Tular di laman sosial gambar seorang pesakit di pusat kuarantin MAEPS. Perkongsiannya itu mencuit hati warganet.

Amalan Covid 19 Dunia Hiburan Uncategorized

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai sebuah posting tular yang mendakwa pesakit di pusat kuarantin MAEPS di Serdang dikatakan indah khabar dari rupa. Bagi menyangkal dakwaan tersebut, seorang pemuda menggunakan akaun @RaffilJamir memuat naik ciapan berkongsi pengalaman sepanjang berada di pusat kuarantin berkenaan.

Lelaki, wanita & warga asing diasingkan

Kalau tak tahu cerita, jangan memandai2 tuduh

Memang bagus betul penjelasan @RaffilJamir. Syabas, kerana sudi memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap keadaan sebenar di pusat kuarantin itu sebelum ini. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan utama warganet dalam perkongsiannya itu adalah baju dipakai oleh pemuda berkenaan yang dikatakan mirip seperti baju ibu bersalin pula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian tersebut malah ada yang memuji penampilannya kelihatan ‘comel’. Tidak kurang juga, ada yang sempat mengusiknya bertanyakan tentang prosedur bersalin, sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan.

Bersalin normal ke czer?

Comel pula baju bersalin

Macam gambar baru lepas bersalin

Macam-macam warganet ni, terhibur pula dibuatnya. Tak kisah baju macam mana sekalipun, yang penting cepat sembuh dengan pemantauan rapi oleh petugas barisan hadapan! Sumber: Twitter @RaffilJamir

Keluarga Bekas Sakit Covid 19 Ini Memberi Kesan Yang Mendalam Pada Dirinya. Kini Dia Kongsi Debaran Mereka Dari Mula Swab Test Hinggalah Akhir. Hanya Kerana Ini Habis Seluruh Ahli Keluarganya Terkena Tempias.

Bagi ahli keluarga kepada bekas pesakit Covid-19, tahun 2020 menghadirkan kenangan yang paling tidak dapat dilupakan seumur hidup mereka. Pejam celik pejam celik, tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Pelbagai kisah dan memori terakam sepanjang 365 hari lalu, namun yang paling meninggalkan kesan di hati kita semua, tentulah ‘kehadiran’ virus Covid-19. Mula ‘menjengah’ sejak kes pertama dikesan di negara ini pada penghujung Januari lalu, virus ini terus mengg4nas tanpa ada tanda-tanda mahu reda, sehingga menjadikan 2020 sebagai tahun duka bukan saja buat Malaysia, malahan seluruh dunia.

Bagi Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman Al-Edruce, tahun 2020 dianggap sangat ‘istimewa’ buatnya dan keluarga, ketika mana mereka diuji dengan hebat dek penangan virus yang paling ditakuti ramai ini. Lima ahli keluarga besarnya menjadi salah satu pesakit akibat Covid-19, malah kedua ibu bapanya serta puluhan lagi saudara maranya disahkan positif wabak berkenaan – puncanya seorang wanita iaitu rakan sekerja kepada sepupunya, yang pulang dari Itali pada Mac lalu. Mengimbas kembali tragedi duka yang berlaku kira-kira sembilan bulan lalu, wanita berusia 38 tahun ini paling tidak dapat melupakan detik-detik ketika bapanya dimasukkan ke dalam wad ICU kerana keadaanya semakin lemah.

Sharifah Huzaimah (kiri) tidak dapat melupakan detik ketika kedua ibu dan bapanya dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19.

“Luluh berkecai hati kami kerana tak tahu dapat atau tidak kami berjumpa lagi dengan abah, dan kasihan dengan nasib mak yang terpaksa berdikari pindah ke pusat kuarantin. Pengalaman kedua, adik-adik dan keluarga yang belum positif tetapi masih menunggu result, tiba-tiba mendapat call dari KKM, yang mereka akan diambil dengan tiga bas dari kediaman mereka ke pusat kuarantin. Oleh kerana virus Covid-19 sangat agresif, polis membuat rondaan beberapa kali sehari sehingga habis kuarantin untuk memastikan keluarga kami tidak keluar dari rumah. Itu adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Ibu dan bapa kepada Sharifah Huzaimah kini pulih sepenuhnya, namun apa yang berlaku sudah pasti memberi kesan yang hebat, malah wanita ini mengakui, sikap par4noid tetap wujud kerana pengalaman duka yang berlaku sebelum ini.

Kedua-dua ibu dan bapa Sharifah Huzaimah tidak lagi aktif terlibat dalam perniagaan selepas pulih daripada Covid-19.

“Sebelum ini, kedua-duanya selalu business travel, tetapi dugaan Covid-19, tiada lagi istilah business-travelling buat masa ini. Dan saban hari, kedua-dua mengamalkan social distancing, kebersihan yang nyata. Jujurnya, saya sendiri pernah menjalani kaunseling dengan pakar KKM secara online. Secara tak sedar, rupa-rupanya saya mengalami stres. Apabila gelombang kedua berlaku lebih kurang pada tiga bulan lepas, saya tiba-tiba murvng, menangis secara tiba-tiba, kerana saya khuatir perkara yang sama akan berlaku lagi,” ujar wanita yang berasal dari Kuching, Sarawak ini.

Bersyukur kerana ibu dan bapanya diberi ‘nyawa kedua’, Sharifah Huzaimah berkata dia dan adik beradiknya sedaya upaya mahu mencurahkan bakti sebagai anak malah hubungan kekeluargaan mereka bertambah utuh.

“Kami berharap tahun 2021 ini akan memberi sinar kepada semua, dan mudah-mudahan pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan supaya kita dapat beraktiviti seperti normal semula,” ujarnya.

Apa yang dilalui oleh Sharifah Huzaimah turut sama dirasai oleh Ahmad Hafizuddin Shopian, di mana kedua-dua ibu bapanya juga disahkan positif Covid-19, Mac lalu. Sungguhpun peristiwa duka itu sudah beberapa bulan berlalu, Ahmad Hafizuddin tetap tidak dapat melupakan saat ketika keluarganya dilanda ujian berkenaan.

“Saya paling tak boleh lupa ketika mak dijemput menaiki ambulans untuk ke hospital… ketika itu ayah sudah terlebih dahulu di wad. Saya hanya mampu melihat mak bersusah payah naik ambulans dengan keadaan kakinya yang susah berjalan kesan kejadian yang tak diingininya sebelum ni. Air mata bertakung sebab tak boleh tolong mak sendiri. Begitu juga penerimaan orang sekeliling ketika itu. Masa kita diuji, barulah nampak siapa kawan susah dan senang. Tapi saya tak simpan dendam… mungkin penerimaan masing-masing kurang bersedia apatah lagi masa itu Covid-19 masih baru. Lagi satu tak boleh lupa, ketika isteri nak bersalin. Disebabkan isteri berstatus pesakit di bawah pemantauan (PUI), urusan bersalin dilakukan seperti pesakit Covid-19. Isteri diisolasi hingga keputusan swab keluar. Masa itu rasa betul-betul diuji,” ceritanya.

Hafizuddin (kiri,duduk) mengakui ujian yang dihadapi mereka sekeluarga sebelum ini membuatkan mereka lebih menghargai ibu bapa.

Bersyukur yang tidak terhingga kerana kedua-dua ibu bapanya, Rohaya Ibrahim, 63, dan Shopian Mat Nasir, 68, akhirnya pulih daripada virus itu, Ahmad Hafizuddin menyifatkan apa yang berlaku menghadirkan hikmah yang cukup besar buat keluarga mereka.

“Alhamdulillah, mak dan ayah sihat… cuma kesan daripada virus itu, dia susah nak tidur malam. Ia adalah disebabkan 4nxiety, sehingga terpaksa ambil ubat. Ayah juga terlebih par4noid… mungkin sebab dia dah rasa sendiri. Apapun, hikmah daripada ujian ini sangat besar. Hubungan kekeluargaan bertambah utuh. Saya anak bongsu, memang paling rapat dengan mak ayah. Saya penuhi apa yang mereka inginkan, jaga mereka… alhamdulillah, rezeki juga makin murah. Saya tak boleh baca berita anak-anak abaikan orang tua… saya sensitif. Mereka yang tak hargai orang tua ni belum lagi rasa mak ayah ‘ditarik’ sementara. Hargailah mak ayah masing-masing selagi mereka masih ada,” ujarnya lagi.

Wanita bernama Zuraita Mohd Anua ini juga turut dilanda ujian yang sama. Dua insan kesayangan Zuraita iaitu suami dan anak bongsunya yang berusia 12 tahun disahkan dijangkiti virus berkenaan yang berpunca daripada kes positif di tempat kerja suaminya, awal Mac lalu.

Suami dan anak bongsu Zuraita merupakan antara individu yang terawal dijangkiti Covid-19, pada Mac lalu.

“Masa paling down, bila keputusan swab suami positif. Kemudian kami semua kena buat ujian juga dan anak bongsu turut disahkan positif. Masa tu macam-macam fikir, siapa nak jaga dia di hospital. Mujur suami dibenarkan duduk bersekali dengan anak. Itulah perkara yang takkan boleh dilupakan seumur hidup kerana kita sedang berurusan antara hidup dan pergi buat selamanya,” ujar ibu kepada tiga anak lelaki ini.

Suami Zuraita, Reza Huzairi Zainudin juga merupakan rakyat Malaysia yang pertama dipilih untuk mendermakan plasma darah bertujuan untuk digunakan sebagai serum rawatan Covid-19. Malah suaminya beberapa kali diundang ke rancangan temubual televisyen untuk berkongsi kisahnya sebagai bekas pesakit Covid-19 dan tindakan murninya mendermakan plasma untuk membantu pesakit yang berjuang dengan virus itu. Zuraita sendiri tidak menang tangan apabila menerima pesanan menerusi Direct Message di media sosial daripada warganet yang bertanyakan pandangan serta pengalamannya sebagai ahli keluarga pesakit Covid-19.

Zuraita (dua, kanan) bersama keluarga kecilnya.

“Saya terharu dapat sama-sama berkongsi pandangan dengan mereka, memberikan semangat dan kata-kata positif kepada mereka. Bukan saja diuji apabila insan tersayang sakit, malah ada beritahu penerimaan jiran-jiran mereka sangat negatif. Bagi mereka yang diuji dengan perkara yang sama, apa yang dilalui ini adalah ujian dari Allah… ia adalah di luar kawalan kita. Yakinlah bahawa kita diuji kerana Allah mahu berikan kita sesuatu. Dalam pada itu, anggota masyarakat pula sebaik-baiknya beri sokongan dan hindari sikap toksik. Kalau tidak boleh membantu, jangan tambahkan beban kepada keluarga pesakit,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *