Sembilan bulan kuarantin dalam karavan. Jururawat ini sanggup habiskan RM3300 semata untuk kuarantinkan diri sendiri

Viral

Seorang jururawat dilaporkan telah menjalani kuarantin di dalam karavan selama sembilan bulan demi melindungi ibunya daripada dijangkiti wabak COVID-19. Namun begitu, dirinya mendakwa berjaya kembali ke rumah bulan lalu setelah ibunya menerima suntikan vaksin COVID-19.

Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Sarah Link dan suaminya, Gary tinggal di dalam karavan yang diparkir di laluan masuk kediaman mereka di Cradley. Tujuannya adalah untuk melindungi ibu Sarah yang berusia 84 tahun dari jangkitan virus berkenaan.

Sarah telah berkhidmat sebagai jururawat selama 17 tahun di Hospital Queen Elizebeth di Birmingham manakala suaminya, Gary menjalankan perniagaan menjual ikan.Tambahan itu, pasangan tersebut membeli karavan tersebut dengan harga 600 euro (RM3,300) pada bulan Mac ketika awal pandemik COVID-19 sebagai jalan penyelesaian sementara.

“Kami menyangka akan tinggal dalam karavan ini selama empat minggu atau maksimum 12 minggu. Masa kian berlalu akhirnya kami berjaya yang kami masih tinggal di dalam karavan ini selama sembilan bulan,” katanya kepada BBC.Namun begitu, pasangan tersebut disyaki positif COVID-19 pada bulan Disember yang lalu tetapi mereka dapat menjalani aktiviti kuarantin dengan adanya karavan itu. Sarah mengakui dirinya pernah menangis apabila terpaksa bergelut dengan situasi hidup yang sukar di dalam karavan tersebut. Malah, dirinya mengatakan bukan kerana sokongan suaminya, dia tidak akan berjaya sekarang.

Mempunyai Pengalaman 10 Tahun Dalam Penjagaan Pesakit. Jururawat Ini Dedahkan Pengalaman Dan Rahsianya Sehingga Dapat Menguasai 5 Bahasa

Nisha Andrea Raj mempunyai pengalaman 10 tahun dalam penjagaan pesakit angin ahmar dan menguasai lima bahasa dengan baik. ORANGNYA kecil molek namun semangatnya mahu membantu pesakit yang tidak berdaya akibat sakit angin ahmar cukup mengagumkan.

Apa yang lebih mengagumkan, Nisha Andrea Raj bukan sahaja mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai jururawat dalam rawatan str0k malah dia juga fasih berturut dalam lima bahasa. Selain bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris, Nisha, 31, fasih berbahasa Mandarin dan bahasa Arab!

Bercerita mengenai penguasaan bahasanya itu, Nisha menjelaskan dia memang suka mempelajari bahasa dan peluang bekerja di Singapura dan Arab Saudi sebelum ini telah memberi peluang kepadanya mempelajari dua bahasa itu.”Saya belajar bahasa Mandarin dan Arab kerana bukan sahaja saya suka tetapi ia turut memudahkan komunikasi bersama pesakit yang kebanyakannya sudah tua.

“Pengalaman tidak dapat memahami apa cuba disampaikan pesakit membuatkan saya nekad mempelajari bahasa Mandarin dan Arab dan ternyata usaha itu mendatangkan hasil.”Ia bukan sahaja membuatkan hubungan di antara saya dan pesakit bertambah mesra tetapi komunikasi dua hala banyak memudahkan tugas dan proses penyembuhan pesakit,” katanya kepada mStar.

Nisha (bawah, kanan) bersama rakan sekerja di Homage.Berkongsi mengenai cara dia mempelajari kedua-dua bahasa itu, Nisha menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus namun lebih banyak belajar daripada pemerhatian dan latihan komunikasi.”Antara faktor yang memudahkan proses belajar bahasa adalah menetap di negara itu sendiri. Seperti di Arab Saudi, memang kebanyakan orang di sana berbahasa Arab, jadi mahu tidak mahu saya perlu belajar.

“Apabila setiap hari mendengar dan cuba tangkap apa mereka bualkan, ia lebih mudah dan lama-kelamaan kemahiran itu datang dengan sendirinya,” jelasnya yang menetap selama lima tahun di Arab Saudi ketika bertugas di Pusat Perubatan King Abdul Aziz.Sementara itu, bercakap mengenai pengalaman bertugas di luar negara, Nisha menjelaskan ia banyak membantunya memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuannya dalam penjagaan pesakit strok.

Semua ilmu yang diperoleh ketika bertugas di Singapura dan Arab Saudi kata Nisha digunakan bagi membantu pesakit str0k di Malaysia.”Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip. Kedua-dua negara itu mempunyai kaedah dan tata kerja berbeza dalam menguruskan pesakit str0k termasuk kaedah fisioterapi yang dilakukan.

Apabila setiap hari mendengar dan cuba tngkap apa mereka bualkan, ia lebih mudah dan lama-kelamaan kemahiran itu datang dengan sendirinya.

“Apa yang saya pelajari di luar negara selama 10 tahun memang berguna dalam membantu pula pesakit di negara ini,” katanya yang kini bertugas sebagai Pakar Penjagaan di Homage.Menjelaskan tugasnya kini, Nisha memberitahu di Homage mereka menawarkan penjagaan pesakit di rumah selain mengoptimumkan penjagaan bersama ahli keluarga pesakit.

Dalam pada itu, Nisha menjelaskan penjagaan dan rawatan terhadap pesakit angin ahmar sebenarnya berbeza-beza mengikut keadaan pesakit dan perkara ini sebenarnya sering diabaikan disebabkan kekurangan kefahaman mengenai sakit tersebut.Jelasnya, ahli keluarga biasanya akan berharap pesakit dapat kembali sembuh dengan segara namun proses pemulihan itu memerlukan kesabaran memandangkan ia melibatkan pemulihan sistem neuromuscular melibatkan pergerakan, keseimbangan badan, mobiliti, keupayaan berjalan dan koordinasi pergerakan.

“Terdapat pelbagai terapi yang boleh dilakukan terhadap pesakit seperti fisioterapi, terapi kerja, terapi percakapan dan sebagainya. Kesemua terapi ini perlu dilakukan secara berhemat dan teratur bagi memastikan pesakit dapat berdikari.”Paling utama dalam semua terapi ini adalah sokongan keluarga agar pesakit tidak berasa sendirian atau berputus asa dengan keadaan dirinya. Kehadiran jururawat juga bukan sahaja menggalakkan pesakit tetapi keluarga.

Nisha juga sering terlibat dalam kempen dan ceramah kesedaran mengenai strok.“Di sinilah komunikasi itu sangat penting dan kemahiran berbahasa dapat merapatkan jurang agar pihak keluarga lebih memahami tentang rawatan serta pertolongan yang mereka boleh berikan kepada pesakit,” jelasnya.

Sokongan dan pemahaman keluarga sangat penting kata Nisha kerana proses terapi dan pemulihan pesakit memerlukan perhatian dan rutin tetap setiap hari.Atas sebab itu juga katanya, ahli keluarga juga perlu memainkan peranan agar mereka juga tidak berasa tertekan apabila pesakit tidak menunjukkan perubahan besar dalam proses pemulihannya.

“Perkara ini juga saya sering tekankan dan pandang serius kerana ahli keluarga sangat memainkan peranan, jadi amat penting mereka memahami situasi pesakit dengan baik selain rutin tetap dan teratur dapat membantu agar mereka tidak berasa tertekan,” katanya.

Atas dasar itu juga kata Nisha, masih banyak program kesedaran terhadap masyarakat dilakukan mengenai penyakit angin ahmar terutamanya dalam mengenali gejala, komplikasi serta menghadapi detik kecemasan sekaligus membantu pesakit strok mendapat rawatan segera.

16 Sekeluarga Positif Covid-19. Sempat Beri Rantai Emas Sebagai Hadiah Hari Lahir. Tak Sangka Lepas Tu Terjadinya Kejadian Yang Lebih Memilukan.

Myra sedih kerana tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir pada 8 November lalu. Disahkan sebagai salah seorang pesakit Covid-19 bagaikan mimpi buruk buat wanita ini apatah lagi 15 lagi ahli keluarganya turut positif jangkitan tersebut sehingga mengambil nyawa ibunya. Menurut Hasmira Hamzah, dia ke Hospital Kulim, Kedah kerana sudah mengalami gejala jangkitan tersebut pada 2 November lalu.

“Satu famili saya ke Klinik Kesihatan Kulim untuk swab test pada 2 November sebab kontak rapat dengan mak yang disahkan positif pada 31 Oktober lalu. Simptom saya paling teruk. Saya bukan saja batuk tapi demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk dan sukar bernafas. Saya tak tunggu result dan terus serah diri ke Hospital Kulim. Dalam beberapa jam pula saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Waktu tu suhu badan agak tinggi dan oksigen pun tak cantik, jadi saya pun dimasukkan ke ICU,” katanya kepada mStar.

Myra disahkan positif Covid-19 pada 2 November lalu.

Akui Hasmira atau lebih mesra disapa Myra, doktor nyaris melakukan intubation selepas melihat keadaannya yang teruk itu. “Saya kena pakai gas sebab oksigen drop teruk. Malam tu juga doktor beri penerangan nak intubate saya. Dia minta nombor telefon suami untuk inform semua details. Saya dah menangis merayu-rayu dekat doktor tak nak kena intubate macam mak. Saya masih boleh lawan dan nak cuba lawan. Alhamdulillah saya tak kena dan hanya guna ventilator. Saya pilih untuk kuat. Kalau tak lawan kena masuk tube. Lagipun suami dan keluarga tak putus-putus beri semangat pada saya untuk lawan sakit tu,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun itu mendedahkan abangnya turut dimasukkan ke ICU manakala ahli keluarganya sedikit demi sedikit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah selepas positif Covid-19. “Kakak ipar saya orang pertama buat swab test memandangkan dia kerja hospital. Result positif sebab kontak rapat dan ambulans datang ambil.

“Abang saya nombor tiga pergi swab test sebab simptom dia semakin teruk. Dia pun disahkan positif malam tu juga dan dimasukkan ke ICU sebab situasi sama macam saya, oksigen drop. Sesungguhnya Covid-19 ni sangat jahat. Penyakit ni serang kami satu famili, sikit demi sikit famili kena hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah termasuklah anak kakak saya berusia empat bulan,” katanya. Pada masa sama, Myra turut meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Rogayah Md Desa, 62, buat kali terakhir pada 8 November lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *