Rupanya isterinya dah sarat mengandung. Luqman Hafidz bakal sambut bayi sulungnya bulan hadapan.

artis Kehidupan Keluarga

Selepas lapan bulan menyembunyikan status kehamilan isteri, pelakon Luqman Hafidz akhirnya berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Perkara itu dikongsikan Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 30, menerusi satu hantaran di Instagram.

“Kawan baby @unikrafanda is coming. Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini Insya-Allah. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan keluarga lepas pengumuman esok (hari ini). Amin,” katanya.

Luqman turut mengesahkan berita kehamilan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi ketika dihubungi Gempak menerusi kiriman WhatsApp. “Kita selalu memang diam-diam sahaja,” responsnya ringkas mengenai hal tersebut.

Pada masa sama, pelakon filem Ola Bola itu turut memuat naik beberapa keping foto memaparkan isterinya yang kini sarat mengandung. Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

“Tahniah! Semoga semua dipermudahkan,” komen pengacara Hani Fadzil “Steady man, diam-diam berisi,” tulis salah seorang pengikutnya. Luqman melangsungkan majlis pernikahan dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac tahun lalu ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hanya dihadiri 10 orang. Sumber:Gempak

Mawar Rashid Sarat Mengandung Lapan Bulan Dan Telah Memberitahu Jantina Anaknya Yang Bakal Lahir Itu. Mawar Juga Turut Mendoakan Diberi Rezeki Anak Dan Kahwin Cepat.

Mawar muat naik video dia dan suaminya mengumumkan mereka bakal timang bayi perempuan. Setelah beberapa hari berteka-teki di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkongsi berita gembira itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada Isnin. Menerusi video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan majlis ‘gender reveal‘ yang diadakan pelakon berusia 25 tahun itu bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada Ahad.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

Tetamu mula bersorak apabila Mawar dan suaminya meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu menandakan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Dalam ucapannya, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu dikurniakan zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh diberikan rezeki itu.

“Yang sedang menunggu (pasangan suami isteri), saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat,” kata Mawar.

Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit.

Sebelum ini, Mawar yang juga adik ipar kepada Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu memuat naik kapsyen mengenai teka-teki jantina anak keduanya di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mawar ketika dihubungi mStar sebelum ini memberitahu dia kini mahu memberi tumpuan kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan.

“Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit. Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Dah rasa berat nak bawa perut tapi Alhamdulillah saya okay.

Mawar dan Raf menantikan kelahiran anak kedua mereka.

“Sekarang saya fokus pada bayi dalam kandungan sebab sebelum ini asyik sibuk dengan menguruskan perniagaan produk Mawarose. Tak lama lagi nak bersalin, saya dah kena buat persediaan mental dan fizikal serta barang baby,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Mawar Pegang Kuat Kuat Aunty Tu. Sebak Mawar Rashid Mengalirkan Air Mata Kesyukuran Selepas Apa Yang Terjadi Kepadanya. Mawar Kongsikan Satu Kisah Ini Kepada Warganet.

Dalam titisan air mata kesyukuran, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid merakam kembali memori indah ketika menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Jelas Mawar dalam menerusi kapsyen pada pautan video lama yang dimuat naik, dia mengakui rasa rindu selain turut berkongsi pengalaman menitipkan doa di Hijir Ismail.

“Rindu yang teramat… Time ni, Mawar sorang2 nak g doa kat Hijr Ismail. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ. Semua nak g doa kat situ kan. “Tapi… Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba g jugak kat situ. Memang ramai sgt berhimpit tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan,” tulisnya.

Kongsi ibu hamil ini lagi, dia bertemu dengan dua jemaah yang turut sama berhajat untuk menitipkan doa di lokasi sama. “Bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail. Mawar nampak 2 org aunty ni, pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni”.

“Aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa, sampai senget2 tudung. Rinduuuuu. “Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar, syukur.

“Alhamdulillah, betul-betul sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah. Kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci. ”Tak sabar nye nak pergi sana lagi, agak-agak next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya,” tulisnya panjang lebar. Sementara itu, Mawar menerusi posting terdahulu turut menitipkan ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua pengikutnya yang beragama Islam.- MH

Mengejutkan Mawar Rashid dedahkan suaminya sudah mula berubah sekarang sehingga postingnya itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan suaminya Raf Yaakob kini sudah berhijrah menjadi seorang muslim yang lebih baik. Menurut Mawar dia gembira melihat perubahan itu pada Raf yang semakin tenang dan positif. “Saya sangat gembira untuk kamu papalove (Raf). Bukan Anje (Mawar) je berhijrah, abang pun berhijrah juga. “Gembira tengok abang sekarang makin tenang, sangat sabar and always senyum. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang, rasa sejuk je la. 

Di Kapsyen menerusi laman instagramnya “Lelaki pun perlu berhijrah ke?” Korang rasa laki pun berhijrah jugak tak? Cuba bagi pendapat jugak.. I’m so happy for you papalove.. bukan Anje je berhijrah.. abang pun berhijrah jugak.. happy tgk abg skrg makin tenang, sgt2 sabar and always senyum.. senang cite, hari2 duduk ngn abg, rasa sejuk je la. Dengan org sekeliling pun, abg senyum.. abg lebih disenangi org & disayangi orang.. hihi. Happy abg always wanna improve ke arah kebaikan.. (dulu pun dah baik, tapi skrg lagi baik sampai rasa makin syg gituw) So yeah.. i’m happy kita sama2 berhijrah.. sama2 brubah kearah kebaikn.. Insyaa’Allah demi rumah tangga yang bahagia . I am stronger with you.

This image has an empty alt attribute; its file name is mawarrafhijrah-300x187.jpg

“Dengan orang sekeliling pun, abang senyum. Abang lebih disenangi orang dan disayangi orang.. Suka tengok abang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan (dulu pun dah baik, tapi sekarang lagi baik sampai rasa makin sayang).
“Jadi ya, saya gembira kita sama-sama berhijrah. Sama-sama berubah ke arah kebaikkan. Insya-Allah demi rumah tangga yang bahagia . Saya kuat bila bersama kamu,” katanya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama Raf. Bagaimanapun Raf tampil membalas enteri tersebut. “Terharu abang bila anje cakap macam tu. Sama-sama kita istiqamah ok. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kita dan anak-anak. “Kita ni anak nak masuk dua dah tapi rasa macam baru semalam je nikah. I love you tau. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa abang saya sayangkan awak,” komennya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang gembira dengan penghijrahan Raf dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael yang berusia setahun. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.- GEMPAK

Sampai rasa nak putus asa dengan semuanya disebabkan anak. Terkedu Mawar Rashid luahkan sesuatu sebagai seorang ibu dan punca hadir perasaan begitu.

Pelakon Mawar Rashid menyatakan tugasnya sebagai seorang selebriti dan usahawan dalam masa yang sama bukan satu kerja yang mudah. Menurut Mawar, 25, dia hampir ingin berputus asa dengan kerja kerana terlampau rindukan anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael.

“Kadang-kadang rasa nak give up semuanya sebab rindu anak  @radenrafaelraf.  “Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain. “Perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq, kene perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi. 

“Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ni.. Rinduuu.. Kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa.. ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior,” tulisnya. Perkongsian yang disertakan dengan sebuah rakaman video bersama Rafael itu dimuat naik di Instagram (IG)nya, semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menyatakan dia tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid. “Tapi saya tak boleh give up!! Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi BIG Y Mawar. “Demi keluarga Mawar. Demi Mawarose squad. Demi pelanggan tersayang Mawar. Demi nak bayar zakat satu juta! Demi nak bina masjid bersama-sama kalian semua!

“Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa menahan diri dari rasa rindu kat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana, sama macam Mawar. “Tapi yakinlah pengrbanan yang paling menyakitkan nilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda!

“Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!,” tulisnya lagi. Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.  Kini, Mawar sedang hamil anak kedua dan kandungannya hampir memasuki lima bulan. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *