Makin pening cari tarikh kahwin dan AJL35 pula tunda. Ernie Zakri dedah perkembangan terkini untuk majlis perkahwinannya dan kongsi tentang pemilihan tarikh

artis

Ernie dan Syamel akan berkongsi tarikh perkahwinan mereka di masa kelak.BAKAL melangsungkan pernikahan dengan Syamel pada tahun ini, penyanyi Ernie Zakri memberitahu sehingga kini dia masih buntu mencari tarikh dan lokasi yang sesuai untuk hari bahagia mereka.Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata beberapa perkara yang perlu dititik berat antaranya senarai jemputan supaya majlis mengikut prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan dia mengambil masa lama untuk merancang.

Bagaimanapun penyanyi berusia 29 tahun ini menyasarkan untuk melangsungkan perkahwinan selepas Anugerah Juara Laguyang ke-35 (AJL35) dan akan berkongsi berita gembira itu dengan peminat di masa kelak.Ernie dan Syamel bakal disatukan sebagai suami isteri pada tahun ini.“Apa yang saya boleh dikatakan dan dikongsi buat masa sekarang, sudah tentu majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah… kami akan langsungkan perkahwinan.

“Cumanya tarikh dan semua perancangan melibatkan perkahwinan kami akan diumumkan kelak. Sebab ada beberapa perkara antaranya lokasi yang belum disahkan. Tambahan pula kena fikirkan SOP lagi.”Jemputan pun nak kena susun betul-betul… siapa yang kami akan jemput. Jadi apabila dah betul-betul buat keputusan pemilihan tarikh, InsyaAllah kami tak rahsiakan dan akan berkongsi dengan semua orang,” katanya kepada mStar.

Ernie ditemui ketika sesi ramah mesra bersama finalis AJL35 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.Terbaharu produksi AJL35 mengumumkan penangguhan acara itu yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari ini.

Penyanyi lagu Ku Bersuara itu mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat.Dalam pada itu, Ernie yang bakal menyampaikan lagu Gundah di pentas AJL35 mengakui gembira apabila sentiasa menerima pertanyaan mengenai sasaran untuk memenangi Vokal Terbaik.

Namun menurut Ernie, dia tidak mahu hanya menyasarkan anugerah itu sahaja sebaliknya berharap untuk melakukan persembahan sebaik yang mungkin agar single ciptaannya itu menjadi lagu terbaik pada acara tersebut.

Ernie mahu lakukan yang terbaik di malam AJL35.“Sebenarnya saya bersyukur dan gembira… setiap kali bertanding di pentas AJL pasti akan menerima pertanyaan yang sama. Sekurang-kurangnya ramai juga yang menantikan persembahan daripada saya.

“Tapi nak kata saya letak sasaran untuk menang vokal terbaik sahaja, sebenarnya saya cuba untuk dapatkan semua sekali kerana kali ni lagu yang bertanding adalah ciptaan sendiri.”Kalau boleh saya nak sasarkan lagu terbaik dan tanggungjawab saya juga untuk berikan yang terbaik pada malam AJL itu nanti. Saya akan berikan rasa dan emosi yang berbeza untuk kali ini. Bukan hanya fokus pada vokal tapi emosi juga,” ujarnya.

Melayu Klasik Jadi Tema Majlis Perkahwinan. Ernie Zakri Dedahkan Persiapan Sudah Hampir 70 Peratus Siap Susulan Pasangan Ini Juga Sikatakan Sudah Ada Tarikh Untuk Majlis Resepsi

Penyanyi, Ernie Zakri  kini sedang meniti hari untuk disatukan bersama penyanyi Syamel, yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Ernie memberitahu, persiapan majlis perkahwinan bersama Syamel juga sudah hampir selesai, bagaimanapun masih ada beberapa perkara yang harus diselesaikan.

“Persiapan kahwin boleh saya katakan sudah 70 peratus siap memandangkan kami sudah ada tarikh untuk majlis resepsi.“Cuma tarikhnya sahaja saya dan Syamel akan umumkan kemudian. Agak sukar untuk kami buat pengumuman mengenai tarikh kerana macam-macam perkara boleh berlaku di dalam situasi sekarang.

“Apa yang pasti setakat ini, kami dah ada tema majlis perkahwinan. Saya daripada dulu memang nak sangat tema Melayu klasik, jadi itulah temanya, insya-Allah,” katanya kepada MH.Selain itu, penyanyi berusia 28 tahun ini memaklumkan majlis tersebut akan dilangsungkan awal tahun hadapan.

“Insya-Allah majlis itu nanti akan diadakan pada awal tahun hadapan.“Jadi doa-doakan untuk kami agar semuanya berjalan lancar,” katanya yang akan umumkan tarikhnya kepada umum andai semuanya sudah muktamad.Terdahulu, Ernie ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung si Pusat Kovensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.

Bintang itu diundang untuk membuat persembahan pada majlis anugerah tahunan itu.Terdahulu, Ernie dan Syamel telah mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.Dalam perkembangan lain, Ernie juga sedang mempersiapkan diri untuk bersaing menerusi lagu Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung Februari depan.

Dikatakan Bakal Menamatkan Zaman Solo Awal Tahun Depan. Ernie Zakri Tampil Dedah Cerita Di Sebalik Perkenalannya Dengan Syamel Sehingga Mengambil Keputusan Untuk Bertunang

Siapa yang menyangka detik perkenalan menerusi sebuah pentas hiburan akhirnya membawa benih cinta hati pasangan penyanyi popular,Syamel,27 dan ernie Zakri,28. Sebelum ini,pasangan penyanyi duet menerusi lagu Aku Cinta itu sedaya upaya mengelak menjawab spekulasi dan kesahihan hubungan cinta yang terjalin. Namun,dari riak wajah dan bahasa tubuh yang ditunjukkan menerusi laman sosial,jelas ada bunga dalam taman hati.

Nyata, telahan ramai mereka ‘berpacaran’ tidak tersasar apabila berita pertunangan mereka tersebar. Syamel dan Ernie akhirnya mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.Seperti dijanjikan, Syamel mahupun Ernie tidak menyembunyikan majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarga Ernie dan berkongsi berita gembira itu.

Berkongsi kisah percintaan, Ernie ketika ditemubual menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? mendedahkan, dia nekad memulakan langkah pertama selepas berasakan wujud keserasian antaranya dan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hidup Dalam Mti itu.

“Cerita bermula apabila saya dan Syamel menyertai program Duo Star, empat tahun lalu. Mungkin sebab saya selesa dan enggan berterusan menyembunyikan perasaan dalam hati membuatkan saya nekad untuk berterus-terang dengannya. Saya beritahu Syamel, saya menyukainya.

“Niat saya meluahkan perasaan supaya boleh bekerja dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan balasan apabila meluahkan perasaan. Saya tak mahu tertekan.”Bagaimanapun, saya tak sangka pula tidak bertepuk sebelah tangan. Syamel menerima saya dan kami terus berkawan hingga memutuskan untuk bertunang, Ogos lalu,” kata penyanyi lagu Gundah dan Boneka itu kepada BH Online.

Mengulas tindakan berani Ernie, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, pada awalnya, dia sangat terkejut dengan luahan hati tidak diduga. Bagaimanapun, bersikap terbuka dan percaya teman duetnya mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Walaupun selalunya lelaki ada sikap berani, namun saya terkejut apabila ada wanita yang mampu berterus-terang dengan dalam meluahkan perasaan. Pun begitu, saya faham tujuan Ernie berbuat demikian.”Kami bertemu setiap minggu ketika menyertai program Duo Star. Sejujurnya, saya dan Ernie memang menyimpan perasaan, cuma awalnya belum meluahkannya.

“Saya tak anggap tindakan Ernie meluahkan perasaan sebagai perbuatan gelojoh. Sebaliknya, saya sifatkan agak lembap dalam soal ini,” jelas pemenang trofi Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).Berdasarkan khabar yang disampaikan, pasangan yang pernah memenangi trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 32 itu bakal menamatkan zaman solo, awal tahun depan. Enggan terus berteka-teki, persoalan itu terus diajukan kepada si empunya diri.

“Jika mengikut perbincangan ahli keluarga kedua-dua pihak, kami mahu melangsungkan majlis pernikahan, awal tahun depan. Bagaimanapun, saya mahupun Ernie tidak berani berjanji memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih. Malah, ramai bakal pengantin yang sudah menetapkan tarikh terpaksa menunda majlis.

“Apapun, ia bergantung kepada bagaimanakah situasi pada tahun hadapan. Jika keadaan mengizinkan, mungkin kami teruskan pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak, kenalah tunggu hingga keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih,” jelas penyanyi yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 26 November ini.

Adat pasangan pada alam pertunangan, pasti tidak boleh mengelak berdepan dengan situasi yang boleh menjejaskan keharmonian. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, Syamel dan Ernie menjadikan komunikasi dan perbincangan sebagai kata.

“Tidak dinafikan, kita memang sentiasa terdedah dengan ftnah yang boleh merosakkan sesuatu perhubungan dalam situasi teknologi media sosial. Jadi, kami memang amalkan perbincangan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan sejak awal perkenalan lagi.

“Jika ada perkara yang tak puas hati, kami akan duduk berbincang. Tak perlu nak simpan, takut nanti makan dalam. Lebih baik luahkan supaya apa yang terbuku dalam hati dapat dilepaskan.”Sebagai penyanyi, kami memang agak sensitif. Perkara kecil pun boleh jadi serius. Daripada perkara kecil menjadi melarat-larat, lebih baik selesaikan dengan cara lebih berdiplomasi,” kongsi pasangan ini.

Rupanya Ini Faktor Ernie Zakri Terdorong Untuk Mula Bertudung. Terkedu Bila Ernie Zakri Bongkarkan Kisah Sebelum Mula Berhijab Dan Reaksi Warganet Dengan Perubahan Penyanyi Itu.

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan situasi semasa banyak menyuntik kesedaran untuk dia istiqamah bertudung sejak Mac lalu. Jelas Ernie, biarpun sudah memasang niat untuk terus kekal berhijab sejak tahun lalu, faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.

“Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. “Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini, dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…

“Niat itu sudah ada dari tahun lepas, cuma saya sendiri tak terbuka hati atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu. “Ketika PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fokus… Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab,” katanya.

Justeru, Ernie tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab memandangkan masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima artis yang berhijab. “Masyarakat dan penganjur terbuka untuk menerima artis bertudung. “Ramai ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung. 

“Rezeki semua Allah yang rancang. Insya-Allah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi penganjur yang lain untuk mengambil Ernie bekerja,” ujarnya. Ernie akui cabaran selepas berhijab tidak mudah. Ada juga segelintir warganet yang skeptikal dan menganggap hijrah Ernie hanya sementara.

“Ada yang cakap sekejap sahaja tu, ada yang tegur masih tak sempurna. Ya, saya sedang melalui fasa itu dan saya pun nak jadi lebih baik. “Apabila membuat keputusan besar dalam hidup saya perlu masa dan alhamdulillah saya dipermudahkan. “Jadi, saya buat tak tahu walaupun sedikit sedih, buat apa melayan benda yang menyedihkan,” tambahnya.. Selepas berhijab, Ernie dan Syamel mengesahkan mereka bertunang pada Ogos lalu. -GEMPAK

Kecoh temuramah antara Ernie dan Syamel sehingga meraih perhatian warganet. Tak sangka ini yang dikongsikan mengenai hubungannya selepas bertunang.

Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.

Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.

Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.

Sumber: HCL

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.Video: Instagram Syamel, Era.je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *