Saharul Ridzwan akui pendapatannya kini naik dua kali ganda ketika pandemik. Dia juga dedahkan kenapa dia lakukan ini.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui terkejut apabila melihat penyata pendapatan miliknya yang direkodkan bagi tahun lalu ketika saat getir apabila negara berdepan krisis pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan ramai terkesan dengan mata pencarian.Menurut Saharul, ironinya, pendapatan yang diperoleh pada 2020 ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencatatkan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Masa PKP saya survive dengan duit simpanan dan duit iklan. Bila saya tengok penyata bank sebab nak bayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri, pendapatan saya dua kali ganda pada 2020 ketika Covid-19 berbanding 2019. Saya pun tak tahu mana rezeki itu datang, Alhamdulillah tahun lepas juga saya selesaikan semua hutang dengan manusia. Mungkin itu rezeki anak kot,” katanya kepada Gempak.

Saharul berkata demikian ketika ditemui sewaktu Majlis Pelancaran produk makanan ringan, Palut’s di Puncak Alam, Selangor semalam. Menurutnya lagi dia, juga mengakui bimbang sekiranya perlu berdepan fasa PKP untuk sekian kalinya.

“Sebelum ini waktu PKP memang tak terjejas, tetapi duit semakin menurun. Ini kita takut juga, namun, persediaan itu dah ada. Produk Palut’s ini pun naik sewaktu PKP, jadi itu yang saya yakin untuk bekerjsama dengan mereka,” katanya yang tampil dengan produk makanan ringan, pisang salai.

Bercakap mengenai pembabitannya dalam dunia perniagaan, kata Saharul, dia mengakui mula giat berniaga demi memikirkan soal masa depannya bersama keluarga.

“Andai satu hari nanti saya hilang mata ke, fizikal luaran untuk dijual sebagai seorang artis ini tak ada, jadi apa back up saya?”Selepas kahwin ada anak dan isteri, saya tak fikir perkara yang jadi esok, tapi saya fikir 10 ke 20 tahun akan datang, berapa banyak je boleh simpan sebagai artis,” katanya.Sebelum ini, Saharul pernah mencuri tumpuan ramai apabila didakwa tidak mempunyai tawaran lakonan sehingga terpaksa menjual pisang.

Warganet Mula Perlekehkan Saharul Ridzwan Semata Mata Jual Pisang Sehinggakan Sanggup Dikatakan Sebegini. Tak Sangka Ada Juga Yang Sanggup DM Dan Kata Begini.

Saharul Ridzwan memilih untuk menjual pisang bagi menambah pendapatan untuk keluarga. Tidak dinafikan selebriti masa kini dilihat semakin bijak mengambil peluang untuk mempelbagai mata pencarian mereka khususnya dengan menceburi bidang perniagaan.

Namun yang kurang menariknya apabila wujud persepsi negatif terhadap golongan selebriti yang berniaga seperti yang dilalui pelakon Saharul Ridzwan. Terbaharu perniagaan pisang yang diusahakan aktor berusia 32 tahun itu dipandang remeh oleh segelintir warganet yang mengatakan ia adalah sesuatu yang memalukan.

“Hahaha… dah tak de job sampai jual pisang. Tak malu ke jual dekat gerai macam tu? Kalau I artis, Itak jual dekat gerai-gerai macam tu… tak mengapalah good luck tau,” kata warganet tersebut.

Saharul memuat naik mesej yang ditinggalkan netizen tersebut di Instagramnya.

Saharul berkongsi mesej yang dihantar seorang warganet terhadapnya di Instagram. Bagaimanapun Saharul yang mengusahakan perniagaan pisang berangan di Saujana Utama itu tidak melatah dengan sindiran berkenaan. “Apa masih ada ke pemikiran macam ini? Tak apalah… asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah itu.

Masih ramai ada pemikiran yang bagus tentang berniaga. Terima kasih komen semangat anda semua

“Rezeki halal nak malu apa? Doa-doakanlah satu hari nanti saya dapat pakai kereta Lamborghini macam tuan,” balas Saharul. Walaupun dikritik kerana menjual pisang di gerai, namun bapa kepada dua cahaya mata ini tetap berterima kasih kepada peminat yang tidak memandang rendah terhadap usahanya itu.

Perniagaan Saharul mencuri perhatian pelanggan.

“Masih ramai ada pemikiran yang bagus tentang berniaga. Terima kasih komen semangat anda semua!” katanya. Antara selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap perniagaan Saharul adalah Tajul, Achey, Hannah Delisha, Fezrul Khan dan Idzham Ismail.

Saharul Ridzwan Gerun Apabila Sudah Bertukar Statusnya Sebagai Seorang Bapa. Saharul Ridzwan Sebak Apabila Anak Lelakinya Membuat Perkara Ini.

Kehidupan dari berstatus bujang kemudian bergelar ibu atau bapa pasti ada bezanya.Sama seperti pelakon Saharul Ridzwan yang mengakui akan perubahan itu.Pada 12 November 2020, Saharul telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Menurutnya, dia kini merasai “berderau dar4h” setelah bergelar seorang bapa:- “Dulu selalu dengar je perkataan ni. Skrg dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau dar4h” tu datang. Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, dar4h naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah. Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu sy acc1ident dulu. ”

Menjadi adat setelah bergelar ibu dan bapa, tanggungjawab yang dipikul menjadikan mereka merasa risau akan anak-anak terutamanya dari segi keselamatan. Namun Saharul mengakui, pengharapan juga perlu diserahkan kepada Allah:- “Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah utk pastikan sesuatu tidak berlaku walau macam mana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang. Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb ”

Begitulah kasih seorang bapa yang ingin menjadi pelindung buat keluarganya. Untuk rekod, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Lumrah bagi seorang anak kecil jika mereka mahukan perhatian kadang-kadang, hal kecil dan remeh bagi orang dewasa itu juga yang akan membuatkan mereka meragam. Tetapi lain pula dengan anak salah seorang pelakon Saharul Ridzwan ini, Luth Ali yang merajuk tanpa sebab yang tidak boleh dijangka.

Saharul menceritakan sendiri di media sosial Instagram, bahawa ada satu malam dia berasa sangat penat disebabkan kesibukan bekerja. Ketika mahu mengambil alih tugas mahu menidurkan anak bongsunya, Fateema Azzahra tidur kerana isterinya kurang sihat, Luth Ali dilihat seolah-olah kurang senang dan mencampakkan permainannya ketika sedang bermain di ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik.

Faham dengan situasi tersebut, Saharul Ridzwan kemudiannya memujuk dan bertanya anak sulungnya, Ali beberapa kali. Ternyata… Ali merajuk dan sengaja ‘buat hal’ kerana tidak ada yang nak layan dirinya. Comel je! Tanpa membuang masa, Saharul Ridzwan terus mengajak anaknya itu untuk keluar berjalan bersama.

Dalam posting Instagram tersebut, Saharul Ridzwan turut mohon maaf kepada Ali dan sempat menasihati orang ramai terutamanya yang sudah menjadi ibu bapa supaya peka dengan sikap anak kecil.

Sumeber: Instagram Saharul Ridzwan

Gara Gara Terkena Bucu Meja. Anak Saharul Ridzwan Terus Meraih Perhatian Warganet Kerana Kejadian Yang Tak Diingini Itu Berlaku Sehingga Warganet Tinggalkan Petua Dan Pesanan Untuk Menyembuhkan Luka Pada Dahinya.

Anak sulung kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali mengalami kelukaan pada bahagian dahi kirinya selepas terhantvk pada bucu meja baru-baru ini. Kongsi Saharul menerusi Instagramnya, Ali masih boleh tersenyum biarpun dahinya masih kelihatan luka akibat kejadian kecil itu.

“Baru lepas lnggvr bucu meja. Bertuahnya anak. Semoga Allah lindungi anak-anak kita selalu. Kita risau, dia senyum je” tulis Saharul. Perkongsian Saharul itu meraih pelbagai komen dari peminatnya yang turut mendoakan agar Ali segera sembuh daripada kelukaan terbabit. Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsi pandangan, nasihat dan tips untuk menyembuhkan segera luka pada dahi Ali.

“Lepas ni semua rumah yang ada perabot kayu atau kaca, segala sudut meja, almari, kerusi kena cover supaya tak cedera pada budak-budak yang membesar aktif,” nasihat seorang pengguna. “Budak laki kuat kan.. Kalau bucu meja jenis yang tanam, letak getah untuk bucu tu,” saran pengguna lain.

“Kalau nak cepat baik luka tu, biasanya doktor letak gam bagi bercantum elok. Nanti jadi tak berparut,” tulis salah seorang pengguna lain. “Sapu minyak gamat, cepat tertutup luka,” saran salah seorang pengguna lain pula. “Tuam ler dengan ais batu… insya-Allah tak ada parut … anak-anak saya pun saya buat… cuba le,” tulis pengguna lain.

Allahuakbar..cepat asah kulit kayu manis pastu sapu kat luka tu.. Insya-Allah hilang sakit dan parutnya,” tambah pengguna lain. Dalam pada berkongsi tips dan petua, ramai juga yang memuji keunikan iris mata Ali yang disifatkan cantik dan mempesonakan.

Apapun, get well soon Ali! -Gempak

Perkongsian Saharul Ridzwan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi satu rahsia cara didikan yang dia terapkan kepada anak anak malah boleh menjadi ibu bapa yang terbaik

Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.

“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.

“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan c3laka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena Emir pada tanggal 16 September 2016.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 9 bulan.Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *