Perkenal banyak tawaran sempena PKP. Grab dedahkan tawaran yang mereka tawarkan dan harap semua rakyat maklum

berita

Grab tidak mengenakan caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat menerusi aplikasi Grab.SEJAK negara dilanda pandemik Covid-19 dan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada Mac tahun lalu, perniagaan-perniagaan telah menghadapi pelbagai cabaran.Atas dasar itu, Grab sebagai sebuah syarikat tempatan, komited untuk melindungi pendapatan ekosistem rakan kongsinya – rakan pemandu, rakan penghantar, rakan peniaga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Antara langkah segera yang diambil Grab termasuklah mengurangkan lagi had komisen sebanyak lima peratus untuk semua rakan peniaga ‘Food dan Mart’ di seluruh negara bermula 13 Januari lalu sehingga 10 Februari 2021.Grab juga tidak mengenakan caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat menerusi aplikasi Grab dalam tempoh sama dan membolehkan pra-pesanan tanpa sentuhan dan bayaran tanpa tunai, menjadikan operasi restoran atau kedai yang lebih selamat.

Rakan penghantar Grab memudahkan urusan kita sepanjang PKP.“Dengan SOP baharu untuk perniagaan dan restoran, Grab telah memulakan inisiatif berikut bagi membantu rakan peniaga di platform Grab untuk berkembang terutama dengan kehilangan pelanggan yang mengunjungi kedai mereka.

“Ia turut memastikan masyarakat masih boleh mendapatkan keperluan harian mereka dengan selamat, mudah dan berpatutan,” kata Grab dalam satu kenyataan.Sementara itu, Grab memperkenalkan kembali kempen ‘Local Heroes’ dalam meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi pelbagai saluran pemasaran dan digital.

Kempen itu diperkenalkan semula ekoran peniaga yang mengambil bahagian dalam ‘Grab Local Heroes’ menyaksikan peningkatan penjualan sehingga 43 peratus dan ia mampu membantu meningkatkan kesedaran tentang perniagaan mereka kepada pelanggan.”Selain itu, dengan platform GrabMerchant yang diperbaharui, rakan peniaga juga akan mempunyai lebih autonomi untuk menguruskan kedai dalam talian mereka terutama jika kehabisan stok atau tidak dapat memenuhi pesanan.

“Di samping itu, rakan peniaga Grab juga dapat memanfaatkan saluran media sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan pautan dalam unik (link) yang dihasilkan sendiri melalui platform GrabMerchant.Grab memperkenalkan kembali kempen ‘Local Heroes’ dalam meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi pelbagai saluran pemasaran dan digital.

“Lebih ramai pelanggan akan bergntung pada perkhidmatan penghantaran, oleh itu Grab berusaha menyediakan akses lebih mudah dan berpatutan untuk keperluan harian, sambil menolong mereka untuk berjimat dalam perbelanjaan,” kata kenyataan itu lagi.Dalam pada itu, Grab memberitahu selari dengan usaha pihaknya menyokong peniaga kecil dan PKS, Grab turut mengurangkan kos penghantaran untuk peniaga Food dan Mart terpilih dan berdekatan serendah 50 sen.

Grab memberitahu usaha mendigitalkan perniagaan kecil turut menyaksikan lebih daripada 100 medan selera dengan hampir 1,000 gerai penjaja terdapat dalam platform Grab.”Pelanggan boleh terus menikmati nasi lemak, char kuey teow, kopi ais dan makanan lain dari pelbagai gerai makanan berbeza dengan ‘Mix & Match’ dan hanya satu pembayaran penghantaran,” jelas kenyataan itu.

Tidak terhenti di situ, bermula 22 Januari 2021, pelanggan dapat menggunakan kod promo FREEDEL bagi menikmati pelbagai hidangan restoran ‘Signature’ kegemaran mereka, dengan penghantaran percuma tanpa had.Untuk lebih banyak penjimatan, bermula dari 15 Januari hingga 17 Januari, GrabRewards akan menawarkan pulangan mata ganjaran sebanyak 40 peratus untuk sebarang baucar Food, Mart atau Express.”Pihak Grab menggalakkan pelanggan untuk merancang pesanan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah dan menggunakan penghantaran tanpa sentuh dan tunai bagi membendung dan memutuskan penularan Covid-19,” kata kenyataan itu lagi.

Terbaru Banyak Kisah Foodrider Mengundang Sebak Pada Warganet. Kini Lebih Tak Sangka Apabila Ada Foodrider Yang Sehinggakan Melakukan Ini.

Warganet meluahkan rasa simpati melihat rider itu makan secara tergesa-gesa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.

Terbaharu, warganet di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya. “Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu. Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.

Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa. Rata-rata warganet turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu.

Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri.

Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya. “Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang.

“Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar. Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa. Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan,” tulis beberapa warganet.

Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau. Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

Pada 28 November lalu, mStar melaporkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan.Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan hampa turut mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Besar Betul Dugaan 2 Rider Sengau Ini Di Tengah Malam. Sanggup Hantar Makanan Pelanggan Dengan Keadaan Motor Yang Sebegini. Lebih Mengejutkan Apabila Ini Bukanlah Rumah Terakhir.

Rakaman CCTV menunjukkan dua penghantar makanan tiba lewat di rumah pelanggan pada pukul 12.30 tengah malam. Makanan yang dipesan lebih awal sepatutnya tiba sekitar pukul 9 atau 10 malam, tapi jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, masih tak kunjung tiba.

Lebih mengejutkan apabila penghantaran tersebut akhirnya sampai di depan pintu pagar rumah pelanggan pada pukul 12.30 tengah malam, ketika pelanggan itu lena dibuai mimpi. Mujur ada suami dan anak lelaki yang setia menunggu sehingga pesanan diterima di tangan, sebelum terbongkar satu kisah di sebalik kelewatan itu.

Menerusi perkongsian yang kini tular, perasaan sayu seorang pelanggan menyaksikan kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pekarangan rumahnya. Pelanggan berkenaan, Nur Farina Abdullah berkata, dia pada awalnya membuat pesanan durian Musang King di sebuah kedai di Batu Caves, Selangor pada 9 Disember lalu.

Penghantar makanan mengepam tayar motosikal.

Wanita berusia 30an itu memberitahu, urusan penghantaran dilakukan oleh peniaga durian tersebut dan ia bukan kali pertama membuat pesanan di kedai yang sama. Sudah dua tahun saya pesan durian di kedai ini. Walaupun jarak antara kedai dan rumah saya di Bangi, Selangor agak jauh tapi saya dah berkali-kali buat pesanan yang sama. Sebabnya kualiti yang dijamin dan memuaskan. Sebelum ini, saya dan keluarga tak pernah mengalami masalah dari segi penghantaran,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, kata Nur Farina, dia cuba menghubungi penghantar makanan yang ditugaskan oleh pengusaha kedai durian tersebut setelah melewati waktu serahan.

“Saya mesej di WhatsApp tapi tak dibalas, call berkali-kali juga tidak dijawab. Bila sampai di rumah saya pukul 12.30 tengah malam, rupa-rupanya ada dua orang yang datang, seorang tunggang motosikal dan seorang lagi galas beg besar yang menyimpan pesanan. Suami beritahu mereka adalah adik-beradik, tapi kedua-duanya sengau (masalah pertuturan) dan salah seorang daripada mereka mempunyai bibir sumbing,” ujarnya.

Jaminan kualiti membuatkan Nur Farina sekeluarga membeli durian itu meskipun lokasinya jauh dari kediaman mereka.

Menurut ibu kepada seorang anak lelaki berusia 17 tahun itu, perjalanan mereka dari Batu Caves ke Bangi diduga dengan angin tayar kurang sehingga terpaksa meminta bantuan suaminya untuk meminjam pam.

Handphone mereka nampak dah lama. Skrin telefon dan retak, jadi salah seorang daripada mereka kena pegang telefon betul-betul untuk melihat Waze (aplikasi navigasi) kerana mereka tak tahu jalan ke rumah kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *