Pernah tular sebab tarik rambut sebab lelaki. Ini keadaan mereka dan tak sangka sekarang dah besar jadi kawan baik

Viral

Ingat tak dulu masa zaman 2000-an, selalu sangat tular video perbalahan di sekolah? Ada sekali tu, dua orang pelajar perempuan berbalahsampai bertumbuk, tarik rambut sebab berebutkan lelaki.Tapi, siapa sangka apabila meningkat dewasa sekarang mereka berdua bersahabat baik. Kalau nak diikutkan, masa zaman di bangku sekolah tu tak boleh bertembung, bertentang mata sebab mesti ada saja yang tak kena dan tak berpuas hati antara satu sama lain.

Melalui sebuah video di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Syira itu menunjukkan throwback bagaimana dia dan Ara, boleh jadi kawan baik selepas bermusuhan ketika sekolah. Difahamkan, ketika sekolah dulu Syira mempunyai seorang teman lelaki dan punca perbalahan mereka berdua sehingga dirakam dan menjadi tular itu adalah kerana Ara pula merupakan skandal lelaki tersebut.

Jumpa face to face, buat keputusan tinggalkan lelaki tu.Pada sebuah video yang lain, juga dimuat naik di TikTok, Syira juga menjelaskan macam mana permusuhn mereka berdua bertukar menjadi persahabatan.Kitorang dah berbalah, bengang sangat. Entah macam mana kitorang jumpa depan-depan, slow talk lepas tu kitorang tekad nak tinggalkan jantan tu.”

Kitorang chat-chat, tau tau jadi kawan baik.”“Laa ni ke yang dulu tular video 3gp”.Melalui ruangan komen, ramai warganet terkejut apabila mendapat tahu dua pelajar sekolah yang pernah tular suatu ketika dulu kini berkawan baik. Rata-ratanya masih ingat dengan video tersebut dan tidak menyangka dua musuh itu boleh menjadi kawan.

Suami Pesan Pakai Selipar Tapi Isteri Pakai Kasut Tumit Tinggi. Suami Pencinta Alam Sanggup Bawa Isteri Kaki Karaoke Bergambar Dalam Hutan

Fotografi bertemakan ‘In the woods’ menjadi pilihan buat pasangan pengantin ini ketika pandemik Covid-19. -foto instagram azyn_. MAJLIS perkahwinan pasangan ini terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 sehingga mencatatkan empat angka setiap hari.

Hanya melangsungkan akad nikah, pasangan tersebut sah disatukan suami isteri.Namun, tidak bermakna kenangan terindah tidak dapat dicipta meskipun majlis perkahwinan yang diidamkan terpaksa ditangguhkan.Berkonsepkan dalam hutan, pasangan Wahida Amalin Che Mohd Noor dan Muhamad Nur Haniff Mohd Zaid kelihatan berseri mengabadikan kenangan selepas akad nikah.

Props yang digunakan untuk tema dalam hutan. foto instagram azyn_.Menggunakan khidmat dan sentuhan kreatif jurugambar berusia 28 tahun, Azyan Syazwani Rozik, sesi fotografi diadakan di Pantai Mek Mas di Kota Bharu, Kelantan sejurus selepas pernikahan pengantin pada 31 Disember lalu.

“Ia dinamakan ala pasca-perkahwinan bertemakan ‘Into the woods’ (Ke dalam hutan), berinspirasikan daripada galeri Pinterest. Temanya berlatarkan vintaj, desa, misteri, gloomy.”Bersesuaian dengan keadaan hujan yang renyai-renyai. Gaya pengantin pula saya gunakan konsep secara minimal,” katanya yang berpengalaman sebagai jurugambar selama tujuh tahun kepada mStar.

Perkongsian Azyan di laman Twitter menjadi tular.Sementara itu, pengantin perempuan yang lebih mesra disapa Amalin berkata, tema tersebut bersesuaian dengan suami yang cintakan alam semula jadi.Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, suaminya juga sering melakukan aktiviti luaran (outdoor) semasa zaman bujangnya.

“Macam-macam aktiviti outdoor dia buat. Berbasikal, pendakian dan jungle trekking dalam hutan. Berbeza dengan saya yang gemar berkaraoke,” ujar pembantu tadbir yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.Bagi pengantin lelaki, Muhammad Nur Haniff, 27, pula, pengalamannya sebelum ini yang belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah membuatkannya lebih membiasakan diri dengan melakukan aktiviti riadah di dalam hutan.

Walaupun majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan, pasangan pengantin ini melakukan fotografi sebagai kenangan. foto instagram azyn_. Berkongsi pengalaman sewaktu sesi penggambaran, pemuda yang lebih mesra dengan panggilan Haniff cuba untuk menarik perhatian isterinya dengan alam semula jadi.

“Kawasan sesi fotografi ni macam hutan, ada belukar. Tapi berdekatan dengan pantai, jadi memang kena pakai selipar untuk masuk ke kawasan di sini.”Saya dah pesan kat isteri untuk pakai selipar. Ada ketika tu dia pakai kasut tumit tinggi, memang terbenam dalam pasir. Orang tak biasa masuk hutan kan,” ujarnya secara berseloroh.

Walaupun berbeza minat, Haniff bertuah kerana isterinya menyokong minatnya dalam aktiviti luaran selain pandai mengambil hatinya melalui masakan.”Syukur suami menyukai masakan saya, terutama ayam masak pedas dan ikan masak masam manis (sweet sour). Syukur juga suami okay dengan minat saya yang suka berkaraoke,” kata Amalin.

Konsep minimal yang diketengahkan dalam sesi fotografi. foto instagram azyn_.Menurut Amalin, sesi penggambaran pasca-perkahwinan di dalam hutan itu turut diserikan dengan busana tradisional dan dekorasi klasik yang menjadi impiannya.”Kiranya ini adalah gabungan cita rasa saya dan suami. Jujurnya saya memang tak biasa masuk hutan, apatah lagi banyak nyamuk masa fotografi petang tu.”Tapi saya akui tenang persekitaran dalam suasana hutan. Dulu mungkin tak biasa, tapi bila dah kahwin saya kenalah bersedia nanti ikut suami masuk hutan kan,” katanya.

Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid Yang Muda 10 Tahun Daripadanya. Tular Cikgu Cantik Ini Berkahwin Dengan Anak Murid Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Siapa sangka seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

” Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.” Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.” Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.” Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.

” Pada awalnya biasa-biasa saja, belum timbul perasaan lagi, kami berbual dan berbalas mesej pun seperti biasa saja ,” imbuhnya.” Semakin hampir dengan peperiksaan SMA, jadi makin dekat akhirnya.”” Tapi belum bercinta lagi, kerana masih menjaga hubungan sebagai seorang guru dan murid,” jelas Muhrianti.

Setelah Abdul tamat pengajian dan bekerja, dia akhirnya melamar wanita yang juga merupakan seorang Youtuber dikenali sebagai Miss Yanti itu.” Selepas tamat pengajian di SMA, dia mula mencari kerja.” Akhirnya dia melamar saya dan saya terima.

” Saya akhirnya sedar, saya juga suka sama dia,” luah Muhrianti.Dalam pada itu, kisah seorang guru wanita yang akhirnya berkahwin dengan pelajar sendiri pernah juga berlaku di negara kita.Sebelum ini, menerusi mStar Online pada 2018, Muhammad Hazim Shahidan menceritakan detik manis pertemuan bersama Cikgu Aishah.

Muhammad Hazim memberitahu perhubungan bermula hanya dengan usik mengusik di sekolah. Selepas tamat SPM pada 2015, episod cinta antara mereka mula hadir sewaktu dia mahu melanjutkan pelajaran ke sebuah koleh swasta di Bangi.” Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya.

” Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.” Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah.” ujar Hazim.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Pernah Tular Gadis 18 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Berumur 62 Tahun. Pengantin Perempuan Ini Tampil Beri Ayat Padu Kepada Warganet

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun Selepas Hampir Setahun Berkahwin Inilah 5 Foto Terbaru Yang Amat Memeranjatkan | Pada mulanya, foto ini dikongsi Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook,

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dikongsi oleh warganet dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkahwinan ini sebagai bahan lawakan. Ada yang mengatakan ia sepatutnya menjadi pasangan seperti seorang anak dan bapa, cucu perempuan dengan datuk.

Nur Nazirah Nazri18 tahun yang berumur 18 tahun. Allahu, kesakitan menembusi hati orang lemah. Hahahahaha, tulis halaman Lawak Picture Association dengan emosi tertawa tertawa. Menyedari perkahwinannya yang dianggap sebagai lelucon, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menjawab.

Hina sangat muda berkahwin dengan ibu bapa? Perkahwinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin, soal Nasirah kepada warganet.Nur Nasirah mengakui pada mulanya hanya senyap apabila foto perkahwinan foto tersebar di Instagram.

Tetapi orang ramai yang ups (jawatan masih di atas), jadi saya kehilangan k3sabaran. Bagi mereka yang ingin kebahagiaan saya, saya sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih, menulis Nasirah lagi.Tetapi ada juga orang warganet yang membawa kata-kata semangat kepada pasangan ini. Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi ,, Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah,

Saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab rare jer, Dalam Jannah, tak de beza umur dah, semua umur yang sama, kata Faten Nasyrah Zulkifli.Nur Nazirah Nazri Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan,

Bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya ? Lihatlah kemudian, kata Aliah Amanee.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : apacerita

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *