Rina Harun pula dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Kini Menteri Pembangunan Wanita pula disahkan positif Covid 19.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Rina Harun disahkan positif Covid-19. Lagi menteri disahkan positif Covid-19. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19. Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Rina disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan, Ahad malam.

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam (Ahad),” katanya. Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul11 pagi Isnin, bagi pemantauan lanjut. Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Titiwangsa itu akan mematuhi garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Beliau memohon maaf jika perkara ini menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudah segala urusan untuk semua.

“Beliau juga akan memastikan, semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala operasi kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” katanya. Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.

Ini Respon Peniaga Goreng Pisang Bila Timb Menteri Datang Dan Pegang Kuihnya Yang Nak Dijual Dengan Tangan.

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan. Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor. “Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang warganet tentang pendapatnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut. Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kritikan.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Kredit : Malaysia Dateline

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Komen warganet yang turut sependapat dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *