Tiba tiba tersebar pula permohonan I sinar kategori 3. Ini penjelasannya dan minta ahli KWSP sentiasa berwaspada.

Amalan Infomaklumat ISU SEMASA Uncategorized

Baru-baru ini tersebar secara meluas melalui aplikasi WhatsApp, telegram dan media sosial mengenai permohonan i-Sinar kategori 3. Jangan mudah percaya, KWSP telah memberi amaran dan peringatan mengenai perkara tersebut.

Kenyataan permohonan i-Sinar kategori 3 adalah PALSU. Di zaman yang serba canggih ini, pelbagai pen1puan secara online telah berlaku di kalangan kita yang melibatkan individu yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Ahli KWSP dan orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada.

Permohonan i-Sinar Kategori 3 Palsu

Permohonan i Sinar kategori 3 yang dimaklumkan bermula pada 13 Januari 2021 tanpa sebarang dokumen sokongan adalah tidak benar. KWSP tidak pernah mewujudkan kategori 3 bagi permohonan i-Sinar. Berikut adalah iklan permohonan i Sinar kategori 3 yang tular baru-baru ini:

Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

Permohonan yang sahih

Setakat ini, i Sinar KWSP hanya membuka permohonan bagi 2 kategori berikut: Permohonan i-Sinar Kategori 1 dan Permohonan i-Sinar Kategori 2 Permohonan i Sinar bagi kedua-dua kategori ini adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga tarikh tutup i Sinar KWSP.

Permohonan i Sinar kategori 1 boleh dibuat tanpa dokumen sokongan manakala kategori 2 perlu dibuat bersama dokumen sokongan yang diperlukan.  Semakan permohonan i Sinar boleh dibuat selepas 2 hingga 3 minggu permohonan.

Bayaran pertama i-Sinar yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula pada 5 Januari lalu. Bayaran melalui akaun 1 KWSP itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Dibuka Bermula 11 Januari 2021

Seperti yang ditunggu-tunggu, status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021. Namun kepada ahli yang tidak lulus KWSP telah umumkan anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Antara syarat-syarat atau maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Kategori 2: Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2 atau g4gal permohonan kategori 1, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Langkah permohonan Kategori 2 seperti berikut:

Ia boleh isi secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my. Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:

Untuk kategori 2 agak berbeza sedikit dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, manakala permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan kedua

1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di portal kwsp . Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu. Untuk mengetahui perkembangan terkini, anda boleh ikuti di media sosial KWSP atau layari portal rasmi.

Ramai Yang Telah Diluluskan KWSP. Tapi Sekali PDRM Dedahkan Sesuatu Ini. Dan Minta Orang Ramai Supaya Terus Berhati Hati.

Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diluluskan mungkin membuat sesetengah daripada anda berlapang dada.Namun, perlu diingatkan supaya tidak mudah rambang mata dan terpedaya dengan helah atau taktik pihak tidak bertanggungjawab.

Ini kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan aktiviti promosi skim pelaburan palsu yang dibuat menerusi aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram yang membabitkan akaun i-sinar.PDRM mendedahkan cara penipuan dibuat melalui panggilan telefon dengan penyamaran sebagai pegawai KWSP.

Pegawai ini kononnya boleh mempermudahkan proses pengeluaran akaun i-Sinar.Menurut PDRM lagi, bagi proses itu, pegawai tersebut akan mengenakan caj bayaran tertentu, sekali gus menipu pencarum KWSP.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengabaikan sebaran bentuk promosi meragukan dan elakkan daripada berurusan dengan orang tengah (pihak ketiga).Orang ramai dinasihatkan berurusan terus dengan pihak KWSP berkaitan pengeluaran akaun i-Sinar.Anda boleh lihat amaran daripada PDRM di bawah;

Sebelum Memohon I Sinar KWSP. Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Untuk Keluarkan Duit Di Akaun 1 KWSP.

Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial, sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i-Sinar sudah dibuka untuk kategori 1. Untuk yang belum tahu, i-Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka. i-Sinar ni khas untuk mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19.

Rasanya semua tahu, kenapa selama kita bekerja, kita perlu mencarum dengan KWSP. Ya, betul untuk dana persaraan korang nanti selepas umur 55 tahun. Yelah, korang dah bersara nanti mesti memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, penjagaan kesihatan, bayar bil-bil utiliti rumah dan mungkin masih ada hutang-hutang yang perlu dibayar. Sebab korang mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja selepas umur 60 tahun. Tambahan pula, jangka hidup rakyat Malaysia sekarang makin meningkat. Selepas bersara, macam mana nak tampung kehidupan kalau tiada simpanan?

Tapi sejak Covid-19 melanda negara ni, isu pengeluaran duit KWSP sering diperdebatkan di media sosial khususnya. Pada yang dah bercadang nak memohon i-Sinar ni, fikir dua tiga kali, fikir sampai ‘masak’ supaya bila korang dah bersara nanti, pengeluaran hari ini tidak menjadi beban korang di kemudian harinya. Jika tiada keperluan dan pendapatan bulanan tidak terjejas, sebaik-baiknya duit dalam akaun 1 korang tu tak diusik untuk korang guna lepas bersara nanti.

Menyimpan dalam KWSP ni banyak manfaatnya, duit yang korang simpan akan dilaburkan dalam pelbagai pelaburan. Makin lama, simpanan korang makin bertambah kerana setiap tahun KWSP akan memberikan dividen dari hasil pelaburan yang mereka buat. Jika banyak korang menyimpan, lagi banyak lah yang korang boleh dapat. Sampailah masa bersara nanti, boleh keluarkan semua duit simpanan ini untuk enjoy hari tua korang.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai bantuan untuk isi rumah, bujang, peniaga kecil dan juga syarikat-syarikat yang terjejas. Apa kata korang manfaatkan dulu bantuan kerajaan yang korang layak untuk memohon dan jadikan pengeluaran KWSP menerusi program i-Sinar ini sebagai pilihan terakhir. Ini memang duit korang, tapi duit untuk persaraan, bukan untuk hari ini.

Tapi, jangan salah anggap, tiada langsung niat untuk melarang korang keluarkan duit akaun 1 tu. Cuma, jika tiada keperluan adalah lebih baik korang biarkan duit dalam akaun 1 tu terus bertambah untuk korang ‘tuai’ bila sampai waktunya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *