Ira Kazar dikatakan menjalinkan hubungan dengan pengarah filem terkenal. Sekali ini pula respon dari Kazar soal anaknya.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan warganet apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang. Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.

Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku. Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita. Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja,” katanya

Nama Ira Kazar dikaitkan dengan tuduhan menduakan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami kepada seorang pelakon. Selain itu, Kazar turut mempersoalkan kritikan menduakan yang dikaitkan dengan anaknya itu. Kazar berkata, kritikan menduakan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.

“Cuba beritahu saya dia menduakan yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah menduakan? Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap menduakan. Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya.

Kazar bergambar kenangan bersama keluarga. Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.

“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia. Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitn4h,” katanya.

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan warganet apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghair4hkan. Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut warganet apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial. Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.

Si Suami Ini Kononnya Sombong Katakan Mampu Nikah 4. Sekali Diuji Dengan Kejadian Tak Diingini Lepas Kantoi Menduakan Isteri.

Lambakan kisah keruntuhan rumah tangga yang berpunca daripada sikap tidak setia, kadangkala membuatkan para isteri merasa insecure dengan suami masing-masing. Walaupun konsep ‘poligami’ salah satu perkara yang dianjurkan dalam agama, namun golongan lelaki tidak seharusnya mengambil kesempatan.

Betul ke, tak ada istilah selingkuh sebab lelaki boleh kahwin 4?

Terpanggil mengenai hal itu, saudara Firdaus Shakirin tampil berkongsi kisah  rumah tangga yang dikirim oleh pihak isteri. Bayangkan selepas bersusah senang bersama, si suami tergamak mengkhianati kepercayaan apabila ‘kantoi’ bermain kayu tiga di belakangnya. Setelah beberapa kali diasak isteri mengenai hal itu, ternyata jawapan yang diterimanya amat mengejutkan.

Terbabit kejadian tak diingini lepas buat pengakuan… isteri dilema nak tanggung suami tak setia

Tidak semena-mena lelaki berkenaan terlibat dalam nahas jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Akibat daripada insiden itu, dia mengalami kecederaan serius sehingga perlu bergantung penuh kepada isterinya. Bagaimanapun wanita berkenaan akui sedang dilema kerana tak kuat berhadapan dengan sikap ‘hidung belang’ si suami.

Layanan seorang isteri adalah cermin kepada tahap layanan suami pada keluarga..

Ikhtibar daripada kisah terbabit, Firdaus menyarankan para suami agar ikhlas dalam memberi layanan kepada isteri. Hal ini kerana, teman hiduplah yang akan menjaga kita hingga akhir hayat.

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Dah 10 Bulan Tak Jumpa Dan Isteri Akui Hidup Macam Ibu Tunggal. Ini Janji Isteri Dia Lepas Suami Dia Pulang Ke Tanah Air

Ezatul Hani dan Umarul terpisah sejak 10 bulan lalu kerana penutupan pintu sempadan Malaysia-Singapura.SELAMA 10 bulan berjauhan gara-gara penutupan pintu sempadan, ternyata ia bukanlah satu tempoh masa yang pendek bagi pasangan Ezatul Hani dan suaminya, Umarul Nazim.

Dalam tempoh tersebut, selain rindu yang sarat menggunung, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi pasangan ini apatah lagi buat Ezatul Hani yang membesarkan bayi mereka berseorangan.Menurut Ezatul Hani, suaminya yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat pembuatan di Singapura pergi ke negara itu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

Ketika itu, dia sendiri sedang dalam tempoh berpantang selepas sebulan melahirkan puteri sulung mereka, Nadeeraa Hayfaa, yang kini berusia 10 bulan.”Tiga bulan pertama memang tempoh yang agak sukar tambahan pula bayi kami kecil lagi. Namun saya bangkit perlahan-lahan untuk hadapi hakikat. Alhamdulillah keadaan bertambah baik.

“Tapi bila dah okay, dah bangkit, saya berdepan pula dengan persepsi segelintir orang sekeliling. Ada yang tanya ‘bila suami nak balik?’ dan ada pula yang fikir kami pentingkan duit dan kerja.”Bukan saya saja, ada juga kawan-kawan yang suami mereka bekerja di Singapura, turut mengadu benda yang sama. Perkara seperti ini yang kadang kala buatkan kita ‘demotivate’.

Ezatul Hani dan Umarul terpisah sejak 10 bulan lalu kerana penutupan pintu sempadan.“Malaysia dan Singapura ada persetujuan tentang skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun tak semua syarikat bersedia untuk benarkan staf mereka pulang. Ada juga syarat-syarat yang ditetapkan seperti ujian swab, kuarantin yang perlu ditanggung sendiri… semuanya tak semudah yang disangka,” kata Ezatul Hani yang kini menetap di Skudai, Johor.

Bercerita mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang ketiadaan suami di sisi, Ezatul Hani berkata dia terpaksa melakukan pelbagai perkara seorang diri yang mana ia benar-benar menguji emosinya.”Paling menguji adalah ketika anak kami jatuh sakit… dia dua kali didatangi demam. Masa itu memang mntal breakdown. Ketika saat-saat seperti itu sudah tentu kita nak sangat ada pasangan di sisi.

Umarul melepaskan rindu kepada anak dan isterinya menerusi panggilan video.“Saya menyusukan anak dan ini juga cabaran. Kena selalu positif dan jaga emosi sebab kalau tidak, susu drop. Sangat susah nak maintain emosi dalam keadaan macam ni. Mntal kadang okay, kadang koyak.

“Selain bab anak, saya juga kena uruskan perkara lain berkaitan rumah tangga. Memang terasa seperti ibu tunggal juga. Cabaran di pihak suami pula, sudah tentu dia rasa terkilan kerana tak dapat tengok anak membesar,” ujar wanita ini sambil menambah, dia bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang banyak membantu meringankan bebannya.

Bagi menghilangkan rasa rindu, Ezatul Hani dan suami kerap berhubungan sama ada menerusi panggilan suara mahupun panggilan video.”Tapi itu pun cabaran juga sebab waktu kami bekerja tak sama. Bila suami habis kerja pukul 11 malam, anak pun dah tidur. Tak sempat sangat nak bercakap dengan ayahnya,” katanya yang merupakan seorang juruaudit.

Masih belum jelas tanda-tanda bila akan bertemu dan bersatu sebagai sebuah keluarga, Ezatul Hani amat berharap agar penantian mereka berdua akan berakhir tidak lama lagi.”Perkara pertama yang saya nak buat adalah merakamkan gambar kami bertiga. Kami belum ada gambar bertiga sejak suami terpaksa ke Singapura.

Ezatul Hani berharap dapat bertemu dengan suaminya semula secepat yang mungkin.“Sebaik saja dapat tahu suami akan pulang nanti, saya nak buat tempahan di studio untuk realisasikan impian tersebut. Dan sudah pastinya, kami akan habiskan masa bersama-sama dengan bercuti.

“Kepada sesiapa yang berpisah dengan keluarga sebab nak mencari nafkah, ingatkan diri anda bahawa anda sedang lakukan yang terbaik dan bekerja ini satu ibadah. Jangan fikir apa yang orang lain cakap pasal kita.”Bagi mereka yang tak hadapi situasi perpisahan sementara seperti kami, please hargai masa anda bersama pasangan. Sekali diuji seperti ini, memang ia tak semudah yang disangka,” katanya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *