanggungjawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak ole kedua-dua pasangan. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @hariafiqah1 telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan muda.

Menurut wanita itu, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya menginjak usia 17 tahun.Pasangan tersebut menggunakan busana berwarna biru gelap dan dilihat sepadan ketika berjalan beriringan. Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada diatara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi dibawah umur. Walau bagaimanpun, kebanyakkan daripada mereka mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu dan mendoakan agar pasangan tersebut sama-sama bertolak ansur dalam hubungan memandangkan masing-masing masih muda lagi.

Sumber: hariafiqah1

Kahwin Muda Tak Seenak Yang Disangka. 4 Tahun Berkahwin Je Dah Banyak Masalah Sampai Tertekan Dengan Mak Mertua Dan Akhirnya Ini Yang Jadi Dengan Rumahtangga Kami.

Assalamualaikum.Lately, aku banyak baca pasal budak2 yg tengah belajar sibuk nak kahwin dekat thailand kononnya nak menghalalkan apa yg hram. Tak silap aku baru2 ni pun ada juga luahan kat sini pasal dia dah pun kahwin dekat thailand dengan suami dia masa tengah belajar tanpa pengetahuan keluarga. Nak kahwin dekat thailand dengan bf sebab family tak bagi kahwin muda.

Rasanya benda ni macam trend kot dalam kalangan anak muda zaman ni? Teringat kisah aku lebih kurang 7 tahun lepas. Aku dengan bf aku bercinta dari sekolah menengah. Kitorang banyak kali terlanjur, nak kahwin memang family aku takkan bagi. Jadi iyelah, KAHWIN KAT THAILAND benda pertama kitorang fikir. Bak kata FJ nak halalkan ‘s*x’ dalam bahasa kasarnya. Tapi tak kesampaian sebab aku terlalu takut.

Long story short, kitorang terlanjur sampai la aku mengandung. Dunia gelap gelita. Tangan menggigil bila pegang pregnancy strip. Aku tak expect aku pregnant sebab memang selalunya period kadang datang kadang tak (masa tu kandungan baru nak masuk 3 bulan). Tapi masa tu rasa nak check sebab siap pakej muntah2. Mak bapak aku of course marah gla. Aku mampu menangis je. Dalam masa seminggu aku dan suami diijabkabulkan.

Aku muda, aku kenal ramai orang. Sejujurnya aku tak lah menyesali 100% apa yang jadi 6 tahun lepas. Asbab aku mengandung, aku dikahwinkan jadi aku berhenti buat perbuatan yang buruk itu. Alhamdulillah. Kalau tak entah sampai bila lagi aku buat kerja tu.

Macam aku cakap tadi, aku muda, aku kenal ramai orang. Yang terlanjur dengan bf RAMAI TERSANGAT RAMAI, tinggal lagi diorang tak mengandung je. Mak2 orang yg bercakap pasal aku masa tu, aku tau apa anak perempuan diorang buat belakang diorang, aku tau apa anak lelaki yg kau sanjung konon teruna tu buat belakang diorang.

Tinggal lagi aku buat & aku mengandung. Simple calculation dia, aku buat dan aku kantoi. Orang lain buat, tak kantoi. Kahwin sebab nafsu takkan kemana. Itu je yg aku nak sampaikan sebenarnya. Kalau kau muda & kau tau tanggungjawab kau sebagai suami/isteri, nak kahwin silakan.

Tapi kalau kau kahwin pun kasi isteri duduk rumah mak bapak dan simply cakap ok aku dah tunaikan tanggungjawab kasi isteri tempat tinggal, TAK PAYAH. aku sangat2 menggalakkan adik2 yg aku jumpa untuk kahwin muda kalau aku tengok dia & bf dia dah kerja stabil, masing2 matang dalam berfikir, kahwin la cepat2.

Bagi aku couple2 yg nak kahwin kat Thailand ni cuma nak halalkan s*x semata. Kalau tak, takdelah kau senekad tu untuk ketepikan keluarga, ketepikan moment indah hari bahagia. Its not worth it, girl. Lelaki boleh kahwin sebanyak mana dia nak. Tapi kita perempuan, mungkin itu adalah satu satunya perkahwinan sampai ajal tiba. Fikir lah dalam2 sebelum buat sesuatu.

Kahwin muda ni banyak berkisar tentang pemahaman kau tentang tanggungjawab dalam berumah tangga. Kalau kau takde duit, tapi kau faham apa itu tanggungjawab pun kau tetap akan bahagia. Ok sambung….Aku duduk rumah mertua, azvb toksah cerita la. Dah la muda lagi, kahwin dalam keadaan dah pregnant, taktau buat kerja rumah segala, memang 2 tahun pertama kahwin aku terperap je dalam bilik. Aku extend belajar tapi lama2 berhenti sebab takde duit nak ulang alik ke tempat belajar.

Guys, kahwin muda tak seenak yg dijaja. Melainkan masa tu korang laki bini memang dah ada pendapatan tetap, dah matang mampu handle masalah rumah tangga. 4 tahun pertama kahwin, perit. Berbalah tiap hari, stress takde duit, stress dengan mertua, stress itu ini. Takde yg indah aku nampak.

“Tak semestinya apa yg kita suka itu terbaik untuk kita”—Mesti pernah dengar kan? Itu la, dulu aku sibuk sangat nak kahwin. Rasa macam tak adil la orang sekeliling nak halang2 aku, benda baik kot “MENDIRIKAN RUMAH TANGGA” kononnya. Sekarang, rasa la kau. Tuhan tu lagi tahu apa yg terbaik untuk kita, tapi bila kita insist nak jugak, ha rasa la kan.

Aku tak dapat rasa keluar dengan kawan2 dah macam student2 selalu buat masa zaman belajar, aku tak dapat rasa kebebasan tu sebab aku kahwin muda. Di saat kawan2 seronok study group, hiking sana sini, aku mereput jaga anak dekat rumah. Tapi tak dinafikan aku sayang anak2 aku (sekarang dah 2 orang) diorang la chill pill aku bila stress.

Aku terpanggil nak confess ni sebab dah terlalu banyak yg aku baca terlanjur dengan bf, nak kahwin kat thailand, nak nikah gantung, etc. Kalau korang yg membaca ni tergolong dalam ciri2 dekat atas, BERHENTI SEKARANG. Berhenti buat benda tak elok dengan bf, 1 saat nanti kau akan dihantui dengan dosa2 kau (walaupun kau sudah berkahwin) sampai kau rasa nak hantuk kepala kat dinding terus lupa benda2 tak elok kau pernah buat dulu.

BERHENTI fikir nak kahwin kat Thailand. Ianya hanya akan membuatkan benda jadi lebih buruk. Kahwin ni benda mulia. Kita nak ibu bapa adik beradik di sisi masa akad nikah. Itu adalah benda yg kita akan kenang sampai ke tua. Dan susahnya bila kau ada masalah dengan suami tapi tak dapat nak mengadu pada keluarga sebab diorang taktau kau dah kahwin!

‘Takkk aku dengan bf aku takkan ada masalah la lepas kahwin. Kitorang akan hidup bahagia selamanya!’ Bila kau lalui situasi aku cakap tadi, ingat balik luahan ni. Aku cakap padan muka kau, rasa la kan, nak sangat kan. Yang dah alami situasi aku, terlanjur dan pregnant. JANGAN BUANG ANAK TU.

Kalau bf taknak bertanggungjawab, kau bela. Nak seribu daya taknak seribu alasan. Kalau bf nak bertanggungjawab, cepat2 kahwin. Tapi kau kena hadap la semua dugaan. Jangan salahkan orang sekeliling, sebab kau yg cari pasal. Banyak2 buat solat taubat, dekatkan diri dengan tuhan. Percayalah, hati akan lebih tenang.

Lepas 6 tahun struggle, business aku dan suami makin hari makin baik walaupun masih cukup2 makan. Alhamdulillah. Korang doakan la biz kitorang tambah maju ye, aku teringin nak bawak mak bapak aku pergi haji, nak tebus balik semua kesilapan aku dekat diorang sebab aku ni anak harapan diorang. Diorang selalu panggil aku genius. Haih sedihh pulak bila kenang balik. Itu jelah, assalamualaikum. ceritaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *