Pemuda ini pasrah bila belum masuk tapi dah kena buang kerja. Sekali kuasa twitter buatkan jadi macam ini pula.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Rais baru menamatkan pengajian dalam Diploma Komunikasi Massa di UiTM, Alor Gajah. (gambar kecil) Ciapan Rais di laman Twitter. Seperti yang kita sedia maklum Malaysia diletakkkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

Pelaksanaannya yang dibuat dalam tiga peringkat iaitu PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mengikut negeri-negeri yang terjejas nyata memberi impak kepada sebahagian besar masyarakat terutamanya dari segi gaji dan sumber pendapatan.

Situasi sebegini turut dilalui seorang pemuda yang menerima berita buruk sebaik sahaja pengumuman PKP dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin. Muhammad Rais Ridzuan, 21, berkata dia mendapat mesej melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan bahawa kerja yang ditawarkan kepadanya sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana syarikat ingin mengurangkan staf atas alasan PKP dilaksanakan semula.

Paparan skrin luahan Rais di laman Twitter menjadi tular.

Kisah mengenai nasib tak berbaunya itu menjadi tular selepas Muhammad Rais berkongsi mesej yang dikirim oleh syarikat berkenaan di Twitter. “Seronok kan PKP,” tulisnya sini di laman Twitter, merujuk kepada paparan skrin mesej yang turut dikongsi bersama tweet tersebut.

Muhammad Rais yang mempunyai Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alor Gajah, Melaka berkata, dia baru menerima tawaran kerja di sebuah hotel di Perak dan sepatutnya melapor diri pada 19 Januari ini. Bagaimanapun niat untuk bekerja sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah pada April akan datang terpaksa dilupakan apabila menerima mesej tersebut.

“Seminggu selepas temuduga di sebuah hotel, saya ditawarkan untuk bekerja sambilan di situ sebelum saya masuk degree. Seronok sangat masa dapat berita tu. Maklumlah dengan keadaan ekonomi tengah teruk ni, saya bersyukur masih berpeluang dapat tawaran bekerja, boleh cari duit lebih sikit,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Rais, dia bagaimanapun risau apabila melihat kes harian Covid-19 naik mendadak dan dalam masa yang sama sudah dapat mengagak sesuatu akan berlaku kepada tawaran kerjanya jika PKP dilaksanakan semula. “Dah dapat agak… takut mereka tak nak ambil kerja dan tak lama selepas pengumuman tu saya pun dapat mesej maklumkan tak perlu masuk kerja sebab mereka nak kurangkan staf,” katanya.

Saya faham… kerana tahu semua terkesan dengan Covid-19 ini. Cuma sedih jugalah sebab niat memang nak cari duit.

Menurut Rais, walaupun kecewa dia faham dengan situasi sekarang dan menganggap itu bukan rezekinya. “Saya faham bila dapat mesej tu dan saya pun balas dengan baik kerana tahu semua terkesan dengan Covid-19 ini. Cuma sedih jugalah sebab niat memang nak cari duit sebelum sambung belajar,” ujarnya.

Sebaik sahaja Rais berkongsi kisahnya, dia tidak menyangka berlaku situasi lain pula. Selain warganet memberi kata-kata semangat kepadanya, dia turut dihujani mesej yang memberi maklumat tentang kekosongan jawatan dan tawaran kerja di tempat lain malah ada juga yang terus memintanya menghantar resume.

“Kuasa Twitter, tiba-tiba ramai pula yang tawarkan saya kerja dan kebanyakannya kerja dari rumah. Memang rezeki betul, mungkin tak ada rezeki nak kerja dekat hotel tetapi dapat rezeki lain. Alhamdulillah… saya bersyukur sangat,” ujarnya. Selain itu, ramai juga yang berkongsi kisah berdepan nasib sama apabila mereka tiba-tiba dibuang kerja dan terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKP.

Pelajar Minta Kelonggaran Jawab Ujian Disebabkan Banjir. Sekali Jawapan Pensyarah Ini Mengundang Rasa Tidak Puas Hati Pada Warganet.

Tidak dinafikan rata-rata pelajar di Malaysia kini, berhadapan dengan pelbagai masalah berikutan pengenalan sistem Open Distance Learning (ODL) yang diadaptasi menggantikan sistem pembelajaran sebelum ini. Perkara tersebut berpunca apabila sesetengah pelajar hilang tempat tinggal yang ‘kondusif’ kerana tinggal di rumah masing-masing berbanding tinggal di kolej kediaman yang menyediakan capaian internet yang bagus. Seperti perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Cik Bunga Merah, menceritakan pengalamannya ‘diperrli’ oleh seorang pensyarah.

Sempat ‘perrli’ pelajar

Mendapat lebih 21.1k retweet, pelajar tersebut pada mulanya memaklumkan kepada pensyarah bahawa dia menghadapi masalah untuk menjawab peperiksaan berikutan faktor cuaca dan keadaan banjir yang membataskannya untuk mendapat capaian internet yang lebih baik. Namun, respon pensyarah yang seakan tiada simpati terhadap keadaan pelajar yang ditimpa musibah mengundang amarah warganet. 2 minggu lepas saya dah maklumkan ada ujian. Rasanya sempat buat bangsal atau rumah atas pokok untuk dapat signal yang lebih baik.

Pengalaman pelajar lain

Menerusi ruangan balas, terdapat juga pelajar yang lain berkongsi pengalaman mereka bersama pensyarah masing-masing. Terdapat juga pensyarah yang ‘sesuka-hati’ melabelkan pelajarnya dengan satu panggilan yang tidak sopan. Namun, terdapat juga pensyarah yang faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan boleh bertolak ansur demi kemaslahatan bersama.

Buat lap0ran

Rata-rata warganet berpendapat pensyarah tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan supaya tindakan yang wajar boleh diambil. Tidak berakhir di situ, warganet berpendapat seseorang pensyarah itu, sepatutnya bersikap profesional dan faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sendiri. Sumber: Cik Bunga Merah

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *