Disahkan positif Covid19 selepas jalani ujian saringan kedua. Aepul Drama Band dedah hal tersebut selepas buat swab test di pusat kesihatan

artis

Selepas drummer kumpulan Drama band disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya, vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza turut sama dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian saringan kedua malam tadi.Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aepul menerusi IG storynya selepas melakukan swab test di sebuah pusat kesihatan swasta.

Walau bagaimanapun, Aepul bersyukur kerana isterinya, Leez Rosli menerima keputusan negatif selepas melakukan ujian saringan tersebut.Tambah penyanyi itu lagi, dia sudah mulai melakukan kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan bersedia menjalani prosedur seterusnya selepas disahkan positif Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu, Aepul berharap agar orang ramai sudi untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya agar mereka terlindung daripada jangkitan pandemik yang semakin menular ini.Terdahulu drummer Drama Band, Faeez Ikhwan, isterinya yang juga penyampai Kool Fm serta anak mereka disahkan positif Covid-19.Selain daripada itu, pelakon Emma Maembong dan suami turut disahkan positif wabak tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

Menangis Tengok Ank Kena Buat Ujian Saringan Covid 19. Lepas Emma Dan Suami Disahkan Positif Covid 19 Mengejutkan Ini Pula Keputusan Ujian Swab Test Anknya.

Pelakon cantik, Emma Maembong telah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia dan suami disah positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan. Hal tersebut pastinya membuatkan Emma begitu risau apabila bayi sulungnya yang baru sahaja berusia dua bulan lebih turut terpaksa menjalani ujian saringan yang agak menyakitkan itu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram anaknya Shariq Gabriel, dapat dilihat si kecil itu menangis sambil ditenangkan Emma yang turut sebak melihat bayinya terpaksa menjalani prosedur tersebut. Emma dan suami disahkan positif Covid-19

walaupun tiada sebarang simptom ataupun kontak rapat. Walau bagaimanapun, keputusan saringan ujian anaknya menunjukkan negatif dan membuatkan sedikit lega. Sehubungan dengan itu, Emma menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga protokol kesihatan dan ambil peluang melakukan swab test walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Sumber: Emma maembong

Disahkan Positif Covid 19 Lepas Buat Ujian Saringan Di Rumah. Akhirnya Emma Maembong Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Sebenar Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif C0VID-l9. Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Ujian calitan terhadap cahaya mata kesayangan Emma dan Muhammad Shazli, Shariq, tidak menunjukkan bayi berusia tiga bulan itu dijangkiti C0VlD-19. Foto IG Emma MaembongMuhammad Shazli turut memaklumkan dirinya positif c0VlD-l9 melalui IG.

Video berdurasi 41 saat dikongsi Emma menunjukkan pelakon drama Bicara Cinta itu melakukan ujian calitan di kediamannya. Dalam entri itu, Emma berkongsi: “Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan. “Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif. “Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangk1ti atau tidak.

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya. Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, bersyukur kesihatannya semakin pulih. “Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” pesannya.

Sumber : Berita Harian

Emma Maembong Baru Je Habis Pantang Tiba Tiba Suami Dah Minta Benda Ni. Mengejutkan Ini Respon Dari Emma Maembong.

Baru sebulan bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang lahir pada 8 November lalu, pelakon Emma Maembong berkata suaminya, Muhammad Shazli Azhar meluahkan hasrat untuk menambah cahaya mata lagi. Ujarnya, sejak memiliki cahaya mata, suaminya lebihkan anak mereka dan jika anak mereka merengek atau menangis, suaminya akan resah dan bimbang akan keadaan putera mereka. Kata Emma lagi, dia tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat lagi.

“Sejak kami ada anak, suami sudah tidak pedulikan saya lagi. Anak pula yang ditanyakan. Kalau waktu tidur pun dengar anak merengek atau menangis, suamilah yang resah lain macam. “Dia mula jadi bimbang dan bertanya keadaan anak. Dalam pada itu, sempat juga beritahu hendak tambah zuriat lagi. Insya-Allah ada rezeki, kami tidak menolak untuk menambah keturunan,” katanya kepada BH Online.

Emma berkata dia sangat beruntung kerana memiliki 19 anak saudara yang pernah diasuh, jadi tidaklah kekok untuk dia menguruskan anak sendiri. “Nasib baik saya sudah biasa melayan kerenah dan mengasuh anak saudara. Jadi, saya tidak kekok menguruskan anak sendiri. Saya tidak canggung memandikan anak dan melakukan pelbagai kerja lain. Saya tidak serabut atau hilang arah memikul tanggungjawab sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Emma akui tidak menyangka dirinya kini sudah bergelar ibu. Ujarnya, sudah dalam dia impikan untuk mempunyai keluarga sendiri dan bersyukur dikurniakan suami yang penyayang.

“Dahulu saya tengok gelagat adik-beradik atau kawan menjadi ibu, sekarang saya sendiri melaluinya di depan mata. Saat yang sudah lama impikan untuk memiliki keluarga dan anak sendiri datang dengan penuh kemanisan.

“Syukur Tuhan kurniakan suami yang baik dan penyayang. Sekarang, saya sudah ada hero pula,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BHARIAN ONLINE via ROTIKAYA 

Muat Naik Foto Emma Maembong Bersama Ank Tiba Tiba Wajah Ank Jadi Buah Mulut Warganet. Siap Kaitkan Dengan Zizan Razak Lagi. Rupa Rupanya Ini Punca.

Memaklumkan isterinya Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu, suami kepada pelakon tersebut iaitu Shazlin Azhar tampil mendedahkan gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.

Perkhabaran itu meraih pelbagai kata pujian daripada pengikut pelakon tersebut dan tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah atas anugerah Allah SWT yang tidak ternilai itu. Malah perkongsian itu juga telah menamatkan segala teka teki dan tanda tanya peminat mengenai desas-desus isterinya dilaporkan sudah bersalin oleh beberapa portal media semalam.

Rentetan itu, sebaik sahaja pihak kami berkongsi semula foto zuriat mereka di laman Facebook BeautifulNara, ramai dalam kalangan warganet dilihat tidak henti-henti memuji kecomelan bayi tersebut. Selain menitip kata-kata pujian, ada pula yang tampil bersuara dan mengutarakan pendapat bahawa hidung anak lelaki mereka mirip bekas teman lelaki Emma iaitu pelawak Zizan Razak.

Bagaimanapun, wujud segelintir pihak seakan menyelar kenyataan itu dan menyatakan bahawa bayi tersebut mengikut rupa paras bapanya yang berhidung mancung. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka. Untuk rekod, Emma telah sah berkahwin dengan Shazli di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: beautifulnara

Lepas Je 3 Minggu Nikah Tak Sangka Pulak Saya Dah Jadi Macam Ini. Emma Maembong Dedahkan Sesuatu Ketika Memegang Bayi Di Atas Pangkuannya Sehingga Mendapat Perhatian Warganet.

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dirinya selalu mengimpikan sebuah keluarga sendiri. Malah, rasa teruja itu sering hadir andai mendukung permata hati kakak atau abangnya yang baru lahir. Menitip kata di Instagram, Emma turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki zuriat selepas lebih tiga minggu mendirikan rumah tangga.

“I have always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach. “Masa ni after 3weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening. all i really want to say is. “Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner,” tulisnya pada perkongsian video yang merakamkan dirinya memangku bayi pada hari bahagianya.

Muat naik itu ditonton lebih 700,000 kali bersama ratusan komen yang rata-ratanya tidak sabar menantikan ahli keluarga baru dalam hidupnya selain mendoakan agar dipermudahkan urusan. Imbas kembali, Emma mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.-MH

Foto: Instagram Emma Maembong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *