Cahaya biru gajet sangat membahayakan mata kanak kanak. Ini antara perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Mata adalah organ anugerah Pencipta yang sangat berharga. Justeru, kesihatan mata perlu diambil serius dan itu semua bagi memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan. Tidak kiralah berapa usia kita, penjagaan rapi perlu dititik beratkan. Apatah lagi warga emas, bayi dan kanak-kanak. Golongan inilah yang sangat sensitif. Bercerita tentang mata, seorang pegawai perubatan, Dr Redza Zainol melalui bebenang Twitternya melontarkan pesanan berharga kepada ibu bapa di luar sana.

Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.

Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.

“Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak. Ini kerana merujuk kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada cahaya biru (blue light) yang terhasil daripada skrin gajet jika digunakan lebih dari sejam sehari,” tulisnya.

Untuk pengetahuan pembaca, sinaran ultraviolet daripada matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Namun, cahaya biru tadi pula boleh menembus sehingga ke bahagian saraf mata. Memang menakutkan!

Pegawai perubatan dalam bidang pediatrik itu kemudian berkongsi catatan American Academy of Pediatrics tentang limitasi penggunaan skrin gajet:

Penggunaan skrin gajet untuk bayi di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan kecuali sesi pendek semasa membuat panggilan video bersama keluarga. Justeru itu, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun pula, disarankan cuma sejam sahaja.

“Namun, tak semua mak ayah ikut pun nasihat ini. Ingat, apabila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh,” beritahu Dr Redza. Menerusi bebenang itu, pegawai perubatan itu turut mengemukakan amalan senaman mata bagi mengelak masalah penglihatan. Antaranya adalah:

i) Peraturan 20-20-20.

Caranya, untuk setiap 20 minit berhenti dan berehat melihat skrin tersebut. Kemudian minta anak kecil memandang tempat lain sejauh 6.1 meter (m) selama 20 saat. Mudahkan? Walaupun mudah, ia dapat memberi manfaat besar untuk mata yang sihat kerana peraturan itu dapat membantu merehatkan mata dan mengelak daripada mata terlalu penat.

ii) Fokus jauh dan dekat.

Caranya, letakkan ibu jari pada jarak 20 sentimeter (sm) dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Selepas itu, pandang tempat yang 6.09m jauhnya selama 20 saat. Ulangi langkah tersebut beberapa kali. Sehubungan itu, jika anda, ahli keluarga lain lebih-lebih lagi si cilik yang mempunyai simptom masalah mata, segeralah dapatkan nasihat pakar agar ia tidak melarat.

Awasi juga perilaku anak-anak kita. Jangan biarkan mereka berterusan melekat dengan telefon pintar mahupun komputer. Tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan satu situasi yang agak sukar sebenarnya untuk mama dan papa mengawal anak-anak yang barangkali kebosanan. Namun, demi kebaikan, anda kena bertegas ya!

Kredit: SinarPlus,

Rakyat Korea Selatan Diberi Insentif Hingga RM300 Ribu Untuk Tambah Zuriat. Difahamkan Tiada Faedah Pinjaman Dikenakan Kepada Yang Melahirkan Seorang Anak

Kalau korang suka tengok K-drama, mesti perasan kan banyak watak keluarga dalam cerita Korea hanya ada seorang anak sahaja kan. Rupa-rupanya, di dunia nyata pun, rata-rata rakyat Korea Selatan sememangnya hanya mempunyai maksimum dua orang cahaya mata. Kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Seoul membuatkan mereka menolak jumlah anak yang ramai. 

Disebabkan itu, populasi rakyat Korea Selatan juga semakin menurun sejak kebelakangan ini. Jadi, dalam usaha untuk meningkatkan lagi populasi penduduk, kerajaan negara itu telah mengeluarkan insentif terbaharu di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pasangan yang berkahwin, lapor UPI.Com.

Kerajaan Korea Selatan akan memberikan insentif sehingga RM369,279 iaitu 100 juta Won kepada pasangan suami isteri yang tinggal di bandar Changwon, Gyeongsang Selatan.Difahamkan, mana-mana pasangan yang tinggal di bandar tersebut berpeluang untuk menerima insentif kewangan tersebut dan tiada faedah pinjaman akan dikenakan kepada mereka jika mereka melahirkan seorang anak.

Manakala, pinjaman tersebut tidak perlu dibayar semula jika mereka berjaya mempunyai tiga orang anak sebab wang tersebut akan dianggap sebagai hadiah kepada keluarga berkenaan. Jadinya, kalau taknak bayar pinjaman, dorang kena ada tiga orang anak lah kan. Namun, jika mereka mempunyai dua orang zuriat, hanya 30 peratus daripada pinjaman tersebut sahaja yang tidak perlu dibayar.

Menurut Kim Jong Pil yang merupakan wakil Jabatan Perancangan bandar Changwon, polisi tersebut dibuat untuk menggalakkan pasangan untuk berkahwin dan memperolehi zuriat.Tahun lalu, Korea Selatan telah merekodkan lebih banyak kadar pemergian berbanding kadar kelahiran, lapor Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan negara itu.Apa pendapat korang kalau Malaysia pun tawarkan polisi yang sama? 

Tular Video Satu Pasangan Ini Apabila Isterinya Sampai Menangis Teresak Esak Di Restoran Makanan Korea Kerana Lagu Yang Dimainkan Itu Dianggap Sedih. Tak Sangka Reaksi Isterinya Yang Hamil Itu Benar Mengejutkan.

Zahin bersama isterinya yang hamil. Isterinya tiba-tiba menangis di kedai makan. Seorang suami sama sekali tidak menyangka isterinya secara tiba-tiba menangis di tempat awam.

“Punyalah power hormon masa hamil ni, isteri aku boleh nangis kat kedai makan sebab diorang (mereka) pasang lagu sedih,” tulisnya menerusi satu ciapan sehingga menjadi tular. Ketika kejadian, suami berkenaan, Amir Zahin Azham berkata, dia membawa isterinya menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea. Sementara menunggu pesanan, pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, satu lagu nyanyian kumpulan dari Korea Selatan yang dimainkan di restoran itu menarik perhatian isterinya.

Perkongsian Zahin mengenai isteri di laman Twitter menjadi tular.

“Isteri kata lagu ‘Because I am A Girl’ oleh kumpulan Kiss adalah kesukaannya. Tapi video muzik lagu berkenaan membuatkan dia rasa sedih. Tiba-tiba isteri kata dia nak menangis sebab teringat jalan cerita video muzik tu. Bila separuh lagu tu dimainkan, isteri dah tak tahan dan terus menangis teresak-esak,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Zahin, katanya, reaksi isterinya yang hamil anak pertama yang memasuki usia tujuh bulan itu mengejutkannya kerana benar-benar tidak pernah isterinya menangis di tempat awam.

Isteri Zahin kembali bertenang sebelum pesanan tiba.

“Isteri saya memang hati tisu, sensitif orangnya. Tapi tak pernah pula dia menangis secara tiba-tiba macam tu. Begitu hebat impak video muzik tu pada diri dia. Sebenarnya, pernah terjadi sebelum ni isteri menangis kerana lagu yang sama. Tapi ini pertama kali dia menangis di tempat awam sebab lagu tu,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mendirikan rumah tangga sejak 2018, dia menjelaskan bahawa video muzik itu membuatkan isterinya mengemukakan satu soalan yang tidak pernah difikirkannya selama ini. Menurut Zahin, video muzik itu mengisahkan seorang jurugambar yang meminati seorang gadis cantik dalam pertemuan yang tidak disengajakan ketika sesi fotografi.

Salah satu babak dalam video muzik lagu ‘Because I Am A Girl nyanyian kumpulan Kiss. sumber YouTube

“Mereka kemudian bercinta tetapi kejadian berlaku apabila mata gadis itu terkena bahan kimia yang digunakan untuk fotografi, sehingga merosakkan penglihatannya. Jurugambar itu kemudian mendermakan kedua-dua matanya bagi membolehkan kekasihnya itu melihat semula sebelum menjauhkan diri, sehingga sanggup meninggalkan kerjaya jurugambar dan minatnya dalam sukan permotoran.

Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi

“Jadi, isteri bertanya saya sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami seperti video muzik tu, adakah saya akan meninggalkan dia selepas mendermakan mata saya? Walaupun saya minta perkara yang berlaku di dalam video muzik itu dijauhkan dan semoga hubungan kami sentiasa diberi perlindungan, tapi jawapan saya mudah saja. Saya kata saya hanya mendermakan sebelah mata supaya kami sama-sama dapat melihat antara satu sama lain dan hidup bahagia,” katanya yang mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Zahin (kanan) mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, Zahin turut menegaskan bahawa kedua-dua mereka juga bukanlah pengikut drama, filem atau lagu dari Korea Selatan. “Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi. Memang tak sangka emosi dia terlebih masa mengandung ni. Tapi kami suka makan makanan Korea, kalau lagu tu dimainkan lagi bila datang ke restoran Korea, mungkin saya cepat-cepat beritahu pekerja untuk tukar lagu sebelum isteri menangis dan buat kejutan lagi,” ujarnya secara berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *