Tular video bakal suami akad nikah dan tiba tiba sahkan lafaz sendiri. Ahli keluarga sampai gelak terbahak bahak.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Azlia Asmira Ruslee dan Wan Muzzaffar Wan Musthafa selamat dinikahkan dengan sekali lafaz selepas insiden lucu akibat pengantin lelaki gemuruh. Suasana di masjid menjadi riuh rendah apabila si pegantin terlalu gemuruh sehinggakan spontan menyebut perkataan ‘sah’.

Aksi yang tidak disengajakan itu membuatkan semua tidak dapat menahan ketawa kerana merasakan kejadian seperti itu jarang berlaku. Begitulah yang terjadi pada majlis akad nikah pasangan pengantin ini pada Sabtu lalu kira-kira jam 6.30 petang, di Masjid Ibnu Mas’ud Ampang, Selangor.

“Ayah saya dah tongkat kepala dia, mak saya pula tak boleh berhenti gelak. Alhamdulillah untuk permulaan yang ceria ke alam perkahwinan ni. Terima kasih atas kata-kata dan ucapan yang baik daripada semua. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram. Berkongsi cerita, Azlia Asmira Ruslee, 28 atau lebih mesra disapa Elly berkata dia terkejut apabila suaminya tidak melafazkan akad tersebut malah perkataan ‘sah’ yang keluar dari mulutnya.

Dia yang telah empat tahun menjalinkan hubungan cinta bersama suaminya iaitu Wan Muzzaffar Wan Musthafa, 31, memberitahu pada mulanya dia yakin suaminya tidak akan gugup dan akad nikah akan selesai dengan hanya sekali lafaz.

emua tetamu di dalam majlis akad nikah itu tidak dapat menahan ketawa gara-gara pengantin lelaki spontan sebut ‘sah’.

“Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul. Yakin betul saya yang suami akan sekali lafaz sahaja. Tiba-tiba lain pula jadinya. Lepas dia cakap ‘sah’ tu semua gelak sampai ustaz pun sempat bergurau tanya mahu akad nikah bila hari ini ka esok. Saya pandang meja depan saya yang mereka tengah duduk tu. Semua gelak tak henti sampai dah selesai pun semua bercakap-cakap mengenai kejadian itu,” katanya sambil menambah kakak saudarannya yang sarat mengandung juga terbahak-bahak ketawa sampai keras perutnya.

Azlia Asmira manis mengenakan baju pengantin berwarna biru muda di hari bahagianya.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu telah lama berkawan tetapi baru empat tahun ini mereka lebih serius dalam hubungan.

Tambah Elly lagi, seminit selepas insiden kelakar itu terjadi, suaminya terus melafazkan akad buat kali kedua dan akhirnya mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul.

“Alhamdulillah.. Kami sah menjadi suami isteri. Saya pun tak tahu nak cakap perkahwinan kami ini sekali atau dua kali lafaz akad nikah sebab ustaz cakap anggap yang pertama itu rehearsal sahaja. Kali kedua masa suami lafaz tu elok sahaja tak gugup pun. Mungkin keadaan dah santai dan gemuruh dia pun hilang. Saya anggap ini sebagai kenangan manis permulaan untuk alam rumah tangga saya,” ujarnya.

Pasangan pengantin bersama ahli keluarga sebelah pihak perempuan.

Elly meluahkan rasa syukur kerana dia dan suami banyak menerima kata-kata positif dan doa yang tidak henti-henti dalam kalangan keluarga, rakan dan warganet. Jika ada yang komen negatif sekalipun, ia bukan berunsur kritikan tetapi lebih kepada pendapat masing-masing. Lain orang. lain pengalaman kahwinnya. Tak perlu panik, tenang sahaja. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Majlis Perkahwinan Mempunyai Banyak Belanja Untuk Diuruskan. Sekali Pengantin Ini Dapat Jimat Hampir Bawah RM5k Dan Ada Juga Share Tips Untuk Jimat Belanja Pada Musim PKP Ini.

Tahukah anda, sebenarnya banyak duit boleh save apalagi jika berkahwin sepanjang musim PKP ini? Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak jimatkan kos tapi majlis perkahwinan ‘bajet’ masih tampak meriah, ikuti perkongsian pengantin ini.

Kedua-dua pengantin kongsi duit…untuk kos khidmat bridal photographer

Menerusi video di TikTok, Lala Rahman berkongsi bagaimana dia dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan perkahwinan di bawah RM5 ribu saja pada hujung tahun lepas. Antara faktor yang ketara adalah apabila mereka tidak perlu jemput jumlah tetamu yang ramai sehingga melebihi 500 orang. Kedua-dua mempelai turut berkongsi duit simpanan bagi mendapatkan khidmat bridal dan juga jurugambar.

Tak ada makan beradab…suruh catering sediakan makanan untuk keluarga pengantin je

Selain itu, Lala Rahman turut mendedahkan kad jemputan perkahwinannya hanya dicetak 100 keping sahaja manakala baju nikahnya pula dibeli sewaktu promosi sales hujung tahun. Pakej meja makan beradab juga tidak diambil, sebaliknya pengantin dan keluarga ‘sempoi’ makan di meja tetamu biasa saja.

Janji halal dan tak membebankan pengantin… jangan buang banyak duit sangat dalam pernikahan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan tips majlis kahwin bajet daripada pengantin ini. Ujar mereka, tak perlu rasa malu jika kenduri perkahwinan cuma kecil-kecilan saja. Hal ini kerana yang paling penting adalah menghalalkan sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.

Sumber: Instagram lalarhmnn Tiktok lalarhmnn

Cuaca Pada Waktu Kini Pasti Memberi Cabaran Pada Jurugambar Pengantin Ini. Tapi Disebabkan Terlalu Seronok Sehingga Boleh Pula Jadi Seperti Ini.

Foto yang dirakam oleh Hafiz sewaktu dia berkunjung ke Kedah pada minggu lalu. Kewujudanwabak Covid-19 memaksa banyak acara ditangguhkan sepanjang tahun ini. Antara yang terkesan tentunya pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Situasi ini sekali gus turut memberi kesan kepada jurufoto apabila banyak tempahan khidmat fotografi terpaksa ditunda ke lain waktu. Tatkala menghampiri penghujung tahun, mereka kini berhadapan cabaran cuaca pula khususnya dalam menjalankan sesi penggambaran outdoor.

Menurut Mohamad Hafiz Shahruddin, dia sendiri mengalami masalah sama sewaktu merakam foto pasangan pengantin di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, jurufoto yang mesra disapa Hafiz itu mengakui terpaksa bekerja dalam masa yang terhad disebabkan cuaca yang agak tidak menentu.

Hafiz berkata faktor cuaca turut memberi cabaran buat jurufoto sepertinya.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alhamdulillah tiada client saya yang batal tempahan. Cuma mereka tunda tarikh. Sekarang musim hujan pula. Kesian pengantin nak shoot outdoor. Macam yang berlaku pada saya sewaktu kami shoot di sebuah bendang minggu lepas. Terpaksa rushing. Shoot di bendang tu dalam keadaan tergesa-gesa sebab langit dah gelap. Hujan tunggu masa nak turun.

Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air.

“Kami shoot dalam sejam je. Elok kami dalam perjalanan nak balik, terus hujan lebat,” ujarnya. Walau terpaksa bekerja dalam masa yang terhad, Hafiz tidak mempersiakan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan di kawasan itu. Hafiz yang menetap di Selangor berkata, dia berada di Kedah selama dua hari bagi merealisasikan potret perkahwinan pelanggannya yang dikenali sebagai Nazri dan Ernie.

Pasangan pengantin Nazri dan Ernie sedang menaiki vespa di kawasan bendang.

“Ia idea asal pengantin. Saya pun sebenarnya suka shoot kawasan yang hijau. Jadi saya cuba realisasikan hasrat mereka. Pengantin lelaki juga ada pinjam vespa sahabatnya. Itu kali pertama saya shoot di bendang. Dalam pukul 4 petang. Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. Berpeluh juga masa di bendang. Selain outdoor, saya juga shoot untuk majlis pernikahan mereka,” ujarnya lagi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi di Facebook milik Hafiz, pengantin kelihatan cukup menawan dan segak dalam persalinan serba merah, ditambah pula dengan warna hijau bendang berkenaan. Malah, salah satu foto memaparkan tayar hadapan vespa seakan-akan terangkat turut mencuri perhatian pelayar Facebook.

Antara gambar yang dikongsi di Facebook Hafiz.

Untuk rekod, Hafiz juga pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2019 apabila dia berkongsi foto penuh emosi memaparkan tangisan antara seorang pengantin perempuan dengan bapanya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada waktu itu, foto berkenaan bukan dirakam oleh Hafiz, sebaliknya hasil kerja salah seorang kru yang bekerja dengannya.

Tular Di Media Sosial Apabila Bridesmaid Ini Jatuh Ke Bendang Semasa Sesi Bergambar Bersama Pengantin. Gigih Nak Bergambar Sehinggakan Ini Yang Dipakai.

Video Liyana tular sehingga menerima lebih 200,000 alasan. Rakaman memaparkan seorang gadis terjatuh ke dalam sawah sewaktu bermain buaian menjadi tular di media sosial. Menerusi kejadian pada 12 Disember lalu, Nurliyana Syafiqah Jasni sedang bermain buaian sambil dihayun oleh suami kepada rakannya. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra Liyana sempat memperincikan semula kejadian itu yang disifatkanya cukup lucu dan menghiburkan.

Liyana terpaksa memakai seluar selepas kainnya basah ketika jatuh di dalam bendang.

“Saya sebenarnya jadi bridesmaid. Masa tu tengah tunggu pengantin. Kami tangkap gambar dulu. Yang hayun tu suami kawan saya. Bila nak hayun sekali lagi, tali tersangkut di tangannya dan kami terjatuh. Basah kasut dan kain yang saya pakai. Rasa malu sebab ramai orang tengok. Tapi lepas tengok balik video, rasa lucu pula,” ujar pembantu kedai berusia 19 tahun itu. Menerusi kejadian di Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang itu, Liyana mengakui turut berasa bersalah terhadap pasangan pengantin.

Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

Mana tidaknya, disebabkan kejadian itu, hanya dia seorang yang berpakaian lain dari yang lain sewaktu sesi photoshoot outdoor itu.

Liyana tidak sangka video dikongsi menjadi tular.

“Bila kain dah basah, saya terpaksa pakai seluar. Rasa bersalah juga kat pengantin. Suami kawan yang hayun buaian tu pun rasa bersalah. Sebenarnya saya tak nak tangkap gambar dah, sebab pakaian saya tak sama dengan bridesmaid yang lain… dah tukar seluar ganti masa tu. Tapi pengantin ajak juga. Itulah first time saya ke kawasan itu, first time juga jatuh bendang,” ujarnya berseloroh. Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia juga tidak sangka video yang dikongsi akan menjadi tular.

Liyana (dua dari kanan) bersama rakan-rakan bridesmaid dan pengantin.

“Saya saja share video, sebagai kenangan, Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu. Ramai juga puji tempat tu lawa untuk bergambar,” ujarnya lagi. Sehingga kini, video itu menerima hampir 230,000 tontonan di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *