Ain Edruce selamba menari dan berjoget hiburkan peminat. Warganet luah rasa khuatir bayi dalam kandungan

artis

Siapa yang tidak mengenali pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce yang sentiasa berperwatakan ceria dan menghiburkan penonton.Baru-baru ini, pelakon berusia 30 tahun yang sedang hamil itu memuat naik satu rakaman video ketika sedang menari dan berjoget di aplikasi TikTok miliknya.

“Bukan main eh mak buyong,” tulisnya di ruangan kapsyen.Menerusi video tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ Ain yang sudah berusia lebih lima bulan. Namun dia aktif dan cergas seperti biasa malah, masih boleh menari dan berjoget menghiburkan peminat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menasihati supaya Ain sentiasa berhati-hati dan mengelakkan melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungannya.Terdahulu, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. 

Ain Edruce Akui Penonton Lebih Suka Tengok Video Ain Sekiranya Ada Amirul. Rezekinya Bertambah Lepas Kahwin Dan Dia Tak Nafikan Suaminya Bawa Tuah.

Peminat suka tonton video Ain jika ada Amirul. Perkongsianvideo pengacara dan pelakon Ain Edruce di saluran YouTube menjadi tarikan warganet yang suka melihat wajah ‘spontan’ suaminya iaitu Amirul Haz Mustaffa. Mengakui penonton lebih gemar melihat Amirul, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce mendedahkan dia memaksa dan memujuk suaminya untuk berada dalam setiap video yang dimuat naik. Pelakon berusia 29 tahun ini bagaimanapun menganggap suaminya itu sebagai pembawa tuah dan rezeki dalam kehidupan mereka.

Ain anggap suaminya sebagai pembawa rezeki dan tuah dalam kehidupan mereka.

“Ramai peminat yang minta saya buat video ada Mirul sekali. Saya pun sedar, kalau video saya di YouTube ada Mirul, baru ramai orang suka tengok. Sebenarnya dia tak suka berada depan kamera. Semua yang dia lakukan sebabkan saya sahaja. Puas saya pujuk… dia kena paksa juga dengan saya tapi itulah, orang suka pula tengok muka dia yang kena paksa dengan saya. Mungkin sebab nampak muka dia jujur. Jadi, saya anggap banyak rezeki selepas kahwin ini disebabkan Mirul. Bagi saya, he is my lucky charm… dia bawa rezeki kepada keluarga kami,” kata Ain kepada mStar. Ain yang kini sedang hamil lima bulan ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya pada baru-baru ini.

Bagi saya, perkongsian mengenai kehidupan saya dan suami atau keluarga di YouTube itu sebagai kenangan.

Rata-rata warganet lebih teruja melihat aksi dan wajah suami Ain yang seakan-akan ‘tiada perasaan’ atau terpaksa melayan isteri menerusi video perkongsian aktres itu di saluran YouTube miliknya. Dalam pada itu, Ain menjelaskan tujuan dia berkongsi momen kehidupannya bersama suami dan keluarga di YouTube untuk dijadikan kenangan yang boleh ditonton semula bila-bila masa.

Bagaimanapun, Ain berkata biarpun dia seorang yang terbuka namun tetap tidak akan berkongsi sesuatu yang terlalu peribadi seperti proses bersalin anak pertamanya kelak.

Video reaksi Amirul ketika mengetahui Ain hamil turut mencuit hati penonton.

“Bagi saya, perkongsian mengenai kehidupan saya dan suami atau keluarga di YouTube itu sebagai kenangan. Kalau saya nak tengok semula, saya boleh buka YouTube saja. Memang saya terbuka berkongsi di laman sosial dan YouTube sebabkan nak simpan kenangan itu penting. Tapi kalau ada perkara yang tak boleh nak kongsi seperti proses bersalin ke. Sebab macam mana terbuka pun saya tapi rakyat Malaysia tak boleh terima budaya kongsi video terlalu peribadi seperti itu. Sebagai contoh, baru-baru ini saya kena tahan wad sebab tak sihat pun tak ada kongsi di laman sosial,” ujarnya.

Sebelum ini, Ain berkongsi berita gembira bahawa dia sedang berbadan dua menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada November lalu. Menerusi laporan mStar pada 29 November lalu, pengacara program Melodi Extra itu berkata dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan kehamilan itu namun hanya memilih masa yang sesuai untuk dikongsikan bersama peminat. Pelakon sitkom komedi Jenaka Kampung Kalut: JKK itu mendirikan rumah tangga dengan Amirul Haz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu.

Setelah Setahun Ain Edruce Dan Suaminya Berkahwin. Kini Dia Berkongsi Berita Gembira Sesuatu Ini Bersama Pengikutnya.

Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan juga pengacara cantik, Ain Edruce, 29 telah mengesahkan bahawa dirinya hamil anak sulung selepas ramai yang berteka-teki sebelum ini. Ain yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz memaklumkan perkara tersebut di saluran YouTubenya sebentar tadi dengan mengakui hal sebenar.

Reaksi suami dan keluarga

Dalam perkongsian tersebut, dia telah menceritakan secara ringkas reaksi suami dan ahli keluarganya apabila mengetahui bahawa dirinya hamil. Masing-masing terlihat sangat teruja dan bersyukur diatas kehamilan pengacara tersebut.

Hamil 2 bulan

Dalam YouTubenya juga, Ain memaklumkan bahawa ketika video ini dirakam, dia sudah hamil dua bulan dan sudahpun membuat pemeriksaan di klinik melihat perkembangan bayinya.

Tahniah Ain & suami

Justeru itu, menerusi komen di saluran YouTubenya, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah keatas kehamilan Ain. Mereka juga mendoakan agar Ain dan suami dapat menjaga kandungan sebaiknya sehingga hari melahirkan anak pertamanya itu nanti.

Video Menari Ain Edruce Raih Perhatian Bila Ada Warganet Berpendapat Ain Sedang Hamil. Ini Komen Ain Susulan Komen Tersebut Mula Menjadi Bualan Orang Ramai

Baru-baru ini, selepas memuat naik video menari di dapur hingga menampakkan ‘baby bump’ di perut, pelakon dan pengacara Ain Edruce, 29, didkwa hamil oleh segelintir pengikutnya di Instagram.Bagaimanapun, pengacara program Immortal Songs itu ketika dihubungi enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak.

“Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang  sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata, semua pasangan yang berkahwin pasti selalu berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Begitu juga, dia dan suami turut mengimpikan memiliki anak.Ditanya mengenai kritikan daripada segelintir warganet terhadap video tarian berkenaan, Ain berkata, dia tak ambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif.

“Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan. Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang negatif. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu,” katanya.

Menurut Ain, dalam situasi sekarang wajar untuknya menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 ketika ini semakin meningkat. Lebih baik dia utamakan norma baharu dalam kehidupan.”Ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan walau di mana saja berada, jangan rentas daerah dan negeri serta duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa pakai selalu pelitup muka, jaga penjarakkan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. Ain yang juga popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.

Undang Pelbagai Reaksi Warganet. Ain Edruce Selamba Sahaja Berkumur Lepastu Teguk Air Sehinggakan Warganet Anggap Ain Edruce Pengotor Dan Ini Respon Ain Sendiri

Selamba sahaja pelakon dan pengacara Ain Edruce minum air yang dikumurnya sehinggakan mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial. Segelintir daripadanya menyifatkan tindakan spontan Ain yang sedang makan bersama suaminya itu kelakar dan menghiburkan. “Svmpahlah lawak si Ain ni,” tulis salah seorang pengguna di Twitter yang berkongsi video terbabit.

Malahan, ada yang terhibur melihat reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkesima dengan tindakan isterinya itu.”Aku nak sangat jumpa jodoh aku macam Amirul. Sebab perangai pun boleh hauk juga macam Ain ni,” komen salah seorang pengguna.”Lawak lagi reaksi si Amirul. Apa eh Ain ni,” tambah pengguna lain pula.

Bagaimanapun, aksi Ain itu ada sahaja kurang disenangi oleh beberapa pengguna media sosial dan menganggap caranya itu kotor dan kurang ajar.”Tak lawak langsung. Nampak kurang ajar adalah,” tulis seorang pengguna.”Geli kot buat macam tu,” sahut pengguna lain.”Apa yang lawaknya. Macam turn off jer, kenapa tak lvdah balik dalam gelas tu?” tambah pengguna lain pula.

“Saya rasa ini tak ada adab. Kalau kelakar saya gelak juga,” komen pengguna lainnya.”Kenapa sejak akhir-akhir ini aku kecewa betul dengan sense of humor rakyat Malaysia,” tambah seorang pengguna lain.Mengulas mengenai video berkenaan kata Ain itu caranya bersama pasangan untuk menzahirkan sisi romantis diri sendiri tanpa berselindung.

“Definisi sweet kitorang,” kata Ain.Video terbabit dirakamkan Ain bersama Amirul ketika mengulas mengenai situasi pelakon Amerul Affendi yang berdepan dilema kurang pengikut di Instagram yang menjadi punca ditolak berlakon di stesen televisyen tempatan-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *