Datuk lebih gemar panggil namanya Faridah. Aishah kongsi serba sedikit tentang datuknya yang impikan agar dirinya bergelar seorang qariah

artis

Penyanyi Aishah mendedahkan bahawa datuknya ketika hayat tidak pernah memanggil dirinya dengan nama sebenar.Sebaliknya, kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, datuknya yang dipanggil sebagai ‘Tok Bapak’ itu lebih gemar memanggilnya dengan nama Faridah yang seolah-olah satu nama yang cukup asing kedengaran.”Seingat saya, Tok Bapak tak pernah panggil saya Aishah, bahkan juga Nor.

Cara terbaik membuatkan seorang anak keliru.” Tok Bapak selalu memanggil saya dengan nama Faridah. Hahaha. Mengelirukan! Kenapa? Kerana Tok Bapak suka sangat dengar qariah Kelantan, Hajah Faridah Mat Saman mengaji,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam hantaran itu, Aishah turut berkongsi gambar kenangan bersama datuknya itu.

Jelasnya lagi, kemungkinan datuk mengimpikan agar dirinya untuk bergelar seorang qariah mengikut jejak langkah Faridah.”Saya agak datuk harap yang mungkin satu hari cucu dia boleh jadi qariah. Allahu, saya tertanya-tanya apalah yang akan difikirkannya kalau dapat tahu ‘Faridah’ ini membesar menjadi seorang penyanyi,” coretnya.Katanya lagi, biarpun datuknya sudah tiada, memori yang dicipta mereka berdua merupakan kenangan yang membuai rasa rindu kepadanya.”Saya tak banyak memori bersamanya kerana bila Tok Bapak pergi buat selamanya saya masih kecil sangat. Yang saya ingat, selalu pegang tangan Tok. Suka sangat dia suruh saya pimpin dia,” katanya.

Gelombang Kali Ini Angkanya Lebih Sepuluh Kali Ganda Dari Angka Tertinggi Dari Sebelum Ini. Aishah Lantang Bersuara Berkenaan Isu Tersebut

Aishah mahu tindakan tidak mengira darjat untuk individu yang tidak mematuhi PKP.KEPUTUSAN kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada masyarakat.Golongan selebriti turut memberikan pandangan mengenai pengumuman itu dan berharap semua rakyat patuh arahan kerajaan ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Salah seorang penyanyi iaitu Aishah meminta orang ramai belajar daripada kesilapan lalu dan memandang serius mengenai bahaya virus yang masih belum ada penawar itu.Dia turut berharap kerajaan lebih serius menguatkuasakan undang-undang dengan mengambil tindakan yang sama terhadap semua invidividu yang ingkar arahan tanpa mengira latar belakang.

“Kita mulakan semula (PKP), gelombang kali ini angkanya lebih sepuluh kali ganda dari angka tertinggi dari kita lockdwn dulu. Adakah kita belajar dari pengajaran dulu?Aishah berkongsi pandangannya mengenai PKP.“Saya rasa buang masa saja dulu kita susah payah cuba nak datarkan graf kes baharu rakyat juga yang bersusah payah… kali ini jangan ada lagi undang-undang antara dua darjat, please!

“Terfikir masih ada yang mengatakan Covid-19 ini tidak lebih dari demam selsema biasa, wah suruh dia orang sajalah rawat pesakit Covid tanpa set perlindungan diri (PPE)… kalau betul bagai dikata!” katanya menerusi Instagram.Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam negeri dikategorikan sebagai negeri PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Aishah mahu orang ramai sedar bahaya Covid-19.Pelaksanaan PKP itu akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula 12.01 tengah malam Rabu, sehingga 26 Januari depan.Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) ialah Perlis dan Sarawak.Sepanjang tempoh itu, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah dilarang.

Aishah Pernah Berbadan Besar Dua Tahun Lalu. Dia Berkongsi Dia Sangat Kecewa Dengan Usahawan Produk Hanya Kerana Ini.

Aishah berjaya kurang 33 kilogram selepas dua tahun jalani pembedahan pintasan usus. PenyanyiAishah kecewa dan terkilan dengan tindakan segelintir pengusaha produk pelangsingan badan yang sanggup menipu pelanggan demi keuntungan semata-mata. Menurut Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 55, rata-rata duta produk yang dilantik berjaya mengurangkan berat badan hasil pembedahan pintasan usus (bariatric) dan bukannya kerana keberkesanan produk itu.

“Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan bariatric dan bukan kerana keberkesanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini! Ini bukan tindakan yang betul. Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini. Kasihanlah mereka yang berjuang dengan berat badan dan ditipu dengan produk yang mendakwa penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka tetapi sebenarnya hasil pembedahan. Ini satu penipuan,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Aishah di laman Instagram.

Sementara itu, Aishah turut mendedahkan selepas dua tahun menjalani pembedahan pintasan usus itu, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kilogram. Mengakui bukan mudah untuk mendapatkan berat badan dan saiz ideal itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia masih lagi berusaha untuk mencapai impiannya itu.

“Beberapa hari ini saya banyak tertengok gambar-gambar lama semasa bertanding di Gegar Vaganza musim keempat dulu. Muka macam bulan mengambang, pipi pauh sebesar padang. It felt like a life time away! Perjalanan penurunan berat badan satu cabaran, walaupun dengan menjalani pembedahan bariatic bersama Dr Mustafa… hanya orang yang pernah sampai tahap ‘morbid obesity’ saja tahu cabaran kehidupan apabila saiz badan berlebihan ini. Sakit kaki, penyakit-penyakit lain, kecewa dengan body shaming dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu. Setiap hari adalah satu ‘struggle’ cabaran. Dua tahun selepas pembedahan saya dapat turunkan 33 kilogram dan masih berusaha untuk sampai ke berat sasaran. The struggle is real, the pain is also so real!” ujarnya yang menjalani pembedahan itu pada awal tahun 2018.

Aishah Dikritik Teruk Oleh Warganet Ini. Kini Dia Tidak Lagi Berdiam Diri Dan Sudah Mengambil Satu Tindakan Ini Pada Warganet Itu.

KUALA LUMPUR: Membaca entri dimuat naik penyanyi Aishah selepas menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 menerima kritikan teruk oleh warganet, dapat membayangkan betapa terlukanya hati penyanyi lagu Janji Manismu ini.

Sebagai bintang yang sudah lebih tiga dekad dalam dunia seni dan pernah mengharumkan nama negara, terbit rasa terkilan dalam hati Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin apabila kebanyakan komen dilayangkan berunsur biadap dan menghina martabatnya.

“Sejujurnya, saya bukanlah artis yang tidak boleh menerima kritikan. Kalau saya tidak boleh dikritik, saya tidak akan masuk program Gegar Vaganza (GV). Tapi, kalau hendak kritik, biarlah kritikan itu membina dan beri jalan penyelesaian.

“Soal nyanyian itu sedap atau tidak, ia terpulang kepada telinga si pendengar. Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Dalam hal ini, kebanyakan komen yang ditulis di laman sosial bukannya kritikan yang membina tetapi lebih kepada sikap biadap apabila sanggup mengeluarkan kata-kata berunsur negatif. Sebagai seorang yang sudah berusia, apabila membaca komen sebegini, sudah tentu saya sedih. Kadang-kadang yang menulis itu boleh dipanggil anak. Tergamak mereka berkata sebegitu pada seseorang yang mungkin sebaya dengan ibu mereka,” katanya kepada BH Online.

Aishah berkata, dia bukan sengaja melayan, tetapi tujuannya untuk menjawab atau mendedahkan wajah individu yang berkata sebegitu dalam media sosial adalah bertujuan untuk mengajar mereka.

“Jika terus berdiam diri, nanti generasi baharu menyangka bersikap negatif di media sosial menjadi amalan normal dalam masyarakat hari ini. Mereka akan menganggap perkara itu tidak salah. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Sebelum ia menjadi lebih teruk, lebih baik saya cantas dan bertindak untuk berdepan dengan golongan wira papan kekunci ini. Saya juga sudah serahkan perkara ini kepada peguam dan mereka sedang menelitinya. Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit. Tujuan saya mendedahkan wajahnya adalah kerana saya hendak bagi peringatan supaya jangan sewenang-wenangnya menulis komen yang bukan-bukan. Jangan jadikan orang lain sebagai tempat pelepas kemarahan jika dia mempunyai masalah dalam kehidupannya. Apakah dia sengaja mahu memalukan saya dengan menulis komen sebegitu? Saya tidaklah sengkek sangat seperti yang dikatakannya itu,” katanya.

Juara program realiti Gegar Vaganza musim keempat itu berkata, dia juga tidak berpuas hati dengan nyanyiannya, tetapi cuba memberikan yang terbaik.

“Bayangkan, dalam tempoh lima hari, saya perlu menghafal lagu itu, membuat latihan, kena siapkan baju dan pelbagai persiapan lain yang menuntut masa yang bukan sedikit. Saya pegang tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ketika membuat persembahan, saya rasa seperti mahu pitam. Untuk mengelak berlakunya kejadian tak diingini, saya cuba mengawal pergerakan saya supaya tidak jatuh sehingga mengganggu fokus saya. Saya bersyukur kerana tiada apa yang berlaku. Apabila dengar kembali, saya tak rasa nyanyian saya teruk seperti yang didakwa. Tapi saya faham cita rasa pendengar berbeza,” katanya.

Aishah berkata, ketika mula menerima tawaran untuk menyanyikan lagu itu, dia terkejut kerana pernah terdetik dalam hati mengapa tiada komposer dapat memberikan lagu sebegitu kepadanya.

“Tidak sangka Tuhan menjawab doa saya. Selain tertarik dengan melodi dan demi penyanyi asalnya, Siti, saya anggap peluang itu adalah satu tawaran kerja buat saya. Daripada tidak buat apa-apa, saya terima tawaran itu. Namun, apabila ada yang tidak berpuas hati dan mengkritik saya, ralat juga hati ini. Apapun, saya serahkan kepada komposer, Ippo Hafiz untuk membuat keputusan. Kalau Ippo masih mahukan saya menyanyikan lagu itu jika ia berjaya ke final, saya sudi menyanyikannya,” katanya

Sebelum ini Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang warganet yang berkata sebegitu pada dirinya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai. Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menjatuhkan reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *