Pasangan suami isteri ini masih berdegil walaupun diingatkan oleh doktor untuk buat swab test. Sekali lama kelamaan ini pula yang jadi pada dirinya.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

Seorang doktor berkongsi kisah sepasang suami isteri yang enggan mempercayai wujudnya Covid-19, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital ekoran keadaan kesihatan semakin teruk. Memasuki minggu kedua tahun 2021 dan hampir genap setahun sejak negara pertama kali mencatatkan kes Covid-19, jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan telah melebihi 135,000 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencecah 30,000 kes.

Dalam pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja keras untuk merawat pesakit Covid-19 yang tidak putus-putus hadir ke fasiliti kesihatan, namun wujud pula segelintir golongan yang percaya bahawa virus tersebut hanya konspirasi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang doktor berkongsi kisah membabitkan pesakit yang begitu degil dan bersungguh sungguh enggan mengaku dirinya dijangkiti virus Covid-19 walaupun telah menunjukkan simptom yang ketara. Menurut Dr Malar Santhi Santherasegapan, pesakit wanita berkenaan hadir ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas tiga hari merasai perbezaan pada badannya.

“Hari ketiga tak sihat, dia pergi ke klinik GP, diperiksa oleh doktor, dan disarankan buat Covid test. Dia tak nak sebab suami dia tak percaya Covid ni.. Saja je doktor nak kaut untung, sebab tu suruh test, kata suaminya. Dia tak ada kontak rapat maka tak boleh dipaksa buat Covid test, jadi discharge la dengan ubat. Hari keenam tak sihat, sama sahaja ceritanya. Tak demam, tak ada simptom lain, tak sedap badan saja. Kali ni setelah diperiksa, doktor dengar bunyi tak best dalam paru-paru. Maka buatlah x-ray dada. Dah nampak ‘pneumonia’ ala-ala jangkitan Covid-19. Sekali lagi dia dinasihatkan dan dipujuk untuk buat swab test. Masih tak nak. Suaminya pasti itu bukan Covid-19… ye la, Covid-19 ni konspirasi je,” kongsi doktor berkenaan.

Masih berdegil, pesakit berkenaan enggan melakukan ujian calitan sehinggalah keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila memasuki hari kesembilan. “Hari kesembilan tak sihat, ke hospital juga akhirnya. Nafasnya nampak laju sikit, nampak letih dan mengah. Si suami nampak agak risau. Oksigen dalam 94 hingga 95 peratus je. Buat x-ray sekali lagi. Tu dia… Full blown Covid-19 pneumonia, memang dah tak lain tak bukan! Kali ni baru setuju untuk dibuat swab test. Suami sempat sergah ‘Korang saja buat swab sebab nak charge mahal-mahal kan?’. Swab test RT PCR Covid-19 positif! Doktor tak terkejut pun,” tulisnya.

Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika dalam tak sedarkan diri dan diberi hidayah untuk menerima hakikat pandemik Covid-19.

Namun menurut Dr Malar, apa yang lebih membuatkan doktor terkejut adalah pengakuan jujur pesakit berkenaan, sebaik sahaja disahkan positif Covid-19.”Barulah nak mengaku rupanya demam dah 10 hari, cirit birit 10 hingga 15 kali sehari sebab ambil vitamin C bergelen-gelen. Patutlah ujian darah buah pinggang tunjuk semua nombor tinggi menggunung. Setelah dirujuk ke hospital Covid-19 negeri berkenaan, pesakit ni masih dalam keadaan yang teruk, masih bertarung ny4wa. Suami pun dah positif dan diberi bantuan pernafasan, k0m4 juga. Memang tipu je kan? Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika dalam k0m4 dan diberi hidayah untuk menerima hakikat pandemik Covid-19. Semoga mereka boleh beri kesedaran kepada orang lain setelah sembuh nanti,” tulis doktor berkenaan. Sehingga kini perkongsiannya meraih 7,900 shares di Facebook selain dibanjiri ribuan komen warganet.

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pakcik Ini Tercungap Cungai Buat Pengakuan Di Hospital Sebab Tak Percaya Covid 19. Sebak Doktor Ini Bila Mendengar Pesanannya.

Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. Masih ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial. Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.

Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima. Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19. “Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la. Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.

Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan. Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu. “Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).

Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19.

“Itulah satu pengakuan dari pesakit Covid-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya. Namun ada di luar sana masih mengatakan Covid-19 ini konspirasilah, iluminatilah, plandemiklah, macam selesema biasalah. Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19,” tambah beliau.

Pengakuan seorang pesakit Covid-19 yang tidak memakai pelitup muka.

Dr Zek berkata, pesakit tersebut sempat memberikan pesanan terakhir sebelum beliau beredar dari bilik rawatan, sehingga mengundang sebak dalam dirinya. “Nanti apa-apa doktor beritahu orang lain semua percayalah Covid ni, lepas tu suruh pakai mask ye doktor. Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu. Please people please! Covid-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakkan, kerap basuh tangan dan elakan di tempat yang sesak.mIkut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin. Kami hampir maksima. Ya Allah, lindungilah kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *