Temui bapanya yang sudah 7 tahun sudah tiada di Google Earth. Perkongsian lelaki ini undang sebak warganet sehinggakan dia minta Google tak kemaskini gambar tersebut

Viral

Di era teknologi ini, ramai antara kita pasti pernah menggunakan aplikasi Google Maps untuk mencari alamat rumah mahupun untuk mencari seseorang. Baru-baru ini, seorang lelaki di Jepun telah ‘menjumpai’ sosok ayahnya di Google Earth. Ayahnya itu dilaporkan telah sudah tiada tujuh tahun lalu dan ciapan lelaki itu yang menjelaskan penemuannya tersebut telah tersebar secara meluas di internet.

Pengguna Twitter @TeacherUfo menyatakan bahawa ketika di musim pandemik ini, dia telah bertindak untuk mencari rumah orang tuanya di Google kerana kebosanan.Namun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa kamera Google telah menangkap gambar ayahnya yang sedang berdiri di tepi jalan, serta ibunya yang sedang berjalan. “Saya nampak sosok ayah saya yang telah tiada tujuh tahun lalu,” tulisnya, sambil berkongsikan dua gambar jalan di Jepun.

“Ayah saya pasti sedang menunggu ibu saya, dia seorang yang pendiam tetapi baik,” tulisnya.Dia juga meminta Google untuk tidak mengemas kini semula gambar pemandangan jalan tersebut. Ciapan berkenaan telah menerima lebih dari 600 ribu Likes dan lebih 100 ribu ulang ciap di Twitter sejak ianya dikongsikan.

Beri Ucapan Paling Bermakna Dan Tak Sangka Di Hari Perkahwinan. Perkongsian Ini Tular Selepas Seorang Ini Memalukan Mak Kutu Di Majlis Perkahwinan

Lain ‘mak kutu’ lain caranya. Ada yang prefer duit yang terkumpul itu dipindahkan ke akaun mereka terlebih dahulu dan ada juga yang prefer semua ahli terus transfer wang dekat individu mengikut ‘turn‘ masing-masing.Tapi lain pula yang jadi di Indonesia apabila seorang ‘mak kutu’ dilaporkan membawa lari dan ‘senyap’ dengan wang ahli-ahli kumpulan kutu. Dek kerana degil dan tidak memulangkan wang tersebut, salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut menggunakan cara lain daripada yang lain untuk menuntut wang mereka.

Perkongsian ahli bernama Irena Junita Sari itu menjadi tular selepas dia memuat naik sebuah video menunjukkan cara bagaimana dia memalukan ‘mak kutu’ tersebut.Irena telah menghantar jambangan bunga dan board ucapan pada hari perkahwinan wanita berkenaan dan video itu mendapat perhatian warganet. Sehingga kini, ia telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan di TikTok.

Ucapan Irena berbunyi begini:Selamat menikah kakaknya Mia ****. Selamat menikmati uang haram 1M (1 juta Rupiah) hasil nilep arisan. Kapan nih dibayar shay?”Dah tagih wang, tapi keluarga cakap tak ada duit!Menurut Kumparan, Irena berkata hasil kutipan yang dibawa lari itu pada 23 Disember lepas adalah daripada hampir 300 ahli kumpulan Whatsapp dan dia mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian pada yang perkahwinan ‘mak kutu’ berkenaan baru-baru ini.

Katanya sebelum ini wang tersebut sudah diminta banyak kali namun perlbagai alasan diberikan, malah keluarga juga berkata mereka masih belum ada duit untuk ganti semula. Tapi, tup tup! Mereka langsungkan perkahwinan kakak ‘mak kutu’ itu pula.Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya. Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya.”

Disebabkan itulah, Irena membuat keputusan untuk hantar bunga bersama ucapan ‘pedas’ tersebut di hari perkahwinannya. Board tersebut diletakkan terang-terangan di gerbang masuk majlis perkahwinan dan dilihat oleh para tetamu yang hadir.

Menerusi beberapa video lain yang turut dimuat naik di TikTok, Irena menjelaskan bahawa masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis namun masih juga belum selesai. Video-video dimuat naik Irena itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan kutu tersebut berdepan dengan keluarga termasuklah bapa ‘mak kutu’ itu sendiri.

Tidak dinyatakan sama ada kes itu sudah selesai dan jika wang tersebut sudah dikembalikan, namun rata-rata warganet bersetuju serta terinspirasi dengan tindakan Irena kerana berani mengambil langkah sebegitu.  Ada yang berkata mereka juga akan menggunakan cara memalukan si penghutang supaya mereka sedar untuk pulangkan semula wang.

Ada Pula Yang Komen Di Media Sosial Mengakui Sebagai Ibu Kandungnya. Sekali Rupanya Ibunya Tak Restu Perkahwinan Itu Dan Ini Rupanya Yang Berlaku.

Tanah Merah: “Selepas beberapa hari Nurin selamat diijabkabul, kami ada menghubungi neneknya iaitu bekas mentua saya dan menjemput keluarga sebelah sana untuk menghadiri majlis resepsinya,” kata Mohd Muhizan Mat Zain, bapa kepada pengantin remaja, Nurin, 15. Mohd Muhizan, 44, berkata, selepas berpisah dengan ibu kandung Nurin hampir 10 tahun lalu, anaknya itu berada di bawah jagaannya, manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Irfan, 13, dijaga bekas mentuanya di Kampung Manal di sini.

“Bekas isteri sudah lama menetap dan bekerja di luar Kelantan, malah hubungannya dengan kedua anak juga tidak rapat dan jarang berhubung. Kami mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan kepadanya mengenai urusan perkahwinan Nurin kerana sebelum ini, dia (bekas isteri) pernah beberapa kali memberitahu tidak mahu mengambil tahu sebarang hal mengenai anak sulung kami ini. Atas sebab itu, saya berdiam diri namun disebabkan tidak mahu jurang itu berpanjangan, saya meminta Nurin dan suaminya menghubungi bekas mentua untuk memohon maaf dan menjemput mereka ke majlis resepsi yang diadakan sembilan hari selepas majlis akad nikah pada 20 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada wakil daripada pihak sana yang datang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Kisah pengantin remaja, Ahmad Faris Umar Alwi, 17, dan Nurin mendapat perhatian disebabkan mendirikan rumah tangga dalam usia muda.

Berikutan tular mengenai perkahwinan mereka itu, seorang wanita yang mendakwa sebagai ibu kandung Nurin tampil komen di media sosial dengan meluahkan kesedihan dan kecewa berikutan tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anak sulungnya itu dan memberi bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan terbabit.

Mohd Mohizan berkata, dia sudah dapat menjangka isu itu akan timbul namun tidak dapat dipastikan apa motif bekas isterinya menghebahkan di media sosial dan bukan secara langsung dengan menghubungi pihaknya.

“Sebelum ini, saya dan isteri yang juga ibu tiri Nurin ada beberapa kali menghubunginya untuk memberitahu perkembangan mengenai Nurin yang berada di bawah jagaan saya, namun dia enggan mengambil tahu. Pernah juga nombor telefon kami termasuk Nurin kena ‘block’ tanpa sebab dan menjadi tanda tanya di pihak kami mengapa sekarang isu sebegini timbul? Saya mohon agar kami dapat bersemuka bagi menjernihkan semula hubungan dan paling tidak agar ada sedikit simpati di hati bekas isteri demi Nurin serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak saya yang baharu dibina itu,” katanya.

Penjelasan ibu pengantin lelaki

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan. Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Ibu Pengantin Muda Akhirnya Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Beri Anak Kahwin Awal. Dan Rupanya Tak Sangka Ini Cara Perkenalan Mereka Dan Bagaimana Ibu Bapa Mereka Terfikir Untuk Mengahwini Anak Mereka.

” Kami sendiri tak sangka akan bergelar suami isteri seawal usia remaja, namun menganggap Allah sudah tentukan jodoh kami tiba awal,”. Itu jawapan pengantin remaja, Nurin Irdina Mohd Muhizan dan Ahmad Faris Umar Alwi, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Ketika ditemui di rumah Ahmad Faris Umar di Taman Kenanga di sini, pasangan pengantin yang baharu melangsungkan perkahwinan 10 hari lalu kelihatan berseri dan masih malu-malu dengan inai masih merah di jari pengantin perempuan. Nurin Irdina berkata, dia dan suami berkenalan lapan bulan lalu dan saling berhubung menerusi telefon bimbit sebelum hubungan itu diketahui keluarga Ahmad Faris Umar.

Kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) itu, keluarga Ahmad Faris Umar datang berjumpa keluarganya dan mencadangkan agar disatukan mereka berdua untuk menghalalkan hubungan. ” Ketika diberitahu mengenai perkara itu, saya agak terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa keluarga akan mengambil keputusan sedemikian namun saya tidak membantah malah sedikit teruja. Segala persiapan dilakukan dalam tempoh dua bulan malah segalanya dipermudahkan sehinggalah pada 20 Disember lalu saya sah menjadi isteri,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di sini, hari ini.

Nurin yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia sudah berhenti sekolah namun akan tetap menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi di sekolah swasta. Perkahwinan kedua remaja itu mulai tular sejak semalam apabila video dan foto mereka yang mengenakan busana pengantin dipaparkan di laman sosial malah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung dalam usia yang muda.

Dalam foto yang dikongsikan dalam laman sosial itu, kelihatan raja sehari itu mengenakan songket berwarna biru ketika majlis persandingan dan resepsi yang diadakan di sebuah restoran milik keluarga Ahmad Faris Umar di sini. Ahmad Faris Umar yang juga bekas Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Rahmaniah Paloh, di sini berkata, perkenalannya dengan isteri adalah pada awalnya sebagai pembeli dan penjual dalam talian. Dia yang membeli kabel telefon daripada Nurin Irdina berjumpa buat kali pertama selepas barangan yang dipesannya itu dihantar ke rumah dan sejak itu mereka berhubung menerusi telefon bimbit.

” Sebaik mendengar cadangan daripada emak agar saya berkahwin, memang tidak percaya dan anggap ia satu gurauan namun apabila mengetahuinya adalah serius, saya terus bersetuju. Buat masa kini kami berulang-alik di rumah saya di sini manakala rumah Nurin di Kampung Chawas, tidak jauh dari sini. Saya sebelum ini bekerja dengan syarikat ayah yang mengusahakan perniagaan hartanah namun kini akan memberi fokus kepada perniagaan dalam talian bersama isteri,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Penjelasan ibu pengantin lelaki

Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan. Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *