Instafamous ini berkongsi satu berita duka di laman media sosialnya. Tak sangka dirinya kini positif covid 19.

Amalan Covid 19 Kehidupan Keluarga Uncategorized

Hafiz disahkan positif Covid-19 pada hari pertama PKP 2.0. (kiri) Hafiz bersama isteri Syafiqah Aina dan anak perempuan, Raisya Arisa. Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Rabu memberi khabar duka buat Instafamous, Hafiz Mahamad apabila disahkan positif Covid-19.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat pengumuman mengejutkan itu menerusi laman Instagram pada lewat malam Rabu. Bercakap kepada mStar, Hafiz berkata, dia terkejut sebaik menerima keputusan positif Covid-19 pada pukul 1 pagi, hanya sejam selepas PKP hari pertama dikuatkuasakan. Usahawan berusia 27 tahun itu memberitahu, dia membuat ujian swab pada Jumaat lalu selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja dan keputusan adalah negatif.

Keputusan yang menunjukkan Hafiz positif Covid-19.

“Saya dan keluarga buat ujian swab sekali lagi pada Isnin. Ini termasuk kira-kira 20 staf yang turut melakukan ujian sama secara berasingan. Bila saya dapat keputusan pukul 1 pagi tadi (Rabu) memang saya terkejut sebab tak ada gejala, apatah lagi keputusan sebelumnya adalah negatif. Hari pertama PKP dan hari pertama saya positif Covid-19. Ingatkan PKP ni nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu terluang, sibuk dengan kerja dan urusan lain. Saya reda dengan ujian ini,” ujar usahawan ini ketika dihubungi.

Keputusan negatif Covid-19 diperoleh Hafiz pada Jumaat lalu.

Hafiz bagaimanapun bersyukur apabila isteri, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia setahun dan tujuh bulan disahkan negatif Covid-19. Dia yang berasal dari Kelantan itu sering melakukan ujian saringan Covid-19 setiap kali melakukan tugasan di luar kawasan dan selepas memberi bantuan termasuk di Kuala Lipis, Pahang untuk mangsa banjir, baru-baru ini.

Walaupun satu rumah, tapi saya sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan isteri dan anak. Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan

“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulillah keputusan masih negatif, cuma kali ini yang positif. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak dan team saya negatif. Syukur sekarang PKP, jadi mereka tak ke mana-mana dan menjalani kuarantin di rumah,” ujarnya.

Hafiz turut mengumumkan beliau positif Covid-19 di laman sosial.

Menurut Hafiz, pada masa ini dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di tingkat bawah rumahnya di Cyberjaya, Selangor sementara menunggu panggilan untuk dibawa ke hospital.

“Walaupun satu rumah, tapi saya sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan isteri dan anak. Saya boleh dengar suara anak dan isteri dari tingkat bawah.Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan. Saya berharap isteri dan anak serta orang lain terus diberikan kesihatan. Doakan saya dan keluarga,” katanya.

Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Tidak Sangka Boleh Terima Bantuan Tepi Jalan. Rupanya Ini Ceritanya Bagaimana Dia Bertemu Individu Ini.

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia. Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara. Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.


Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi. Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka. Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Rata-rata warganet terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain. Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Dulu Hafiz Mahamad Ada Wakafkan Van Ni Di Masjid. Tidak Sangka Hari Ini Van Ini Juga Dapat Membawa Temannya Ke Rumah Abadinya.

Seorang usahawan dikenali ramai Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah pergi selamanya, pagi semalam. Hafiz yang juga seorang instafamous berkata, dia telah bergegas pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi.

” Sahabat saya Loh baru saja pergi pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan. Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories. Hafiz turut menulis entri yang menyentuh perasaan ramai.

Siapa sangka Allah membuka hatinya sebelum ini untuk mewakafkan sebuah van jnzah kepada sebuah masjid, kini van itu juga Hafiz pandu untuk membawa jnzah sahabat baiknya itu.

” Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada. Ya Allah, sebak dan terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight dan fly ke Kelantan. Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jnzah. Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu dan cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik jnzah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni. Sahabat yg membesar dan selalu sokong. Sekarang berada dalam alam lain dan saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.”

Guna van jnzah yang diwakafkan untuk bawa Loh

” Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jnzah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jnzah sahabat saya loh. Sampai di Masjid, saya imamkan solat jnzah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat. Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lg sebak tu. Saya ke tempat persemadian, saya turun ke lubang itu. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat. Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa? Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat. Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana. Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan dan sahabat sahabat kita yg lain loh. Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”. Jumpa mu nanti disana nanti,” akhiri Hafizi.

Berkawan sejak kecil, berjanji untuk saling membantu

Sebelum ini, kisah Hafiz pernah menarik perhatian ramai apabila sanggup merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan dia sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu. Melihat keadaan sebegitu, Hafiz akui mahu menitiskan air mata namun dia kuatkan diri dan terus siapkan sahabatnya itu untuk dibawa ke hspital Katanya, mereka sudah berkawan baik sejak kecil dan masing-masing pernah berjanji untuk saling membantu jika ada antara mereka yang memerlukan pertolongan.

” Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap,” tulis Hafiz Mahamad sebelum ini di mana kisah mereka menjadi tular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *