Tular di laman media sosial gelagat lelaki ini tidur sambil dibawa arus banjir. Tapi rupanya ini yang terjadi.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga Uncategorized

Video dan gambar lucu yang dimuat naik oleh Muhamad Faris di Twitter mencuit hati warganet. Sebagaimana yang diketahui umum, beberapa negeri dilanda banjir yang teruk susulan hujan lebat berterusan sejak lebih seminggu lalu. Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor antara yang terjejas teruk sehingga menyaksikan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.

Sudah pastinya dalam situasi ini, pelbagai kesukaran dan kesulitan terpaksa dihadapi oleh mangsa banjir untuk tempoh yang lama sehingga keadaan benar-benar kembali pulih. Jika disoroti di laman sosial, banyak perkongsian yang dimuat naik oleh pelayar bagi menggambarkan situasi banjir di kawasan masing-masing. Namun begitu, perkongsian seorang pelayar di Twitter baru-baru ini benar-benar mencuit hati warganet, apabila dia memuat naik aksi lucu dan luar biasa ketika rumahnya turut dilanda banjir yang teruk.

Meraih lebih 14,000 retweet, video berdurasi kurang 20 saat itu memaparkan dirinya sedang ‘nyenyak’ tidur di atas tilam sambil memeluk bantal ketika dibawa arus banjir. “Kalau dah penat, dekat mana pun aku boleh tidur,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Muhamad Faris dan keluarganya kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Bercerita kepada mStar, Muhamad Faris Sulaiman berkata tindakan spontannya itu tercetus kerana mahu menghilangkan rasa kecewa selepas rumah yang siap dikemas, ditenggelami air bah semula.

“Tilam tu saya jemur untuk keringkan… tapi bila air naik, alih-alih ia terapung pula. Spontan saya pun saja naik atas tilam tersebut dan ibu rakam gelagat ketika itu. Salah satu sebabnya, untuk hilangkan rasa kecewa dan penat… sebab tak boleh nak buat apa-apa jadi ‘layan’ sajalah,” kata pemuda yang menetap di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor ini.

Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang

Pemuda itu yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bersama keluarganya berkata, kampungnya sudah dua kali dinaiki air dalam tempoh dua minggu ini.

“Banjir kali ini sama teruk seperti tahun 2006 di mana air pernah mencecah siling rumah. Sebelum ini selalu saja berlaku banjir tapi tak teruk… hanya perlu cuci lantai saja. Lokasi kampung kami memang mudah ditenggelami air. Sebenarnya sudah ada beberapa keluarga dah berpindah ke penempatan yang disediakan kerajaan, tapi keluarga saya belum ada rezeki. Harap-harap la perkara ini dapat perhatian pihak yang sepatutnya,” katanya.

Pemuda berusia 24 tahun yang juga peniaga char kuew teow ini berkata, ketika ini keadaan banjir di kampungnya semakin pulih namun mereka masih belum dibenarkan pulang kerana cuaca masih tidak menentu dikhuatiri mengundang bahaya.

Beginilah keadaan rumah keluarga Muhamad Faris ketika banjir surut kali pertama, awal bulan baru-baru ini.

Dalam pada itu mengulas perkongsiannya yang tular, Muhamad Faris berkata dia sedikit teruja namun gembira kerana ramai yang turut terhibur. “Siap ada yang edit video tu macam Titanic, dekat sungailah, dan macam-macam lagi. Ini adalah perkongsian kedua saya yang viral. Sebelum itu, gambar acah-acah ‘work from home’ ketika banjir beberapa hari lalu pun viral juga. Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang. Setakat ni tak ada lagi dapat komen negatif,” katanya lagi sambil turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Lembu Terpaksa Berendam Tatkala Banjir Buat Warganet Sebak. Haiwan Ternakan Tersebut Bernasib Baik Ada Orang Yang Menghulur Makanan Buat Mereka

Seperti yang semua sedia maklum, hujan lebat minggu lepas telah menyebabkan beberapa daerah di negeri Pahang mengalami banjir. Banjir kali ni cukup dahsyat sehinggakan ada rumah yang ditnggelami air hingga ke paras bumbung.

Selain dari penduduk, haiwan sekitar kawasan kejadian juga turut terkesan dengan banjir ini. Satu video yang tular oleh @fyqamurfiqah berkenaan kejadian banjir itu mendapat perhatian warganet yang turut terkesan. Dalam video tu kita boleh tengok haiwan ternakan terpaksa ‘berendam’ tatkala banjir. Korang tengok video kat bawah ni.

Kesian dia sejuk.Kesian admin tengok lembu-lembu dalam video ni. Mesti sejuk kan berendam dalam banjir tu. Lapar pun satu, rumput takde nak makan macam mana. Nasib baik ada orang datang hulur makanan.Admin pun tersentuh gak. Banjir paras bumbung memang terpaksa lah lembu-lembu ni berenang lama-lama sambil cari makan.Lembu pun sejenis mamalia. Nak kan panas untuk rasa selesa. Kesian admin tengok kesejukan berendam dekat seminggu dah. Harap cepat lah surut air banjir ni. Tak sampai hati admin tengok lembu-lembu ni kelaparan dan kesejukan. 

Selamba Ajak Abang Bomba Makan Sekali Dengannya. Rupanya Ada Cerita Di Sebalik Cerita Tentang Driver Lori Ini Masak Mi Segera Masa Banjir

SEPERTI yang diramalkan setiap hujung tahun, hujan lebat dan banjir sekali lagi melanda negara.Bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko, mereka sedikit sebanyak pasti akan melakukan persediaan awal.Namun, ramai tidak tahu bahawa ada golongan lain yang turut mengambil langkah awal, termasuklah pemandu lori yang bila-bila masa saja terdedah kepada risiko apabila berada di kawasan atau negeri yang sering dilanda banjir.

Itulah yang dihadapi seorang pemandu lori yang mana video yang dikongsi di laman TikTok, menunjukkan dia sedang masak mi segera ketika terperngkap dalam banjir pada Ahad lalu, tular di media sosial.Lebih menarik perhatian apabila pemandu lori tersebut dengan tenang dan selambanya mempelawa dua anggota bomba yang sedang bertugas membuat pemantauan ketika banjir untuk makan bersamanya.

“Mantap. Terima Kasih abang bomba datang jenguk kita. Sekejap, saya masak maggi dulu,” demikian kapsyen pada posting videonya yang setakat ini mendapat lebih 80,000 tanda suka dan dihujani ribuan komen.Iskandar bersama isteri dan tiga orang cahaya matanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Iskandar Sudirman, 34, berkata dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular kerana menganggap ia hanya sebuah video santai.”Saya sangkut dalam banjir dan masa tu lapar sangat, sebab tu saya masak mi segera.

“Memang dalam lori saya ni macam-macam ada… dari barang keperluan sampailah stok makanan. Sebab kerja saya memang redah hutan, ladang, banjir dan macam-macam tempat, ” katanya ketika dihubungi, Isnin.Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja.

Menerusi video tersebut, Iskandar yang berasal dari Ulu Tiram, Johor, ini dapat dilihat sedang menyediakan mi segera, dipercayai perisa asam laksa menggunakan dapur mudah alih di bahagian dalam lori.Pintu lori yang terbuka membolehkan air yang sudah naik menghampiri paras bahu dua anggota bomba yang sedang menyelamatkan orang di bahagian luar turut dapat dilihat.

“Kebetulan masa tu saya nampak macam ada orang datang ke arah lori saya, macam abang bomba.“Saya siap sedia rakam video dan alang-alang ajak makan maggi sekali,” katanya menceritakan kembali situasi banjir yang berlaku di Felda Ulu Jempol, Pahang itu.

Menurut Iskandar, dia dihampiri anggota bomba tersebut kira-kira jam 11.30 pagi dan mereka berdua berlalu pergi tanpa makan mi segera yang dimasak selepas memeriksa keadaannya di dalam lori baik-baik saja.Bercerita lanjut, Iskandar yang terperangkap ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, Pahang berkata air mula naik bermula pada jam 9 pagi.

Keadaan lori dipandu Iskandar yang terperangkap dalam banjir.“Dah lapar sangat, saya pun masak dulu makan dalam lori. Kalau air tak naik ke paras kerusi saya memang rancang nak tidur saja tunggu sampai air surut.“Tetapi atas nasihat kawan, saya batalkan niat… saya terus keluar beberapa jam selepas itu.

“Kawan saya tu pun tersangkut dalam banjir, lori dia ada depan saya pada jarak lebih kurang 500 meter.“Sebelum tu kami ada juga turun tolong orang orang lain dekat situ. Bukan kami duduk dalam lori sahaja, ” jelasnya yang terperangkap selama 6 jam sebelum memutuskan untuk keluar dan berlindung di tempat lebih selamat.

Di sebalik kejadian ini, Iskandar turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan tiga anaknya apabila mereka sudah tiga bulan tidak berjumpa disebabkan kerjanya yang tidak tentu masa.Menurut Iskandar, isteri dan anak-anaknya kini pulang ke kampung di Parit, Perak untuk tinggal di sana buat sementara waktu.

“Biasalah kerja bawa lori pendapatan tak tentu, waktu pun tak tentu juga.“Saya harap mereka tak risaukan keadaan saya kerana semua peralatan keselamatan dan barang keperluan mencukupi.“Cuma saya berdoa Covid-19 ni cepat berakhir. Ibu pun selalu pesan supaya saya hati-hati bekerja, ” ujarnya yang sudah 12 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Menerusi postingnya, rata-rata warganet memberi komen positif kepada pemuda ini. Ramai kagum dalam keadaan seperti itu dia masih tenang dan dapat menghiburkan orang ramai.Seperti yang diketahui umum, pada ketika ini banyak kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan berterusan semalam. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki tahap berbahaya.

Di media sosial juga tular video-video keadaan banjir di kawasan-kawasan tersebut yang bukan sahaja membuat pengguna jalan raya terkandas malah pokok tumbang, tanah runtuh dan kerosakan jalan juga berlaku.Seorang pengguna Twitter pula berkongsikan keadaan harta bendanya termasuklah tilam, laptop, dan penapis air Coway yang r0sak akibat rumah dimasuki air.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *