Wanita ini akui dulu sering makan buah kembar. Sekali tak sangka pula bila bersalin dapat anak triplet.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Bayi kembar tiga Nor Haniffah Omar menjadi perhatian ramai selepas wanita itu berkongsi kisahnya di Facebook. “Saya tak pernah terfikir langsung untuk dapat anak kembar, apatah lagi kembar tiga.”

Demikian kata Nor Haniffah Omar ketika bercerita mengenai kisahnya yang dikurniakan tiga cahaya mata kembar, kesemuanya perempuan. Wanita ini memuat naik satu perkongsian di laman Facebook sekadar mengimbas kenangannya bersama arwah ibu sebelum dia disahkan mengandung kembar tiga.

“Sebelum mengandung kembar, selalu je makan buah yang kembar-kembar macam pisang, petai, jambu. Arwah Ma selalu je cakap, ‘makan la, nanti dapat anak kembar’. Dalam hati cakap ‘mengarut je, tak mungkin la makan benda macam tu dapat anak kembar… mitos je’. Tup tup dapat kembar, arwah Ma la paling happy,” tulisnya pada posting tersebut yang sehingga kini meraih 11,000 perkongsian.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita ini berkata dia sememangnya sering terjumpa buah-buahan yang bersifat kembar secara kebetulan, namun langsung tidak terniat untuk memperoleh cahaya mata kembar apabila memakannya.

Nor Haniffah bersama suami, si kembar tiga dan anak keduanya.

“Sebetulnya, sebelah keluarga saya dan keluarga suami, masing-masing ada keturunan kembar. Tapi memang tak jangka kami pun dapat kembar. Anak pertama dan anak kedua saya pun dilahirkan bukan kembar. Tapi semuanya sebab ketentuan Allah… makan buah-buahan kembar itu hanya kebetulan saja, nak mengimbas cerita. Janji Allah itu pasti… rrezeki, jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah,” katanya lagi.

Mengimbas kembali kisah kandungan ketiganya itu, wanita berusia 31 tahun ini berkata ketika kali pertama membuat pemeriksaan sewaktu kandungannya berusia 14 minggu, dia dan suami dikhabarkan bakal menimang kembar dua (twin).

“Masuk 19 minggu, ketika buat pemeriksaan, doktor kesan bukan dua, tapi tiga. Kemudian terus buat scan detail, memang rupa-rupanya ada lagi seorang dekat bawah. Scan detail kali kedua juga sahkan saya hamil kembar tiga. Memang terkejut, suami pun terkejut tapi dan seronok. Namun insan yang paling gembira adalah arwah Ma saya… dia kata doanya didengari oleh Allah,” ujar wanita yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Si kembar kini sudah berusia lebih setahun.

Menurut Nor Haniffa, sewaktu kehamilannya kali ini, dia berdepan dengan alahan yang sangat teruk. “Saya terlalu lemah kerana kerap muntah… memang banyak masa dihabiskan dengan tidur sahaja. Ketika itu berat badan daripada 78kg susut menjadi 58kg sahaja. Alahan berterusan sehingga kandungan berusia 6 bulan,” ujarnya. Ceritanya, dia kemudian terpaksa dimasukkan ke wad selama sebulan memandangkan kandungan kembar tinggi dengan risiko.

Insan yang paling gembira adalah arwah Ma saya… dia kata doanya didengari oleh Allah.

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Cabarannya adalah selepas melahirkan kerana saya terpaksa menjaga anak bersendirian kerana suami bekerja di Kuala Lumpur. Hanya sebulan sekali dia dapat pulang ke Kelantan, tapi sekarang sudah PKP, mungkin dapat balik dua atau tiga bulan sekali. Namun saya bersyukur, abah dan keluarga ada untuk membantu. Anak sulung yang berumur 10 tahun pun sudah boleh diharap,” ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Nor Haniffah turut meluahkan rasa terharu apabila ramai warganet memberikan komen positif di samping mendoakan anak-anaknya. Saya ucapkan terima kasih sangat, tak mampu nak balas satu demi satu. Cuma apa yang boleh saya kongsikan, kepada mereka yang teringin dan berhajat nak dapat anak kembar, kena kuat mental dan fizikal. Seronok bila tengok wajah-wajah comel mereka tapi sebenarnya sangat mencabar dari segi penjagaan, tambahan pula kembar tiga. Tapi anggaplah ia rezeki dan amanah dari Allah… memang masa mereka kecil ni mencabar, insyaAllah besar-besar nanti boleh senangkan kita pula,” katanya lagi.

Si kembar tiga ini masing-masing mempunyai karakter berlainan.

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *