Ummi Nazeera sakit perut sehinggakan tak boleh berdiri. Sekali rupanya ini yang berlaku pada dirinya.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pelakon Ummi Nazeera akui tidak sedar sedang hamil ketika menjalani penggambaran filem Kerana Korona untuk tayangan Astro First. Mengimbau kembali ketika berada di penggambaran tersebut, Ummi memberitahu dia mengalami sakit perut yang luar biasa sehingga sukar untuk berdiri dengan tegak.

“Rupanya masa ni (set penggambaran) dah mengandung. Baru tahu. Dekat set tiba-tiba sakit perut sebab haritu lupa makan . Biasanya ok saja kalau tak makan.. Tapi haritu sakit sangat masuk angin sampai tak boleh berdiri tegak. Beberapa hari kemudian saya dapati diri hamil. Alhamdulillah,” katanya.

Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Ummi memuat naik rakaman video sewaktu berada di set tersebut. Mengulas sedikit mengenai filem yang dilakonkan itu, Ummi memberitahu dia memegang watak sebagai doktor dan meminta bantuan suaminya Dr. Izzar untuk membawakan watak tersebut.

“Ummi jadi frontliner dalam ni hihihi. First time jadi doktor. Korek ilmu dari suami. Apa-apa pun Kerana Korana bakal ditayangkan tidak lama lagi ya,” ulasnya lagi.Ummi kini sedang hamil anak kedua. Dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

Ummi Nazeera Sempat Berkongsi Kisah Dukanya Di Laman Instagram. Dia Sempat Bertemu Bapanya Buat Kali Terakhir.

Bapa pelakon Ummi Nazeera iaitu Zainul Abadin Mat Akhir, 60, telah pergi selamanya di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada jam 12 malam, Jumaat.Ummi berkongsi mengenai berita duka tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang semalam, selepas selepas selesai urusan bapanya.

“Innalillah wainna ilaihirojiun. Untuk pengetahuan semua, ayah kandung saya Zainul Abadin Mat Akhir baru saja pergi tengah malam semalam dan sudah selamat urusannya pagi tadi. Sementara itu Ummi ketika dihubungi Gempak berkata dia sempat bertemu bapanya buat kali terakhir pada pukul 9 malam di hospital.

“Saya sempat bertemu bapa saya di hospital dan kemudiannya meminta izin untuk pulang ke rumah. Tapi lepas beberapa minit tiba di rumah, abang saya telefon dan beritahu papa dah tak ada,” katanya.

Menurut Ummi, 30, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat komplikasi penyakit teruk . Urusannya selamat diuruskan di tempat Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur- Karak pada pukul 10 pagi, semalam.

Bimbang pulang dari luar negara, Ummi Nazeera ‘drive thru’ ujian Covid-19 – “Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit buat saringan”

Ummi berkongsi pengalaman menjalani ujian saringan Covid-19. Demi  membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pelakon Ummi Nazeera mengikut saranan kerajaan mengkuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Ummi berkata dia juga mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani ujian saringan di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Kepada yang pernah ke luar negara baru-baru ini, saya sarankan untuk buat ujian saringan Covid-19 ini walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) suruh kuarantin sahaja. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi untuk buat ujian saringan ini… tak susah pun! Ummi pergi yang pandu lalu punya. Memang pedih sikit tapi berbaloi. Jangan takut sekejap je buat, tak sampai 10 minit siap… keputusan dalam masa 24 jam sehingga 48 jam!,” katanya menerusi Instagram.

Ummi berkongsi laporan ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan olehnya baru-baru ini.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik rakaman video proses saringan dan slip keputusan ujian tersebut. Ummi turut meluahkan rasa syukur kerana dia bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

Dalam masa yang sama, dia meminta masyarakat Malaysia yang baru pulang dari luar negara bersikap jujur dan mengkuarantin diri mereka bagi membantu membendung penularan wabak ini.

Syukur Alhamdulillah, keputusan negatif!

“Syukur Alhamdulillah, keputusan negatif! Ujian ini dalam masa sama dapat tolong KKM juga sebab keputusan ujian akan dikemaskini ke KKM.Kepada traveller yang tak nak buat, saya mohon sangat untuk kuarantin 14 hari di rumah dan jujur apabila berjumpa staf kesihatan.  Ujian di fasiliti kerajaan dibuat percuma jika memenuhi kriteria tapi kalau tak memenuhi kriteria dan nak buat juga, buat di hospital swasta. Range harga dalam RM550 ke atas,” ujarnya. Difahamkan Ummi bersama beberapa ahli keluarga bercuti di luar negara sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Malaysia

“Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” – Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

Dr. Amirul (kanan) yang merupakan rakan kepada suami Ummi Nazeera terpaksa dikuarantin disebabkan pesakit Covid-19 tidak bersikap jujur.Sikap tidak bercakap benar dan menyembunyikan maklumat penting berkaitan Covid-19 menyebabkan para petugas kesihatan terdedah jangkitan wabak itu kerana tidak bersedia dengan peralatan perlindungan diri (PPE). Situasi itu dilalui rakan baik kepada suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari.

Menurut Dr Izzar, rakannya yang dikenali sebagai Dr Amirul dan beberapa doktor di jabatan kecemasan dan wad sebuah hospital terpaksa dikuarantin akibat sikap pesakit yang tidak bertanggungjawab. Apa yang lebih menyedihkan apabila kesemua doktor tersebut terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan keluarga masing-masing.

“Beberapa minggu lalu dia terdedah kepada seorang pesakit positif Covid-19 selama tiga jam tanpa pakaian perlindungan (PPE). Kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit tu tak beritahu semua orang dia baharu pulang dari Korea. Bukan sahaja Dr Amirul yang terdedah, malah doktor-doktor di jabatan kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan. Maka semua doktor yang terdedah tu terpaksa dikuarantin. Jadi, berkuranglah doktor yang boleh bekerja. Dan yang paling sedih, mereka terpaksa berpisah daripada keluarga,” katanya.

Kalau pernah melancong, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif atau ada gejala itu beritahu saja kat petugas kesihatan.

Dr Izzar dan Ummi memuat naik perkongsian tersebut di laman Instagram mereka dengan memuat naik foto rakannya pada Rabu.Rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan pesakit tersebut dan turut mendoakan agar barisan doktor yang terdedah itu dipermudahkan segala urusan.

Dalam pada itu, Dr Izzar meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian saringan rakannya itu negatif dan boleh kembali bertugas. Dr Izzar turut menasihati semua orang supaya bercakap jujur sekiranya pernah keluar negara atau berhubung rapat dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai simptom wabak tersebut.

“Tapi setelah buat ujian Covid-19, keputusan Dr Amirul adalah negatif. Alhamdulillah. Sekarang hero Malaya ini dah kembali bertugas. Tolong bercakap benar! Kalau pernah melancong, duduk dekat dengan orang Covid-19 positif atau ada gejala tu beritahu saja kat petugas kesihatan. Bukan suruh menipu pun, minta jujur saja! Tolong kami untuk bantu anda! Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan dan frontlinersLet’s win this battle. Yang lain, just stay at home. Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *