Gara gara untuk biayai dana kerja kerja amal. Lelaki ini sanggup buat keputusan untuk jual Nissan GTR miliknya sendiri.

Amalan Dunia Kehidupan Uncategorized

Bila sebut Nissan GTR yang juga dikenali sebagai Godzilla, ramai orang akan tersenyum membayangkan kereta dari Jepun ini yang mempunyai bunyi deruman enjin yang garang, reka bentuk yang sporty dengan kelajuan yang mampu menandingi kereta-kereta berkuasa tinggi dari UK, Jerman dan Itali.

Baru-baru ini seorang pemilik kereta Godzilla, Tuan Afiz Ayub telah berkongsi sebuah hantaran pada Facebook peribadi di mana beliau mahu menjual kereta tersebut bagi membiayai kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pasukan sukarelawan beliau. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih ratusan share dan puluhan komen positif yang menyokong tindakan beliau.

Pihak The Vocket telah berhubung dengan Tuan Afiz Ayub kenapa beliau sanggup menjual kereta kesayangan yang menjadi idaman orang ramai. Ini maklum balas yang beliau kongsikan kepada kami. “Kerana Allah S.W.T.  Saya dapat ilham kerana selama ini duit yang digunakan hasil daripada saving saya maka saya percaya pinjaman kenderaan ini adalah tabung saya. Income saya pun makin surut dan saya perlu cari dana untuk meneruskan perjuangan #Amalteam.”

Tuan Afiz Ayub mempunyai sebuah team sukarelawan tanpa NGO yang dipanggil sebagai Amal Valley Organization atau lebih dikenali sebagai Amal Team. Pasukan sukarelawan ini telah melakukan kerja-kerja amal lebih dari 7 tahun. “Pada awal tahun, Amal Team ditubuhkan untuk coordination yang lebih baik bagi saya terus bergerak membuka base bantuan setiap negeri secara sukarelawan tanpa di bayar,” tambah Afiz.

Sehingga hari ini, ramai orang dari pelbagai tempat telah mendapat pelbagai jenis bantuan secara percuma dari pihak Amal Team. Antara kerja-kerja amal yang dilakukan sepanjang 7 tahun sehingga hari ini ialah pengurusan & penghantaran orang yang sudah tiada, mewakafkan kenderaan untuk kerja amal, mengadakan kelas mengaji, memberi makanan kepada frontliners dan menghantar bantuan banjir.

Beliau turut berkongsikan pesanan bermanfaat kepada orang ramai semasa situasi yang kian meruncing sekarang ini – “Setiap rezeki yang kita miliki ada rezeki orang lain. Tangga kejayaan adalah berkongsi rezeki supaya dapat dimanfaatkan bersama. For thing to change, we must change first.”

Kami doakan semoga Tuan Afiz Ayub dan Amal Team dapat terus membantu pelbagai pihak yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam situasi yang semakin meruncing pada hari ini. Sekiranya anda mahu mengikuti perkembangan atau mahu turut serta dalam kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Tuan Afiz Ayub dan Amal Team, bolehlah anda follow Facebook peribadi beliau di sini dan juga Facebook Page Amal Team di sini.

Kira-kira sekitar pukul 11.13 pagi, kereta Nissan GTR ini telah berjaya dijual kepada seseorang yang ternampak perkongsian hantaran tersebut. Dana pembelian ini digunakan untuk misi bantuan banjir dan persiapan untuk PKP nanti. – Sumber dipetik dari The v0cket

Pelajar Ini Enggan Terima Bantuan Kerana Tidak Mahu Menyusahkan Mana-Mana Pihak. Ternyata Perkongsian Guru Ini Di FB Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Baru baru ini, kisah seorang pelajar daif sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini di Facebook begitu meruntun hati warganet.Menjelang sesi persekolahan di tahun baharu 2021, seorang pendidik terpanggil untuk berkongsi kisah duka melibatkan pelajarnya.Hati mana yang tidak sedih apabila terkenangkan kesusahan anak murid sehinggakan tidak mampu ke sekolah kerana tiada wang untuk menampung kos tambang.

Perkongsian yang dibuat seorang guru yang berasal dari Tawau, Sabah menerusi laman sosial Facebook itu sangat menyayat hati sekaligus meraih perhatian warganet .Menurut guru tersebut, Maisarah Hannan Chong Abdullah, kisah itu sebenarnya berlaku tahun lepas tetapi baru sekarang dia tergerak hati untuk berkongsi dengan orang ramai.

Bercerita kepada mStar, Maisarah yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Sandakan berkata foto yang tular itu sebenarnya ketika dia melawat keluarga pelajarnya untuk menghulurkan bantuan baru-baru ini.”Mungkin disebabkan tahun baru, saya tengok ramai yang sibuk nak buka sekolah, jadi saya teringat dekat pelajar saya ini.

“Kebetulan baru-baru ini saya ada hantar bantuan barang makanan kering ke rumahnya, itu yang membuatkan saya kongsi kisah itu tak sangka pula sampai tular,” katanya yang berusia 35 tahun itu.Menyingkap tanggal 15 Disember tahun lalu, kata Maisarah, dia ke rumah pelajarnya yang dikenali sebagai Zaliza di Sandakan untuk menyampaikan barang makanan kering untuk keluarga daif itu.

Maisarah aktif melakukan kerja-kerja kebajikan sejak PKP, Mac lalu.“Dia pelajar saya dari tingkatan satu, tahun ini dia tingkatan tiga. Seperti yang ditetapkan kerajaan, pelajar tingkatan tiga akan bermula persekolahan pada bulan Mac dan untuk sementara waktu ini mereka akan belajar di atas talian.

“Pelajar saya ini anak kedua daripada lima beradik dan mereka sekeluarga memang hidup susah tetapi yang lebih merisaukan saya ialah dia langsung tak mahu bercerita dan sebolehnya enggan terima bantuan kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.”Jangan kata nak beli data untuk kelas online nanti, duit tambang pun dia tak ada nak ke sekolah.

“Bermula tahun 2019, saya memang setiap bulan bagi bantuan, contohnya projek makanan percuma dan sejak pandemik Covid-19 ini pula saya akan hantar barang makanan kering ke rumahnya.”Di sekolah pun dia diam sahaja, tetapi dia rajin belajar dan buat kerja sekolah walaupun pelajarannya agak lemah,” ujarnya menceritakan mengenai perilaku pelajarnya itu.

Tambah Maisarah lagi, dia terkejut apabila perkongsiannya itu mendapat perhatian sehinggakan ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.”Saya tak sangka perkongsian itu boleh mengundang sebak dalam kalangan warganet sampai ramai yang hantar friend request.”Sebagai guru, tanggungjawab memang besar terutama kepada pelajar kerana sayalah guru dan saya juga ibu bapa mereka ketika di sekolah.

“Sejak saya tahu Zaliza susah sampai tak ada tambang ke sekolah saya memang tak akan abaikan dia. Bukan hanya beri bantuan padanya, malah keluarga dia pun saya tolong,” katanya.Bagaimanapun, kata guru yang kerap melakukan kerja kebajikan ini, buat masa sekarang dia terpaksa menolak sumbangan itu kerana dana sedia ada masih banyak yang belum digunakan.

Maisarah yang berasal dari Tawau bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah pendalaman di Sandakan.“Cumanya saya tak nak orang di luar sana salah anggap apabila saya menolak sumbangan mereka buat masa sekarang.”Sebenarnya bukan apa, saya takut tak sempat jalankan amanah yang diberi, mana tahu pemergian saya sampai dulu sebab dana yang ada sebelum ini pun masih banyak lagi yang belum diagih-agihkan,” jelasnya.

Bermula dengan hanya RM20 pada 2017, Maisarah bergerak sendiri membantu golongan memerlukan dan hingga kini lebih ramai yang yakin dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya hingga memperoleh sumbangan berlipat ganda untuk disampaikan kepada kumpulan sasar.”Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. InsyaAllah nanti saya akan buka semula peluang untuk orang ramai menyumbang,” katanya.

Bukan Setakat Rajin Berbisnes Malah Ada Bakat. Ramai Sebak Lihat Remaja Jual Fries Feeling Habis Sambil Nyanyi Lagu Yonnyboii

Peniaga kentang goreng ini meraih perhatian ramai dengan video nyanyiannya di TikTok.NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata meraih perhatian warganet.Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat.

Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii.Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu.

“Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas.”Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok.

Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu.“Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai,” ujarnya.Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya.Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti.

“Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun.Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima.”Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima,” ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar.

Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP.Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok.Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai.Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun.”Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula.”Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula,” ujarnya lagi.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *