Isu i sinar dalam kalangan rakyat Malaysia. Warganet merayu untuk luluskan i sinar tanpa syarat lepas umum PKP 2.0

berita

Ketika Belanjawan 2020 diumumkan Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan yang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan melalui program i-Sinar.Pun begitu, pengeluaran dari Akaun 1 KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sekiranya ahli tak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan atau ahli yang masih bekerja tapi gaji pokok dikurangkan sebanyak 30% ke atas.

Sementara itu, ahli yang mendapat pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% bermula Mac lalu juga boleh keluarkan duit dari Akaun 1 jika dapat berikan surat sokongan seperti slip gaji.Dikatakan, untuk ahli kategori 1 yang layak dan permohonan dah diluluskan, KWSP telah pun mula mengeluarkan wang sejak hari ini manakala kategori 2 dah pun boleh memohon sejak semalam.

Pun begitu, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan mulai esok.Ekoran pengumuman ini dan pengisytiharan Proklamasi Darurat pagi tadi, ramai warganet telah merayu dan meminta agar Muhyiddin dapat memberikan kelulusan i-Sinar kepada semua orang tanpa syarat bagi membantu mengurangkan beban lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sebelum Memohon I Sinar KWSP. Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Untuk Keluarkan Duit Di Akaun 1 KWSP.

Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial, sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i-Sinar sudah dibuka untuk kategori 1. Untuk yang belum tahu, i-Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka. i-Sinar ni khas untuk mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19.

Rasanya semua tahu, kenapa selama kita bekerja, kita perlu mencarum dengan KWSP. Ya, betul untuk dana persaraan korang nanti selepas umur 55 tahun. Yelah, korang dah bersara nanti mesti memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, penjagaan kesihatan, bayar bil-bil utiliti rumah dan mungkin masih ada hutang-hutang yang perlu dibayar. Sebab korang mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja selepas umur 60 tahun. Tambahan pula, jangka hidup rakyat Malaysia sekarang makin meningkat. Selepas bersara, macam mana nak tampung kehidupan kalau tiada simpanan?

Tapi sejak Covid-19 melanda negara ni, isu pengeluaran duit KWSP sering diperdebatkan di media sosial khususnya. Pada yang dah bercadang nak memohon i-Sinar ni, fikir dua tiga kali, fikir sampai ‘masak’ supaya bila korang dah bersara nanti, pengeluaran hari ini tidak menjadi beban korang di kemudian harinya. Jika tiada keperluan dan pendapatan bulanan tidak terjejas, sebaik-baiknya duit dalam akaun 1 korang tu tak diusik untuk korang guna lepas bersara nanti.

Menyimpan dalam KWSP ni banyak manfaatnya, duit yang korang simpan akan dilaburkan dalam pelbagai pelaburan. Makin lama, simpanan korang makin bertambah kerana setiap tahun KWSP akan memberikan dividen dari hasil pelaburan yang mereka buat. Jika banyak korang menyimpan, lagi banyak lah yang korang boleh dapat. Sampailah masa bersara nanti, boleh keluarkan semua duit simpanan ini untuk enjoy hari tua korang.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai bantuan untuk isi rumah, bujang, peniaga kecil dan juga syarikat-syarikat yang terjejas. Apa kata korang manfaatkan dulu bantuan kerajaan yang korang layak untuk memohon dan jadikan pengeluaran KWSP menerusi program i-Sinar ini sebagai pilihan terakhir. Ini memang duit korang, tapi duit untuk persaraan, bukan untuk hari ini.

Tapi, jangan salah anggap, tiada langsung niat untuk melarang korang keluarkan duit akaun 1 tu. Cuma, jika tiada keperluan adalah lebih baik korang biarkan duit dalam akaun 1 tu terus bertambah untuk korang ‘tuai’ bila sampai waktunya nanti.

Kerana Tak Pasti Dengan Cara Permohonan Online KWSP. Orang Ramai Sanggup Beratur Sepanjang 100 Meter Hanya Demi I-Sinar.

Datang kerana keliru mengenai permohonan dalam talian. Orang ramai membanjiri pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara selepas permohonan i-Sinar dibuka secara dalam talian pada Isnin.

Selain ibu pejabat di Kuala Lumpur, barisan panjang turut dilihat di pejabat KWSP yang lain. Di KWSP Shah Alam misalnya, barisan panjang 100 meter dilihat sewaktu tengah hari. Namun, semuanya menjaga jarak dan mematuhi ketetapan berkaitan Covid-19.

Kebanyakannya datang kerana keliru mengenai permohonan dalam talian. Permohonan itu melibatkan dua kategori. Kategori 1 adalah melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas. Dua kategori itu membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.

Elya Sebagai Penasihat Online KWSP. Tular Penasihat Online Sampai Jadi Bualan Orang Ramai Dan Ini Fungsi Elya

Hari ini pastinya menjadi saat-saat ‘sibuk’ buat kebanyakan rakyat Malaysia yang telah mula membuat permohonan bagi pengeluaran wang melalui i-Sinar.Ramai yang sudah pasti tidak sabar untuk membuat pengeluaran mengikut jumlah yang diinginkan.

Namun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mencipta satu ‘inisiatif’ bagi menasihatkan orang ramai mengenai jumlah pengeluaran tersebut sebelum membuat permohonan.Ia dapat dilihat selepas anda telah mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab lima soalan.

Setelah itu, anda boleh menentukan jumlah yang diinginkan daripada minimun sehingga maksimum.Di bahagian ini, karakter wanita yang bernama Elya akan muncul dan memperkenalkan diri sebagai penasihat online KWSP.Elya berperanan untuk menasihatkan anda mengenai pengeluaran amaun yang diinginkan dan memberikan anggaran jumlah yang diganda jika anda tidak mengeluarkannya sehingga usia 55 tahun.

Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mengeluarkan jumlah maksimum iaitu sebanyak RM10,000, Elya menganggarkan jumlah tersebut akan berganda sebanyak RM31,186.51 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun.

Diharapkan dengan adanya Elya sebagai penasihat online KWSP, ia dapat membantu anda untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan pada masa ini.Namun, semuanya terserah kepada anda, tiada sebarang paksaan untuk pengeluaran jumlah wang simpanan anda. Selamat memohon!Sumber: KWSP

Rata Rata Kecewa Dengan Syarat I-Sinar Dikatakan Menyusahkan Dan Sukar. Ini Penjelasan KWSP Yang Ramai Rakyat Tak Tahu Dan Harap Semua Maklum

BERIKUTAN pelbagai persoalan timbul daripada masyarakat mengenai kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi itu tampil memberikan jawapan demi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan terjejas.

Soalan (S): Bagaimanakah KWSP menetapkan mekanisme dan kriteria i-Sinar?Jawapan (J): Perincian i-Sinar ditetapkan berikutan perbincangan rapat dan berterusan selama beberapa bulan berserta perundingan dengan pihak berkepentingan utama dari sektor awam dan swasta, termasuk Kementerian Kewangan.

Kriteria dan mekanisme itu ditetapkan selepas mempertimbangkan keutamaan keperluan harian dalam menghadapi cabaran COVID-19 serta mengimbangi mandat KWSP untuk melindungi simpanan ahli untuk persaraan mereka pada masa hadapan.

Bantuan i-Sinar ini juga dipertimbangkan dalam konteks bantuan yang sudah disumbang KWSP sejak Mac lalu dan juga bantuan lain.Kerajaan melalui pakej rancangan ekonomi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin), bertujuan mengurangkan beban aliran tunai serta tanggungan individu dan isi rumah.

S: Ahli KWSP rata-rata kecewa dengan syarat i-Sinar dikatakan menyusahkan dan sukar. Komen KWSP?J: i-Sinar tidak bersyarat dan apa dicirikan adalah kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada KWSP yang akan membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.ADVERTISING

Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara haram oleh pihak ketiga.Ahli memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli juga dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja. Permohonan bermula daripada 21 Disember.

Kategori 1 adalah untuk ahli tiada caruman untuk dua bulan berturut-turut ketika permohonan dibuat, suri rumah dan ahli yang lama tidak mencarum dengan data dalaman KWSP digunakan untuk mengesahkan perkara ini.Kategori ini juga dibuka kepada ahli bekerja sendiri dan dalam sektor ekonomi gig. Oleh itu, tiada keperluan untuk mereka memberi dokumen sokongan ketika permohonan.

Kategori 2 pula adalah untuk mereka mengalami penurunan pendapatan tetapi tiada cara untuk KWSP mengesahkan kedudukan mereka tanpa dokumen sokongan. KWSP hanya dapat mengesan pengurangan gaji pokok (melalui caruman) tetapi tidak dapat mengesan pengurangan pada elaun, gaji bekerja lebih masa dan lain-lain.Disebabkan setiap situasi ahli adalah unik, kategori 2 memberi ruang untuk KWSP mempertimbangkan situasi ahli berdasarkan dokumen sokongan. Mereka hanya perlu memohon secara dalam talian.

S: Mengapakah KWSP tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari?J: Situasi ketika KWSP melancarkan i-Lestari dan i-Sinar sangat berbeza, negara berada dalam situasi berlainan ketika itu dan pada masa sekarang.Aktiviti ekonomi terhenti sepanjang tempoh PKP (mulai Mac). Kini, sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar pekerja kembali bekerja serta mencarum semula dengan KWSP.

Bagaimanapun, KWSP memahami situasi ekonomi berbeza bagi setiap ahli dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri masing-masing. Justeru, i-Sinar tersedia untuk membantu ahli berkenaan.

S: Sebilangan ahli tidak mengalami pengurangan 30 peratus tetapi memerlukan wang tunai untuk menampung kehidupan dalam wabak ini, terutama golongan B40 dan M40. Bolehkah mereka dipertimbangkan?J: Masih ada ruang di bawah Kategori 2 untuk mempertimbangkan permohonan ahli terkesan. Sekiranya ahli mengalami pengurangan pendapatan atau gaji dan mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti, mereka digalakkan memohon pada 11 Januari depan.KWSP akan mempertimbangkan permohonan itu. Ini bagi memastikan pintu tidak tertutup dan memberi peluang kepada seramai mungkin ahli memohon i-Sinar, dianggarkan hingga 8 juta pemohon.

S: Mengapa KWSP menetapkan pembayaran berperingkat enam bulan untuk i-Sinar sedangkan anggota memerlukan wang dengan cepat? Mengapa tidak boleh dibuat secara one-off?J: KWSP ingin memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama mungkin dan memahami bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan serta perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak.

Oleh itu, pendekatan berperingkat berdasarkan beberapa pertimbangan, iaitu pertama, data semasa tanggungan ahli KWSP; kedua, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19 dan ketiga, bagi mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP.Untuk peringatan, pembayaran pertama i-Sinar adalah sehingga RM5,000 (bagi mereka mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) kerana KWSP memahami banyak perbelanjaan diperlukan pada awal tahun seperti bayaran persekolahan anak.

Perlu diingatkan bantuan perlu dilihat dalam konteks menyeluruh, termasuk bantuan PRIHATIN, PENJANA dan KitaPrihatin yang bertujuan mengurangkan beban aliran tunai dan tanggungan individu dan isi rumah.Contohnya bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Fasa 2) juga akan diberikan Januari depan dan Bantuan Pinjaman Bank seperti moratorium serta pengurangan bayaran juga tersedia untuk manfaat individu.

S: Bolehkah masa diambil untuk pemprosesan permohonan dipendekkan kerana ahli terdesak? Adakah aplikasi dalam talian untuk mengurangkan ahli ke cawangan?J: Bagi mereka dalam Kategori 1, KWSP mempercepatkan proses permohonan melalui kelulusan automatik menggunakan data dalaman. Dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Januari depan.

Bagi mereka dalam Kategori 2, KWSP menganggarkan masa pemprosesan antara dua hingga tiga minggu dari tarikh permohonan, bagi membolehkan pengesahan dokumen dan pertimbangan kes demi kes. Dianggarkan ahli akan menerima bayaran pertama pada akhir Februari.

Anggota dikehendaki membuat permohonan dalam talian. Sebelum memohon ahli mesti melakukan perkara berikut: Pastikan i-Akaun aktif, pastikan nombor telefon dikemas kini untuk menerima nombor TAC (boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kios) dan pastikan nombor akaun bank adalah aktif.

S: Apakah kaedah pengisian semula untuk i-Sinar?J: Bagi ahli memohon i-Sinar, semua caruman pada masa depan akan disalurkan ke Akaun 1 hingga jumlah dikeluarkan diisi semula. Setelah jumlah dikeluarkan diisi semula, caruman akan kembali kepada asal, iaitu 70:30 di Akaun 1 dan Akaun 2.

S: Bolehkah tindakan diambil terhadap majikan enggan bekerjasama dan memudahkan permohonan i-Sinar pekerja mereka?J: KWSP akan memastikan tindakan akan diambil kepada majikan yang tidak bekerjasama untuk memastikan permohonan i-Sinar ahli lancar.

S: Apakah impak i-Sinar kepada kedudukan kewangan KWSP?J: Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) kami, pelaburan KWSP terbukti mampu bertahan sejauh ini walaupun ada cabaran unik dihadapi pasaran ketika ekonomi lembap.

KWSP terus mempelbagaikan pelaburannya dalam pasaran domestik dan global dengan mempertimbangkan keperluan aliran tunai mencukupi setiap waktu, termasuk waktu melampau dan tidak diduga seperti wabak.Pada asasnya, KWSP ialah pelaburan jangka panjang dan setiap keputusan pelaburan dibuat akan terus mempertimbangkan tanggungjawabnya untuk mengekalkan dana anggota, walaupun dalam situasi belum pernah terjadi seperti wabak ini.Pada masa ini dan berpandukan struktur i-Sinar sedia ada, semua tindakan KWSP akan memastikan tiada impak kepada pasaran domestik.

S: Apakah kesan i-Sinar kepada persaraan masa depan ahli? Apa nasihat KWSP kepada mereka?J: Walaupun KWSP memahami keperluan ahli mengeluarkan simpanan untuk bertahan dalam waktu sukar ini, KWSP berharap ahli dapat membuat perancangan mengenai jumlah yang diperlukan agar dapat memenuhi keperluan hari ini sambil meminimumkan kesan persaraan masa hadapan.KWSP mengalu-alukan ahli untuk berjumpa Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan nasihat kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *