Alami alahan ringan manakala suami pula sakit kepala. Sasha Saidin kongsi keadaannya dan suami selepas menerima dos kedua vaksin Sinphorn

artis

SELEPAS 21 hari menerima suntikan pertama, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin memaklumkan dia serta suaminya iaitu Sirhan Wahab sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm dengan mengambil dos kedua pada Rabu.Ujar pelakon berusia 45 tahun berkenaan, dia menerima suntikan dos kedua yang merupakan booster atau penggalak itu di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite turut berkongsi keadaan dia dan suami yang berasa letih dan mengalami sakit kepala selepas menerima suntikan tersebut.Sasha berkongsi pengalaman itu menerusi laman Instagram miliknya.“Alhamdulillah semalam Sirhan dan saya sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama di Hospital Emirates Field di UAE.

“Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada (berfungsi sebagai) booster (penggalak) dan lebih ‘ringan’ berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini.”Sebaik pulang ke rumah dari pusat vaksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan sakit kepala. Namun selepas makan ubat paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.

“Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (Khamis),” katanya.Kakak kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi pengalaman tersebut menerusi laman Instagram.Sasha dan suaminya yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

Dalam pada itu, Sasha mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan UAE yang berterusan bertungkus lumus melawan pandemik Covid-19.Malah, Sasha juga mengagumi kerja keras barisan hadapan iaitu doktor, jururawat dan petugas kesihatan di hospital tersebut yang masih mampu melakukan tugas dengan baik biarpun dalam keadaan kepenatan.

Sasha dan suami menetap di UAE selepas mereka berkahwin.“Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada @ministryofhealthuae yang bertungkus lumus melawan pandemik serta menyediakan vaksin percuma untuk seluruh penduduk di UAE.”Dua kali pergi hospital itu, kami melihat doktor, jururawat dan petugas di sana dalam keadaan keletihan menguruskan beribu pesakit setiap hari namun masih tetap menjalankan tugas dengan baik.”Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bekerja keras membantu menghasilkan vaksin dan terima kasih atas doa anda semua serta kami juga mendoakan anda dalam keadaan baik,” ujarnya.

Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup

SELEPAS lapan tahun menjanda, pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada malam, Isnin.Sasha, 43, dinikahkan oleh adiknya yang juga pelakon Zain Saidin, 36, kira-kira pukul 9.29 malam.Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin beserta lima berbalas tiga dulang hantaran.

Selain itu Sasha juga menerima wang hantaran berjumlah RM10,000.Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan media.Sasha dan Sirhan dinikahkan oleh adiknya, Zain Saidin.Pada majlis yang penuh bermakna itu Sasha memilih persalinan rekaan Yann Creation By Yani Bakhtiar dan ditata rias oleh Wira Kastrya.

Selepas berkahwin, Sasha merancang untuk mengikut suaminya yang juga duda anak dua itu berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.Sebelum ini, Sasha merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu bagi menghormati kehidupan peribadi Sirhan yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

Pasangan mempelai bersama anggota kumpulan Elite iaitu Linda (kiri), Azza (duduk) dan Watie (kanan).Sasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London namun bercerai empat tahun selepas itu.Kemudian, dia berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah talak satu pada 10 Julai 2012.Bekas anggota kumpulan Elite itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarson yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan keduanya.

Sasha Saidin dikatakan permpas dan punca suami berpisah dengan bekas isteri –

BARU empat hari berumah tangga, timbul pula cerita kurang enak mengenai penyanyi Sasha Saidin yang didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab berpisah dengan bekas isteri sebelum ini.Bagaimanapun, Sasha, 43, dan suaminya yang juga bekerja dalam sektor kewangan itu menegaskan segala kenyataan itu adalah tidak benar.

“Kami ingin menjelaskan bahawa berita yang disebarkan oleh seseorang individu tentang rumah tangga kami ialah ftnah semata-mata.Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan pada Isnin.“Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan InsyaAllah Allah SWT akan memaafkannya. Alhamdulillah majlis pernikahan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kami.

“Kita ini manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah juga,” kata Sasha kepada mStar.Sasha diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog memaparkan kiriman email daripada individu yang mendakwa Sasha menjalinkan hubungan dengan Sirhan sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.

Menerusi kiriman emel tersebut, Sirhan, 42, dikatakan pernah berkahwin dan membawa bekas isterinya itu tinggal bersama di Dubai, namun pasangan itu bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita berkenaan selamat bersalin anak pertama mereka.Malah, suami Sasha juga dituduh telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata demi mengejar cinta anggota kumpulan Elite itu.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa keluarga Sirhan tidak merestui perkahwinan mereka berdua.Sasha dan Sirhan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja di negara itu.

.Pasangan itu juga memilih untuk menunaikan umrah sebagai bulan madunya dalam masa terdekat.”Keputusan untuk mengikuti suami dan berhijrah ke sana daripada saya sendiri. Insya-Allah saya akan berpindah dalam masa terdekat.”Selain itu, dalam masa terdekat ini juga saya dan suami akan menunaikan umrah. Kami mahu berbulan madu di sana,” ujarnya.

Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner namun berpisah empat tahun selepas itu.Perkahwinan keduanya dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono turut berakhir 10 Julai 2012 dan mereka mempunyai anak, Adam Aryasenna Notosoemarson yang kini berusia 11 tahun.

Sasha Saidin Dapat Hak Jagaan Kekal Anak

Sasha, 39, sebaliknya berkata, tuntutan itu dibuat untuk kepentingan Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia enam tahun bagi memudahkan urusan dokumentasi memandangkan bekas suaminya kembali menetap di Indonesia.

“Bekas suami memang memberi hak penjagaan anak kepada saya tetapi kami tidak pernah memfailkan perkara itu di mahkamah syariah.”Bagaimanapun masalah mula timbul tahun lalu ketika saya ingin memperbaharui pasport antarabangsanya yang memerlukan tanda tangan ibu bapa selain saya tidak mempunyai dokumen sah mengatakan Arya diberikan hak penjagaan kepada saya.

“Atas sebab itu saya buat tuntutan hak penjagaan secara rasmi di mahkamah dan turut dipersetujui oleh bekas suami tanpa sebarang halangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.Tambah Sasha dia memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu dan kes berkenaan selesai pada Jun lalu.

Arya gembira dapat bertemu dengan maskot kartun Saseme Street ketika berkunjung ke Universal Studio Singapura.“Sejak awal saya lakukan semuanya sendiri tanpa bantuan peguam. Sepanjang tempoh itu juga banyak yang saya belajar dan Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik,” ujarnya.Bekas anggota kumpulan Elite itu berkahwin dengan Salyo seorang warga Indonesia pada 2007 sebelum berpisah pada 10 Julai 2012.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia baharu sahaja pulang daripada bercuti di Singapura bersama anaknya sempena sambutan hari jadinya yang keenam pada 28 Ogos lalu.Tambah Sasha, percutian selama lima hari itu bertambah manis apabila krew syarikat penerbangan Firefly membuat kejutan kepada anaknya apabila menyambut hari istimewa itu di atas kapal terbang.

“Kebetulan saya ada rakan yang bekerja dengan Firefly dan tidak sangka pula dia membuat kejutan siap dengan kek dan pengumuman khas berhubung hari jadi Arya.”Sudah tentu anak saya terkejut dan gembira namun paling penting kami sama-sama dapat meluangkan masa pada hari istimewanya dengan membawanya ke zoo, Universal Studio Singapura dan tempat menarik lain di sana,” katanya.

Arya menerima kejutan daripada krew penerbangan Firefly yang menyambut hari jadinya di atas pesawat.Jelas Sasha lagi, sejak Arya berusia empat tahun dia akan memastikan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun akan membawa anak kesayangannya itu bercuti sama ada di dalam atau pun luar negara.

Menjadi seorang ibu tunggal memerlukan saya bekerja keras bukan untuk saya tetapi Arya dan saya akan menyimpan sedikit hasil wang daripada projek lakonan dan peragaan untuk digunakan membawanya bercuti,” kata Sasha.Dalam perkembangan lain, Sasha berkata, selain berlakon dia kini lebih banyak menerima tawaran peragaan selain mengikuti sesi bersama peminat untuk pelancaran produk seperti kosmetik dan fesyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *