Ada lagi satu kes mutasi baharu Covid19 di Malaysia. Dr Noor Hisham dedahkan lebih lanjut berkenaan mutasi tersebut dan harap semua maklum

berita

Malaysia melaporkan kes pertama mutasi baharu Covid-19 selepas seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom. KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mutasi baharu Covid-19 yang dikenali sebagai UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia pada Isnin.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut telah dilaporkan daripada seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember 2020.

“Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan di Facebook, malam Isnin.Menurut Dr Noor Hisham, sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

Menurut beliau, sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan ‘genome sequencing’ telah dilakukan bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel.Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut, kata Dr Noor Hisham.

Tambah beliau, KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memberi maklumat dari semasa ke semasa.”Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat. Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” ujarnya lagi.

Segala Andaian Yang Dibuat Orang Ramai Sebenarnya Tidak Betul. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit COVID19 Semasa Dikuarantin Di MAEPS

Untuk pengetahuan, Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kisah lelaki ini yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Beriko Rendah (PKRC) mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya sepanjang berada di situ.

Menariknya, segala andaian yang dibuat orang ramai sebenarnya tidak betul. Keadaan di pusat tersebut sangat teratur dan tidak sesak seperti mana yang disangkakan.Ikuti kisah perjalanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alfifie Chan berkongsi pengalamannya di tahan di pusat kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Katanya, orang ramai boleh jadikan ceritanya ini sebagai satu aura yang positif untuk mengetahui situasi yang sebenar.

Apa perasaan bila saya tau saya positive? Saya rasa apa yang saya rasa sama dengan orang lain; rasa bersalah dan concern pasal orang lain. Those yang rapat. Takut diorang infected.Ini merupakan soal jawab yang ditanya di Instagram mengenai pengalaman dikuarantin di MAEPS, Serdang pada 7 Januari lalu. Tujuan thread ini untuk menyebarkan positif kepada orang ramai dan menunjukkan perkara yang sebenar.

The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gntung-gntung kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha.Basic necessity; Toilet. Ada 6 toilets in total dalam hall ni. Setiap toilet ada around 4-6 cubicles. So far tak pernah lagi beratur or tunggu untuk masuk.Condition inside one of the toilet cubicles. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel.

“We help each other. Because we are in this together.”How they served the food? Food will be sent to each bed. We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.Kenapa katil kat MAEPS rapat-rapat? Boleh ke share facilities yang sama?

Haaa. Saya jelaskan based on apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak add on, silakan. Harap korang faham.Duk sekali dengan foreigner ke? Kenapa diorang asingkan foreigner dengan local? Haaa. Ini based on pemahaman saya kenapa perlu diasingkan.Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat!

Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. HahaBila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.

Nak charge phone camne? Ada guys charging station all around this hall. So far takde kes lagi and I hope memang takde la. Alhamdulillah.Ingatlah bahawa pesakit positif Covid-19 bukan penjnyh untuk orang pulaukan mereka kerana sakit ini datang dalam keadaan tidak dijangka. Moga pesakit-pesakit ini diberikan kesihatan yang baik dan doakan Malaysia bebas Covid-19 suatu hari nanti.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.

Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *