Tular pengantin ini spontan ikut main drum sebelum persandingannya. Sekali ini pula respon dari pengantin.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pasangan pengantin membuat penampilan khas menyertai kumpulan pancaragam di majlis perkahwinan. foto ihsan Nurul Farzanah Nadirah Razali Berbaju Melayu, bersongkok lengkap bersamping, sekumpulan lelaki berarak mengiringi pasangan pengantin di sebuah majlis perkahwinan.

Bukan membawa dulang hantaran mahupun buah tangan seperti kebiasaan, tetapi jejaka-jejaka dalam persalinan merah dan merah jambu itu masing-masing bermain drum. Lebih mengejutkan, pasangan pengantin kemudian membuat penampilan khas menyertai kumpulan pancaragam dengan bermain drum sebelum bersanding di pelamin.

Rakan-rakan mengiringi membuat persembahan.

Pengantin perempuan, Nurul Farzanah Nadirah Razali memberitahu, dia tidak menyangka video persembahan pada majlis perkahwinannya pada 19 Disember lalu baru menjadi tular. Wanita berusia 25 tahun itu berkata, majlis perkahwinan diadakan di Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka itu diserikan dengan persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya.

“Ia sebenarnya sebagai simbolik yang dibuat oleh rakan-rakan kumpulan pancaragam saya iaitu Voice of Percussion sempena majlis perkahwinan saya. Penampilan saya dan suami bermain drum tu adalah secara spontan selepas makan beradab, sebelum kami bersanding,” kata Farzanah yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kepada mStar.

Harzanah (kiri) dan Hasrul akui gementar membuat persembahan di majlis kahwin sendiri.

Suami Farzanah, Mohamad Hasrul Yusof pula berkata, dia dan isteri tidak berlatih untuk persembahan tersebut kerana kesibukan membuat persiapan sempena majlis perkahwinan. “Sayalah yang paling tak bersedia sebab malam sebelum majlis saya sibuk membuat persiapan, selain menghafal untuk akad nikah. Memang rasa nervous (gementar).

Mula-mula tu risau juga kalau saya main drum tak senada atau sumbang.

“Esoknya bila dah selesai akad nikah tu memang rasa lega sangat. Tapi masih nervous sebab dapat tahu kena main drum dengan isteri di majlis. Tak buat persediaan bertambah nervous. Ingatkan nervous akad nikah dah hilang, tapi ada gementar lain pula… main drum depan orang ramai,” ujarnya secara berseloroh.

Kedua-duanya mengenali ketika sama-sama belajar di UiTM Dungun.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun berkata, perasaan gementar itu sebenarnya lebih dirasai ketika menyertai pertandingan pancaragam (marching band) ketika menuntut di universiti beberapa tahun lalu.

Malahan kata Hasrul, dia juga mula mengenali isterinya ketika mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di Terengganu dan menyertai kumpulan pancaragam (brass band) di universiti.

Walaupun berpengalaman sebagai guru muzik sejak dua tahun lalu, Hasrul menjelaskan bahawa kali terakhir dia membuat persembahan bersama kumpulan pancaragam adalah pada 2018.

Semasa berlatih bersama kumpulan brass band di UiTM Dungun.

“Saya kini lebih menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali terakhir saya bermain drum dengan Farzanah (isteri) pun pada 2014. Mujur saya dapat membiasakan diri bermain secara spontan di depan orang ramai walaupun dah enam tahun tak bergabung bermain drum dengan isteri. Mula-mula tu risau juga kalau saya main drum tak senada atau sumbang. Syukur persembahan berjalan lancar, rasa puas hati kerana dapat menghiburkan tetamu, ” ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.

Tular Video Bakal Suami Akad Nikah Dan Tiba Tiba Sahkan Lafaz Sendiri. Ahli Keluarga Sampai Gelak Terbahak Bahak.

Azlia Asmira Ruslee dan Wan Muzzaffar Wan Musthafa selamat dinikahkan dengan sekali lafaz selepas insiden lucu akibat pengantin lelaki gemuruh. Suasanadi masjid menjadi riuh rendah apabila si pegantin terlalu gemuruh sehinggakan spontan menyebut perkataan ‘sah’.

Aksi yang tidak disengajakan itu membuatkan semua tidak dapat menahan ketawa kerana merasakan kejadian seperti itu jarang berlaku. Begitulah yang terjadi pada majlis akad nikah pasangan pengantin ini pada Sabtu lalu kira-kira jam 6.30 petang, di Masjid Ibnu Mas’ud Ampang, Selangor.

“Ayah saya dah tongkat kepala dia, mak saya pula tak boleh berhenti gelak. Alhamdulillah untuk permulaan yang ceria ke alam perkahwinan ni. Terima kasih atas kata-kata dan ucapan yang baik daripada semua. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram. Berkongsi cerita, Azlia Asmira Ruslee, 28 atau lebih mesra disapa Elly berkata dia terkejut apabila suaminya tidak melafazkan akad tersebut malah perkataan ‘sah’ yang keluar dari mulutnya.

Dia yang telah empat tahun menjalinkan hubungan cinta bersama suaminya iaitu Wan Muzzaffar Wan Musthafa, 31, memberitahu pada mulanya dia yakin suaminya tidak akan gugup dan akad nikah akan selesai dengan hanya sekali lafaz.

emua tetamu di dalam majlis akad nikah itu tidak dapat menahan ketawa gara-gara pengantin lelaki spontan sebut ‘sah’.

“Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul. Yakin betul saya yang suami akan sekali lafaz sahaja. Tiba-tiba lain pula jadinya. Lepas dia cakap ‘sah’ tu semua gelak sampai ustaz pun sempat bergurau tanya mahu akad nikah bila hari ini ka esok. Saya pandang meja depan saya yang mereka tengah duduk tu. Semua gelak tak henti sampai dah selesai pun semua bercakap-cakap mengenai kejadian itu,” katanya sambil menambah kakak saudarannya yang sarat mengandung juga terbahak-bahak ketawa sampai keras perutnya.

Azlia Asmira manis mengenakan baju pengantin berwarna biru muda di hari bahagianya.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu telah lama berkawan tetapi baru empat tahun ini mereka lebih serius dalam hubungan.

Tambah Elly lagi, seminit selepas insiden kelakar itu terjadi, suaminya terus melafazkan akad buat kali kedua dan akhirnya mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul.

“Alhamdulillah.. Kami sah menjadi suami isteri. Saya pun tak tahu nak cakap perkahwinan kami ini sekali atau dua kali lafaz akad nikah sebab ustaz cakap anggap yang pertama itu rehearsal sahaja. Kali kedua masa suami lafaz tu elok sahaja tak gugup pun. Mungkin keadaan dah santai dan gemuruh dia pun hilang. Saya anggap ini sebagai kenangan manis permulaan untuk alam rumah tangga saya,” ujarnya.

Pasangan pengantin bersama ahli keluarga sebelah pihak perempuan.

Elly meluahkan rasa syukur kerana dia dan suami banyak menerima kata-kata positif dan doa yang tidak henti-henti dalam kalangan keluarga, rakan dan warganet. Jika ada yang komen negatif sekalipun, ia bukan berunsur kritikan tetapi lebih kepada pendapat masing-masing. Lain orang. lain pengalaman kahwinnya. Tak perlu panik, tenang sahaja. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Majlis Perkahwinan Mempunyai Banyak Belanja Untuk Diuruskan. Sekali Pengantin Ini Dapat Jimat Hampir Bawah RM5k Dan Ada Juga Share Tips Untuk Jimat Belanja Pada Musim PKP Ini.

Tahukah anda, sebenarnya banyak duit boleh save apalagi jika berkahwin sepanjang musim PKP ini? Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak jimatkan kos tapi majlis perkahwinan ‘bajet’ masih tampak meriah, ikuti perkongsian pengantin ini.

Kedua-dua pengantin kongsi duit…untuk kos khidmat bridal photographer

Menerusi video di TikTok, Lala Rahman berkongsi bagaimana dia dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan perkahwinan di bawah RM5 ribu saja pada hujung tahun lepas. Antara faktor yang ketara adalah apabila mereka tidak perlu jemput jumlah tetamu yang ramai sehingga melebihi 500 orang. Kedua-dua mempelai turut berkongsi duit simpanan bagi mendapatkan khidmat bridal dan juga jurugambar.

Tak ada makan beradab…suruh catering sediakan makanan untuk keluarga pengantin je

Selain itu, Lala Rahman turut mendedahkan kad jemputan perkahwinannya hanya dicetak 100 keping sahaja manakala baju nikahnya pula dibeli sewaktu promosi sales hujung tahun. Pakej meja makan beradab juga tidak diambil, sebaliknya pengantin dan keluarga ‘sempoi’ makan di meja tetamu biasa saja.

Janji halal dan tak membebankan pengantin… jangan buang banyak duit sangat dalam pernikahan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan tips majlis kahwin bajet daripada pengantin ini. Ujar mereka, tak perlu rasa malu jika kenduri perkahwinan cuma kecil-kecilan saja. Hal ini kerana yang paling penting adalah menghalalkan sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.

Sumber: Instagram lalarhmnn Tiktok lalarhmnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *