Luah rasa bertuah kerana lelaki tersebut hadir menjadi peneman hidupnya. Ayda Jebat tanpa ragu kongsi video Nabil Mahir selesai mengimamkan solat mereka berdua

artis

Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Bagaimanapun, sudah tentu seseorang wanita mendambakan suami yang baik dan soleh yang boleh membimbing seisi keluarga menuju ke jalan diredhai Allah.Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat memuat naik sebuah video di Instastory miliknya.Video tersebut memaparkan suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir atau Nabil Mahir baru selesai mengimamkan solat mereka berdua.

“Saya sungguh bertuah awak hadir dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video tersebut.Menerusi video berdurasi lima saat itu, Ayda turut meluahkan rasa bertuah kerana lelaki tersebut hadir menjadi peneman hidupnya.

Umum tahu, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu. Kini, sudah lebih seminggu mereka berkahwin dan sedang bercuti menikmati bulan madu di Langkawi.Bagusnya Nabil jadi imam kepada isteri tercinta. ‘Sweet’ betul pasangan baru berkahwin ini. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak!

Ayda Jebat Dan Nabil Baru Sahaja Melangsungkan Perkahwinannya. Sekali Ada Pula Yang Beri Soalan Begini Padanya.

Sebagai pembuka tirai tahun 2021, pelakon Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih untuk bernikah pada tanggal 1 Januari. Mereka kini telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 3:30 petang di sebuah masjid di ibu negara dengan mas kahwin seutas rantai berlian. Dimaklumkan, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam dan masih lagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Majlis pernikahan mereka dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat. Nabil Mahir berhasrat memiliki 13 cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang dijadual berlangsung Jumaat ini. Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, angka terbabit adalah nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.

“Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan. Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun,” katanya ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Parah Parah di Publika, hari ini. Sementara itu, Ayda pula berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya mendapat zurlat dalam masa terdekat. Saya tidak mempunyai mas4lah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat. Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Saya pun bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu,” katanya.

Menurut Ayda, majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari ini akan diadakan secara sederhana di sebuah masjid di ibu negara. “Kami enggan mengambil sebarang risiko. Saya tak terkilan pun tiada majlis besar, malah lebih baik diadakan secara sederhana sahaja. Apa yang penting adalah perkara wajib, majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya dibhadiri kurang 50 tetamu,” katanya.

Pasangan pengantin baru-baru ini dijemput untuk menjadi tetamu di segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuuib. Beberapa buah video temubual dengan pasngan ini telah dimuatnaik menerusi Instagram Hotfm. Saat Shuk dan Fizie bertanya Nabil mengenai dengan siapa yang Ayda Jebat tidak boleh berlakon bersama, Nabil menjelaskan bahawa beliau percaya kepada Ayda dan Ayda tahu untuk menjaga diri beliau sendiri. Situasi tersebut bergantvng kepada keselesaan Ayda untuk menerima tawaran berlakon tersebut atau tidak.

Ayda memang terkenal dengan karakter beliau yang happy go lucky dan ceria. Mendengar Nabil yang memberikan Green Light dan percayakan beliau, Ayda kemudiannya bergurau bersama Shuk dan Fizie dengan membuat symbol tangan tanda bagus sambil ketawa. Menjenguk di ruangan komen mengenai posting berkenaan, seorang warganet telah menyatakan bahawa wajah Ayda tidak nampak serinya sebagai seorang pengantin baru.

Warganet juga mengulas mengenai respon Ayda dalam video tersebut yang kelihatan gdik dan 0ver. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen mengenai video tersebut. “biasalah tu.. Bukan saje sebab si Ayda ni rajin make up tebal2.. Tapi..dah sellu sgt2 kita tgok dia kawen. berlakon2 je..kawen…. Dah banyak kali kita tgok dia berlakon jd pengantin… Tu laa pasal. So, bila dah betul2 dah nikah ni.. Kita nampak biasa je.. Hehehe. Anyway.. Kita sama2 doakan moga Ayda n pasngan happy2, bahagia hingga akhir hyat.. Aamiin” – Warganet

Bakal Melangsungkan Pernikahan Di Masjid Pada 1 Januari. Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedahkan Fasal Persiapan Untuk Majlis Serta Plan Majlis Resepsi

Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan di sebuah masjid pada 1 Januari depan.MENGHITUNG hari menantikan hari bahagia, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui semakin gementar untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak pernah menyesali keputusan untuk berkahwin.”Alhamdulillah… semua persiapan berjalan dengan lancar tapi semakin nak dekat kahwin, ada sahaja kerja. Apa-apa pun, saya memang tak sabar dan rasa teruja.

Ayda tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dengan Nabil.“Tak pernah pun rasa ragu-ragu sebab saya memang yakin dengan keputusan untuk berkahwin. Nak cakap soal bersedia galas tanggungjawab sebagai isteri itu, memang kena bersedia juga.

“Nak kata kita dapat laksanakan tanggungjawab itu dengan baik atau terbaik… masih tak tahu lagi sebab saya tak pernah lagi jadi isteri orang.”Cuma, saya harap kalau ada perkara yang saya atau Nabil tak tahu, nanti ada ahli keluarga atau ibu boleh nasihatkan kami untuk jadi terbaik,” katanya kepada mStar.Penyanyi lagu Tembrang itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran namun berharap hari bahagiannya dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Ayda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid yang hanya dihadiri kurang daripada 50 orang manakala masih belum mendapatkan lokasi untuk resepsi.”Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan. Jadi, bila berlaku Covid ini tak boleh ada majlis besar-besaran… saya tak rasa terkilan.

Ayda dan Nabil masih belum tetapkan tarikh dan lokasi untuk majlis resepsi mereka.“Mungkin ada orang impikan nak buat majlis besar-besaran tapi terpaksa bersederhana. Tapi bagi saya, tak apa walaupun majlis kecil asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar.”Kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja di sebuah masjid yang hanya untuk tidak lebih 50 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan rapat.

“Manakala majlis resepsi, kalau ikutkan saya nak buat bulan Februari tetapi lokasi yang kami nak itu penuh. Tengok macam mana nanti, kalau tak boleh mungkin buat tempat lain,” ujarnya.Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tular Di Media Sosial Apabila Prank Ayda Jebat Dikatakan Nabil Telah Tinggalkannya Di Tepi Jalan Hanya Kerana Sesuatu Ini. Dan Akhirnya Lebih Mengejutkan Lagi Respon Dari Sheila Rusly.

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, nyatanya ramai peminat yang tidak sabar menantikan penyatuan antara Ayda Jebat dan juga Nabil Mahir. Menjengah ke Instagram masing-masing, dua orang selebriti ini memang dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ dan mungkin itulah yang membuatkan perhubungan mereka tampak serasi. Malah terbaru, mereka juga sempat membuat kemunculan dalam rancangan ‘Trek Selebriti’ yang dihoskan oleh Aliff Farhan.

Nabil kononnya tinggalkan Ayda Jebat tepi jalan sambil marah-marah

Kali ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mensasarkan sebuah prank kepada Mama mereka iaitu Sheily Rusly. Kononnya, Nabil telah naik angin setelah mendapati Ayda berhubung dengan lelaki lain walhal tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Mengetahui kejadian itu, penerbit JS Picture berkenaan juga mula risau sebelum mengatakan akan menghantar bantuan ke sana. Dengan reaksi yang cukup resah, siapa sangka semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

Puas hati bila Aliff kena prank…Biru muka kau

Disangka akan tergelak sekali, Aliff seakan-akan ‘terciduk’ kerana dimarahi pula oleh Sheila Rusly. Setelah berkali-kali menyakat orang dalam episod sebelum ini, akhirnya dia sebagai pengacara rancangan pula yang menjadi sasaran prank. Dalam pada itu, warganet juga berpuas hati selain berseloroh muka Aliff menjadi biru gara-gara terlalu gementar.

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *