Ada satu pasangan suami isteri ini buat keputusan untuk pulang ke kampungnya di tengah malam. Sekali tak sangka ada satu perkara misteri yang berlaku pada mereka.

Cerita Seram Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Gambar sekadar hiasan.

Penghujung dunia mana pun kita pergi, pasti akan ada cerita misteri yang tersendiri di sebalik tempat tersebut. Antaranya tentulah kisah seram yang diceritakan sejak turun-temurun.

Kisah-kisah di sebalik tempat tersebut kebiasaannya adalah berdasarkan dari kisah benar yang berlaku sejak zaman dahulu lagi. Di sebalik cerita tersebut pastilah ada tokok-tambahnya yang hanya untuk menakutkan orang ramai. Tak kiralah ianya berdasarkan kisah benar ataupun tidak, pasti ianya mudah untuk membuatkan pembacanya berasa seram sejuk.

Antaranya, satu pasangan suami isteri ini memandu pulang ke kampung halaman mereka selepas menghadiri satu majlis perkahwinan ini. Dan seterusnya mereka membuat keputusan untuk pulang agak lewat malam. Rasanya antara anda juga pernah buat keputusan untuk memandu pada lewat malam kerana pastinya dengan angin yang agak sejuk dan kereta yang agak lancar sedikit berbanding waktu siang.

Namun ketika sedang dalam perjalanan, ada sesuatu yang berlaku pada mereka. Kereta proton yang dinaiki mereka tiba-tiba sahaja boleh hilang kawalan dan ketika suaminya sedang berusaha untuk cuba juga mengawal kenderaan tersebut, enjing kenderaannya tiba-tiba dipadamkan.

Si suami juga agak terkejut dengan perkara tersebut kerana dia baru sahaja lakukan penyelenggaraan pada kereta yang dinaiki itu. Lalu disebabkan itu, mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dan duduk di tepi jalan pada waktu tengah malam itu. Dan ketika dipikirkan balik, sudah tentulah perjalanannya masih jauh untuk sampai ke destinasi tujuan mereka.

Lalu, ketika diperhatikan sekelilingnya, mereka dikelilingi kawasan hutan dan bukit-bukau yang agak sepi. Si suami cuba untuk menghidupkan enjin kereta semula, Tapi tidaklah berhasil dan si suami sudah berputus asa.

Si isteri cuba untuk menghubungi kenalannya untuk meminta tolong atas perkara yang sedang terjadi namun isyarat tidak mengizinkan. Disebabkan itu, si suami membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan mencari telefon kecemasan untuk meminta pertolongan tapi tidak dipersetujui oleh isterinya atas faktor kawasan sekelilingnya itu kerana takut akan berlaku sebarang kejadian yang tak diingini ketika berjalan dalam gelap itu.

Namun tetap si suami hendak keluar dan sempat berpesan pada isteri untuk kekal di dalam kereta dan mengunci pintu kenderaan tersebut. Apabila si isteri sedang menunggu dengan agak lama, tiba-tiba ada bunyi berdentum yang agak kuat di atas bumbung kereta mereka dan diikuti dengan suara yang agak aneh.

Si isteri cuba untuk positifkan dirinya dengan menyangka itu hanyalah haiwan liar dan berkeras untuk tidak keluar dari kenderaan tersebut. Tiba-tiba ada sebuah kenderaan yang menghampiri keretanya dengan kelajuan yang perlahan sambil memerhati keretanya dan terus memecut laju setelah melepasi keretanya. Tapi si isteri mula hairan apabila beberapa kenderaan membuat perkara yang sama seolah-olah ada sesuatu yang aneh berdekatannya.

Lalu si isteri mula berasa bimbang atas sebab bunyi aneh tadi dan cara pandangan dari kenderaan lain itu. Dan dia berasa lebih aneh apabila suaminya tidak muncul setelah hampir 1 jam sejak dia mula pergi untuk mencari telefon kecemasan itu.

Tiba-tiba, muncul sebuah kereta polis menghampiri agak beberapa meter jauh dari kenderaannya. Anggota polis tersebut tiba-tiba meminta si isteri untuk keluar dari kenderaannya secara perlahan-lahan dengan menggunakan pembesar suara.

Apabila si isteri sudah selamat masuk ke dalam kereta polis tersebut, dia cuba untuk menoleh ke belakang kerana rasa ingin tahu di dalam dirinya sangat kuat. Dan lebih mengejutkan apabil dia ternampak suaminya di atas kereta mereka.

Seperti ada sesuatu makhluk aneh yang sedang lakukan perkara negatif pada suaminya dan rupanya ianya sudah berlaku beberapa jam yang lepas ketika dia berada di dalam kereta. Lalu, anggota polis tersebut melulu membawa si isteri pergi daripada tempat itu dengan segera. Dari situlah perkara ini mula tersebar dan tiada siapa yang tahu apa yang berlaku selepas itu.

DJ Terkenal Terkena Panggilan Misteri Pada Tengah Malam Untuk Menceritakan Satu Kisah Ini. Ramai Yang Tertanya Tanya Apa Kesudahan Panggilan Itu.

Sebut sahaja Lebuhraya Karak, pasti ramai yang biasa mendengar kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sepanjang jalan tersebut. Antara yang menjadi sebutan adalah kereta Volkswagen kuning yang memotong kenderaan lain secara tiba-tiba.

Selain itu, muncul seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya di tengah-tengah jalan raya sunyi sebelum ‘lesap’ menghilangkan diri. Apa yang menggerunkan lagi, seorang penyampai radio popular dikatakan pernah menjadi individu gangguan pemanggil ‘misteri’ pada waktu malam. Pemanggil tersebut menceritakan kisah kejadian membabitkan keluarganya di Lebuhraya Karak.

‘Mak saya sudah tiada, isteri saya juga sudah tiada’

Memetik daripada sebuah video, DJ radio mengimbau kembali kejadian seram ketika dia bersiaran pada suatu malam. Dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak dikenali menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas keluarganya.

Mereka sekeluarga menaiki van menuju ke Kuantan sebelum kenderaan yang dinaiki itu hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaungg. Tambah pemanggil misteri itu lagi, kesan daripada kejadian tersebut seluruh ahli keluarganya tercampak ke dalam gaung.

Sebagai wakil pendengar, DJ radio mempersoalkan jika semua ahli keluarga terjatuh ke dalam gaungg, ia bermakna pemanggil turut terjatuh dan juga telah tiada. Selepas daripada itu, panggilan tiba-tiba sahaja diputuskan.

Dia nak bagi peringatan dikawasan tersebut perlu berhati hati jika bersua van berkenaan. Jika kita terlalu taksub dgn hal yg demikian hal begitulah yg mudah berlaku kepada kita.

“Sy pernah kerja dkt lebuh raya karak bahagian periksa kualiti jalan,sepanjng saya kerja ganggu tak pernah kena cuma,stiap hari ada sahaja kejadian yang berlaku ..kerja kadang-kadang lewat malam,kadang-kadang tidur pun tak menentu ..tp ganggu tu tak pernah kena. Saya pun ada dengar panggilan ni..masa tu duk study lewat mlm..sambil layan lagu isna halil.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Sanggup Buat Seorang Doktor Tempat Bayar 335000 Dolar Semata Untuk Lampu Ajaib. Namun Akhirnya Terbongkar Aktiviti Mereka Setelah Doktor Itu Buat Sesuatu Ini

Dilaporkan dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditngkap minggu ini kerana didkwa mnipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika mengunjungi rumah pesakit untuk memberikan rawatan luka setelah operasi.

Suatu hari, ketika berada di rumah pesakit, doktor itu menemui  ‘tantrik’ yang digambarkan mempunyai kekuatan magisnya, dan kemudian berjanji untuk menjadikan doktor tersebut sebagai jutawan. Tantrik tersebut segera memperkenalkan doktor itu kepada pasangannya dan kedua mereka menawarkan untuk menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) untuk memenuhi hajat dalam kehidupan sebenar dengan hanya 2.5 juta ($ 335,000). Doktor itu pun bersetuju.

Tert1pu kerana membeli lampu Aladdin, doktor tersebut mendkwa bahawa kedua-dua mereka itu sangat meyakinkan, kerana menggunakan minyak wangi untuk men1pu dia untuk berfikir bahawa jin (jin) keluar dari lampu.Dia kemudian menyedari bahawa jin ajaib itu sebenarnya seorang individu, tetapi pada masa itu dia telah membayar secara ansuran hampir semua wang yang telah mereka persetujui .

Setelah membuat berkali-kali pembayaran, doktor itu meminta untuk membawa pulang lampu Aladdin tersebut bersamanya, tetapi kedua lelaki itu terus memberitahunya bahawa itu adalah pntang larang, jika seseorang menyentuh lampu aladdin itu, maka akan menyebabkan perkara buruk terjadi kepadanya. Setelah permintaannya ditolak beberapa kali, doktor tersebut akhirnya menyedari dia dit1pu dan membuat laporan polis untuk menahan kedua-dua orang itu.

Individu serta seorang rakannya ditngkap polis, dan lampu “ajaib” itu dirmpas. Malangnya, polis tidak dapat ‘meyakinkan jin untuk keluar dari benda tersebut’. Mereka kini mencari seorang lagi individu, yang ternyata adalah isteri individu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *